Saturday, 24 December 2011

Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 04: Mae Sot - Mae Hong Son

Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 04: Mae Sot - Mae Hong Son

Hari 04: Sabtu 24/12/2011

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Catatan perjalanan hari keempat setelah menempuh perjalanan sejauh kira-kira 395 km dari Mae Sot hingga tiba di Mae Hong Song melalui Mae Sariang. Jumlah jarak perjalanan selepas 4 hari kira-kira 2365 km. Jarak perjalanan berpandukan route google, jarak sebenar adalah lebih lagi, tidak termasuk tempat-tempat dilawati.





Nota: Waktu dicatat berdasarkan waktu Malaysia yang satu jam cepat daripada Thailand.

Mae Sot, Tak
Dalam pukul 9:00 Am bertolak dari J2 Hotel. Selepas mengisi minyak, perjalanan diketuai Bro Hj Halim berpandukan dengan GPSnya. Malangnya berlaku kekeliruan apabila terlencong keluar dari laluan asal sehingga meredah berpusing-pusing sehingga ke kawasan kampung-kampung sebelum kembali semula ke laluan utama iaitu Route 105. Ada masanya, Bro Mas siap bertanya pada makcik tepi jalan laluan ke Mae Hong Son. Sudah pasti seperti itik dengan ayam berkomunikasi, yang pasti rasanya arah Mae Hong Son je yang faham kut.

Route 105 yang tiga angka berbanding Route 12, bermakna jalannya akan lebih sempit apabila keluar dari kawasan bandar.  Dari Mae Sot, jalan Route 105 agak mendatar dan lurus selari dengan bahagian barat sempadan Thailand-Burma yang dipisahkan Sungai Moei -Thaunggin sehingga tiba Tha Song Yang kira-kira 140 km perjalanan dari Mae Sot. Ada tempatnya jalan bersebelahan dengan Sungai Moei yang menjadi sempadan antara Thailand-Burma. Macam Sungai Golok yang memisahkan Malaysia-Thailand. Terdapat pos kawalan keselamatan polis atau tentera di beberapa tempat strategi, namun kami dapat melepasinya tanpa sebarang masalah.

9:00 AM,  Bro Fauzy and  Zainuddin GS bersiap di J2 Hotel, Mae Sot

Bro Faiz dan Mas KTM sedang bersiap di bersiap di J2 Hotel, Mae Sot

Zainuddin GS di J2 Hotel, Mae Sot. GS dilengkapi dengan pelbagai peralatan kembara termasuk 'sleeping beg'


Tha Song Yang, Tak
Perjalanan dari Tha Song Yang ke Mae Ngao (sempadan wilayah Tak-Mae Hong Son) semakin mencabar dengan dengan jalan berbukit dan berliku dengan pelbagai keadaan jalan dari bertar hingga tidak berturap sama ada mendaki atau menuruni bukit. Adakalanya terpaksa menunggang mendaki jalan agak curam berkerikel masih belum berturap, sehingga Bro Rahman RT rasa ragu-ragu sama ada boleh melepasinya dengan baik. Alhamdulillah, kesemua jentera dan rider dapat mendaki dengan selamat tanpa sebarang masalah.

11:30 AM singgah di Tha Song Yang Forest, jalan berbukit masih dalam pembinaan naik taraf. Jalan yang agak berpasir dan berbatu kerikel sedang dalam pembesaran

Bro Rahman RT bergambar kenangan

Bro Faiz Versys bergambar kenangan

Giliran saya pula bergambar dengan Bro Rahman. Terima kasih Bro Faiz tolong ambilkan

Giliran Bro Rahman pula ambil gambar. Singkapan batuan mempamerkan lapisan batuan yang telah mengalami tekanan yang kuat sehingga lapisannya beralun-alaun dan berlipat-lipat. 


Mae Ngao National Park, Mae Hong Son
Dalam 12:30 PM tiba di Mae Ngao National Park selepas menempuh perjalanan kira-kira 55 km dari Tha Song Yang.  Mae Ngao terletak selepas jambatan melalui Sungai Ngao, merupakan anak sungai Yuam, yang memisahkan sempadan wilayah Tak dan Mae Hong So. Terdapat satu kawalan pos keselamatam dan juga rumah penduduk kampung (indigenous Myanmar tribes) berdekatan. Kami berhenti untuk beramah mesra dengan ranjer keselamatan untuk mendapat status jalan dan keselamatan laluan ke Mae Hong Son dan juga bergambar dengan salah seorang perempuan suku kaum asli berasal dari Burma (indigenous Burmese tribe).

12:30 PM.  Jalan masuk ke Mae Ngao National Park, berdekatan pos kawalan keselamatan wilayah Mae Hong Son

Bro Mas meminta salah seorang penduduk suku kaum berasal dari Burma (indigenous Burmese tribe) bergambar

Bro Mas tengah ambil gambar 'indigenous Burmese tribe' dengan motor KTMnya

Bro Faiz dan Rahman pun tumpang sekaki

Giliran Bro Mas pula bergambar

Di hadapan jalan masuk ke Mae Ngao National Park

Sesi bergambar Bro Mas dengan 'indigenous Burmese tribes'  di Mae Ngao National Park

Tumpang tengok  gelagak-gelagak yang nak bergambar dengan penduduk (indigenous Myanmar tribes) setempat 

Bro Faiz di papan tanda ke Mae Ngao National Park

Bro Fauzy di papan tanda ke Mae Ngao National Park

Bro Fauzy di papan tanda ke Mae Ngao National Park

Bro Fauzy di papan tanda ke Mae Ngao National Park

Bro Mas pergi tengok rumah 'indigenous Myanmar tribes' 

Bergambar kenangan di mercu tanda Mae Ngao National Park

Bergambar kenangan di mercu tanda Mae Ngao National Park

Versys saya pula bergambar kenangan di mercu tanda Mae Ngao National Park


Mae Suat, Mae Hong Son
Dalam 1:15 PM, singgah sebentar di Jambatan Sungai Rit, Mae Suat, kira-kira 30 km perjalanan dari Mae Ngao National Park. Sungai Rit juga mengalir masuk ke Sungai Yuam. Dari sini ke Mae Sariang, route 105 akan menyusuri selari dengan Sungai Yuam. Ada kalanya hanya bersebelahan Sungai Yuam.

Bro Faiz bergambar kenangan di Jambatan Sungai Rit, Mae Suat, Mae Hong Son

Bro Fauzy bergambar kenangan di Jambatan Sungai Rit, Mae Suat, Mae Hong Son

Aliran Sungai Rit menuju ke Sungai Yuam

Bro Haji  Halim merakam gambar di Jambatan Sungai Rit, Mae Suat, Mae Hong Son

Versys bergambar di Jambatan Sungai Rit, Mae Suat, Mae Hong Son


Mae Khatuan, Mae Hong Son
Dalam pukul 1:45 AM, singgah berdekatan Mae Khatuan di mana jalan route 105 betul-betul bersebelahan Sungai Yuam. Jadi berehat seketika dan re-grup kembali sambil menikmati pemandangan Sungai Yuam

Bergambar dengan Sungai Yuam di route 105 dekat Mae Khatuan

Bergambar dengan Sungai Yuam di route 105 dekat Mae Khatuan

Kelihatan Bro Faiz dan Mas 

Versys bergambar dengan Sungai Yuam di route 105 dekat Mae Khatuan

Pemandangan panaroma Sungai Yuam di route 105 dekat Mae Khatuan

Pemandangan panaroma Sungai Yuam di route 105 dekat Mae Khatuan

Pemandangan panaroma Sungai Yuam di route 105 dekat Mae Khatuan

Pemandangan panaroma Sungai Yuam di route 105 dekat Mae Khatuan. Banjaran pergunungan kelihatan berada sebelah Myammar.


Mae Sariang
Dalam pukul 2:30 PM tiba di Stesen minya PT Mae Sariang selepas mempuh perjalanan kira-kira 230 km untuk mengisi minyak dan makan tengahari. Berdekatan stesen minyak tidak kelihatan kedai makan yang halal. Kebetulan pekerja-pekerja stesen minyak sedang makan tengahari dengan nasi dan lauk yang di masak sendiri. Kami bertanya untuk membeli nasi dari mereka, sebaliknya mereka berkongsi dengan kami tanpa menerima bayaran. Alhamdililah rezeki kami. Makan tengahari nasi Mae Sariang dengan berbekalkan lauk yang dibawa Hj Halim dan Mas. Seterusnya menyambung perjalanan ke Mae Hong Son kira-kira 165 km lagi melalui route 108

Stesen minyak PT Mae Sariang

Stesen minyak PT Mae Sariang

Makan tengahari di Stesen minyak PT Mae Sariang

Nasi di sedekah oleh pekerja stesen minyak yang baru lepas masak dengan lauk bekalan dari Hj Halim dan Mas


Mae Surin (Namtok Mae Surin National Park), Mae Hong Son
Dari Mae Sariang ke Mae Hong Son melalui route 108. Perjalanan berliku sepanjang 165 km terutama melalui Mae Surin. Belum layan 'thousand corners' tapi rasanya dah beribu korner dok melayan. Boleh lepas geram layan korner kalau larat selepas menempuh jalan yang agak 'adventure' sebelum Mae Ngao National Park.

4:00 PM berhenti untuk re-grup selepas melayan korner separuh jalan route 108 berdekatan Mae Surin

Bro Mas memstikan semua rider masih Ok 

Bro Mas berhenti menunggu kami yang dibelakang, Bro Zainuddin masih belum sampai

Layan korner route 108, jalan cantik

Fauzy nak bergambar kenangan dengan Versys layan korner Mae Sariang ke Mae Hong Son

Tayar belakang  asal Versys, Dunlop,  yang kepanasan selepas melayan korner

Tayar depan asal Versys, Dunlop, yang kepanasan selepas melayan korner

Bro Faiz menggunakan tayar Michelin Road 3

KTM Bro Mas pakai Bridgestone Batlax S21, ni betul-betul buat layan korner.

Bro Mas dan KTM Adventure

Versys Hj Halim masih menggunakan tayar Dunlop.


Mae Hong Son
Dalam pukul 5:15 PM, tiba di pintu gerbang bandar Mae Hong Son. Apa lagi singgah sebentar merakam gambar kenangan sementara hendak re-grup. Oleh kerana masih cerah lagi, Bro Mas mencadang untuk melawat perkampungan suku kaum Karen terkenal dengan leher yang panjang ('Karen Long Neck Village'). Selepas mendapat panduan dari penduduk setempat, Bro Mas mengetuai perjalanan menuju ke perkampungan tersebut.

5:15 PM, tiba di pintu gerbang bandar Mae Hong Son dari Mae Sariang

Bro Faiz di pintu gerbang bandar Mae Hong Son dari Mae Sariang

Bertiga menunggu di pintu gerbang bandar Mae Hong Son dari Mae Sariang

Versys di pintu gerbang bandar Mae Hong Son dari Mae Sariang


Karen Longneck Hill Tribe Village, Ban Huay Sua Tao, Mae Hong Son
Jalan masuk ke perkampungan ini dari route 108 berdekatan pintu gerbang bandar Mae Hong Son dari Mae Sariang. Kira-kira 30 minit dari jalan besar atau 10 km jaraknya, menunggang melalui jalan konkrit sempit serta laluan meredah anak sungai mengalir, kami tiba di sebuah perkampungan suku kaum Karen dalam pukul 6:00 PM. Kami berada dalam sejam, dalam pukul 7:00 PM kembali semula ke bandar Mae Hong Son. Lokasi ini tidak ditunjukkan dalam Google map, ikut route 128, 1250, dan 4012, sehingga jumpa pejabat informasi Long Neck Village, merupakan destinasi yang selalu dilawati pelancong atau dibawa pemandu pelancong iaitu Karen Longneck Hill Tribe Village Ban Huay Sua Tao (N19.259725, E97.903531)

Untuk memasuki perkampungan ini bagi orang luar atau pelancong perlu membayar di pusat penerangan. Tiada harga bayaran yang jelas dipaparkan, kadar dikenakan bergantung kepada penjual pass atau agaknya dari mana pelawat-pelawat itu datang. Rasanya kami di kenakan bayaran dalam 200-250 Baht seorang (sudah lupa harga sebenar lak), tetapi kalau pelancong dari Barat mungkin terpaksa menbayar harga yang lebih lagi.

Apabila anda memasuki perkampungan ini, ianya bukan seperti perkampungan asal seperti anda fikirkan, tetapi sebenarnya seakan seperti pasar dimana terdapat rumah-rumah atau gerai-gerai terbuka dibuat daripada buluh dan kayu yang dibina untuk menjual barangan hasil kerja tangan suku kaum Karen. Lawatan ke sini seperti membeli belah sahaja daripada melihat kehidupan sebenar di penempatan terbuka suku kaum Karen. Boleh panggil 'Karen Hill Tribe Village Theme Park & Market' lebih sesuai. Sebenarnya terdapat juga rumah-rumah persendirian suku kaum Karen ke atas bukit sedikit atau penempatan diatas bukit, tetapi tidak dibenarkan untuk dilawati.

Walau apa pun, anda pasti mempunyai dilema sosial apabila melawat tempat ini. Suku kaum Karen sebenarnya adalah pelarian dari Burma. Mereka terperangkap antara tinggal dalam ketakutan di Myanmar dan hidup dengan aman sebagai pelarian tanpa kewarganegaraan di Thailand termasuk anak-anak mereka yang dilahirkan di Thailand. Terdapat beberapa perkampungan asal suku kaum Karen (asalnya kem-kem pelarian) di sekitar Mae Hong Son, namun lebih banyak terutamanya berdekatan sempadan Thailand-Burma, tetapi terpaksa menempuh perjalanan melalui sungai atau jalan denai dimana masa kami agak singkat untuk meneroka.

Kebanyakkan orang-orang lelaki suku kaum Karen bekerja di luar kampung seperti tempat perlindungan gajah, manakala wanita dan kanak-kanak tidak bekerja. Mereka membuat kerja-kerja hasil tangan seperti kain sarung tenunan, selendang sutera, barangan kemas dan sebagainya untuk dijual terutama kepada pelancong.

Antara menarik perhatian adalah sarung tradisional dan kalung tembaga yang dipakai dileher oleh kaum perempun sehingga leher mereka kelihatan agak panjang. Mereka memulakan tradisi ini apabila perempuan berumur sejak tiga tahun lagi. Lilitan kalung tembaga itu akan ditambah sedikit demi sedekit. Ini adalah simbol keindahan atau kecantikan dalam komuniti suku kaum Karen. Sambil membeli cenderahati, bolehlah minta izin bergambar kenangan dengan perempuan suku kaum Karen yang memakai kalung tembaga dileher. Boleh juga mencuba memakai kalung tembaga yang sudah dibelah dua untuk merasa sendiri. Agak berat juga. Boleh anda bayangkan jikalau kena pakai setiap hari sepanjang hidup anda!

Dibandingkan dengan kita di Malaysia, yang mempunyai hak dan kebebasan lebih baik. Kanak-kanak disini tidak bersekolah dan bekerja untuk membantu keluarga mereka. Kehidupan mereka disini yang sangat sukar dengan kemiskinan yang melampau. Walaupun perasaan anda bercampur baur tidak melihat perkampungan suku kaum Karen yang sebenar, tetap ada sesuatu pengalaman baru dipelajari dan dinikmati. Apabila kita melangkah keluar dari zon selesa di negara sendiri, mengembara ketempat negara orang, meneroka, dan merasai pengalaman itu menjadikan hati dan fikiran kita yang lebih terbuka.

Pusat infomasi untuk pelancong. Beli pass masuk di sini

Suasana perkampungan dipenuhi bangsal-bangsal atau gerai-grai menjual hasil tangan suku kaum Karen

Kanak-kanak perempuan suku kaum Karen memakai kalung tembaga di leher semenjak kecil

Gerai-gerai banyak menjual kain dan selendang hasil tenunan  suku kaum Karen

Bergambar kenangan dengan salah seorang perempuan suku kaum Karen yang menjual barangan di gerainya

Mencuba sendiri kalung tembaga leher yang sudah dibelah dua, tetapi leher terlalu besar ha ha . yang pasti lepas tu kena lah beli barangan mereka.


Beli barangan cenderahati sambil bergambar dengan salah seorang perempuan suku kaum Karen yang menjual barangan di gerainya. Siap menyanyikan lagu sambil main gitar untuk saya. Aduss beli la juga cenderahati ambil hati. he he

7:00 PM kami mula beredar dari perkampungan Karen Long Neck Village

7:00 PM kami mula beredar dari perkampungan Karen Long Neck Village


Tiba di pusat bandar Mae Hong Son (pautan ke Booking) berdekatan dengan pejabat pos besar, terdapat beberapa hotel berdekatan. Selepas membuat sedikit survei, kami memilih menginap di Baiyoke Chalet Hotel. Dalam 7:45 PM, mendaftar masuk ke bilik penginapan. Kadar bilik 'twin room' semalam kira-kira 1200 Baht. Makan malam pula di restoren berdekatan hotel. Selepas makan malam, mengunjungi pasar malam minggu berhampiran pejabat pos besar Mae Hong Son yang berhadapan hotel penginapan. Banyak barangan cenderahati berkisar pada route 1095 "thousand corner" yang akan ditempuh esok hari.

Pusat bandar Mae Hong Son dekat pejabat pos besar. Terdapat pasar malam minggu. Menunggu rakan-rakan

10:50 PM di depan hotel Baiyoke Chalet terletak di persimpangan dekat pejabat pos Besar Mae Hong Son. Malam minggu agak bercahaya kerana besok merupakan hari Krimas.

Bro Rahman dan Faiz di depan hotel Baiyoke Chalet selepas kembali dari pasar malam minggu Mae Hong Son


Route Hari 04



Kembali ke Hari 03    ⟺    Bersambung ke Hari 05 ⇨

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy
Dinukilankan pada 8 September 2017

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

No comments:

Post a Comment