Tuesday 19 April 2011

Klawang Stage 1 Ride (19/04/2011) Throwback Ride Lepas Servis Vs Sampah

KLAWANG STAGE 1 RIDE (19/04/2011) THROWBACK RIDE LEPAS SERVIS VS SAMPAH

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Beberapa gambar kenangan ride dekat Stage 1  Klawang (Kuala Klawang) menguji jentera CBR1000RR selepas servis di 25 Degree, Batu 14 Hulu Langat. Motor lepas servis memang 'cantik' tapi pemandangan di penghujung Stage 1 yang 'tidak cantik'. Dulu-dulu dekat simpang 3 penghujung Stage 1 selalu jadi mangsa longgokkan sampah haram. Kalau musim durian banyaklah longgokkan kulit buah durian bertaburan di sini. Oleh kerana KKIC semakin popular dengan aktiviti rekreasi dan sukan, kini keadaaan bertambah baik dengan jalan semakin cantik dan pembuangan sampah sepanjang jalan pun sudah hampir tiada atau berkurangan tidak seperti dulu-dulu. Sebelah jalan tu adalah Empangan Semenyih, yang membekal air minuman ke rumah-rumah kita. Bayangkan masa hujan lebat dimana kotoran dari sampah sarap mengalir masuk ke empangan tersebut.

Timbunan sampah berbukit di simpang 3 penghujung Stage 1