Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 08: Chiang Mai Bhg 2
Hari 08: Rabu 28/12/2011
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Sambungan dari
Bahagian 1: Chiang Mai Bhg 1
Jalan-Jalan Chiang Mai
Setelah selesai masalah tayar motor dan kembali semula ke Top North Hotel, bersiar-siar dulu sekitar Bandar Chiang Mai mengikut kaki melangkah menyusuri Jalan Tha Phae menuju Sungai Ping. Bila sudah tidak larat baru balik hotel naik tuk-tuk. Antara tempat-tempat menarik dilawati Tha Phae Gate, kuil Wat Buppharam dan Warorot Market.
Kedai Sewa Motorsikal
Sekitar Top North Hotel yang terletak di 41 Th Moon Muang, saya dapati terdapat beberapa buah kedai yang menyediakan khidmat menyewa motorsikal dan juga kereta untuk para pelancong. Terdapat pelbagai jenis motorsikal ditawarkan dari skuter sehingga jentera berkuasa tinggi termasuk Versys dengan harga bermula 200 Baht sehingga 1500 Baht. Bagi Versys 650, harga ditawarkan sekitar 1500 Baht termasuk insuran.
|
Sekitar Top North Hotel yang terletak di 41 Th Moon Muang |
|
Tha Phae Gate terletak berdekatan dengan Top North Hotel |
|
Bergambar kenangan sekitar Th Moon Muang dengan sebahagian tembok Tha Phae Gate |
|
Motorsikal Kawasaki ER-6 untuk di sewa di salah sebuah kedai menyediakan khidmat sewa motorsikal |
|
Motorsikal Honda CBR250R untuk di sewa di salah sebuah kedai menyediakan khidmat sewa motorsikal |
|
Kadar sewa motorsikal dan kereta |
|
Kadar sewa motorsikal Versys 650 |
|
Kadar sewa motorsikal Er-6N |
|
Kadar sewa kereta salon Honda City |
Tha Phae Gate
Apa yang istimewanya dengan Tha Phae Gate ini. Gerbang Tha Phae adalah pintu masuk utama ke kota lama Chiang Mai yang dikelilingi tembok dan parit atau terusan kecil. Pada masa itu ia menjadi pintu masuk kepada peniaga-peniaga, diplomat dan pendeta-pendeta yang berurusan di kota lama ini. Pada masa itu laluan masuk utama ke Chiang Mai adalah melalui Sungai Ping (Mae Ping) dan seterusnya Jalan Tha Phae menuju ke pintu gerbang Tha Phae.
Walau bagaimanapun sebahagian besar tembok kota lama telah runtuh, cuma empat tembok di sekelilingnya masih utuh bersama pelbagai bahagian lain. Pada masa ini bandaraya Chiang Mai telah berkembang pesat di luar kota lama, dimana Tha Phae Gate lebih menjadi tempat pusat aktiviti awam dan acara festival di bandaraya Chiang Mai seperti pencahayaan tanglung semasa Loy Kratong, pesta main air Songkran, persembahan muzik dan kebudayaan, dan juga Festival Karnival Bunga (diadakan pada bulan Februari). Terdapat juga Pasar Minggu Ahad Chiang Mai yang diadakan di sini di mana orang ramai datang membeli-belah dengan harga tawar-menawar dengan para peniaga yang menjual barangan seperti pakaian, kasut dan barang kemas. Walaupun, Tha Phae Gate adalah mercu tanda sejarah terkenal disini, tetapi ianya bukanlah sesuatu yang menjadi tarikan utama para pelancong ke Chiang Mai.
|
Bergambar kenangan di dataran dalam Tha Phae Gate |
|
Sekitar dataran baru lepas berlangsung sambutan perayaaan Krismas |
|
Sekitar dataran baru lepas berlangsung sambutan perayaaan Krismas |
|
Terdapat arca pokok krismas dimana terdapat sfera-sfera yang diperbuat dari kepingan cakera liut (Compact Disc) |
|
Bergambar kenangan di tembok dengan papan tanda Tha Phae Gate |
|
Informasi mengenai sejarah Tha Phae Gate. Boleh baca kalau hendak ketahui lebih lanjut |
|
Tha Phae Gate, dengan sebahagian tembok yang mengelilingi kota lama |
|
Pada penghujung tembok, terdapat parit atau terusan air, pada asalnya turut dibina mengelilingi kota lama |
|
Bergambar kenangan dengan terusan air kota lama dalam Tha Phae Gate |
|
Terdapat banyak burung merpati berkumpul di sini |
|
Terdapat banyak burung merpati berkumpul di sini dan agak jinak juga |
|
Ada makcik yang datang memberi makan burung-burung merpati di sini |
|
Di dalam terusan terdapat banyak ikan-ikan |
Dari Tha Phae Gate menyusuri Jalan Tha Phae menuju ke arah Sungai Ping dimana melewati pejabat jualan tiket AirAsia, kuil Wat Chetawan dan kuil Wat Buppharam.
|
Pejabat jualan tiket AirAsia di permulaan simpang masuk Jalan Tha Phae dari Tha Phae Gate |
|
Deretan tuk-tuk yang sentiasa menunggu penumpang di Jalan Tha Phae |
|
Senibina tembok di kuil Wat Chetawan di Jalan Tha Phae |
|
Kuil Wat Chetawan Jalan Tha Phae, pada asalnya dibina pada akhir abad ke-19 oleh pedagang jati Burma |
|
Kuil Wat Chetawan di Jalan Tha Phae Kuil ini, rekabentuknya banyak dipengaruhi oleh senibina gaya Burma |
Wat Buppharam
Wat Buppharam terletak di Jalan Tha Phae ini merupakan kuil untuk penganut Buddha di Chiang Mai. Tapak Wat Buppharam Chiang Mai mempunyai kepentingan sejarah, kerana dari sini pada tahun 1797, Chao Kawila mengambil kembali kota Chiang Mai selepas 200 tahun dibawah pemerintahan Burma. Wat Buppharam diasaskan pada tahun 1497 oleh Raja Phra Muang Kaeo, tetapi rekabentuk binaannya adalah lewat abad ke-19, banyak dipengaruhi oleh senibina gaya Burma dan juga gaya Lanna.
|
Pemandangan kuil Wat Buppharam dari pintu masuk Jalan Tha Phae |
|
Pemandangan kuil Wat Buppharam di Jalan Tha Phae |
|
Terdapat pelancong sedang melawat kuil Wat Buppharam di Jalan Tha Phae |
|
Pemandangan sekitar kuil Wat Buppharam di Jalan Tha Phae |
|
Informasi sejarah kuil Wat Buppharam |
|
Haiwan-haiwan hiasan di kawasan kuil Wat Buppharam |
|
Pokok landskap berupa gajah di laman kuil Wat Buppharam |
|
Bergambar kenangan di sekitar kuil Wat Buppharam di Jalan Tha Phae |
|
Bergambar kenangan di sekitar kuil Wat Buppharam di Jalan Tha Phae |
Selepas sinngah melihat sekitar kuil Wat Buppharam di Jalan Tha Phae, seterusnya menyusuri Jalan Kuang Men sebelum tiba di Warorot Market. Sepanjang Jalan Kuang Men terdapat banyak peniaga-peniaga kecil menjual pelbagai barangan di kaki lima. Sudah pasti ada barangan yang mempunyai keunikkannya sendiri yang jarang didapati di negara sendiri.
|
Selipar diperbuat dari tayar dijual oleh peniaga di Jalan Kuang Men |
|
Barangan hiasan kraftangan tradisional (puak Hmong) dijual oleh peniaga di Jalan Kuang Men |
|
Beginilah suasana di Jalan Kuang Men yang dipenuhi deretan kedai-kedai dan juga gerai-gerai peniaga di kaki lima |
Warorot Market.
Warorot Market adalah salah satu tempat bersejarah dan semangat kehidupan di Chiang Mai. Warorot Market adalah tempat yang harus dilawati jika ingin mengalami budaya Thai sebenar dan corak kehidupan seharian penduduk tempatannya. Di Chiang Mai, Pasar Warorot biasanya dipanggil oleh penduduk sebagai Kad Luang. Ia adalah pasar tertua dan paling terkenal di Chiang Mai. Dibina lebih dari seratus tahun yang lalu, bangunan tiga tingkat ini kekal sebagai pusat untuk berdagang dan tempat membeli-belah yang menarik. Terdapat pelbagai barangan dijual di pasar ini. Tingkat bawah kebanyakan menjual barangan makanan, manakala tingkat atas kebanyakkan pakaian, kain dan barangan rumah termasuk peralatan dapur.
Saya tidak melawati keseluruhan pasar, cuma melihat sesuatu yang agak menarik dan unik terdapat di sini. Peniaga-peniaga di sini pula kebanyakkan didominasi oleh orang perempuan. Selain dari bahagian dalam bangunan pasar, disepanjang kaki lima bersebelahan pasar juga dipenuhi gerai-gerai menjual peralatan dapur, mainan, pakaian, bunga, barangan rumah dan juga barangan kraftangan traditional.
|
Buah strawberi segar yang dijual di Warorot Market. |
|
Tingkat bawah banyak menjual barangan makanan atau keperluan masakan dapur di Warorot Market. |
|
Buah-buahan segar dijual di Warorot Market. |
|
Barangan keperluan dapur di tingkat bawah, manakala tingkat atas menjual pakaian di Warorot Market. |
|
Lauk-pauk dan makanan masakan tempatan juga ada dijual di Warorot Market. |
|
Barangan keagamaan termasuk tanglung 'terbang' yang dipengang oleh Bro Hj Halim turut dijual di Warorot Market. |
|
Pelbagai teh keluaran tempatan dijual di Warorot Market. |
|
Pelbagai teh keluaran tempatan juga dipasarkan di Warorot Market. |
|
Buah-buahan segar termasuk strawberi segar yang dijual di Warorot Market |
|
Makanan dan kuih-muih turut dijual di Warorot Market. |
|
Pelbagai pencuci mulut berasaskan santan dijual di Warorot Market. |
|
Kuih-kuih tradisional dijual di Warorot Market. |
|
Suasana bahagian menjual kuih-kuih tradisional di Warorot Market. |
|
Suasana bahagian menjual barangan makanan tradisional di Warorot Market.Warorot Market. |
|
Bro Hj Halim mengajak makan cendol di Warorot Market. |
|
Inilah rupa cendol lebih kepada bersantan dengan bahan-bahan yang biasa didapati dalam cendol atau ais batu campur. |
|
Jagung rebus berwarna ungu dijual di sekitar Warorot Market. |
|
Buah strawberi dan produk berasakan strawberi dijual digerai-gerai sekitar Warorot Market. |
|
Gerai ikan bakar turut dijual sekitar Warorot Market. |
|
Tapi jangan terpilih salah ikan pula yang ada kaki empat |
|
Tuk-tuk yang sedia menanti penumpang di sekitar Warorot Market. |
Dari Warorot Market, menyusuri Jalan Wichayanon sambil menikmati pemandangan indah dari tepi Sungai Ping, dan mengakhirinya di Chinatown. Walau bagaimanapun, tidak jadi melawat Chinatown kerana sudah kepenatan dan kembali semula ke hotel dengan tuk-tuk.
|
Pemandangan arah utara Sungai Ping dari Jalan Wichayanon. Kelihatan Jambatan Nakhon Phing |
|
Pemandangan Sungai Ping dari Jalan Wichayanon. Bangunan tinggi adalah Riverside Hotel. |
|
Kelihatan penuntut Budha di tepi Sungai Ping |
|
Tumpang bergambar dengan penuntut Budha di tepi Sungai Ping |
|
Pemandangan arah selatan Sungai Ping dari Jalan Wichayanon. Kelihatan jambatan kecil untuk penjalan kaki |
|
Bergambar kenangan pemandangan arah utara Sungai Ping dari Jalan Wichayanon |
|
Bergambar kenangan pemandangan arah selatan Sungai Ping dari Jalan Wichayanon |
|
Sampai di China Town Gate Chiang Mai, tetapi sudah kepenatan. Tidak jadi melawat dan kembali ke hotel |
Route Jalan-Jalan Chiang Mai
Masjid Hadayatul Islam Banhaw
Kami keluar makan malam di restoran muslim yang sama dengan malam kelmarin, iaitu Restoran Sofia, diusahakan oleh muslim berasal dari selatan Thailand, yang terletak berhampiran Masjid Hadayatul Islam Banhaw yang terletak di 31, Charoen Prahttet Soy (Lorong Charoen Prahttet), berdekatan dengan Bazaar Malam Chiang Mai (Chiang Mai Night Bazaar) di Jalan Chang Klan. Pekerja muslim di restoran ini kebanyakkan berasal selatan Thai yang boleh berbahasa melayu seakan dialek Kelantan.
Saya hanya meninjau masjid ini dari luar selepas makan malam. Kalau dilihat dari segi senibinanya agak moden dari bahagian luar, ianya kelihatan seperti sekolah atau bangunan pejabat pula. Masjid ini asalnya mula dibina oleh masyarakat muslim Cina berasal dari Yunnan, China, yang telah datang sebagai pedagang pada abad ke-19, dan turut menyebarkan ajaran Islam di kota Chiang Mai.
|
Pandangan dari luar Masjid Hadayatul Islam Banhaw terletak di lorong Charoen Prahttet |
|
Sebahagian bangunan di Masjid Hadayatul Islam Banhaw yang agak moden |
|
Pintu masuk utama ke Masjid Hadayatul Islam Banhaw. Binaan bahagian dalamnya mempamerkan pengaruh Cina Yunnan |
Bazaar Malam Chiang Mai (Chiang Mai Night Bazaar)
Bazar Malam Chiang Mai diadakan setiap malam yang menawarkan barangan dengan harga yang agak murah menjadi tarikan pengunjung. Arked dan gerai-gerai sepanjang lebih kurang 1 km di Jalan Chang Klan, sebelah timur kota lama Chiang Mai, mempamerkan barangan antik, pakaian, jam tangan, cermin mata, kasut, beg tangan, barang kemas, dan hiasan rumah. Para peniaga bersedia untuk tawar-menawar dengan bakal pembeli dengan harga dikehendaki sekitar 20-30% dari harga asal. Tempat untuk mengembangkan kemahiran tawar-menawar untuk mendapat barangan dihajati. Tapi macam biasalah selalunya kita akan bermula dari separuh harga dulu. Sepanjang jalan sekitar Bazaar Malam ini banyak terdapat restoran tempatan dan antarabangsa. Saya sempat singgah salah satu kedai kain iaitu Wanida Thai Silk terletak di Kalare Night Bazaar yang diusahakan oleh Pn Sharifah, muslim selatan Thai yang boleh berbahasa melayu.
|
Suasana Bazaar Malam Chiang Mai sepanjang Jalan Chang Klan |
|
Arked dan pusat beli-belah di Bazaar Malam Chiang Mai |
|
Deretan tuk-tuk menunggu penumpang di Bazaar Malam Chiang Mai |
|
Arked dan gerai-gerai di Bazaar Malam Chiang Mai |
|
Salah satu gerai menjual ukiran dari sabun di Bazaar Malam Chiang Mai |
|
Salah satu gerai menjual ukiran dari sabun di Bazaar Malam Chiang Mai |
Route ke Masjid Hadayatul Islam Banhaw dan Chiang Mai Night Bazaar
⇦
Kembali ke Hari 08: Bahagian 1 ⟺
Bersambung ke Hari 09 ⇨
Terima kasih kerana melayari blog ini.
Wassalam,
Fauzy
Dinukilankan pada 24 Disember 2017
Follow@Twitter:
View web version if you have problem in viewing mobile version
No comments:
Post a Comment