Hari 09: Khamis 29/12/2011
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Catatan perjalanan hari ke-9 setelah menempuh perjalanan sejauh kira-kira 860 km dari Chiang Mai hingga tiba di Cha Am melalui Lampang, Nakhon Sawan, Siphan Buri dan Nakhon Pathom. Jumlah jarak perjalanan selepas 9 hari kira-kira 4105 km. Jarak perjalanan berpandukan route google, jarak sebenar adalah lebih lagi, tidak termasuk tempat-tempat dilawati. Waktu dicatat berdasarkan waktu Malaysia yang satu jam cepat daripada Thailand.
Chiang Mai - Lampang
Setelah sarapan, mula bergerak dari hotel penginapan menuju Lampang. Setelah menempuh perjalanan kira-kira 100 km dari Chiang Mai melalui Route 1, tiba di Petronas Lampang dalam pukul 10:00 AM untuk re-group dan berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Tak melalui Route 1. Ketika memeriksa keadaan tayar hadapan Pirreli Angel ST yang baru dipasang, terdapat kesan gurisan atau kelaran yang sama seperti sebelumnya. Sudah pasti ianya bukan berpunca dari tayar baru yang diganti. Pada masa ini baru disedari punca sebenar pada masalah tayar yang terguris atau terdapat kesan kelaran sehingga terpaksa menukar tayar di Chiang Mai. Setelah diperiksa, ianya berpunca dari skru yang mengikat 'fender extender' pada bahagian tengah yang agak panjang dan tajam meyebabkan tayar terguris atau terkelar semasa hentakan. Jadi paksa ditanggalkan demi keselamatan. Hati merasa sedikit lega setelah mengetahui punca sebenar. Sampai Malaysia nanti, hendak merujuk kembali perkara ini kepada kedai yang memasang tambahan aksesori tersebut.
[Nota: Setelah merujuk kepada kedai tersebut, pihak penguruan bersetuju dan memberi jaminan untuk menggantikan semula tayar asal mengalami kerosakkan setelah tayar baru Pirreli Angel ST sudah sampai hayatnya.]
10:00 AM Petronas Lampang, (The Fifth Retail Company Limited), Tambon Chumphu, Amphoe Mueang Lampang. |
Ketika memeriksa keadaa tayar baru, perkara yang sama masih berlaku iaitu terdapat kesan kelaran pada bahagian tengah |
Setelah diperiksa, ianya berpunca dari skru 'fender extender' yang agak panjang dan tajam dan terpaksa ditanggalkan. |
Lampang - Tak
Setelah menempuh perjalanan kira-kira 175 km dari Lampang melalui Route 1, tiba di Petronas Tak 2 dalam pukul 12:00 PM untuk mengisi minyak dan berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Nakhon Sawan masih melalui Route 1.
12:00 PM Petronas Tak 2, 7 Phahonyothin Rd, Nam Ruem, Amphoe Mueang Tak, Chang Wat Tak 63000, Thailand |
12:00 PM Petronas Tak 2, 7 Phahonyothin Rd, Nam Ruem, Amphoe Mueang Tak, Chang Wat Tak 63000, Thailand |
Petronas Tak 2, 7 Phahonyothin Rd, Nam Ruem, Amphoe Mueang Tak, Chang Wat Tak 63000, Thailand |
Versys bergambar di Petronas Tak 2, setelah mengisi minyak |
Jentera parkir dan berehat seketika di Petronas Tak 2 |
Para rider berehat seketika di Petronas Tak 2 |
Jentera parkir dan berehat seketika di Petronas Tak 2 |
Tak - Nakhon Sawan
Setelah menempuh perjalanan kira-kira 190 km dari Tak melalui Route 1, tiba di PTT Nakhon Sawan sebelum pukul 1:30 PM untuk mengisi minyak dan berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Chai Nat.
1:40 PM di PTT Nakhon Sawan (Khwae Yai Industry Company Limited 1) Tambon Nakhon Sawan |
1:40 PM bersiap untuk bergerak dari PTT Nakhon Sawan (Khwae Yai Industry Company Limited 1) Nakhon Sawan |
1:40 PM bersiap untuk bergerak dari PTT Nakhon Sawan (Khwae Yai Industry Company Limited 1) Nakhon Sawan |
Nakhon Sawan - Chai Nat
Setelah menempuh perjalanan kira-kira 60 km dari Nakhon Sawan melalui Route 1, tiba di PTT Chai Nat dalam 2:30 PM untuk berehat dan makan tengahari sebelum meneruskan perjalanan ke Suphan Buri. Stesen PTT disini mempunyai kedai 7-11. Terdapat mee manggi halal dijual. Selain roti, dapat makan mee manggi TomYum jadilah.
2:30 PM tiba di PTT (Thanapat Chai Nat Petroleum Limited Partnership) Tambon Chai Nat |
2:30 PM berehat di PTT Chai Nat |
2:30 PM berehat di PTT Chai Nat |
Mee manggi TomYum ada pengesahan halal |
Mee manggi TomYum menjadi menu untuk makan tengahari hari |
Chai Nat - Siphan Buri
Setelah menempuh perjalanan kira-kira 90 km dari Chai Nat melalui Route 340, singgah solat di Masjid Nururrahman, Suphan Buri sebelum meneruskan perjalanan ke Cha Am.
4:40 PM tiba di Masjid Nururrahman, Suphan Buri |
Nuri Ruao Man Mosque, 919 Soi Dap Fa Fuen 1, Tambon Tha Pi Liang, Amphoe Mueang Suphan Buri, Thailand |
Singgah solat di Masjid Nururrahman, Suphan Buri |
Masjid Nururrahman, Suphan Buri |
Masjid Nururrahman, Suphan Buri |
Jentera parkir di Masjid Nururrahman, Suphan Buri |
Siphan Buri - Nakhon Pathom - Cha Am
Selepas mengharungi perjalanan sejauh kira-kira 250 km dari Chiang Mai, dengan jumlah keseluruhannya kira-kira 860 km, kami tiba di Cha Am Beach ketika hari sudah lewat petang dan terus ke penginapan yang sama semasa tiba di Cham Am dari Surat Thani iaitu Nirundorn Resort terletak di 247/7 Ruamchit Road. Kadar bilik 'twin room' semalam kira-kira 600 Baht.
Route dari Chiang Mai - Cha Am
⇦Kembali ke Hari 08 ⟺ Bersambung ke Hari 10 ⇨
Terima kasih kerana melayari blog ini.
Wassalam,
Fauzy
Dinukilankan pada 26 December 2017
Follow@Twitter: Follow @JomRideSokmo
View web version if you have problem in viewing mobile version
No comments:
Post a Comment