Thursday 28 February 2019

Info berkenaan jenis-jenis rantai motorsikal

INFO BERKENAAN JENIS-JENIS RANTAI MOTORSIKAL

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Dalam sosial media (WhatsApp) grup permotoran ada dikongsikan info berkenaan jenis-jenis rantai, aplikasi serta cara memilih rantai yang bersesuaian dengan motorsikal. Sumber dan penulis asal tidak dinyatakan. Jadi mohon izin untuk saya kongsi di sini sebagai rujukan di masa hadapan.

Sumber: Fire Starting Automobil



Permulaan catatan asal:

RANTAI

Hari ini kita kupas sedikit sebanyak tentang jenis-jenis rantai, aplikasi serta cara memilih rantai yang bersesuaian dengan motorsikal dan juga poket.
-----------------------------------------------------------
Rantai berfungsi untuk menghantar kuasa mekanikal dari satu tempat ke tempat yang lain, atau dalam erti kata lain, menghantar kuasa dari enjin kepada roda belakang motorsikal & menggerakkan motorsikal tersebut.

Rantai motorsikal mempunyaI pelbagai saiz, boleh semak dalam manual motorsikal anda untuk mengetahui saiz rantai. Antara saiz rantai motorsikal adalah seperti di bawah-

-415, 420, 428, 525, 530 & 535
Saiz rantai berbeza mengikut saiz pin, diameter roller, inner plate & outer plate.

Selain dari perbezaan pada saiz, perbezaan yang perlu dititikberatkan semasa membeli rantai ialah tensile strength rantai tersebut. O-Ring, X-Ring, Z-ring & Non Ring tidak mempunyai kaitan dengan tensile strength sesebuah rantai sepertimana yang dikatakan semasa memilih rantai di bengkel "abang, jangan beli rantai O-ring, beli rantai X-ring lagi kuat". Itu ialah dusta belaka. Fungsi Ring didalam rantai bukanlah untuk menambah kekuatan pada rantai sebaliknya ia mempunyai tugas lain.

Tensile strength yang optimum untuk setiap CC motorsikal adalah seperti di bawah
-200cc - 500cc - 4,000 - 7,000lb
-600cc - 750cc - 9,000 - 10,000lb
-850cc - 1100cc - 12,000 - 16,000lb
-1200cc - keatas - 16,000lb keatas

Sebaiknya sebelum membeli rantai, semak dahulu di laman web model rantai yang hendak dibeli, kebiasaanya jenama terkemuka seperti D.I.D, JT & RK akan menyatakan tensile strength ataupun aplikasi rantai yang bersesuaian dengan CC motorsikal. Hati-hati juga semasa membeli rantai & pastikan keasliannya dahulu.

O-ring atau X-ring tidak menambah tensile strength sebuah rantai. Sebagai contoh, dibawah ialah perbandingan antara dua jenis rantai D.I.D

-DID ATV 520 G/B X-ring *7,610lbs tensile strength
-DID ERV3 520 G/G Non-Oring *8,660lbs tensile strength

Seperti yang diatas, kekuatan rantai yang mempunyai X-ring adalah lebih rendah dari rantai yang tidak mempunyai apa-apa ring. Ini adalah kerana perbezaan pada material, saiz pin dah & rekabentuk rantai itu sendiri. Kerana tensile strength ini lah yang membolehkan rantai yang lebih kecil dimuatkan pada motorsikal lumba. Kebanyakan motorsikal lumba akan menggunakan rantai yang lebih kecil & tiada ring kerana lebih ringan dan kadar geseran yang sangat rendah tanpa mengorbankan kekuatan rantai.

*sebagai contoh
-KTM RC 390cc perlu menggunakan rantai 520 dengan tensile strength antara 4,000 - 7,000lbs
-untuk mengurangkan berat pada rantai dan sproket, rantai & sproket boleh ditukarkan kepada saiz 428 dengan menggunakan rantai D.I.D NZ-3 428G/B yang mempunyai tensile strength 5300lbs, kekuatan rantai masih didalam range keupayaan motorsikal, berat & geseran boleh diminimumkan.
-penggunaan rantai dan sproket lebih kecil ini kebiasaanya dapat dilihat pada motorsikal perlumbaan

O-ring
-O-ring pada rantai bertujuan untuk mengekalkan grease didalam roller & menjaga roller dari dimasuki pasir & habuk, sejurus memanjangkan jangkahayat rantai tanpa perlu diselenggara selalu.
-akan tetapi, O-ring lama-kelamaan akan menjadi rata kerana dihimpit antara inner plate & outer plate & menyebabkan geseran yang lebih pada rantai. Ini akan membuatkan motorsikal terasa lebih berat pada penghujung hayatnya rantai & menjadikan rantai O-ring berketak.

X-ring
-X-ring pada rantai mempunyai tujuan yang sama seperti O-ring, perbezaan cuma pada rekabentuk ring tersebut.
-Perbezaan pada bentuk ring ialah untuk mengatasi masalah geseran. Rantai X-ring mempunyai cuma dua point sentuhan dengan inner plate & outer plate, sejurus mengatasi masalah geseran yang dihadapi pada rantai O-ring. Rekabentuk X-ring juga dapat mengekalkan grease didalam roller dengan lebih efisien berbanding O-ring.

Bagaimanapun, walaupun mempunyai X-ring dan O-ring setiap rantai harus diselenggara mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Pemilihan spray rantai juga amat penting untuk menjaga rantai. Tahap ketegangan rantai juga mesti dijaga supaya rantai tidak menjadi rosak sebelum tiba waktunya. Rantai juga mesti dijaga supaya tiada kehilangan kuasa semasa permindahan kuasa dari enjin ke roda belakang.

Semoga bermanfaat

Akhiran catatan asal:

Apakah perbezaan antara rantai O-ring dan X-ring?

RANTAI JENIS 0-RING
Rantai O-ring mempunyai gelang getah kecil yang diselitkan antara penutup pautan luar (outside link covers) dan penutup gulung dalam (inside roller covers) pada setiap sambungan rantai, seperti ditunjukkan dalam gambarajah di bawah. Kelebihannya, cincin O-ring mampu mengekalkan kehadiran gris dalam setiap pin pautan rantai, dan pada masa sama menghalang masuk bendasing seperti habuk dan pasir daripada melekat di celahan sambungan rantai. Jadi, rantai jenis O-ring mampu mengekalkan ketegangan dan mengekalkan prestasi motosikal lebih lama. Tetapi, tetap bergantung kepada cara tunggangan dan penjagaan. Rantai jenis ini mampu bertahan hingga tempoh perbatuan 30,000km sebelum perlu ditukar baharu. Walaupun mempunyai jangka hayat panjang, ia tetap memberi impak terhadap prestasi jentera. Geseran yang terhasil daripada gelang O-ring dan permukaan plat rantai menyebabkan kehilangan kuasa parasitik.

Sumber: https://pandulaju.com.my

RANTAI JENIS X-RING
Seperti rantai O-ring, rantai X-ring turut mempunyai susunan gelang getah antara pautan rantai. Bezanya, gelang digunakan itu datang dalam bentuk keratan rentas X. Kelebihannya, luas permukaan sentuhan antara rantai dan gelang adalah lebih kecil, dan ini mengurangkan permukaan geseran, sekali gus mengurangkan kehilangan kuasa.

Sumber: https://pandulaju.com.my

Dari sumber di atas, rantai O-ring memberi lebih ketahanan manakala rantai X-ring mengurangkan kehilangan kuasa. Tetapi saya difahamkan kebanyakan pemilik-pemilik motor berkuasa tinggi lebih cenderung menggunakan rantai jenis x-ring kerana katanya ketahanannya lebih tinggi daripada rantai 0-ring. Nampaknya ia lebih kepada penjagaan minyak rantai dan juga kondisi atau situasi jalan dilalui dari segi pencemaran dari habuk dan pasir yang memberi kesan kepada rantai terutama semasa perjalanan pengembaraan yang jauh.

Sumber: pandulaju





Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

No comments:

Post a Comment