Saturday 31 December 2011

Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 11: Hat Yai

Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 11: Hat Yai

Hari 11: Sabtu 31/12/2011

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Catatan perjalanan hari ke-11 lebih tertumpu pada hari kedua di Bandar Hat Yai. Oleh kerana cuaca kurang baik. Aktiviti hari ini sebenarnya hanya bersantai dengan bersiar-siar berjalan sekitar Hat Yai selepas hujan reda. Sebelah pagi meronda-ronda dengan motor tempat-tempat yang banyak terdapat kedai-kedai menjual barangan motorsikal. Manakala sebelah petang pula , bersiar-siar sekitar Hat Yai. Rasanya hanya dalam 15 km perjalanan menggunakan Versys. Kalau hendak dikira ke jumlah jarak perjalanan selepas 11 hari menjadi kira-kira 4900 km.



Friday 30 December 2011

Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 10: Cha-am - Hat Yai

Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 10: Chiang Mai - Cha Am

Hari 10: Jumaat 30/12/2011

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Catatan perjalanan hari ke-10 setelah menempuh perjalanan sejauh kira-kira 780 km dari Cha Am hingga tiba di Hat Yai melalui Prachuap Khiri Khan, Chumphon dan Patthalung. Jumlah jarak perjalanan selepas 10 hari kira-kira 4885 km. Jarak perjalanan berpandukan route google, jarak sebenar adalah lebih lagi, tidak termasuk tempat-tempat dilawati. Waktu dicatat berdasarkan waktu Malaysia yang satu jam cepat daripada Thailand.


Thursday 29 December 2011

Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 09: Chiang Mai - Cha Am

Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 09: Chiang Mai - Cha Am

Hari 09: Khamis 29/12/2011

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Catatan perjalanan hari ke-9 setelah menempuh perjalanan sejauh kira-kira 860 km dari Chiang Mai hingga tiba di Cha Am melalui Lampang, Nakhon Sawan, Siphan Buri dan Nakhon Pathom. Jumlah jarak perjalanan selepas 9 hari kira-kira 4105 km. Jarak perjalanan berpandukan route google, jarak sebenar adalah lebih lagi, tidak termasuk tempat-tempat dilawati. Waktu dicatat berdasarkan waktu Malaysia yang satu jam cepat daripada Thailand.


Wednesday 28 December 2011

Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 08: Chiang Mai Bhg 2

Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 08: Chiang Mai Bhg 2

Hari 08: Rabu 28/12/2011

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Sambungan dari Bahagian 1: Chiang Mai Bhg 1

Jalan-Jalan Chiang Mai
Setelah selesai masalah tayar motor dan kembali semula ke Top North Hotel, bersiar-siar dulu sekitar Bandar Chiang Mai mengikut kaki melangkah menyusuri Jalan Tha Phae menuju Sungai Ping. Bila sudah tidak larat baru balik hotel naik tuk-tuk. Antara tempat-tempat menarik dilawati Tha Phae Gate, kuil Wat Buppharam dan Warorot Market.


Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 08: Chiang Mai Bhg 1

Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 08: Chiang Mai Bhg 1

Hari 08: Rabu 28/12/2011

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Catatan perjalanan hari ke-8 lebih tertumpu pada hari kedua di bandar Chiang Mai. Aktiviti hari ini sebenarnya hanya bersantai dengan bersiar-siar dengan berjalan kaki dan juga menggunakan tuk-tuk di sekitar Chiang Mai. Hari kedua di Chiang Mai bagi meluang masa untuk berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan jauh keesokkan harinya. Hanya 5 km perjalanan menggunakan Versys, itu pun hanya ke Kawasaki Service Centre Chiang Mai bagi menukar tayar hadapan. Kalau hendak dikira ke jumlah jarak perjalanan selepas 8 hari menjadi kira-kira 3245 km.


Tuesday 27 December 2011

Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 07: Golden Triangle - Chiang Kong - Chiang Mai

Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 07: Golden Triangle - Chiang Kong - Chiang Mai

Hari 07: Selasa 27/12/2011

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Catatan perjalanan hari ke-7 setelah menempuh perjalanan sejauh kira-kira 350 km dari Golden Triangle (Sok Ruak) hingga tiba di Chiang Mai melalui Chiang Kong dan Chiang Rai. Jumlah jarak perjalanan selepas 7 hari kira-kira 3240 km. Jarak perjalanan berpandukan route google, jarak sebenar adalah lebih lagi, tidak termasuk tempat-tempat dilawati.



Monday 26 December 2011

Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 06: Bhg2 Golden Triangle - Mae Sai - Tachileik (Myanmar)

Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 06: Bhg2 Golden Triangle - Mae Sai - Tachileik (Myanmar)

Hari 06: Isnin 26/12/2011

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Sambungan dari Bahagian 1: Golden Triangle (Thailand) - Don Sao (Laos)

Bahagian 2: Golden Triangle - Mae Sai - Tachileik (Myanmar)



Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 06: Bhg 1 Golden Triangle (Thailand) - Don Sao (Laos)

Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 06: Bhg 1 Golden Triangle (Thailand) - Don Sao (Laos)

Hari 06: Isnin 26/12/2011

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Catatan perjalanan hari ke-6 diteruskan dengan aktiviti sebelah paginya menaiki bot menyusuri Sungai Mekong serta singgah di Pulau Don Sao (Laos). Seterusnya menunggang sejauh kira-kira 30 km dari Golden Triangle (Sok Ruak) ke Mae Sai (The Northern Most Of Thailand) dan menyeberang sempadan ke Tachilek (Myanmar). Kembali semula ke Golden Triangle (Sok Ruak). Jumlah jarak perjalanan selepas 6 hari kira-kira 2890 km. Jarak perjalanan berpandukan route google, jarak sebenar adalah lebih lagi, tidak termasuk tempat-tempat dilawati.


Sunday 25 December 2011

Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 05: Mae Hong Son - Pai- Mae Chan - Golden Triangle

Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 05: Mae Hong Son - Pai- Mae Chan - Golden Triangle

Hari 05: Ahad 25/12/2011

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Catatan perjalanan hari ke-5 setelah menempuh perjalanan sejauh kira-kira 463 km dari Mae Hong Son hingga tiba di Golden Triangle (Sok Ruak) melalui Pai, Fang dan Mae Chan. Jumlah jarak perjalanan selepas 5 hari kira-kira 2828 km. Jarak perjalanan berpandukan route google, jarak sebenar adalah lebih lagi, tidak termasuk tempat-tempat dilawati.


Saturday 24 December 2011

Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 04: Mae Sot - Mae Hong Son

Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 04: Mae Sot - Mae Hong Son

Hari 04: Sabtu 24/12/2011

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Catatan perjalanan hari keempat setelah menempuh perjalanan sejauh kira-kira 395 km dari Mae Sot hingga tiba di Mae Hong Song melalui Mae Sariang. Jumlah jarak perjalanan selepas 4 hari kira-kira 2365 km. Jarak perjalanan berpandukan route google, jarak sebenar adalah lebih lagi, tidak termasuk tempat-tempat dilawati.


Friday 23 December 2011

Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 03: Cha-am - Mae Sot

Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 03: Cha Am - Mae Sot

Hari 03: Jumaat 23/12/2011

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Catatan perjalanan hari ketiga setelah menempuh perjalanan sejauh kira-kira 664 km dari Cha Am hingga tiba di Mae Sot melalui Nakhon Pathom, Suphan Buri, Chainat dan Nakhon Sawan. Jumlah jarak perjalanan selepas tiga hari hari kira-kira 1974 km. Jarak perjalanan berpandukan route google, jarak sebenar adalah lebih lagi.


Thursday 22 December 2011

Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 02: Surat Thani - Cha Am

Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 02: Surat Thani - Cha Am

Hari 02: Khamis 22/12/2011

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Catatan perjalanan hari kedua setelah menempuh perjalanan sejauh kira-kira 480 km dari Surat Thani hingga tiba di Cha Am melalui Chumphon dan Prachuap Khiri Khan. Jumlah jarak perjalanan selepas dua hari kira-kira 1310km

Nota: Waktu dicatat berdasarkan waktu Malaysia yang satu jam cepat daripada Thailand.

Surat Thani
Dalam pukul 9:00AM , kami mula bergerak dari hotel penginapan. Destinasi yang dituju adalah pantai peranginan Cha Am (Phetchaburi) untuk bermalam di sana. Keluar dari Bandar Surat Thani, memasuki semula route 41 untuk menuju ke Chumpon.

9:00 AM bersiap untuk bertolak dari Hotel Wang Tai, Surat Thani.

Wednesday 21 December 2011

Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 01: Kuala Lumpur - Surat Thani

Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 01: Kuala Lumpur - Surat Thani

Hari 01 : Rabu 21/12/2011

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Catatan hari pertama setelah menempuh perjalanan sejauh kira-kira 830 km dari Kuala Lumpur hingga tiba di Surat Thani melalui Patthalung. Maka hari ini tercipta sejarah perjalanan pertama saya merentasi sempadan negara dengan bermotorsikal.



Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Pendahuluan


Kembara Barat dan Utara Thailand 2011

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Previu

 Hasrat mengembara bermotosikal merentasi bahagian barat dan utara Thailand mejangkau perjalanan hampir 6000 km selama 12 hari, bermula 21 Disember 2011 hingga 1 Januari 2012, telah dicapai oleh enam penunggang jentera berkuasa tinggi pelbagai kategori. Ekspedisi enam peserta kembara yang terdiri daripada Mas Fadzilah dengan  KTM 990 Adventure, Zainudin menunggang  BMW R1200GS, Rahman pula dengan BMW R1150RT, manakala Hj. Halim, Faiz dan Fauzy, masing-masing mengemudi Kawasaki Versys 650.

 Misi kembara utama adalah untuk menakluk “Thousand Corners”, secara teknikalnya jalan dengan 1,864 selekoh melalui route 1095 Chiang Mai-Pai-Mae Hong Son yang amat terkenal dalam dunia permotoran kembara dua roda antarabangsa. “Thousand Corners” terletak di pergunungan utara Thailand yang bersempadan dengan Myanmar di sebelah barat.

Sunday 4 December 2011

Klawang Sunday Ride (04/12/2011) Throwback Thousand Corners Practice dengan Versys

KLAWANG SUNDAY RIDE (04/12/2011) THROWBACK THOUSAND CORNERS PRACTISE DENGAN VERSYS

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Beberapa gambar kenangan ride bersama Meon YZF-R1 dan Amar K7 ke  Klawang (Kuala Klawang) pada pagi Ahad 04 Disember 2011. Ride kali ini membiasakan diri dengan jentera baru Versys 650 yang baru dipakai sejak bulan Oktober yang lepas. Hujung bulan ini akan mengembara merentas sempadan buat pertama kali ke Thailand untuk melayan laluan thousand corners dan Golden Triangle. Versys siap pasang panier dengan 'weight' melayan korner-korner Klawang sebagai latihan membiasakan dan menyiapkan diri untuk '6000 km overlander expendition'.  Terima kasih buat Meon YZF-R1 dan Amar K7 yang sudi mengiringi sesi latihan ini.

9:30 Am di Genting Peras. Versys 650 vs Meon R1 vs Amar K7

Sunday 17 July 2011

Sepang Track Day (17/07/2011) Throwback Belajar Line Sifu

SEPANG TRACK DAY (17/07/2011) THROWBACK BELAJAR LINE SIFU

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Kenangan sekitar 'S.M.T (Singapore-Malaysia-Thailand) Special Trackday' di Litar Antarabangsa Sepang (Sepang International Circuit) pada 17 Julai 2011. Trackday hari ini kebanyakkan disertai pembalap-pembalap dari Singapura. Masa ini masih baru dalam melayan Litar Sepang, masih dalam pembelajaran di bawah tunjuk ajar Tuan Sifu Ard Rocci. Terima kasih tuan sifu, walaupun tidak khatam dan tidak pandai-pandai hendak melefer di SIC ini.

 'Deman' turun main litar setelah beberapa kali menyertai 'OilerBikerz MotoGP Special Trackday'; 2010-01-09 OilerBikerz Moto GP round 1, 2010-02-20 OilerBikerz Moto GP round 2  dan 2010-07-15 OilerBikerz Moto GP round 3. Antara rider-rider OilerBikerz yang turut serta termasuklah Eypol K6, Siong CBR1000RR Respol DiRaja, Ard K6, Meon R1, Ghaz S1000RR, Pak Sheikh CBR1000RR Rabbit, Capt Nazri S1000RR, Ameng CBR1000RR Repsol, Amar K7,  Hj Ipin GSX-R600, dan Abg Zul ZX10R. Boleh tengok aksi pembalap-pambalap OB ini dalam video (akan dimuat naik kemudian). Foto-foto resolusi tinggi berbayar yang dirakam oleh jurufoto litar (alongarts).

Turn 1


Tuesday 19 April 2011

Klawang Stage 1 Ride (19/04/2011) Throwback Ride Lepas Servis Vs Sampah

KLAWANG STAGE 1 RIDE (19/04/2011) THROWBACK RIDE LEPAS SERVIS VS SAMPAH

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Beberapa gambar kenangan ride dekat Stage 1  Klawang (Kuala Klawang) menguji jentera CBR1000RR selepas servis di 25 Degree, Batu 14 Hulu Langat. Motor lepas servis memang 'cantik' tapi pemandangan di penghujung Stage 1 yang 'tidak cantik'. Dulu-dulu dekat simpang 3 penghujung Stage 1 selalu jadi mangsa longgokkan sampah haram. Kalau musim durian banyaklah longgokkan kulit buah durian bertaburan di sini. Oleh kerana KKIC semakin popular dengan aktiviti rekreasi dan sukan, kini keadaaan bertambah baik dengan jalan semakin cantik dan pembuangan sampah sepanjang jalan pun sudah hampir tiada atau berkurangan tidak seperti dulu-dulu. Sebelah jalan tu adalah Empangan Semenyih, yang membekal air minuman ke rumah-rumah kita. Bayangkan masa hujan lebat dimana kotoran dari sampah sarap mengalir masuk ke empangan tersebut.

Timbunan sampah berbukit di simpang 3 penghujung Stage 1

Sunday 20 February 2011

Klawang Sunday Ride (20/02/2011) Throwback ride dengan Oilerbikerz

KLAWANG SUNDAY RIDE (20/02/2011) THROWBACK RIDE DENGAN OILERBIKERZ

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Beberapa gambar kenangan ride bersama grup Oilerbikerz (OB) ke  Klawang (Kuala Klawang) pada pagi Ahad 20 Februari 2011. OilerBikerz rider - Ard K6, Amar K7 dan Fauzy CBR1000RR Repsol. Ride kali ini diturut serta rakan Amar dengan jentera R1. Tetapi nasib kurang baik sedikit, R1 tersebut terjatuh di Stage 3 ketika pulang. Alhamdulillah, rider tidak mengalami kecedearan serius.

Klawang Pit Stop

Sunday 13 February 2011

Klawang Sunday Ride (13/02/2011) Throwback ride dengan Oilerbikerz

KLAWANG SUNDAY RIDE (13/02/2011) THROWBACK RIDE DENGAN OILERBIKERZ

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Beberapa gambar kenangan ride bersama grup Oilerbikerz (OB) ke  Klawang (Kuala Klawang) pada pagi Ahad 13 Februari 2011. OilerBikerz rider - Ard K6, Amar K7, Meon SuperScooter dan Fauzy CBR1000RR Repsol.

Klawang Pit Stop

Sunday 23 January 2011

OILERBIKERZ Ride ke Leban Chondong dan Pekan 2011 Bahagian 2

OILERBIKERZ RIDE KE LEBAN CHONDONG DAN PEKAN 2011

Bahagian 2: Leban Chondong - Pekan - Kuala Lumpur

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Hentian 4: Petronas Pekan dan Pekan Waterfront
 Tiba di Pekan dalam pukul 2:30 petang selepas melayan jalan pantai Route 3 Jalan Sultan Ahmad sejauh 71 km. Melayan jalan pantai yang agak lurus sekali sekala dengan selekoh selepas 'kekenyangan' apa lagi di waktu tengahari dengan tiupan angin pantai menuntut fizikal dan minda setiap rider sentiasa fokus pada tunggangan dan laluan. Setelah mengisi minyak, berhenti rehat dan minum terlebih dahulu di medan makan Pekan Waterfront.

Tiba di Pekan Waterfront

Saturday 22 January 2011

OILERBIKERZ Ride ke Leban Chondong dan Pekan 2011 Bahagian 1

OILERBIKERZ RIDE KE LEBAN CHONDONG DAN PEKAN 2011

Bahagian 1:  Kajang - Leban Chondong

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Kenangan sekitar ride ke Leban Chondong dan Pekan pada 22-23/01/2011 (2 Hari/1 Malam) bersama OilerBikerz (OB) enam tahun yang lalu.....

Deretan moto para peserta 'Trip Kambing Golek Leban Chondong Pekan' di RV Point

Sunday 16 January 2011

Klawang Sunday Ride (16/01/2011) Throwback ride dengan Oilerbikerz

KLAWANG SUNDAY RIDE (16/01/2011) THROWBACK RIDE DENGAN OILERBIKERZ

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Beberapa gambar kenangan ride bersama grup Oilerbikerz (OB) ke  Klawang (Kuala Klawang) pada pagi Ahad 16 Januari 2011. OilerBikerz rider - Ard K6, Abe Jam CBR1000RR Kuning DiRaja, Meon SuperScooter dan Fauzy CBR1000RR Repsol.

Klawang Pit Stop

Sunday 9 January 2011

Klawang Sunday Ride (09/01/2011) Throwback ride dengan Oilerbikerz

KLAWANG SUNDAY RIDE (09/01/2011) THROWBACK RIDE DENGAN OILERBIKERZ

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Beberapa gambar kenangan ride bersama grup Oilerbikerz (OB) dan kenalan ke  Klawang (Kuala Klawang) pada pagi Ahad 9 Januari 2011. OilerBikerz rider - Ard K6, Abe Jam CBR1000RR Kuning DiRaja, Capt Nasri S1000RR dan Fauzy CBR1000RR Repsol. Ride kali ini turut disertai rakan sepejabat, Khamil Naza Blade 650 dan dua rakannya CBR1000RR dan CBR1000RR Repsol

Klawang Pit Stop