(BATTERY REPLACEMENT OF INTERPHONE F4s)
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Selepas hampir empat tahun bateri dalam Bluetooth Headset Interphone F4s saya tidak dapat dicas lagi. Bateri dah 'kong' (tamat hayat). Oh ya, helmet Bluetooth Headset Interphone F4s, kegunaannya sebagai sambungan tanpa wayar (Bluetooth) dari peranti seperti GPS, handphone dan juga sebagai interkom semasa menunggang bersama rakan-rakan. Nak tahu lebih lanjut pasal Interphone F4s boleh lihat review dia kat webbikeworld (sila klik). Cuma beza dengan saya punya kat huruf "s" untuk "stereo". Biasa lah ikut review, produk ni "is the best available in the market at this time". Model ni sebenarnya dah "obselete". Kilang dah tak buat lagi. Produk ini berasal dari Itali, saya terbeli pun kat Itali tahun 2013, walaupun dikilang di Filipina. Harga dia boleh tahan jugak. Tu pun sebab ada offer. Sekarang benda ni dah banyak, harga kira dah murah, nak nak yang datang dari China.
Interphone F4s. Kotak asal masih simpan |
Rupa barang dan kegunaan |
Interphone F4s dijanakuasakan oleh bateri jenis Lithium Polimer (LiPo) dan casingnya pulak pakai skru jenis 'Tri-Wing'. Masalah betul ni.. mana nak dapat pemutar skru "Tri-Wing' bersaiz kecil dan "OEM Replacement Battery" ni.. Seperti biasa minta tolong dengan Pakcik Google, jurujual di eBay dan AliExpress. eeemmm masalah betul ni... kalu nak oda dari luar negara ni. Boleh tahan jugak kos dia. Belum kira tax atau GST lagi. Kira boleh beli baru oricina punya. Jom DIY la jadi "guinea pig project" kalu berjaya boleh kongsi tips kat kawan-kawan yang lain.
'Tri-Wing' / Triangular Screwdrivers
Ni la rupa Tri-Wing Screwdriver |
Nak buka casing F4s ni saya guna Pro'sKit "Tri-Wing Screwdriver TRI 1" atau "Tringular Screwdriver TA1.7"
Tri-Wing Screwdriver TRI 1" atau "Triangular Screwdriver TA1.7" |
Tri-Wing Screwdriver TRI 1" atau "Tringular Screwdriver TA1.7" |
Saya beli kat kedai Jalan Pasar. Dua kali pergi baru dapat. Kali pertama pergi hampir semua kedai kat jalan pasar saya masuk bertanya tapi semua kata tak de saiz. Akhirnya saya beli sebatang Pro'sKit "Triangular Screwdriver TA2.0", ingat nak buat modifikasi kasi kecilkan saiznya. Balik rumah saya perasan ada single Pro'sKit Tri-Wing Screwdriver terlindung kena tampal sticker kedai. Saya check di internet ada tak sole-distributor atau agen pengilang kat malaya. Rupanya ada kat jalan pasar jugak dan dah masuk pun kedai ni. Mungkin amoi salegirl dia kurang arif sikit.
Saya pergi kali kedua ke kedai (Melectron) tersebut terus tanya kat supervisor. Rupanya untuk single Tri-Wing Screwdriver harga kurang RM10 depa tak bawa masuk. Akhirnya, setelah dok cari-cari ada juga tapi kena beli yang satu set, harga dia pulak lebih RM100++. Beli je la lepas dapat harga special, boleh pakai untuk buat buka benda lain jugak.
Pro'sKit Single screwdriver |
Pro'sKit screwdriver set |
Mula-mula check kat internet ada jual kat eBay dan kedai online lain, dalam 30 Euro, kebanyakkan base kat EU tapi hampir semua reseller dari EU (european countries) tak dapat hantar ke Malaya disebabkan tak boleh atau dilarang naik kapal terbang. Peraturan baru industri penerbangan yang agak ketat dekat EU.
Kalau biasa beli barang luar negeri, pada pembungkusan ada satu deklarsi berkenaan lithium bateri |
Bahagian belakang Interphone F4s ada enam Tri-Wing Screw nak kena buka pakai Tri-Wing Screwdriver TRI 1" atau "Tringular Screwdriver TA1.7" |
Interphone F4s setelah berjaya dibuka. Ingatkan bateri dah leak, tapi takde tempat leak, rasanya rubber grease |
Cuma itu saja info pada bateri, lekat pakai double-sided tape ke IC board |
Size OEM Interphone LiPo Bateri Panjang 60 mm X Lebar 20 mm x Tebal 5 mm |
Pilihan alternatif bagi OEM bateri. Nak cuba dulu 3.7V 460mAH. Lagi tinggi capacity tak de / tak jumpa la pulak |
1. Potong wayar bateri lama dekat pateri, sambung (pateri) dengan wayar OEM.
2. Potong wayar kedua-dua bateri dan buat sambungan (pateri), kalau wayar pendek.
Saya buat pilihan satu, wayar asal masih cukp panjang dengan bateri baru dan sambung balik dengan pateri baru kasi ngam lagi tak mudah putus atau tanggal. Kasi tape balik tempat pateri dan IC bateri supaya kedap air (waterproof).
Wayar bateri dah pateri, sambung kat connector dan lekat pada IC board |
Ketebalan bateri pun nampak ngam dengan ruang tanpa membengkokan IC board. |
Balik rumah, kasi sapu rubber grease sekeliling rubber seal, pasang cantik-cantik dan kasi test dengan GPS dan cellphone. Walla.. berjaya.. Syukur Alhamdulillah.. Nak kena test berapa lama bateri ini bertahan selepas full charging. Harap-harap 460mAH dapat lebih 8 jam dah cantik.
Kasi ON lampu biru - passed OK |
Kasi OFF lampu merah - passed OK |
Pairing dengan GPS (Garmin Zumo) - Passed OK |
Dengar lagu dari helmet speaker - passed OK |
Anda boleh membuat mana-mana bateri Lipo bertahan untuk suatu jangka masa yang lama.
Bateri ini mempunyai nombor maksimum anggaran kitaran caj.
Biarkan bateri digunakan sampai paras agak rendah dalam satu kitaran caj.
Mengecas penuh dan tidak digunakan untuk masa yang lama memberi tekanan kepada kimia bateri, boleh menyebabkan kehilangan keupayaan secara kekal.
Jadi perkara yang terbaik untuk dilakukan dengan mana-mana peranti bateri Lipo adalah tidak biarkan kuasa bateri sampai habis (flat) sebelum mengecas semula, dan memastikan bateri telah dicas sepenuhnya digunakan dalam masa beberapa hari.
Kemaskini pada 09/02/2017:
Mengecas penuh ('full charging') untuk pertama kali ambil masa kurang 4 jam.
Menggunakan untuk jangkamasa pendek dan juga panjang dalam short ride ke Ulu Bendul tanpa masalah.
Kemaskini pada 25/02/2017:
Menggunakan lebih daripada 8 jam untuk audio MP3 player dari GPS tnpa masalah.
Mengecas penuh ('full charging') semula untuk trip ride keesokkan hari.
Kemaskini pada 25/02/2017:
Menggunakan secara berterusan sehingga 7 jam untuk audio MP3 player dari GPS semasa trip Sungkai.
Kemaskini pada 03/03/2017:
Sambung pakai lagi sehingga 3 jam.
Hari ini rakan biker minta gantikan bateri Interphone F3 dan F4 miliknya. Bukan satu dua tetapi sampai 6 unit sekali.
PENAFIAN:
Penulis bukan juruteknik eletronik professional. Maklumat dan info yang dikongsikan adalah sebagai panduan dan rujukan untuk diri sendiri sahaja. Penulis dan Jom Ride Sokmo tidak bertanggung jawab atas sebarang masalah, kerosakan atau kecederaan akibat daripada penggunaan perkongsian ini dan kaedah digunakan. Use your own discretion and at your own risks.
Terima kasih kerana melayari blog ini.
Wassalam,
Fauzy
Like This Blog: Follow@Twitter: Follow @JomRideSokmo
Terbaikk tsr
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah
Delete