Saturday 9 January 2010

OILERBIKERZ Moto Grand Prix 2010 Bahagian 2

OILERBIKERZ MOTO GRANDPRIX 2010 - BAHAGIAN 2

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Sessi 'Sighting Lap' dan 'Flying Lap'

Sessi bermula dari depan 'pit-box / pit-garage' bersebelahan 'pit lane' dengan moto disusun dalam formasi dua-dua ala 'Grid Position' di ketuai oleh TSR Eypoll yang akan memberi panduan kepada para peserta mengikuti 'racing line' dan juga cara mengambil selekoh-selekoh terdapat di Litar Sepang. Atas aspek keselamatan pihak SIC tidak membenarkan kami bermula di grid permulaan (Starting Grid) di dalam litar (Start/Finish Line).

 Para peserta membuat dua 'laps' untuk sessi 'Sighting Lap' dan 'Flying Lap' untuk membiasakan diri dengan litar dan juga memanaskan tayar moto masing-masing. Semuanya terdapat 25 buah motorsikal berkuasa tinggi pelbagai kategori mengambil bahagian dalam sessi permulaan ini.

Para peserta bersiap sedia di jentera masing-masing. Pak Sheikh ZX6 dah 'ready'.

OILERBIKERZ Moto Grand Prix 2010 Bahagian 1


OILERBIKERZ MOTO GRAND PRIX 2010 - BAHAGIAN 1

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Ketika membuat 'archive' untuk koleksi gambar-gambar ride bersama OILERBIKERZ, saya terperasan hari ini genap 7 tahun aktiviti Hari Litar Eksklusif (' Closed Track Day') yang pertama kali diadakan grup permotoran OILERBIKERZ pada 9 Januari 2010 di Litar Antarabangsa Sepang (Sepang International Circuit). Sessi selama dua jam bermula pada pukul 4:00 petang dengan keadaan litar kering dan berakhir dengan keadaan litar basah selepas hujan, membuatkan rider-rider 'bergelut' dengan keadaan litar dan cabaran mengawal motorsikal berkuasa tinggi terutama sekali buat rider-rider yang baru pertama kali membalap di Litar Sepang di bawah bimbingan rider-rider yang berpengalaman.

Bunting OILERBIKERZ untuk Hari Litar Eksklusif (' Closed Track Day')