Sunday, 30 April 2017

Klawang Sunday Ride 30/04/2017

KLAWANG SUNDAY RIDE (30/04/2017)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ride hujung minggu melayan Klawang (Kuala Klawang) secara solo lagi. Itu pun keluar dari rumah sudah pukul 10:00 Am. Dalam grup-grup 'Whatsapp' tidak ada yang ride pula. Cuti panjang hujung minggu, besok tidak kerja jadi ramai yang pergi bercuti atau balik kampung. Oh ya, di Litar Sepang, berlangsung 'Malaysia Superbike Championsip Round 2'. Mungkin ada yang ke sana juga. Mungkin esok ada lah yang ajak ride tu.



  Menghampiri Pekan Batu 14, keadaan jalan agak sesak sehingga persimpangan lampu isyarat Sungai Tekali. Melayan Stage 1, tidak ada berselisih dengan grup motor atau yang menunggang bersendirian. Melayan Stage 2, ada satu grup motor berhenti, kelihatan salah satu motor mengalami kerosakkan akibat terjatuh. Melayan penghujung Stage 3, sebelum 3-4 korner terakhir, saya dikejutkan dengan kon merah 'polis' ditengah-tengah selekoh. Biar betul, ingatkan ada kerja-kerja pembaikan jalan. Selepas selekoh kelihatan kereta peronda polis dengan lampu 'beacon' biru menyala dan polis memberi arahan memperlahankan motor. Kelihatan ada grup motor yang berhenti, ingatkan ada 'road bock', rupa-rupanya telah berlaku satu kemalangan melibatkan motorsikal berkuasa tinggi dengan kereta Ferrari. Salah satu rider dari grup tersebut telah terlibat kemalangan dengan salah satu kereta Ferrari yang juga berkonvoi. Rider terlibat telah dibawa ke hospital. Singgah sebentar sebelum meneruskan perjalanan untuk mengetahui apa yang terjadi. Sebenarnya, saya tidak pernah menulis pasal kemalangan yang berlaku semasa ride sebelum ini. Setiap yang berlaku itu, saya jadikan iktibar untuk lebih berhati-hati semasa menunggang. Biar tidak laju, janji sampai, tak pun, biar tidak laju, janji dapat bawa motor selalu. Itu ayat yang biasa kedengaran di kalangan biker.

 Sampai Klawang Pit Stop dalam 11:30 Am, lenggang tanpa kelibat grup-grup motor. Cuma motor saya sahaja yang bersantai di sini. Di Klawang Pit Stop pun singgah sebentar sahaja. Setelah pekena menu biasa, 12:00 Pm mula bertolak balik.

 Tiba di tempat berlaku kemalangan di Stage 3 dan 2, kenderaan yang terlibat masih ada, menunggu bantuan tiba. Cuma hala balik lebih banyak kereta berbanding semasa hala datang dan juga ada berselisih dengan satu grup motor baru masuk dekat Stage 3. Memasuki Jalan Hulu Langat, aliran trafik agak perlahan. Kenderaan agak banyak berbanding dari kebiasaan.

Menu macam biasa, tidak sempat order, Kak Atih dah tanya cam biasa ke?

Keseorangan hari ini.


Route hari ini macam biasa:


Elevation (Round Trip)

Alhamdulillah selamat sampai rumah sebelum pukul 1:00 tengahari.

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

2 comments:

  1. Saya dan anak-anak ada turun KIC. Jam 9:30am dari kedai masjid Sg. Tekali. Ada rider down kat Stage 2 dan eksiden antara motor dan Ferrari kuning. Kami ride sampai jambatan dan patah balik. Test non-stop endurance ride. Harap kita boleh berjumpa lagi di KIC.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul TH Fandi. Ketika saya lalu pergi dan balik kedua-dua tempat eksiden masih ada kenderaan terbabit. Kita ada berselisih semasa tuan hala balik nak masuk stage 1 dari tasik. Insyaalah TH Fandi

      Terima kasih sudi singgah

      Delete