Saturday, 9 January 2010

OILERBIKERZ Moto Grand Prix 2010 Bahagian 1


OILERBIKERZ MOTO GRAND PRIX 2010 - BAHAGIAN 1

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Ketika membuat 'archive' untuk koleksi gambar-gambar ride bersama OILERBIKERZ, saya terperasan hari ini genap 7 tahun aktiviti Hari Litar Eksklusif (' Closed Track Day') yang pertama kali diadakan grup permotoran OILERBIKERZ pada 9 Januari 2010 di Litar Antarabangsa Sepang (Sepang International Circuit). Sessi selama dua jam bermula pada pukul 4:00 petang dengan keadaan litar kering dan berakhir dengan keadaan litar basah selepas hujan, membuatkan rider-rider 'bergelut' dengan keadaan litar dan cabaran mengawal motorsikal berkuasa tinggi terutama sekali buat rider-rider yang baru pertama kali membalap di Litar Sepang di bawah bimbingan rider-rider yang berpengalaman.

Bunting OILERBIKERZ untuk Hari Litar Eksklusif (' Closed Track Day')




Siaran media yang membuat liputan semasa  Hari Litar Eksklusif OILERBIKERZ

Keratan surat khabar Harian Metro. Aktiviti lebih bercorak riadah bukan perlumbaan sebenar.

Diterbitkan oleh 'The Star'


 Dengan bimbingan dan petua-petua dikongsikan oleh 'Otai-Otai' dan "Sifu-Sifu' dijemput khas, selepas sessi hari litar ini memberi lebih keyakinan kepada para peserta dalam mengawal jentera dan juga meningkatkan kemahiran menunggang dengan lebih selamat terutamanya ketika berada di jalanraya.

Gambar-Gambar Semasa OILERBIKERZ Track Day
(Kredit Photos: Collections of OILERBIKERZ's Riders, Families and Friends)

Litar Antarabangsa Sepang (Sepang International Circuit)

Litar kering ketika sessi bermula sekitar 4:00 petang

Litar basah selepas hujan lebat pertengahan sessi


Team Movistar Yamaha’s Sepang Track Map with Speed and Gear Telemetry (Sumber: Yamaha MotoGPPhoto.GP)
Data teknikal SIC dari pelumba MotoGP 2016 (Sumber: HRC)

Panduan untuk Track Day (Hanya untuk illustrasi sahaja. Sila dapatkan bimbingan dari Expert Rider/ Pro Racer.


Ketibaan Para Peserta
Terlebih dahulu para peserta berkumpul dan mengisi minyak di Petronas F1 Sepang sebelum ke SIC, tetapi ada juga yang terus ke SIC.
Jijek K6 dan Abe Jam Rabbit di Petronas F1 Sepang

Ard K6 dan para peserta lain bertemu di Petronas F1 Sepang

Capt Nazari Z750 dan Ayie Busa dah di SIC

Adha Busa dah sampai SIC

Antara yang terawal. Kembar Hayabusa dah parkir dalam Pit

Para Peserta dari Petronas F1 Sepang mula tiba ke pit

Para peserta dari Petronas F1 Sepang mula tiba ke pit

Para peserta dari Petronas F1 Sepang mula tiba ke pit

Jijek sampai dari Petronas F1 Sepang. 

Para peserta dari Petronas F1 Sepang mula tiba ke pit

Dari kiri: Khairul. Amir dan Syahmy

Dari kiri: Capt Nazari, Pak Sheikh, Ipin dan Abe Jam

Dari kiri: Khailani (Tuan Penasihat jadi cameramen), Fauzy, Wak Ju, Mr Cameramen, Ayie dan Abe Jam

Pintu pit dah dibuka

Dari Kiri: Jburn, Adha, Siong, Ipin, Jijek dan Pak Sheikh pakat dok senyum dan tepuk tangan pasal apa?

Oh.. bunting OILERBIKERZ Trackday baru siap gantung


Sessi Menyusun dan Memeriksa Moto
Jentera-jentera para peserta disusun untuk sessi bergambar dan juga pemeriksaan. Rider-rider lebih berpengalaman memberi panduan penggunaan dan keadaan tayar. Pengunaan tayar yang bersesuai dengan keadaan permukaan litar dan penyelarasan sistem suspensi moto bersesuaian dengan penunggang amat penting bukan sahaja untuk melefer tetapi juga untuk keselamatan.

Mari-mari alih moto, nanti tuan sifu Marshall datang babat

Apa yang tak kena dengan moto ana, agaknya tanya Pak Sheikh

Mari-mari susun moto,

Wak Ju dan Abe Jam sedang menyelaras posisi moto seperti dikehendaki Tuan Sifu Marshall Siong. he3x

OK dan susun cantik ni...

Rabbit Repsol diraja... 

Kan dah kena sekolah dengan Tuan Sifu Marshall Siong. orang kuat Track Day hari ini.





Dah susun cantik ni..

Helmet pun nak kena susun jugak ke, agaknya kata Khairul

Cantik, jentera-jentaera yang dah bersiap sedia

Dah okay la ni... Fauzy

Ketibaan rombongan Racer Din Kato dan rakan-rakan setaman Hulu Klang

Fikri, Jebat dan Fadzil@DD

OK moto dan susun dan siap sedia.... rider masih 'kena sekolah' untuk acara hari ini.


Sessi Jamuan Ringan
Sebelum membalap, isi perut dulu. Kasi lebih bertenaga lagi.

Sharani, tuan presidente OILERBIKERZ, semua OK tak?

TSR Jburn and Wak Ju

Syok makan...

Khairul

TSR Ard sempat bagi tips melefer tu...


Sessi Taklimat Keselamatan dan Penerangan

Penerangan dan taklimat keselamatan oleh wakil SIC

Semua dok kusyuk dengar penerangan dan taklimat keselamatan oleh wakil SIC

Yang pertama... berpeluh nak abis ni..

Sila isi borang ini ya..

Dah berpeluh-peluh Meon dan Ard kena sekolah ni...

Siapa ketua kelas kat sini. Saya jawap  Tuan Sifu Marshall Siong

OK nanti serah borang yang dah disi kepada ketua kelas kamu...

Apa pulak tak kena Wak Ju tu....

TSR Jburn senyum sokmo

Sib baik tak suruh permit kawe sign...Jijek

TSR Eypoll punya racing suit macam world champion gitu

Alamak yorok kat sini pun kena kandid dengan paparazi jugak..

Bersemangat TSR Ard dengan anak didiknya si Meon

Mari-mari siapa belum ambil borang. Dah siap hantar sini.

Taklimat oleh Tuan Presiden OILERBIKERZ, Shahrani

Alhamdullillah dah sampai masa yang ditunggu-tunggu dari TT session ke SIC session

OK enjoy melefer semua dan berhati-hati,,,

Tuan Penasihat bagi semangat tu.. sapa cecah lutut saya ambil gambar..

Bersemangat sungguh Tuan Sifu Marshall Siong

Mari-mari sila hantar borang dah siap. Kelas dah nak start.. Apa yang tak kena tu Mir 3.0 sampai tepuk dahi..


Bersambung ke Bahagian 2: 'Sighting Lap' dan 'Flying Lap'

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy
Dinukilan pada 1 September 2017


Like This Blog:     Follow@Twitter:  

No comments:

Post a Comment