Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Dalam entri sebelum ini saya banyak menyentuh aktiviti-aktiviti permotoran dua roda saya bersama kumpulan OilerBikerz. Banyak lagi entri yang akan berkisar penglibatan saya sepanjang bersama OilerBikerz akan menyusul. Jadi untuk entri ini saya kongsi sedikit latar belakang OilerBikerz seperti mana yang pernah disiarkan dalam Berita Harian dalam ruangan Sisipan XY - Ikon Lelaki.
Keratan akhbar Berita Harian 20/03/2010 |
Keratan akhbar Berita Harian 20/03/2010 |
Keratan akhbar Berita Harian 20/03/2010 |
ADA elemen unik di sebalik Kelab Oiler Bikerz yang ditubuhkan pada 2007. Kelab ini bukan saja
menghimpunkan peminat motosikal berkuasa besar, apa yang ketara ialah hampir semua ahlinya terbabit dalam industri minyak dan gas.
“ Segala-galanya bermula dengan minat. Saya bersama beberapa rakan sekerja dalam industri minyak dan gas sepakat mengumpul lebih ramai profesional dari bidang yang sama untuk berkongsi hobi serupa,” kata Presiden Oiler Bikerz, Shahrani Ahmad.
Tidak bertepuk sebelah tangan, Shahrani berjaya menghimpunkan peminat motosikal berkuasa besar dari kalangan profesional industri minyak dan gas lalu sepakat menamakan persatuan sebagai Kelab Oiler Bikerz.
Ditanya mengapa hanya membuka keahlian kepada pekerja minyak dan gas saja, Shahrani berkata, langkah itu memudahkan beliau merancang aktiviti kelab.
“ Ahli kelab adalah dari golongan profesional dan tidak memiliki masalah dari aspek toleransi serta memberi komitmen penuh. Kami hanya mahu berhibur dan sekadar memuaskan hobi semata-mata,” katanya yang bertugas sebagai ketua pereka di sebuah syarikat minyak dan gas terkemuka. Malah, ahli juga boleh berbincang dan bertukar pendapat mengenai soal industri minyak dan gas atau soal kerjaya,” katanya.
Setakat ini, Kelab Oiler Bikerz sudah mengumpulkan kira-kira 30 profesional dalam industri minyak dan gas negara.
Shahrani berkata, setiap kali mahu mengadakan konvoi, pihaknya memastikan faktor keselamatan penunggang menjadi keutamaan bagi mengelak timbul masalah atau kejadian tidak diingini.
Ketika pertemuan diatur bersama XY - Ikon Lelaki baru-baru ini, Kelab Oiler Bikerz menganjurkan program riadah Moto GP Oiler Bikerz di SIC. Antara pengisiannya ialah perlumbaan persahabat dalam empat kategori berbeza.
Dipetik dari sumber artikel asal: Trio Superbike oleh Fairuz Zaidan, Berita Harian 20/03/2010
Itulah sedikit sebanyak sejarah penubuhan OilerBikerz kira-kira sedekad yang lalu. Ianya agak sinonim tatkala saya mula 'terjerumus' ke dalam aktiviti permotoran dua roda berkuasa besar. Malah nama 'OilerBikerz' itu sendiri tercapai hasil perbincangan antara kami ketika teh tarik session (TTS) yang sebelum itu menggunakan nama yang agak berbeza sedikit ketika saya mula menyertainya.
Antara aktiviti-aktiviti berkumpulan dijalan sepanjang penubuhannya.
2007-11-11 Kenyir Ride (KL-Cameron Highlands-Gua Musang-Kenyir (overnite)-KL)
2008-08-01 Penang Ride (KL-Bentong-Gua Musang-Cameron Highlands-Penang (overnite)-KL)
2008-11-15 Banding Ride (KL-Cameron Highlands-Jeli-Banding (overnite)-Grik-K. Kangsar-KL)
2009-01-01 Awana New Year Ride (KL-Awana-KL)
2009-05-30 Mersing Ride (Kajang-Mantin-Lenggeng-K. Kelawang-Serting-Muadzam Shah-Leban Chondong-Mersing (overnite)-Tangkak-Parit Jawa Muar-KL)
2009-07-24 Kota Bharu-Penang Ride (KL-Cameron Highlands-Kuala Krai-Kota Bharu (overnite)-Jeli-Titiwangsa-Grik-Kupang-Penang (overnite)-KL)
2010-01-09 OilerBikerz Moto GP round 1 ("Closed/Private Track Day" SIC Sepang)
2010-02-20 OilerBikerz Moto GP round 2 ("Closed/Private Track Day" SIC Sepang)
2010-02-26 Ulu Legong Ride (KL-K. Kangsar-Grik-Kupang-Ulu Legong (overnite)-Sg Petani-KL)
2010-04-30 Kenyir Ride (KL-Jabor-Kenyir-Gua Musang-Cameron Highlands-Spg Pulai-KL)
2010-07-05 Gunung Jerai Ride (KL-Danok-Gunung Jerai (overnite)-KL)
2010-07-15 OilerBikerz Moto GP round 3 ("Closed/Private Track Day" SIC Sepang)
2011-01-22 Pekan Ride (Kajang-Kuala Pilah-Serting-Muadzam Shah-Leban Chondong-Pekan (overnite)-KL)
2011-03-27 ATV Ride (Kemensah, Selangor)
2011-04-23 Tasoh Lake Ride & Retreat (KL-Timah Tasoh Lake (overnite)-KL)
2011-06-25 Cherating Ride (KL-Cherating (overnite)-KL)
2011-11-12 Sg Koyan Ride (KL-Bentung-Sg Koyan-Cameron Highlands-Spg Pulai-KL)
2012-05-26 Monsoon Cup Ganu Kite Ride (KL-Jabor-Bukit Besi-KT-Pulau Duyong (overnite)-Dungun-Kemaman-Cherating-KL)
2013-02-01 Lumut Ride (KL-Sg Koyan-Cameron Highland-Spg Pulai-Lumut (overnite)-KL)
2013-11-23 Desaru Ride (KL-Bike7 Tebrau-Desaru(overnite)-KL)
2014-11-08 Dari Ganu Jadi Kemaman Ride (KL-Jabor-Kemaman (overnite)-Cherating-KL)
2015-05-22 Malacca OB Gathering (overnite Cheng, Melaka)
2016 PD OB Gathering (overnite Port Dickson, Negeri Sembilan)
2017-01-15 OBian Ride to Lemang To'Ki (Bentung)
2017 OB Gathering (TBA)
Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang masih setia 'bernaung' dalam 'OilerBiker' dan sifu-sifu yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya. I dedicate this special entry to all OBian, you know who you are and wherever your are.
Terima kasih kerana melayari blog ini.
Wassalam,
Fauzy
No comments:
Post a Comment