Wednesday 31 January 2018

Ride Ke Koh Samui 2018 Hari01 KL-Nakhon Si Thammarat Bhg1 Kuala Lumpur - Dannok

RIDE KE KOH SAMUI 2018 HARI01 : KL - NAKHON SI TAMMARAT BHG 1

Hari 01 : Rabu 31/01/2018

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Catatan hari pertama trip ride ke Koh Samui setelah menempuh perjalanan sejauh kira-kira 746 km dari Kajang hingga tiba di Nakhon Si Thammarat dan bermalam disini. Merupakan trip perjalanan ketiga saya merentasi sempadan negara dengan bermotorsikal. Trip kali ini menyertai 4 rider lain iaitu Bro Fizi Tuono selaku penganjur, Bro Hj Hassan ZZR1400, Bro Jai Streetfighter 848 dan Bro Fadzil Streetfighter 848.


Itinerari

Itinerari asal yang disediakan oleh Bro Fizi
Route R&R Sungai Buloh (Arah Utara), Malaysia - Nakhon Si Thammarat, Thailand


Bahagian 1: Kuala Lumpur, Malaysia - Dannok, Thailand

Petronas Grand Saga Lebuhraya Cheras - Kajang, Kajang
Selepas subuh, mula bergerak ke stesen minyak Petronas Grand Saga berdekatan susur keluar Simpang Balak untuk mengisi minyak dan memeriksa tekanan angin tayar terlebih dahulu. Bertolak dari rumah selepas subuh, kira-kira pukul 6:30 AM, walaupun perancangan asal untuk keluar sebelum subuh, seterusnya akan bersolat subuh di R&R Jejantas Sungai Buloh dan bertemu dengan rider-rider lain.

Bacaan odometer selepas mengisi minyak di Petronas Grand Saga


Restoran Jejantas R&R Sungai Buloh (Arah Utara)
Seperti dalam perancangan, R&R Sungai Buloh menjadi RV point untuk semua rider berkumpul dan bersarapan sebelum memulakan perjalanan. Seramai 5 peserta yang mengikuti trip pengembaraan rentas sempadan hari ini. Nampaknya semua rider sudah bersarapan ketika saya sampai. Parkir moto pun sudah masuk grup lain. Ingatkan sudah kena tinggal. Nampak Aprilia Tuono V4 parkir di hadapan.  Mungkin mereka belum bertolak, tiba-tiba saya di sapa oleh Bro Fizi. Patut tidak nampak kelibat, mereka bersarapan dengan tempat duduk terlindung rupanya.

Para rider dan jentera untuk ride kali ini terdiri:
1. Bro Fizi  - Aprilia Tuono V4
2. Bro Hassan - Kawasaki ZZR1400
3. Bro Jai  - Ducati Streetfighter 848
4. Bro Fadzli - Ducati Streetfighter 848
5. Bro Fauzy - 2011 Versys 650

Semua sudah bersiap sedia untuk bergerak

Dari kiri, Bro Hassan, Bro Fadzli, Bro Jai dan Bro Fauzy

Jentera V saya parkir dengan grup lain.

Ada grup lain yang juga menjadikan Restoran Jejantas R&R Sungai Buloh (Arah Utara) sebagai RV Point

Oleh kerana kami bergerak dahulu, tidak sempat pula bertanya grup lain destinasi yang akan dituju.

Bacaan odometer  37.7 km bagi jarak dari Petronas Grand Saga ke Restoran Jejantas R&R Sungai Buloh (Arah Utara)


 Dalam pukul 7:30 AM, kami mula bergerak dari Restoran Jejantas R&R Sungai Buloh, tetapi terlebih dahulu mengisi minyak di Stesen Petron berdekatan. Bacaan odometer dari Petronas Grand Saga ke Restoran Jejantas R&R Sungai Buloh (Arah Utara) adalah 37.7 km, yang boleh digunakan bagi mengira jarak dari RV Point.

Kembar Streetfighter 848 mengisi minyak di Stesen Petron R&R Sungai Buloh

Bro Fizi mengisi minyak di Stesen Petron R&R Sungai Buloh


PETRONAS Simpang Pulai Arah Utara PLUS
Dalam pukul 8:45 AM tiba di PETRONAS Simpang Pulai Arah Utara PLUS, merupakan hentian pertama untuk mengisi minyak setelah menempuh perjalanan kira-kira 168 km dari Restoran Jejantas R&R Sungai Buloh (Arah Utara). Rider terahir tiba di sini. Cuaca baik sepanjang perjalanan.  Singgah mengisi minyak dan berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Juru. Isian semula petrol RON 95: RM36.21@15.812L@RM2.290/L.

Bacaan odometer tiba di PETRONAS Simpang Pulai Arah Utara PLUS dari Petronas Grand Saga

Bacaan odometer  204.6 km bagi jarak dari Petronas Grand Saga ke PETRONAS Simpang Pulai Arah Utara PLUS


Shell Plaza Tol Juru Hala Utara, PLUS
Tiba di Shell Plaza Tol Juru Hala Utara dalam pukul 10:30 AM lebih setelah menempuh perjalanan kira-kira 146 km dari PETRONAS Simpang Pulai Arah Utara PLUS. Singgah mengisi minyak dan berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Changlun. Isian semula petrol RON 95: RM22.65@9.89L@RM2.290/L. Cuaca baik sepanjang perjalanan. Melalui lorong motor berhampiran Plaza Tol Juru terdapat sekatan pemeriksaan polis trafik yang memeriksa lesen dan motor. Tiada masalah. Tetapi salah seorang dari dari kami telah dikenakan saman kerana nombor plat belakang tidak mengikut spesikasi. Juga rider terakhir tiba, tetapi tidak kelihatan kelibat kembar Streetfighter 848. Rupanya sudah terlajak ke stesen minyak PETRONAS dihadapan. Re-grup dengan kembar Streetfighter 848 dan meneruskan perjalanan ke Changlun.

Bacaan odometer  349 km bagi jarak dari Petronas Grand Saga ke Shell Plaza Tol Juru Hala Utara


Antara jentera yang sedang berehat seketika di Shell Plaza Tol Juru Hala Utara

Antara jentera yang sedang berehat seketika di Shell Plaza Tol Juru Hala Utara


Naluri Aman, Changlun
Setelah menempuh perjalanan kira-kira 140 km dari Shell Plaza Tol Juru Hala Utara, kami tiba di Naluri Aman dalam pukul 12:15 PM, Changlun untuk urusan membeli insuran motor, mengisi borang imigresen dan kastam Thailand dan juga menukar atau membeli matawang Baht Thailand bagi rider yang belum berbuat demikian. Kadar tukaran wang semasa adalah THB100=RM12.50. Saya dimaklumkan oleh pengurup wang bahawa kebanyakkan peniaga-peniaga disempadan tidak menerima matawang Malaysia dalam urusan jual beli. Dalam pukul 1:00 PM, kami mula bersiap di motor masing-masing untuk bergerak dari Naluri Aman.
Bergambar di Naluri Aman setelah selesai urusan insuran, borang imigresen dan kastam






Prosedur kemasukan rakyat Malaysia ke Thailand
Untuk rujukan maklumat prosedur kemasukan rakyat Malaysia ke Thailand dengan menggunakan kenderaan persendirian ada dikongsikan dalam entri Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 01: Kuala Lumpur - Surat Thani (sila klik).

Panduan Membeli Insuran Kenderaan ke Thailand
Renteten dari kekerapan isu kemalangan melibatkan penunggang-penungang Malaysia di Thailand, sedikit catatan mengenai insuran yang dikutip dari pelbagai sumber untuk rujukan. Untuk masuk ke negara Thailand, selalunya kita akan membeli insurans wajid untuk pihak ketiga (third party insurance) bagi tempoh sembilan hari (RM15- RM17), dua minggu ataupun sebulan.Walaubagaimanapun, apa yang perlu anda tahu adalah, sekiranya berlaku apa-apa kejadian, insurans ini tidak akan memberi pampasan sepenuhnya dan mempunyai had perlindungan. Nilai perlindungan yang diberi adalah hanya THB 80,000. Jika insiden atau apa-apa kejadian berlaku, kita harus menyelesaikan atau membayar jumlah yang selebihnya atau ditahan sehingga kes tersebut selesai. Menurut undang-undang Thailand, pihak ketiga atau pihak yang dilanggar layak menuntut pampasan kerosakan kenderaan dan kos bilangan hari tanpa kenderaan. Maksudnya, kenderaan rosak dihantar ke bengkel, pemilik tiada kenderaan untuk buat kerja, orang yang melanggar kena bayar kos menyewa kenderaan, bagi orang yang kena langgar untuk menjalani aktiviti sehariannya.


Jenis Insuran
1.  COMPULSORY MOTOR INSURANCE. Insuran wajib untuk perlindungan dari liabiliti pihak ke tiga atau PA. Insuran ini membiayai kos rawatan perubatan hospital. Tuntutan maksimum adalah THB80,000. "Insurans Wajib Thai" yang dibeli melindungi diri (kematian atau kecederaan) di kedua-dua belah pihak apabila berlaku kemalangan yang melibatkan kenderaan anda, tetapi tidak melindungi harta benda yang rosak di kedua-dua pihak.

Contoh insuran wajid bagi motor untuk 9 hari berharga RM17

Limit of Covered tertera dalam polisi, tapi dalam bahasa Thailand.


2. VOLUNTARY MOTOR INSURANCE  (PROPERTY DAMAGE)
Insuran tambahan secara sukarela untuk membiayai kos kerosakan kenderaan sendiri dan kenderaan yang terlibat. Sila pastikan pembiayaan yang adil bagi kenderaan sendiri dan juga kenderaan yang terlibat. Dapatkan penerangan yang lengkap dan anda faham tentang hak anda. Rujuk agen yang menjual.

Sebagai contoh, polisi insuran ditawarkan oleh Asia Insurance - Asia 3 Motorcycles  (Klik pautan untuk ke laman sesawang bagi maklumat lanjut)
b. Asia 3+ coverage (3rd party Liability) pada harga THB1700-2000*.
Death (Kematian) - 300,000 baht per person
Compensation excess of maximum limit - 10,000,000 per accident
Property Damages - 600,000 baht per accident
Lost of life permanent disability Driver and passenger - 50,000 baht per person
Medical expenses (driver + passenger) - 50,000 baht per person
Bail bond (jaminan polis) - 100,000 baht per accident
Kerosakan kenderaan sendiri - 10,000 baht
* Rawatan perubatab - 50,000 baht per person

Kedua-dua jenis insuran motor ini boleh dibeli di BHP R&R Gurun, Changloon dan Border Dannok. Kebanyakkan agen-agen di sebelah Malaysia menawarkan insuran wajid sahaja termasuk agen di Naluri Aman. Insurance Voluntary (Property Damage) disediakan oleh agen-agen insuran di sebelah Thailand.

ATAUPUN, sebelum masuk ke Thailand, sila hubungi agen insuran kenderaan anda, untuk tambahan polisi perlindungan (Endorsement 101) bagi kegunaan di Thailand. Nilai perlindungan yang diberi adalah terhad kepada RM100,000.

Contoh: Berdasarkan nota polisi insuran Tokio Marine
[Endorsement 101: Extension of Cover to the Kingdom of Thailand
In consideration of the additional premium that You paid Us for this endorsement, We agree that the insurance provided under Section A and Section B1a(ii) of this Policy shall cover Your Motorcycle while it is being used in the Kingdom of Thailand from the time of purchase on [state date] to midnight (Malaysian Standard Time) on [state date]. The limit of liability that We provide under Section B1a(ii) will be up to a maximum of RM100,000 only.

This endorsement does not cover legal liability under Section B1a(i) while Your Motorcycle is being used in the Kingdom of Thailand.

1a: What is Covered?
We will indemnify You and/or Your Authorised Rider for the amount which You and/or Your Authorised Rider are legally liable to pay any third party (including third party’s costs and expenses) for:
(i) death or bodily injury to any person except those specifically excluded under this Policy; and/or
(ii) damage to property except those specifically excluded under this Policy ]

as a result of an Incident arising out of the use of Your Motorcycle on a Road. This cover is extended to Your Authorised Rider provided Your Authorised Rider also complies with all the terms and conditions of this Policy.

Endorsement 101: Extension of Cover to the Kingdom of Thailand


Jika terlibat dalam kemalangan, ini adalah langkah-langkah yang perlu anda lakukan:
1. Jangan melarikan diri
2. Ambil sebanyak mungkin gambar kemalangan, lokasi, kenderaan dan sebagainya berkaitan kemalangan itu
3. Telefon polis di talian 191
4. Telefon talian kecemasan insurans - 1186 (Ini untuk unsurans “first party” dan mereka akan menyambungkan anda kepada seseorang untuk membantu dan tidak sah untuk mereka yang cuma mengambil insurans pihak ketiga sahaja)
5. Sediakan borang insurans dan pasport serta lesen memandu
6. Pergi buat laporan polis
[Sumber: Facebook Cikgu Joe Satun]

Bagaimanapun mengikuti langkah diatas, masalah utama adalah komunikasi iaitu isu bahasa. Langkah lain seperti berikut:
1. Hubungi Tourism Police 1155 (guna simkad Thai saja). Mereka boleh berbahasa Inggeris
2. Minta Tourism Police hubungi Tourist Assistant. Mereka boleh menjadi pemudah bicara.
3. Minta bantuan Tourist Assistant hubungi agen Insuran.
4. Berbincang dengan mereka untuk memudahkan proses undang undang.
5. Hubungi kedutaan/konsulat Malaysia
6. Buat laporan polis dengan bantuan touris assistant dan kedutaan/konsulat Malaysia.
[Sumber: Facebook Cikgu Joe Satun]

PANDANGAN SEORANG PEGUAM MENGENAI KEMELUT PELANCONG MALAYSIA YANG MENGGUNAKAN KENDERAAN SENDIRI APABILA BERLAKUNYA KEMALANGAN DI THAILAND
Pautan lengkap di:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1973974925964080&id=100000547758521

Panduan Membeli Insuran Perlindungi Diri atau TRAVEL INSURANCE ke Thailand
Kebiasaanya apabila pergi melancong ke luar negara seeloknya membeli 'travel insurance' sebagai perlindungan tambahan. Kebanyakan 'travel insurance' ditawarkan kepada pelancong yang menggunakan pengangkutan udara (kapal terbang) dan melarang aktiviti merbahaya termasuk menunggang motosikal. Jadi perlu pastikan insuran yang hendak dibeli memberi perlindungan jika melalui jalan darat menggunakan motorsikal sendiri atau disewa di tempat dilawati. Jadi pastikan polisi insuran dibeli dapat membiayai kos perubatan jika terlibat dalam kemalangan semasa menunggang motorsikal.

Antara syarat-syarat polisi yang perlu diteliti.
1. Proses tuntutan tidak memerlukan tiket kapal terbang sebagai bukti. Sesetengah insuran hanya memerlukan bukti kemasukan dari pengesahan imigresen di passport.
2. Anda dibenarkan membuat tuntutan perubatan bagi diri sendiri jika terlibat kemalangan ketika menunggang motorsikal, selalunya dalam 'general exclusions clause' -  e.g. Motorcycling (unless licensed in the country where the Accident took place and whilst wearing a helmet) / (Bermotosikal - kecuali dilesenkan di negara tempat Kemalangan berlaku dan memakai topi keledar).

Untuk dilindungi oleh pihak insuran apabila menunggang motosikal, anda mesti mengambil semua langkah berjaga-jaga dan keselamatan yang biasa termasuk:
(a) Dibenarkan menunggang secara sah dalam negara sendiri (e.g. Malaysia) dan juga untuk negara dilawati (e.g Thailand). Lesen memandu Malaysia boleh digunakan atau diterima di Thailand.
(b) Mematuhi peraturan jalan tempatan; dan
(c) Memakai topi keledar jika dikehendaki undang-undang.
Antara travel insurance mempunyai polisi diatas sebagai contoh: World Nomads (Standard Plan & Explorer Plan), Etiqa World Traveller Care Takaful (klik untuk pautan ke laman sesawang untuk maklumat lanjut)

BHP Bukit Kayu Hitam, Malaysia
Singgah mengisi minyak penuh tangki terlebih dahulu di Stesen Minyak BHP Bukit Kayu Hitam sebelum menuju ke Kompleks Pemeriksaan Imigresen dan Kastam Malaysia Bukit Kayu Hitam. Oleh kerana pam BHP tidak tiada kemudahan kad kredit, bagi deposit dekat kaunter RM50 untuk mengisi minyak penuh tangki, tetapi lupa pula hendak mengambil baki bayaran di kaunter. Hidupkan enjin terus jalan. ha ha.

Bacaan odometer 141 km bagi jarak dari Shell Plaza Tol Juru Hala Utara ke BHP Bukit Kayu Hitam, Malaysia



Kompleks Pemeriksaan Imigresen dan Kastam Malaysia Buikit Kayu Hitam
Sampai persimpangan jalan masuk ke Kompleks Pemeriksaan Imigresen dan Kastam Malaysia Bukit Kayu Hitam jalannya agak sibuk dengan lori treler yang menguasai jalan masuk. Motor tong sudah terhalang la pulak, terpaksa mencari ruang mencilok. Nampaknya Kompleks Pemeriksaan Imigresen dan Kastam Malaysia Bukit Kayu Hitam sudah berpindah ke kompleks baru. Walaubagaimanapun urusan imigresen berjalancar lancar dengan lorong motor yang lenggang.








Kompleks Pemeriksaan Imigresen dan Kastam Thailand Dannok, Sadao
Tiba di Kompleks Pemeriksaan Imigresen dan Kastam Thailand Dannnok yang baru untuk urusan imigresen dan permit import motor. Hari ini tidak ramai orang berurusan di sini, jadi dapat parkir motor berdekatan untuk berurusan dikaunter imigresen dan kastam Thailand. Nampaknya bagi yang berkereta sendiri sudah boleh terus ke laluan imigresen tanpa perlu turun dari kereta. Manakala yang bermotorsikal dan pelancong menggunaakan kenderaan awan boleh berurusan di kaunter imigresen di dalam bangunan yang berhawa dingin. Tiada lagi pungutan bayaran RM2 dikenakan pada masa waktu pejabat (9am - 6pm) seperti diwar-warkan dalam surat khabar. Tetapi masih dikenakan bayaran bagi urusan diluar waktu pejabat. Mengikut waktu Thailand, pintu sempadan Dannok Sadao dibuka dari pukul 5:00 pagi hingga 12:00 tengah malam. Bagi yang hendak membawa masuk kenderaan ke Thailand perlu berurusan dari luar bangunan dengan kaunter kastam yang terletak dihujung bangunan untuk membuat pengisytiharan kastam. Kaunter 1 untuk menyerahkan dan mengesahkan dokumen kenderaan. Kaunter 2 untuk pengeluaran borang pengisytiharan kastam.

Sumber Foto: The Star
Silakan pastikan passport, TM6 (arrival dan departure), dan TM2 & TM3 (inbound dan outbound) semuanya di stamp oleh pihak imigresen Thailand. Boleh berada di Thailand untuk 30 hari.

Untuk rujukan maklumat prosedur kemasukan rakyat Malaysia ke Thailand dengan menggunakan kenderaan persendirian ada dikongsikan dalam entri Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 01: Kuala Lumpur - Surat Thani (sila klik). Walaubagaimanapun, dokumen sokongan untuk membawa masuk kenderaan semakin diperketatkan terutama atas nama pemilik lain atau atas nama syarikat, dimana surat kuasa kebenaran pemilik dan dokumen asal diperlukan.

Simplified Customs Declaration Form. Sumber Foto: Rider Chris
Sila lihat tarikh tamat tempoh. Permit diberikan untuk tempoh 30 hari. Peringatan denda bagi kelewatan memulangkan

Urusan berjalan lancar buat semua, dimana dalam pukul 2:00 PM (waktu Malaysia) / 1:00 PM (waktu Thailand) semua rider selesai berurusan dengan imigresen dan kastam Thailand. Welcome to Thailand! (YindÄ« t̂xnrạb s̄Å«̀ pratheá¹£̄thịy). Swad-dee kha / Swad-dee krab

Sudah hendak menyeberangi ingat hendak berhenti bergambar, terus jalan je lah






Kaunter kastam untuk Borang Pengisytiharan Kastam. Sumber Foto: Rider Chris


Ambil gambar V dulu sementara menunggu yang lain berurusan di kaunter kastam

Nampaknya semua sudah selesai dan mula menuju ke motor

Di belakang grup kami terdapat satu grup lain yang baru tiba. Katanya juga ke Koh Samui

Sudah hampir pukul 2:00PM, semua sudah selesai urusan kastam untuk permit motor.


Dannok, Sadao, Thailand.
Melalui pekan Dannok, singgah dahulu di kedai menjual sim kad bagi membeli sim kad data Thailand. Kalau ada bawa 'smartphone' lain atau tab, masukkan sim kad Thailand untuk dijadikan 'mobile hotspot'. Jadi tidak perlu risau mengeluarkan sim kad telefon sendiri kegunaan harian di Malaysia atau bimbang kehilangan sim kad Malaysia samada tercicir atau lupa dimana simpan. Boleh juga 'payungkan' kawan-kawan lain tumpang guna sementara hendak dapatkan 'wifi' percuma.


Singgah beli sim kad pra-bayar  Happy Tourist Sim pada harga THB300 dikaunter jualan tepi jalan. Biasanya ada kemudahan parkir disediakan.
・Carrier: dtac
・Internet Speed: 3G or 4G
・Data Limit: Unlimited (maximum speed will be capped at 384Kbps after 2.5GB)
・Data Sharing: available (up to 1 device)
・Calls & Texts: 100 THB credit for local and international calls
・Card Size: nano, micro and standard sizes
・Validity Period: 8 days once activated; can also be extended
・Signal Coverage: Thailand

Pek kad sim yang dibeli. Semua arahan dalam bahasa Thai la pulak

Saya meminta penjual sim kad membuat aturan ('setting') pada telefon/tab sehingga mendapat isyarat dan data dari telco penyedia perkhidmatan (dtac). Biasanya penjual akan membuat aturan ('setting') sehingga mendapat siaran YouTube dan juga berjaya membuat panggilan ke telefonnya. Jangan lupa masukkan kod untuk bahasa Inggeris, nanti semua SMS masuk dalam bahasa Thai. Pastikan sim kad telco Malaysia disimpan dengan selamat.

Bila sudah diaktifkan mula masuk SMS bahasa Thai. Jadi tukar profile ke Bahasa Inggeris.


Nombor Telefon Kecemasan di Thailand / Important Numbers in Thailand:
Tourist Police 1155
Police (General Emergency Call) 191
Ambulance & Rescue 1554
Fire Emergency 199
National Disaster Warning Centre 1860
Medical Emergency Call1 669
Taxi (With GPS) 1681, 1661

Senarai kedai makanan dan restoren halal di Thailand untuk rujukan (sila klik pautan).

Video Clip
Antara rakaman video yang sempat dirakam.

Part 1: Bukit Kayu Hitam - Dannok


Route perjalanan R&R Sungai Buloh (Arah Utara), Malaysia - Dannok, Thailand



Bersambung ke Bahagian 2: Dannok - Patthalung - Nakhon Si Thammarat 

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

13 comments:

  1. Salam bang, nampaknya sy hari tu masuk border bukit kayu hitam pada tarikh yg sama cuma saya lewat sikit dalam pukul 5 dekat border, cuma nak tanya pasal kaunter imigersen tu saya ikut laluan kereta/motor dan cop passport tanpa perlu turun dari motor macam kereta..adakah saya dah tersalah masuk lorong? tp imigresen tu sama la cuma imigeresen je saya tak masuk dalam bangunan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ICQ Malaysia Bukit Kayu Hitam memnag tidak perlu turun dari motor. ICQ Thailand Dannok, boleh sahaja kalau hendak cop passport ikut laluan kereta/motor kalau tidak sibuk. Tetapi kalau hendak berurusan dengan kastam untuk permit masuk motor masih kena turun motor ke kaunter kastam tepi bangunan tu. Chop passport dulu baru buat urusan kastam.

      Delete
    2. terima kasih bang atas info

      Delete
  2. nak tanya. sim kad tu kalau nak datang lagi, boleh pakai balik ke atau kena beli baru yer?
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut website boleh top up di convenience store i.e 7-E, online service kat website (klik link dalam entri), dtac partners, dan dtac retail shops. Tapi saya belum cuba top up lagi. Terima kasih sudi singgah disini.

      Delete
    2. After 8 days of the free period, you can press *104*388# to subscribe to unlimited data package for 7 days at 4 Mbps speed at 160.50 baht (VAT included).

      Lebih murah top up unlimited data package for 7 days dari beli Sim kad baru.

      Delete
  3. Bang..bahagian 3 tak ada sambungan ker..ride to ksoh samui

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum berkesempatan, akan diusahakan.. tapi ride video sudah ada di YouTube. Terima kasih sudi singgah

      Delete
  4. Salam tuan

    Kat koh Samui tuan stay di Skybar hotel kalau tak silap... Boleh bagi review berkenaan penginapan di situ

    Dari segi parking motorsikal, wifi jenis bilik dan rate.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Hotel rate 3 bintang sahaja tetapi okay. Kawasan Chaweng terdapat banyak hotel. Boleh check booking.com untuk mendapat best price. Kena booking awal-awal untuk area Pantai Chaweng. Dulu hanya dapat hotel ni, kebanyakkan sudah fully book masa ke sana. Tetapi sempat buat tempahan melalui booking.com beberapai hari sebelum bertolak, bayar semasa mendaftar. Parkir moto depan hotel lorong belakang hotel. Harap membantu

      Delete