Sunday, 17 July 2011

Sepang Track Day (17/07/2011) Throwback Belajar Line Sifu

SEPANG TRACK DAY (17/07/2011) THROWBACK BELAJAR LINE SIFU

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Kenangan sekitar 'S.M.T (Singapore-Malaysia-Thailand) Special Trackday' di Litar Antarabangsa Sepang (Sepang International Circuit) pada 17 Julai 2011. Trackday hari ini kebanyakkan disertai pembalap-pembalap dari Singapura. Masa ini masih baru dalam melayan Litar Sepang, masih dalam pembelajaran di bawah tunjuk ajar Tuan Sifu Ard Rocci. Terima kasih tuan sifu, walaupun tidak khatam dan tidak pandai-pandai hendak melefer di SIC ini.

 'Deman' turun main litar setelah beberapa kali menyertai 'OilerBikerz MotoGP Special Trackday'; 2010-01-09 OilerBikerz Moto GP round 1, 2010-02-20 OilerBikerz Moto GP round 2  dan 2010-07-15 OilerBikerz Moto GP round 3. Antara rider-rider OilerBikerz yang turut serta termasuklah Eypol K6, Siong CBR1000RR Respol DiRaja, Ard K6, Meon R1, Ghaz S1000RR, Pak Sheikh CBR1000RR Rabbit, Capt Nazri S1000RR, Ameng CBR1000RR Repsol, Amar K7,  Hj Ipin GSX-R600, dan Abg Zul ZX10R. Boleh tengok aksi pembalap-pambalap OB ini dalam video (akan dimuat naik kemudian). Foto-foto resolusi tinggi berbayar yang dirakam oleh jurufoto litar (alongarts).

Turn 1






Turn 2







Turn 9?
















Ikut Line Sifu Ard










Onboard video dibawah ('Practised by Meon R1) dirakam oleh Meon R1 ketika membuat sesi latihan di Litar Sepang.


Onboard video dibawah ('Tunjuk Ajar Ku Sifu') dirakam oleh Meon R1. Praktikal secara berkumpulan membuat pusingan di litar diketuai oleh Meon R1. Rider-rider terdiri Pak Sheikh CBR1000RR Rabbit, Ghaz S1000RR, and Hj Ipin GSX-R600.


Onboard video dibawah ('Just Follow Me') dirakam oleh Meon R1 dan Ard K6. Kualiti video sedikit kurang memuaskan kerana GoPro berkabus didalam 'casing waterproof' dek kepanasan. Praktikal secara berkumpulan membuat 3 pusingan di litar diketuai oleh Tuan Sifu Ard K6. Rider-rider terdiri Meon R1, Ghaz S1000RR, Pak Sheikh CBR1000RR Rabbit,  Fauzy CBR1000RR Repsol, and Hj Ipin GSX-R600.

Onboard video dibawah ('Adreline Rush in Final Round') dirakam oleh Meon R1. Kualiti video sedikit kurang memuaskan dipenghujung kerana GoPro semakin berkabus. Melangkah keluar untuk pusingan terakhir sebelun sesi Track Day berakhir. Rider-rider terdiri Meon R1, Pak Sheikh CBR1000RR Rabbit, Siong CBR1000RR Respol DiRaja, Ghaz S1000RR, Fauzy CBR1000RR Repsol, Capt Nazri S1000RR, Amal K7, Ard K6. Pengakhiran yang kurang manis bagi saya kerana terjatuh dan 'membajak' dalam kerikil di Turn 14. Alhamdulillah tiada kecederaan, cuma ego yang tercalar sama dengan racing suit dan motor, tetapi itu bukan pengakhirannya, masih dapat sambung ride dan balik ke Pit. Cuma kerosakan kosmetik pada motor terutama pada 'fairing'. Inilah pertama kali terjadi sepanjang melayan Litar Sepang.



Sepang International Circuit
Team Movistar Yamaha’s Sepang Track Map with Speed and Gear Telemetry (Sumber: Yamaha MotoGP/ Photo.GP)

Data teknikal SIC dari pelumba MotoGP 2016 (Sumber: HRC)

Panduan untuk Track Day (Hanya untuk illustrasi sahaja. Sila dapatkan bimbingan dari Expert Rider/ Pro Racer.


Experience a lap of the Sepang International Circuit with motogp.com's Dylan Gray



Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy
Dinukilankan pada 23 Ogos 2017


Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

No comments:

Post a Comment