Wednesday, 28 December 2011

Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 08: Chiang Mai Bhg 1

Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 08: Chiang Mai Bhg 1

Hari 08: Rabu 28/12/2011

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Catatan perjalanan hari ke-8 lebih tertumpu pada hari kedua di bandar Chiang Mai. Aktiviti hari ini sebenarnya hanya bersantai dengan bersiar-siar dengan berjalan kaki dan juga menggunakan tuk-tuk di sekitar Chiang Mai. Hari kedua di Chiang Mai bagi meluang masa untuk berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan jauh keesokkan harinya. Hanya 5 km perjalanan menggunakan Versys, itu pun hanya ke Kawasaki Service Centre Chiang Mai bagi menukar tayar hadapan. Kalau hendak dikira ke jumlah jarak perjalanan selepas 8 hari menjadi kira-kira 3245 km.



Chiang Mai
Selamat Pagi Chiang Mai!  Cuaca baik hari ini. Selepas bersarapan, aktiviti pertama adalah mencari kedai motor bagi menukar tayar hadapan Versys. Saya mendapat bantuan dari pengawal keselamatan hotel yang sudi menunjukkan kedai-kedai motor berdekatan dengan hotel. Beliau sebenarnya sudah habis bertugas dan hendak pulang ke rumah tetapi menawarkan bantuan untuk membantu saya. Saya bersama-sama dengan Bro Hj Halim yang sudi mengikut sama. Setelah singgah di beberapa kedai motor, tetapi tidak dapat memberi servis penggantian tayar hadapan Versys. Mereka mencadangkan saya terus ke Kawasaki Service Centre Chiang Mai. Terima kasih kepada pengawal keselamatan Top North Hotel yang sudi menunjukkan jalan ke Kawasaki Service Centre Chiang Mai yang terletak di 113, Chang Lor Road, Tambon Haiya, sebelum pulang ke rumahnya.

Top North Hotel, 41 Th Moon Muang, Chiang Mai

Top North Hotel, 41 Th Moon Muang, Chiang Mai

Top North Hotel, 41 Th Moon Muang, Chiang Mai

Parkir motor di Top North Hotel, 41 Th Moon Muang, Chiang Mai

Versys berehat di parkir motor Top North Hotel, 41 Th Moon Muang, Chiang Mai


Kawasaki Service Centre Chiang Mai
Ketika sampai di Kawasaki Service Centre Chiang Mai, pintu pagar masuk utama masih ditutup. Kelihatan kakitangan atau mekanik di pusat servis yang bekerja. Setelah memanggil salah seorang dari mereka, saya dimaklumkan pusat servis ditutup sehingga hujung tahun (31/12/2011) dan juga tahun baru, hanya aktiviti mengira stok dan menyiapkan motor pelanggan yang belum siap. Saya memohon berjumpa dengan penyelia atau pengurus mereka. Setelah berbincang dan memohon jasa baik pengurus tentang masalah tayar dan juga menjelaskan saya akan pulang ke Malaysia dengan Versys, akhirnya beliau bersetuju membantu mengantikan tayar hadapan Versys.Terima kasih kepada  Kawasaki Service Centre Chiang Mai yang sudi membantu.

Kawasaki Service Centre hanya mempunyai tayar Dunlop Sportmax yang sama seperti tayar asal Versys. Sebenarnya Versys 650 ini dipasang di Thailand. Saya meminta jika terdapat tayar jenama lain. Beliau membawa saya ke kedai motor bersebelahannya yang juga di bawah syarikat sama yang menguruskan Kawasaki Service Centre. Tayar Michelin Road 3 belum memasuki pasaran Thailand. Akhirnya saya memilih tayar Pirreli Angel ST bagi mengantikan tayar Dunlop Sportmax. Perlu dinyatakan disini kerosakan pada tayar asal Dunlop Sportmax adalah disebabkan pemasangan aksesori yang tidak kemas, pada waktu ini masih tidak ketahui apakah punca sebenarnya. Saya akan berkongsi lebih lanjut pada hari berikutnya setelah menyedari punca sebenar.

Syarikat yang menguruskan Kawasaki Service Centre Chiang Mai yang terletak di 113, Chang Lor Road, Tambon Haiya,

Sekitar Kawasaki Service Centre Chiang Mai yang terletak di 113, Chang Lor Road, Tambon Haiya,

Sekitar Kawasaki Service Centre Chiang Mai yang terletak di 113, Chang Lor Road, Tambon Haiya,

Hari ini Kawasaki Service Centre Chiang Mai tutup hanya buat servis motor pelanggan sedia ada.

Versys baru digantikan dengan tayar baru Pirreli Angel ST bagi mengantikan tayar Dunlop Sportmax (stock)

Tayar Dunlop Sportmax asal Versys

Tayar Dunlop Sportmax yang mengalami kerosakkan

Inilah rupa tayar Dunlop yang hendak terbelah di bahagian alur tengahnya

Inilah rupa tayar Dunlop yang hendak terbelah di bahagian alur tengahnya. Di tepi terdapat kesan alur halus yang agak pelik

Inilah rupa tayar Dunlop yang hendak terbelah di bahagian alur tengahnya. Di tepi terdapat kesan alur halus yang agak pelik

Keadaan tayar Dunlop yang hendak terbelah di bahagian alur tengahnya dan kesan alur halus yang agak pelik ditepinya

Inilah keadaan tayar Dunlop yang hendak terbelah di bahagian alur tengahnya sehingga terkeluar benang.

Tayar Pirreli Angel ST yag baru akan dipasang pada Versys

Harga tayar Pirreli Angel ST adalah 4900 Baht (~RM 490) dan upah pasang pula 100 Baht (~RM10) termasuk 7% GST

Versys di hadapan Kawasaki Service Centre Chiang Mai dengan tayar hadapan yang baru

Bersama Versys dengan tayar hadapan baru di Kawasaki Service Centre Chiang Mai

Bersama Versys dengan tayar hadapan baru di Kawasaki Service Centre Chiang Mai


Versys UbahSuai Versi Thailand
Ketika menunggu tayar hadapan Versys diganti, saya sempat meninjau salah sebuah Versys versi Thailand yang telah diubahsuai kelihatan seperti supersport pula. Versys pasaran Thailand dengan sistem brek dilengkapi ABS manakala di Malaysia tiada ABS. Jom tengok apa modikasi yang telah dilakukan pada Versys ini.

Verysy versi Thailand yang diubahsuai.  Rear fender telah diganti dengan tail tidy dan juga dilengkapi top box plate//rack.

Verysy versi Thailand yang diubahsuai. Pandangan sisi kiri

Verysy versi Thailand yang diubahsua

Puig Touring Windscreen dan hand guard

Hyperpro rear shock absorber

LeoVince Muffler

Hyperpro CSC steering damper

SW Motech Engine Guard. Footpeg lebih lebar. Brek hadapan dilengkapiABS

SW Motech belly pan protector dan air hon lebih besar

Dilengkapi pelindung radiator (Radiator guard) dan juga lampu sorot (sportlight)


Route ke Kawasaki Service Centre Chiang Mai dari Top North Hotel




Kembali ke Hari 07    ⟺    Bersambung ke Hari 08: Chiang Mai Bhg 2

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy
Dinukilankan pada 22 Desember 2017

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

1 comment:

  1. Enthusiastic words written in this blog helped me to enhance my skills as well as helped me to know how I can help myself on my own. I am really glad to come at this platform.ราคา รถ กระบะ มือ สอง

    ReplyDelete