Thursday 9 February 2017

Apa Nak Buat Bila Bateri Motor Flat

APA NAK BUAT APABILA BATERI MOTOR FLAT
(WHAT TO DO IF MOTORBIKE BATTERY IS DRAINED/DEAD)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Perkongsian kompilasi catatan-catatan terkumpul dan ceritera berkenaan bateri motor flat (drain) menerusi pembacaan, dan pengalaman rakan-rakan bikers. Semoga membawa manafaat bersama.

 Apa nak buat kalau bateri flat disebabkan macam-macam hal seperti alternator tidak charging bateri atau bateri itu sendiri sudah bagi problem. Tambah pula kita dah bawa motor tu beratus kilometer jauh dari rumah. Bila dah habis berehat di R&R highway, motor pula tidak boleh start. Nak buat macam mana tu?

1. Panggil pak peronda tolong .. atau
2. Panggil kawan datang bawa bantuan .. atau
3. Jump start guna bateri kereta sapa-sapa yang nak tolong .. atau
4. Buat bodoh ...

Cara atau tips mengatasi masalah ini:

1. Motor breakdown.. aku call AAM/Kawasaki Road Assist/ Allianz Bike Warrior.. jadi dia beri bantuan 'Jump start' / hantar bateri / bawa ke workshop free.. pasal dah jadi ahli/ beli insuran.

2. Baru ni bateri aku out kat rumah...aku buka dan hantar charge kat workshop

3. Kat moto aku simpan charger bateri bawah seat, kecik macam charger handphone, boleh charge bateri kat mana-mana pun kalau emergency bateri flat. Contohnya Xtreme Charge Charger

4. Bawa jump cable ajeeeeee.. negotiate la dgn abg2 kakak2 makcik2 pakcik2 yg ade kawasan situ untuk jump start...mulut manis sure boleh.

5. Swapping batteries all the way between bikes
"Yamaha Tmax had a alternator problem and the bike was power by the battery eventually making the battery weak. You know how we went back home to KL. We were swapping batteries all the way between bikes. First, my bike (Honda Helix CN250) was fully charge and we swap batteries so that the Tmax can start and ride. When we swap batteries, I make sure my bike was running that is loan my battery to Tmax and Tmax battery to mine. Halfway the journey at Tapah, Tmax battery was fully charge and we swap again until we reach home. The Tmax was sent to the workshop and found that the rectifier was faulty."

6. Tali tunda

7. Masuk gear 2, tarik clutch, mintak member tolak, lepas clutch, tayar belakang locked, tarik clutch balek, throttle sket, vrooom...

8. Pernah sekali moto (R1 2003) tak boleh start masa kat Segamat nak balik KL tapi bila tolak boleh hidup. Jadi saya telefon kawan mekanik tanya pendapat beliau katanya buka bateri dan isikan dengan air bateri walaupun moto pakai sealed bateri. Jadi saya umpil penutup bateri dan isikan dengan air bateri ternyata air bateri memang kosong lepas tu tolak motor hidup dan boleh ride sampai KL. Kaedah ini bolehlah digunakan untuk sementara waktu sebelum pergi ke bengkel.

8. Kalau bateri motor dah rosak, nak beli tentu mahal.. jadi dia suruh guna je bateri dalam UPS (Uninterruptible Power Supply) unit. Bateri UPS ni pun jana 12 volt juga dan power lagi better than bateri motor biasa. Motor cbr9 aku dulu pun pakai bateri ups...beli kat jalan pasar...memang dry bateri...12v17ah..rege rm160. So far so good..

9. Ada bikers yang kata kalau motor ditongkat secara terus kena kat tanah memang 5 ke 6 hari bateri akan 'kong' tapi kalau tongkatnya dilapik dengan getah, kayu atau penebat yang lain sebulan tak start pun ok tak ada masaalah.

10. Kalau moto tidak boleh start, mungkin disebab bateri, tapi mungkin tidak boleh bertahan lama. Jadi kena pergi ke kedai juga untuk periksa sama ada coil atau rectifier dalam keadaan baik. Kalau coil terbakar maka kena tukar baru. Jangan recoil sebab menurut kata orang, recoil selalunya tidak tahan lama, dalam 4-5 bulan saja boleh rosak balik. Untuk keselamatan, tukar coil yang baru.

11. Kalau tidak pun beli 2 bateri dan bawa ke mana-mana terutama "long distance trip". Kena baik dengan member yang ada moto berkotak. Boleh tumpang bateri spare, tuala, lontong bersotong, dan lain lain lagi. Tuala untuk mengelap peluh dan lontong bersotong untuk member moto kotak bawa balik. Kita berbudi orang berbahasa. Tak kan nak tumpang bateri free kot.
 "Yang ni la yang saya praktikkan, berkesan, tapi cuba bawa bateri spare kat backpack, mak oii…sakit belakang, dari Sg Petani ke Juru…huhu. Lepas tu…minta ampun permit dari Tuan Marshall kasi letak dalam itu tong…Alhamdulillah dia bagi permission….maka selamat la azab dari Juru ke Sg Buloh…mintak maaf Tuan Marshall sebab menyusahkan Tuan Sifu susah nak korner disebabkan bateri saya…he he…."

12. Kalau "battery weak" atau bateri lemah sebab tidak boleh simpan charge, tolak motor atau jump start motor boleh hidup. Kalau motor charging masih ok, bateri boleh simpan charge. Bateri akan fully charge selepas riding pada 2000 RPM ke atas untuk 15 hingga 30 minit. Tutup semua lampu, lebih baik kat highway pasal kat highway kipas radiator tak on, so bateri akan dicharge sepenuhnya.

13. Kalau bateri kong atau rosak, tolak atau jump start motor tak boleh hidup. Kalau hidup pun sekejap dan kalau ditunggang adalah amat berbahaya kerana fuel injection memerlukan bekalan elektrik yang sekata. Bateri rosak tidak dapat mengalirkan aliran letrik yang sekata dan fuel injection akan jadi huru hara. I learnt the hard way on this, tapi nasib baik tak accident sebab motor akan laju atau slow sesuka hati kerana fuel injection dah huru hara.

14. Berbeza dengan motor yang menggunakan karburator sebab karburator tak pakai letrik. Jadi tolak boleh hidup dan masih boleh jalan, cuma segala alatan letrik kena tutup. Tapi kalau moto ada fuel pump, so sama la jugak tak leh jalan pasal fuel pump perlukan arus letrik. "Pengalaman dengan F3, ada awek cun bawak bmw sebelah menyebelah baru nak pulas, bmw makin jauh F3 makin perlahan, fuel pump bungkus ... tahun 99 harga RM365 ... moto naik lori ..."

15. Selalunya coil tak kan menunjukan apa apa tanda ... takde morning sickness dan sebagainya ... selalunya wear and tear ... kalau dah 5 tahun tu berhati hati lah ... pasal pada waktu yang sama rectifier pun dah uzur ... kelemahan rectifier ada harapan menghentam coil dan bateri nya ... bila servis motor biasakan suruh mekanik check moto charging tak bateri ... Bak kata Tuan Sifu...enjin tak leh stat baru lah tahu coil mungkin ada masalah ... tapi dah kena tolak la ... Sayang Semuanya Sudah Terlambat...

16. Coil hanya menjana letrik disalurkan ke Rectifier dan seterusnya ke battery. Bila ditanya kerosakkan coil disebabkan oleh high rev/RPM, beliau berkata tidak mungkin disebabkan high rev/RPM. Dari pengalaman coil Yahama  virago dan R1 only last for 5 year and if your are lucky 6 year top.

17. Kalau motor asyik berselimut je, pastu dok pasang alarm memanjang, cubalah guna "automatic motorbike battery optimiser / charger". Bateri motor akan sentiasa di cas sepanjang masa sehingga penuh setiap kali kuasa bateri menurun dan bersedia untuk ditunggang. Kalau bateri sudah lemah, biasanya akan diberi lampu peringatan atau amaran untuk menukar bateri.

Menggunakan 'battery optimiser / charger' memastikan bateri sentaisa 'fully charge'

18. Kalu rasa "automatic motorbike battery optimiser / charger" mahal sangat. Tak nak bazir karen, cuba pakai solar panel charger untuk bateri 12 V.

19. Hari tu saya ada beli "Portable Compact Power Bank Motorcycle Battery Jump Starter".  Mana tahu  bila perlu masa emergency bila bateri motor kaput. Sekarang dah banyak jenis dalam pasaran. Nak tahu pasal powerbank ni boleh tengok review kat sini carbatterychargerscentral (sila klik)

20. Sekarang ini ada voltmeter atau bateri sensor monitor yang boleh dipasang pada bateri untuk melihat voltan bateri pada tahap optimun. Juga berguna untuk melihat bateri di charging secara tidak langsung menunjukkan keadaan coil berfungsi dengan baik.

21. Tip yang diterima daripada rider jentera superbike terutama Kawasaki ZX6R dan ZX10R, antara tanda-tanda bateri motor semakin lemah apabila pada rev rendah semasa ride, injin seperti hendak mati. Kemungkinan kuasa elektrik untuk eletronik motor menjadi tidak stabil.

22. Pembentukkan sulfat (sulfasi) pada plat melemahkan bateri jenis asid jika  bateri tidak dicaj pada kadar optimun atau dicaj dibawah kadar optimun 100%. Pembentukkan sulfat juga terjadi jika bateri dicaj berlebihan atau ditinggalkan selama beberapa hari sahaja.

23. Semua bateri boleh nyah-cas sendiri dalam tempoh jangka hayatnya, walaupun bateri tidak bersambung pada sebarang litar atau beban.

24. Sebab-sebab bateri nyah-cas sendiri atau kurang caj seperti perjalanan pendek iaitu dalam jarak 25 hingga 30 km tidak cukup mengecaj bateri sepenuhnya, menunggang motor sekali-sekala iaitu sekali atau dua kali seminggu, eletronik motor masih berfungsi, masalah dalam sistem electrik motor, masalah dengan charging coil (stator).

25. Berdasarkan tinjauan yang dijalankan menunjukkan bahawa sebahagian besar bateri tidak dapat bertahan sehingga 4 tahun, dan kes terbaik adalah kurang dari 3 tahun.

26. Sambung bila dapat cerita atau tip baru he he he.... 😊


Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy

Follow@Twitter:  


7 comments:

  1. Terima kasih perkongsian ilmunyan bro...

    ReplyDelete
  2. salam bang. nk tanya sy pki moto honda cbr blackbird 97. ada masalah bila enjin sejuk start skali je hidup. tp bila enjin dh panas macam baru lpas ride xleh nak start. sbb apa ye? bateri ke starter ye? klu abg sudi jwb boleh ws sy 0194113973. tkasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Maaf lambat respon pertanyaan tuan. Dari pengalaman saya, masalah seperti ini ada kaitan dengan "starter relay solenoid" jika bateri motor berkeadaan baik. Boleh check dengan mekanik untuk pastikan ianya berpunca dari masalah ini.

      Delete
  3. Salam. Mungkin kes saya ni rare.motor z250 tak pernah tukar bateri sejak 2015 sampai sekarang 2020. Guna bateri stock. So far tak de masalah lagi dah 5 tahun belum tukar2. Mungkin sebab sy xpernah high rev kot. Lalu main speed dlm 70-110 kmj je. Yg 110 pun jarang. Alhamdulillah semua terjaga. Huhu. Sekian tips tambahan utk bateri kekal 5 tahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Terima kasih singgah berkongsi ilmu di sini.

      Delete