Wednesday 31 January 2018

Ride Ke Koh Samui 2018 Hari01 KL-Nakhon Si Thammarat Bhg 2 Dannok - Patthalung - Nakhon Si Thammarat

RIDE KE KOH SAMUI 2018 HARI01 : KL - NAKHON SI TAMMARAT BHG 2

Hari 01: Rabu 31/01/2018

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Sambungan dari Bahagian 1: Kuala Lumpur, Malaysia - Dannok, Thailand

Bahagian 2: Dannok - Patthalung - Nakhon Si Tammarat
Catatan perjalanan melalui Route 4 dan Route 41 dan seterusnya susur keluar ke Nakhon Si Tammarat dan bermalam di sini. Waktu dicatat berdasarkan waktu Thailand yang satu jam lebih cepat daripada Malaysia.




Malay-Thai Restaurant, Prik
Setelah menempuh perjalanan kira-kira 20 km dari Pekan Dannok melalui Route 4, dalam pukul 1:45 PM (Thailand) kami tiba di Malay-Thai Restaurant, terletak di Pekan Prik untuk berhenti makan tengahari dan bersolat. Restoren yang agak besar dan bersih. Sajian makan tengahari sudah pasti masakan Thailand. Antara menu utama yang menjadi pilihan ikan asam pedas Thai (kaeng som), udang dan kerabu sotong. Terdapat kemudahan tempat bersolat disediakan, jadi kami bersolat di sini terlebih dahulu. Jumlah bayaran makan tengahari untuk 5 orang kira-kira THB1160@RM145, jadi setiap seorang dalam RM29. Sekitar 2:45 PM, kami mula bergerak menuju Patthalung.

Malay Thai Restaurent terletak di Route 4, Pekan Prik, Sadao, Songkhla.

Ruang makan Malay Thai Restaurant

Menu makan tengahari, ikan asam pedas Thai (kaeng som), udang dan kerabu sotong beserta ulam-ulaman

Ambil gambar dulu, semua sudah kelaparan.












Cowboy Town @ Route 41 Patthalung
Setelah menempuh perjalanan kira-kira 134 km dari  Pekan Prik melalui Route 4 dan 41, dalam pukul 4:45 PM tiba di Cowboy Town @ Route 41 Phatthalung yang menjadi persinggahan wajib geng motor. Sebuah tempat rehat/kedai makan /kedai cenderamata yang dibina ala western (cowboy town). Ia merupakan mercu tanda agak baru di selatan Thailand dan kini menjadi tempat perhentian atau persinggahan santai yang popular bagi penunggang motosikal menuju ke utara. Route 41 Phatthalung (pautan ke Facebook) telah dibuka dengan rasminya pada Sabtu, 30 May 30, 2015. Satu tempat yang hebat untuk berehat dan menikmati secawan kopi atau Green Iced Tea yang sejuk di Coffee Salon selepas perjalanan panjang di Thailand.

Kami juga bertuah kerana pihak cafe Coffee Salon telah menyediakan makanan halal, yang sepatutnya akan dilancarkan pada keesokkan hari (1 Februari 2018). Oleh kerana ramai pelawat yang singgah di sini terutama pelancong muslim Malaysia, pihak cafe Coffee Salon telah mengambil inisiatif menyediakan makanan sejuk beku halal yang boleh dipanaskan dengan ketuhar yang hanya dikhaskan untuk makanan halal. Kalau sudah singgah disini, sudah pasti membeli cenderahati terutama pelekat Route41 dan juga sesi bergambar berlatar belakang pekan koboi ini Made in Thailand ini. Kelihatan seperti ride di Amerika la pulak. Pengurus tempat ini, Mrs Ko, amat peramah dan sentiasa melayan pengunjung-pengunjung disini dengan mesra. Malah beliau akan mengajak bergambar dengan berlatarbelakang pekan koboi untuk diabadikan dalam facebook Route41PhatthalungTH.

Route 41 bermula di persimpangan dengan Route 4 di Wilayah Chumphon. Ia bergerak ke arah selatan melintasi Wilayah Surat Thani dan Wilayah Nakhon Si Thammarat. Ia berakhir di Wilayah Phatthalung yang bersambungan degan Route 4 semula.

Kos sesi makan-minum bersantai di Cowboy Town @ Route 41 Phatthalung dalam THB450 @ RM56.25, lebih kurang RM11.25 seorang.

Menikmati Iced Green Tea yang sejuk di Coffee Saloon @ Route 41 Patthalung selepas perjalanan panjang dari Sadao. 

Bersama Bro Jai memegang gelas Iced Green Tea yang berlogokan Route 41 Patthalung

Bro jai sempat menampal stiker 'OilerBikerz'. Sayang katanya tidak bawa banyak lagi. Boleh tampal banyak tempat

Sticker 'OilerBikerz' dalam banyak-banyak stiker grup permotoran terutama dari Malaysia


The Lucky Gate @ Route 41 Patthalung

Steak House @ Route 41 Patthalung

Pemandangan sekitar Cowboy Town @  Route 41 Patthalung

Bro Fadzli dan Bro Jai bergambar di Route 41 Patthalung

Bro Jai mengingati kembali Mae Hong Son @ Route 41 Patthalung

Bro Jai @ Route 41 Patthalung

Bro Fauzy @ Route 41 Patthalung

Bro Fauzy @ Route 41 Patthalung

Ada kemudahan bilik air @ Route 41 Patthalung

Ada kemudahan bilik air  @ Route 41 Patthalung



 grup foto @ Route 41 Patthalung















Gambar-gambar kami yang telah dimuatnaikan dalam facebook Route41PhatthalungTH.


PTT Ko Khan, Cha-uat, Nakhon Si Thammarat
Sepatutnya singgah terlebih dahulu di PTT Traisuwan sebelum Route41 Patthalung, tetapi sudah terlepas pula. Dalam kira-kira 25 km dari dari Route41 Patthalung, kami singgah mengisi minyak di PTT Ko Khan, iaitu stesen PTT pertama yang ditemui selepas bergerak dari Route41 Patthalung. Isian semula Gasohol 95 pada harga THB280@9.68L@THB28.93/L (RM35@9.68L@RM3.616/L).
Apa itu Gasohol 95? Campuran petrol oktana 95 dengan 10% etanol. Dalam pukul 6:30 PM, kami mula bergerak menuju ke bandar Nakhon Si Thammarat.

Bacaan odometer 185 km dari BHP Bukit Kayu Hitam hingga ke PTT Ko Khan, Cha-uat, Nakhon Si Thammarat

Bacaan odometer sehingga tiba di PTT Ko Khan, Cha-uat, Nakhon Si Thammarat

Mengisi minyak Gasohol 95, kerugian THB280.


Supachai Inn, Nakhon Si Tammarat
Dari Route 41, menyusuri Route 403 kira-kira 70 km untuk tiba di pusat bandar Nakhon Si Tammarat. Setelah meredah laluan dalam bandar yang dilencongkan akibat penutupan jalan, dalam kira-kira 4 km, tibalah di Supachai Inn terletak di 61/78 Soi Pattanakarn Khu-Kwang 12/1, Nakhon Si Thammarat sejitar pukul 8:00 PM.  Kadar bilik 'deluxe double' yang tempah melalui booking.com adalah THB405@RM50 dibayar semasa mendaftar masuk, dengan tambahan deposit sebanyak THB150 yang dikembalikan semasa mendaftar keluar. Motor pula dibenarkan dikaki lima berhampiran pintu masuk hotel.

Selepas mandi dan berehat, dalam pukul 9:15 PM, kami keluar makan malam. Setelah mendapat panduan dari kakitangan hotel, terdapat restoren halal berdekatan yang terletak di persimpangan Jalan Pak Nakhon dengan route 4012, berhadapan Stesen Minyak Shell Tha Wang dengan berjalan kaki. Malangnya apabila kami tiba, restoren berkenaan tutup pula. Walau bagaimanapun terdapat kedai makan muslim lain yang berdekatan dengan persimpangan Jalan Pak Nakhon dengan route 4012 . Kedai makan muslim ini menjual sup daging dan nasi ayam (seakan nasi beriani). Jumlah bayaran makan malam sebanyak THB 530@RM 66.25 untuk 5 orang, dimana dalam RM13.25 seorang. Bersebelahannya terdapat warung menjual bubur atau 'dessert' yang agak popular disini [Dessert Restaurant N8.440981, E99.969195]. Kalau hendak membeli terpaksa mengikut barisan atau giliran. Kembali semula ke hotel dalam pukul 11:15 PM.

Ketika berjalan pergi makan tadi kelihatan fenomena gerhana bulan. Sebenarnya pada malam ini, telah berlaku kombinasi tiga fenomena bulan yang berlaku serentak iaitu supermoon, ‘bulan biru’ dan ‘gerhana bulan'. Ketika melalui Route 403, kelihatan fenomena gerhana bulan yang amat cantik, bulan pun kelihatan besar selepas menjelang malam atau ketika atau selepas bulan terbit di ufuk timur. Kekerapan kejadian fenomena ini adalah sekali bagi setiap 2,380 bulan penuh iaitu secara purata fenomena sama akan berulang hanya 265 tahun lagi. kalau sudah bermalam di Koh Samui sudah pasti menarik.

Sebelum masuk tidur, perbetulkan lampu isyarat hadapan yang telah longgor dan tertanggal. Salah satu lampu limpah dipasang pada 'engine crash guard', sebelah kiri, juga telah tertanggal, dimana salah satu skru pengikat bahagian tapaknya telah tercabut setelah bergerak dari PETRONAS Simpang Pulai lagi. Kedua-dua lampu limpah tersebut telah diperketatkan dengan 'kabel tie'. Setelah selesai, pasang kunci pad lock 'Oxford' pada disk brake tayar belakang. Apabila mencuba membuka kembali, timbul masalah pula, bahagian dalam kunci pad lock 'Oxford' tersebut telah rosak, terdapat bahagian sudah patah dan relai. Kunci lama tidak pakai pun boleh reput. Semalam baru diuji pakai masih elok lagi. Setelah beberapa kali mencuba, pad lock masih gagal dibuka. Masalah betul ni kalau pagi besok masih tidak boleh buka. Minta bantuan melalui Whatsapp dari rider-rider lain, nampaknya Bro Jai seorang sahaja yang membalas. Yang lain mungkin sudah lentok. Dengan bantuan Bro Jai, akhirnya pad lock tersebut dapat dibuka setelah bahagian dalam kuncinya dibaraikan. Terima kasih buat Bro Jai yang sudi datang memberi bantuan walaupun sudah keletihan. Alhamdulilah lega. Kalau tidak satu kerja pula pagi besok. Jam pun sudah hampir masuk pukul 12:00 malam. Apalagi, berkemas barang motor, terus masuk bilik dan terlena dek keletihan perjalanan hari ini.

Supachai Inn terletak di 61/78 Soi Pattanakarn Khu-Kwang 12/1, Nakhon Si Thammarat.

Fenomena gerhana bulan dalam pukul 9:15 malam di Nakhon Si Thammarat.

Pad lock yang rosak sudah dibaraikan dalam usaha membukanya dari brak disk tayar belakang

Bilik peraduan malam ini...


Video Clip
Antara video yang sempat dirakam sepanjang perjalanan

Part 2: Dannok - Hat Yai Junction


Part 3: Hat Yai - Route 41 Patthalung


Route Dannok - Patthalung - Nakhon Si Thammarat, Thailand



Bersambung ke Hari 02: Bahagian 1: Nakhon Si Thammarat - Koh Samui

Kembali ke Bahagian 1: Kuala Lumpur, Malaysia - Dannok, Thailand

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy

Lazada Malaysia

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

No comments:

Post a Comment