Sunday, 23 January 2011

OILERBIKERZ Ride ke Leban Chondong dan Pekan 2011 Bahagian 2

OILERBIKERZ RIDE KE LEBAN CHONDONG DAN PEKAN 2011

Bahagian 2: Leban Chondong - Pekan - Kuala Lumpur

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Hentian 4: Petronas Pekan dan Pekan Waterfront
 Tiba di Pekan dalam pukul 2:30 petang selepas melayan jalan pantai Route 3 Jalan Sultan Ahmad sejauh 71 km. Melayan jalan pantai yang agak lurus sekali sekala dengan selekoh selepas 'kekenyangan' apa lagi di waktu tengahari dengan tiupan angin pantai menuntut fizikal dan minda setiap rider sentiasa fokus pada tunggangan dan laluan. Setelah mengisi minyak, berhenti rehat dan minum terlebih dahulu di medan makan Pekan Waterfront.

Tiba di Pekan Waterfront



Pekan Waterfront

Pekan Waterfront

Berehat seketika dan menambah cecair badan.

Mat Jai dok bertafakur selepas menikmati ABC. 


Hentian 5: Melati Inn
 Dalam 3:15 petang, tiba di Melati Inn terletak di Jalan Istana Melati, Kampung Mengkasar (melalui Jalan Tok Tuan) dan mendaftar masuk untuk berehat, melelap mata seketika atau/dan menyegarkan badan. Urusan penginapan telah diuruskan oleh Capt Nazari, maka peserta hanya perlu mengambil kunci bilik masing-masing, Alhamdulillah, perjalanan hari pertama berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.

Tiba di Melati Inn

Kasi gambiran dulu di Melati Inn

DD kasi selfie dulu.. 

Posing lagi..

Jijek tengah posing..

Jebat pun nak posing jugak... Jijek dok cekap pinggang tu..

Tu dia... sempat jadi model pillion pulak..

ha ha gambiran paparazi ni... canteekk

Mari-mari ambil kunci bilik... 

Mat Jai dah tak sambar nak masuk bilik tu... sori la takde tempat nak berendam..

Ni stail apa pulak posing lagu ni

Tuan organiser dah senyum.. semua dah dapat bilik masing-masing

Sebelum masuk bilik kasi posing dulu.. Shahrul

Ghaz.. jangan pergi 'delete' pulak gambar-gambar tu..

Rupa katil dalam bilik Melati Inn

Jijek nak skodeng sapa pulak tu

Maaf... OB dah sapu semua bilik..


Murtabak Mengkasar Pak Din
 Dalam pukul 6:00 petang, selepas masing-masing menyegarkan badan, kami keluar minum petang pekena Murtabak Mengkasar Pak Din, murtabak pilihan diraja, yang terkenal di Bandar Diraja Pekan ini. Perniagaan Murtabak Mengkasar di asaskan oleh Hj. Ahmad Tajudin Abd Hamid (Pak Din Murtabak) bermula sejak 1980 terletak di Jalan Batu Balek iaitu jalan utama Kuantan-Pekan (Jalan Sultan Ahmad) berhampiran Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah Pekan. Kedainya terletak lebih kurang 200 m dari Melati Inn, hanya mengambil masa beberapa minit berjalan kaki untuk ke sini. Apa yang istimewanya kedai makan ini? Keistimewaan murtabak ini mempunyai 3 lapisan tebal berinti daging atau ayam, dan 21 jenis rempah ratus resepi warisan keluarga.

Menapak ke Murtabak Mengkasar Pak Din 

Papan tanda kedai Murtabak Mengkasar Pak Din. Banyak kereta dok parkir tu..

Papan tanda kedai Murtabak Mengkasar Pak Din

Murtabak Mengkasar dalam proses pembikinan. Sekali buat untuk 21 hidangan tu.

Murtabak Mengkasar dalam pembikinan.. ni dah lapisan ketiga kut..

DD nak posing dengan Murtabak Mengkasar Pak Din

Tengah tunggu yang lain-lain sampai..

Rileks dulu, sabar menanti... meja belum ada kosong lagi ni..

OK meja dah ada kosong tu...

Rasanya yang pakai kopiah tu lah Pak Din

Ada yang special dan ada yang biasa. Kalau ikut kata pekerja mereka, boleh makan untuk 3 orang.

Kita ambil order dulu..

Eemm apasal semua pakat dok tengok tu...

Ha ha ada yang baru sampai.. terlajak korner baring la tu...

Dah tak sabar nak pekena murtabak ni...

Dah sampai. Inilah Murtabak Mengkasar Pak Din. saiznya sangat la besar daripada murtabak biasa... nyam nyam

Dah abis pekena murtabak sampai ada yang dok menyandar dah

Memey sedap la sampai abis licin semua..


Antara peristiwa lucu menjadi kenangan satu soalan yg menjadi bahan gelak lepas pekena Murtabak MainKasar "Capt dekat2 sini ada 7-11 tak?", "Tu Barang" Wak Ju kata...Don't leave home without it pillion or not" huhuhu.... Selepas minum petang, sessi 'review' jentera bersambung lagi..

Moto-moto parkir di depan Melati Inn.

Nampak tak apa bezanya..ha ha  moto kawa 1400 sudah kacau geng beemer goyang inul 1200

R12000R

R12000R pon ada suspension kat depan

Moto-moto dalam saf..

Moto-moto dalam saf..

Canteekkk dok sama-sama

K1300S

Fikri pon pakat nak susun moto masuk saf jugak

baru canteekkk.. nampok tertib sikit...


BBQ
 Sebelah malamnya pula ada BBQ. Emm mana kambing goleknya? Rupanya kambing tu dah kena potong dan perap siap-siap supaya senang dan cepat kami memanggangnya. Walau apapun memang 'marbelous'  BBQ santai di halaman Melati Inn satu malam di Pekan

Jebat kata sapa bako ni dah nak hangus...  Jburn kat belakang tu...kan ada nak kena siram air sirap

Tempat  panggang design tak kena ni..

Tengok second batch pulak. Ghaz pula jadi chef. Jijek bab kipas memey pandai

Jo pon nak jadi chef jugak

Juri-juri sedang memerhatikan hasil kerja Chef Jo dan Ghaz...

Ketua juri sedang menunggu untuk menilai masakan BBQ oleh chef-chef OBian... bila boleh makan ni...

Tuan organiser mendapat 'feedback' dari ketua juri.. Bahagian tulang macam mana nak kemang...

Achid dan isteri

Sudah kekenyangan la tu TSR Marshall Siong. 

Tuan organiser sudah gelak besar... semua dah pekena BBQ kambing..

Terbaeekk la tuan organiser sentiasa memantau. Semua OK ke..

Adusss serius benor Wak Ju dan Jijek dok bincang tu...

Mat Jai dalam diam-diam dah berapa round tu tak abis makan lagi...

Ada perbincangan sulit dok dalam gelap tu...

Steady Abg Zul kasi halau nyamuk

Syoknya Mat Jai menikmati teh tarik pulak

Memey kaw teh tarik ni

Apa citer Mat Jai tu...

Tony dan tuan presiden dok bincang peringkat majlis tertinggi ni..

Ada yang menyusup keluar bersiar-siar waktu malam rupanya. Sempat posing di pintu gerbang Istana Abu Bakar tu

Pergi posing dekat padang polo Kelab Polo Diraja Pahang pulak


Hari Kedua

 Sepatutnya kami mula bertolak balik mengikut perancangan asal, dalam pukul 9:00-10:00 pagi. Namun dek penangan BBQ kambing semalam, ada sahabat kita iaitu Bro Tony dah 'pening lalat' pagi ini. Jadi kami bertolak agak lewat untuk bagi memberi ruang kepada Bro Tony untuk 'pulih' dan mendapat 'kekuatan' bagi meneruskan perjalanan balik ke KL.

Dah kul 11 ni mana wei... Marshall Siong dah tak senang duduk tu.


Hentian 1: Petronas RSA Gambang, LPT

Tiba di Petronas RSA Gambang, LPT


Hentian 2: Shell RSA Temerloh, LPT
 Oleh kerana jarak dari Petronas Hentian Rehat Gambang ke Shell Hentian Rehat Temerluh hanya 64 km, maka kebanyakkan 'supertanker' bike meneruskan perjalanan sehingga ke Tol Gombak kira-kira 110 km lagi. Walau bagaimana pun, bagi 'superbike' pula sekadar berhenti mengisi minyak dan meneruskan perjalanan ke Tol Gombak.

Hentian 3: Tol Plaza Gombak
 Tiba dalam pukul 3:00 petang, berhenti rehat sebentar sehingga semua para peserta sampai di Plaza Tol Gombak. Dari sini, kami bersurai dan pulang menuju ke rumah masing-masing.

Tiba di Plaza Tol Gombak

Ketepiii....ada Almari Bergerak kat belakang tu....ha ha. Achid King tapau semua sbk kat hiway...macam almari bergerak pulok....dahsyattt....tabik spring kat Bro Achid kata Jebat (tu dulu tapi sekarang Jebat pulak bawa almari tapau SBK)

Rehat sebentar di Plaza Tol Gombak sehingga semua dah sampai

Bro Jo berkongsi pengalaman lefero dengan CB1000R tu... kasi angkat satu SBK 

Alhamdullillah, semua peserta memaklumkan telah selamat sampai ke rumah atau pangkuan keluarga masing-masing terutama Bro Tony walaupun sedikit 'pening lalat' telah sampai ke rumah dengan selamat. Bak kata pujangga sang biker "Tidak kira betapa buruk hari anda, moto anda akan sentiasa membuat anda berasa lebih baik".

Terima kasih kepada semua OBian serta keluarga dan rakan-rakan bikers yang mendoakan keselamatan kami di sepanjang trip ini.

Terima kasih kepada semua OBian yang yang menyempurnakan ride kali ini

Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat OB yg terlibat secara langsung atau tidak langsung terutamanya buat Shahrani (tuan presiden) dan Capt Nazari selaku organiser yang telah bertungkus lumus menjayakan 1st trip OB utk tahun 2011.

Terima kasih pada Obian (Khailani - Tuan Penasihat) yang sudi meminjamkan 'pick-up' sebagai kenderaan sokongan dan juga Shahrani (Tuan Presiden OB) yang memandu kenderaan sokongan serta membawa barang-barang peserta/rider.

Akhir sekali saya memohon maaf jika ada tersilap tutur kata semasa bersenda gurau atau perlakuan yang menyinggung perasaan mana-mana pihak semasa trip ini (juga di dalam coretan ini). Yaa mohon ampun tuan-tuan sifu semua..

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy
Dinukilankan pada 23 Januari 20177


Like This Blog     Follow@Twitter : 

No comments:

Post a Comment