Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 06: Bhg 1 Golden Triangle (Thailand) - Don Sao (Laos)
Hari 06: Isnin 26/12/2011
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Catatan perjalanan hari ke-6 diteruskan dengan aktiviti sebelah paginya menaiki bot menyusuri Sungai Mekong serta singgah di Pulau Don Sao (Laos). Seterusnya menunggang sejauh kira-kira 30 km dari Golden Triangle (Sok Ruak) ke Mae Sai (The Northern Most Of Thailand) dan menyeberang sempadan ke Tachilek (Myanmar). Kembali semula ke Golden Triangle (Sok Ruak). Jumlah jarak perjalanan selepas 6 hari kira-kira 2890 km. Jarak perjalanan berpandukan route google, jarak sebenar adalah lebih lagi, tidak termasuk tempat-tempat dilawati.
Golden Triangle, Thailand
Golden Triangle terletak di Wilayah Chiang Rai, utara Thailand. Nama Inggeris berasal dari pertemuan 3 buah negara di sini iaitu Laos, Myanmar dan Thailand, tetapi kepada penduduk tempatan ianya dikenali sebagai Sop Ruak, kerana menjadi tempat pertemuan Sungai Ruak yang mengalir ke Sungai Mekong (Mae Khong). Sungai-sungai ini membentuk sempadan semula jadi antara tiga buah negara, Laos (di sebelah timur Mekong), Myanmar (di utara Ruak), dan Thailand (di sebelah barat Mae Khong). Dari sudut sejarah pula, istilah Golden Triangle sinonim dengan perdagangan candu, dimana pedagang-pedagang Cina telah membeli candu yang dihasilkan di kawasan ini menggunakan emas sebagai bayaran. Kini, ekonomi Golden Triangle telah beralih kepada ekonomi yang berasaskan kasino.
|
Golden Triangle, kawasa pertemuan 3 buah negara iaitu Laos, Myanmar dan Thailand |
Aktiviti sebelah pagi di Golden Triangle (Sok Ruak) bermula dengan menaiki bot menyusuri Sungai Mekong serta singgah ke sebuah pulau kecil yang bernama Don Sao, milik Laos. Saya sudah tidak ingat berapa bayaran sebenar dikenakan setiap orang untuk kumpulan kami, rasanya dalam 200-300 Bath.
Apa yang menarik ketika menyusuri Sungai Mekong? Disebelah Thailand, melihat pemandangan patung besar Buddha berwarna keemasan yang duduk diatas binaan seperti kapal yang terletak di Golden Triangle Park. Malangnya tidak berkesempatan singgah, hanya memandang ketika menunggang melaluinya semalam dan juga hari ini. Manakala sebelah Laos pula kelihatan beberapa pusat peranginan (resort) yang besar dengan kasino yang membentuk 'Golden Triangle Special Economic Zone', satu usahasama antara kerajaan Loas dengan pelabur-pelabur dari China, dan juga kelihatan beberapa patung besar Buddha dan pusat kasino di sebelah Myanmar. Pendek kata semasa menyusuri Sungai Mekong ke arah utara melepasi Sungai Ruak, jika anda melihat Myanmar dari Sungai Mekong bermakna sebelah yang bertentangannya adalah Laos, sebenarnya sudah tidak berada dalam Thailand lagi, kecuali anda berada betul-betul di titik pertemuan 3 sempadan (dekat pertemuan Sungai Ruak dan Sungai Mekong).
Menarik juga terdapat bot-bot peronda agensi penguatkuasa Laos berlabuh di sekitar 'Golden Triangle Special Economic Zone'. Sebenarnya terdapat pasukan khas dari China yang menjalankan aktiviti rondaan keselamatan bersama Laos dan Thailand. Ini berikutan pada pada 5 Oktober 2011, dua kapal komersial China dirampas di perairan Golden Triangle Sungai Mekong, dan 13 anak kapal China ditembak mati melibatkan sindiket pengedaran dadah yang bersenjata. Hasil kerjasama tersebut, sindiket dadah tersebut berjaya dilumpuhkan 6 bulan kemudiannya. (sumber Xinhua News Agency, dipetik oleh
http://dailynews.sina.com)
|
Selamat Pagi Golden Triangle. 8:30 AM pagi di hadapan Baan Thai Resort sebelum pergi bersarapan |
|
Bersama V di hadapan Baan Thai Resort |
|
Bersama V di hadapan Baan Thai Resort |
|
Bro Rahman sedang memeriksa jentera RT di hadapan Baan Thai Resort |
|
Bro Faiz dan Bro Rahman sedang mengambil gambar jentera masing-masing di hadapan Baan Thai Resort |
|
Kejutan dari Bro Zainuddin, pagi-pagi lagi sudah membuat ubahsuai pada posisi handle jentera GS. |
|
Pemandangan Baan Thai Resort dari jalan masuk |
|
9:45 AM Bergambar secara berkumpulan di hadapan Baan Thai Resort sebelum memulakan aktiviti pagi ini |
|
Bergambar secara berkumpulan di hadapan Baan Thai Resort |
|
Terima kasih pada jurugambar-jurugambar yang mengambil gambar kami. Mereka sebenarnya ada pelancong. |
|
Jentera-jentera yang akan berehat di Baan Thai Resort sebelah pagi |
|
Ada pelancong berminat hendak bergambar dengan rider Malaya diwakilkan kepada Bro Maz |
|
Ada pelancong berminat hendak bergambar duduk atas V lagi |
|
9:50 AM Berjalan kaki ke pesisir Sungai Mekong dari Baan Thai Resort |
|
9:52 AM Bergambar kenangan dengan papantanda dan peta Golden Triangle |
|
9:54 AM Bergambar kenangan dengan papantanda Golden Triangle di tebing Sungai Mekong |
|
Peta lokasi Golden Triangle |
|
Golden Triangle, titik pertemuan sempadan 3 buah negara iaitu Thailand, Laos dan Myanmar. |
|
10:00 AM. Dari jeti menaiki bot, boleh nampak patung besar Budhha di yang terletak di Golden Triangle Park |
|
Bersiap di atas bot untuk bersiar-siar menyusuri Sungai Mekong. |
|
10:02 AM Pemandangan patung besar Budhha di yang terletak di Golden Triangle Park dari Sungai Mekong |
|
Patung besar Buddha keemasan yang kelihatan duduk diatas binaan seperti kapal dilihat dari Sungai Mekong |
|
10:04AM 'Golden Triangle Special Economic Zone' dalam Laos |
|
Pemandangan Soak Ruak dari Sungai Mekong |
|
10:06 AM. Kelihatan patung Buddha sebelah Mynmar dilihat dari Sungai Mekong yang bertentangan dengan Laos |
|
Paradise Resorts Golden Triangle, pusat peranginan yang terletak dalam Myanmar dilihat dari Sungai Mekong |
|
10:08 AM. Bot agensi penguatkuasa dan keselamatan berlabuh di 'Golden Triangle Special Economic Zone' dalam Laos |
|
Bot agensi penguatkuasa dan keselamatan berlabuh di 'Golden Triangle Special Economic Zone' dalam Laos |
|
Pemandangan patung besar Budhha di yang terletak di Golden Triangle Park dari Sungai Mekong |
|
10:10 AM. 'Golden Triangle Special Economic Zone' dalam Laos |
|
Antara bot-bot besar berlabuh di 'Golden Triangle Special Economic Zone' dalam Laos |
|
'Golden Triangle Special Economic Zone' dalam Laos |
|
10.11 AM. Bergambar dalam bot ketika menyusuri Golden Triangle Park dari Sungai Mekong |
|
Hanya kami berenam sahaja yang berada dalam pelayaran bot menyusuri Sungai Mekong |
|
10:13 AM. Bergambar berkumpulan kenangan dalam pelayaran dengan bot menyusuri Sungai Mekong |
|
10:14 AM. Antara pusat peranginan di 'Golden Triangle Special Economic Zone' dalam Laos |
|
Kapok Garden Hotel, 'Golden Triangle Special Economic Zone' dalam Laos |
|
10:15 AM. Pusat Kasino Jinmu Cotton di Kapok Garden Hotel,'Golden Triangle Special Economic Zone' dalam Laos |
Pulau Don Sao, Laos
Setelah menyusuri Sungai Mekong, singgah ke sebuah pulau kecil yang bernama Don Sao, terletak dalam Laos. Pulau Don Sao juga merupakan sebahagian dari 'Golden Triangle Special Economic Zone' Laos. Tiada passport atau visa diperlukan untuk memasuki Pulau Don Soa ini, tetapi dikenakan bayaran tiket melawat atau bayaran masuk kira-kira 20 Baht.
Pulau ini menjadi destinasi pelancongan dimana banyak bot-bot pelancong atau agensi pelancongan akan menawarkan perkhidmatan ke pulau ini. Pulau ini berada di Laos, maknanya anda boleh mendakwa telah melawat negara Laos, walau bagaimanapun anda tidak dibenarkan memasuki Laos dari sini. Pendek kata, semasa menyusuri Sungai Mekong dan singgah di Don Soa menjadikan lawatan singkat ke tiga buah negara iaitu Thailand, Myanmar dan Laos.
Apa yang menarik di Pulau Don Soa? Sebenarnya tiada tempat menarik yang dapat dilawati, kelihatan seperti pasar untuk pelancong, dimana terdapat gerai-gerai menjual barangan berjenama tiruan hingga cenderahati termasuk barangan tradisional Laos, yang juga boleh diperolehi di Sok Ruak sebenarnya, tetapi pada harga yang lebih murah jika pandai tawar menawar.
Setelah berada kira-kira 30 minit di Pulau Don Sao, dalam pukul 11:00 AM, kami bertolak balik ke Golden Triangle (Sok Ruak).Tiba di jeti terus kembali ke Baan Thai Resort untuk perjalanan seterusnya ke Mae Sai dengan motorsikal pula.
|
Tiket melawat Pulau Don Sao dengan bayaran masuk kira-kira 20 Baht. |
|
10:23 AM. Grup foto semasa tiba di Pulau Don Soa, Laos |
|
10.24 AM Bergambar kenangan sewaktu tiba di Pulau Don Soa, Laos |
|
10:29 AM. Welcome to Donsao, Laos. |
|
10:34 AM. Pemandangan sekitar gerai-gerai yang menjual pelbagai dari berjenama tiruan sehingga hasil kraftangan. |
|
Pemandangan sekitar gerai-gerai yang menjual pelbagai dari berjenama tiruan sehingga hasil kraftangan. |
|
10:35 AM. Peta pelancongan Laos. Donsao terletak dalam Wilayah Bokeo, Laos. |
|
Antara barangan ukiran kraftangan termasuk dari gading gajah yang dijual. |
|
Antara barangan ukiran kraftangan termasuk dari gading gajah dan juga kain tenunan |
|
Antara barangan ukiran kraftangan termasuk dari gading gajah dan juga lukisan |
|
Antara minuman keras (wiski) mengandungi haiwan eksotik terutama ular. |
|
Antara minuman keras (wiski) mengandungi haiwan eksotik terutama ular. |
|
Antara minuman keras (wiski) mengandungi kala jengking dan juga ginseng. |
⇦
Kembali ke Hari 05 ⟺
Bersambung ke Hari 06 Bahagian 2 ⇨
Terima kasih kerana melayari blog ini.
Wassalam,
Fauzy
Dinukilankan pada 15 November 2017
Follow@Twitter:
View web version if you have problem in viewing mobile version
No comments:
Post a Comment