Tuesday, 11 April 2017

Ride Dengan Otai Melemang To Ki Bentong

RIDE DENGAN OTAI MELEMANG TO KI BENTONG

11/04/2017 (Selasa)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Tuan-tuan yang berkelapangan dijemput untuk ride santai sarapan pagi ke Lemang Tok Ki pada:
Tarikh: 11 April 2017(Selasa)
Masa : 08.00 Pagi
Tempat Berkumpul: BHP Tol Gombak

 Itulah jemputan diterima daripada saudara Din Kato beberapa hari lalu mengajak ride ke lemang To'Ki Bentung. Ride pagi ini disertai oleh Din Kato ZX10R, Man Tech GTR1400, Zak RC51, Shahrin Ninja 250 (bawa moto anak, baru tahu moto laju cukai jalan tamat tempoh minggu lepas ha ha), Jalil CBR dan Fauzy Versys. Bawa V pasal nak ride santai, tapi kena bantai ada le.. ha ha. Pinjam ayat Man Tech pasal tak bawa SBK. Sebenarnya ramai yang nak turun, tapi kan hari ini hari kerja la.

Dari kiri: Din kato, Zak, Man Tech, Fauzy, Shahrin, dan Jalil. di BHP Tol Gombak. Kredit Foto: Din Kato



 Kalau tengok senarai nama rider, 5 rider pertama tu memang otai-otai belaka. Kecuali saya dan Man Tech, yang lain semua dah bersara dari alam pekerjaan. Din Kato baru bersara. Itu pasal dok ajak ride pagi-pagi ini sedangkan orang lain sibuk hendak pergi kerja. Ha ha boleh buat kelab ride orang pencen ni. Saya? belum pencen lagi, masih ada komitmen kerja, cuma 'berehat' seketika bila tiada projek masuk, tak pun 'boss' tak panggil masuk opis boleh la tayar golek. ha ha.

 Sebenarnya sudah lama tidak ride bersama dengan Man Tech dan Din Kato, juga rider-rider yang ride sekali hari ini. Antara mereka, ada yang saya pernah bertugas dalam satu syarikat yang sama dengan mereka, dan juga ketika sesi 'melayan' Karak atau Klawang dulu-dulu, tapi tak terikut ha ha. Maklumlah rider selow melow. Diaorang habis hisap rokok sebatang baru sampai  ha ha. " Pulas pelan-pelan sampai habis, konar bagi", ayat Man Tech masih lekat dalam kepala. Terkenang kembali ketika saya mula terjebat dalam dunia permotoran berkuasa tinggi ini, motorsikal berkuasa 900 cc pertama yang saya miliki dibeli melalui Man Tech.

Man Tech, 'otai lejen Karak dan Klawang' ketika zaman menunggang  jentera ZX9R, suatu nama tidak asing lagi bagi orang-orang lama dalam dunia permotoran dua roda berkuasa tinggi. Bukan sekadar 'sifu' di kalangan biker, bahkan beliau mempunyai kepakaran dalam bidang pembikinan ekzos motorsikal berkuasa tinggi dengan jenama sendiri 25° Cycle.

Di bawah saya kongsikan sedutan sebahagian artikel berkenaan Man Tech yang disiarkan oleh Utusan Malaysia  bertarikh 22/03/2008 (klik pautan untuk artikel penuh) dalam ruangan permotoran.

"Menyedari hakikat itu, sebuah bengkel motosikal bumiputera yang semakin menempa nama, Twenty Five Degree Cycle Sdn. Bhd. tampil dengan sistem ekzos alternatif yang lebih murah tanpa mengorbankan aspek kualitinya. Ekzos menggunakan jenama 25° Cycle itu merupakan satu produk yang dibangunkan daripada pengalaman pemilik bengkel tersebut, Othman Abd. Mutalib atau Man Tech yang mula bereksperimen sejak tahun 1984."

"Selepas membuka bengkel Twenty Five Degree Cycle pada tahun 2003, beliau bertekad untuk menjadikan pembuatan sistem ekzos superbike sebagai salah satu cabang perniagaannya. Sehubungan itu, beliau membeli sebuah mesin pateri walaupun langsung tidak mempunyai kemahiran mengenainya. "Saya kutip sisa besi tahan karat di bengkel besi dan menjadikannya sebagai bahan latihan memateri yang biasanya dilakukan pada sebelah malam. Selama sebulan lebih saya belajar daripada kesilapan untuk mendapatkan hasil pateri yang kemas pada besi tahan karat," katanya.

Bermula dengan bertatih, kini Man Tech boleh berbangga dengan tabung ekzos hasil kerja tangannya yang ditampilkan dalam pelbagai format seperti silinder bulat, oval, tabung ekzos bawah tempat duduk dan megaphone."

Bukan sekadar rider dan mekanik disegani, bahkan Man Tech juga merupakan 'sifu' dikalangan biker. Beliau banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada biker-biker menerusi grup permotoran 'Klawang Riding School (KRS)' yang begitu aktif dengan aktiviti menunggang berkumpulan pada setiap hujung minggu pada suatu ketika dulu. Mana saya? Jangan cari saya dalam Facebook, pasal saya tidak aktif dalam Facebook. Tapi entah macam mana ada beberapa email saya kena 'hijack' untuk buka akaun Facebook sehingga mengelirukan rakan-rakan, yang mana terpaksa 'de-activate' kan semuanya. Di KRS jugalah saya mula mengenali saudara Din Kato dalam dunia permotoran. Bahkan Din Kato juga sering mengikuti grup ride atau ride hujung minggu bersama grup permotoran Oilerbikerz.

 Walaupun Man Tech bukanlah pelumba professional, tetapi anak didik beliau dari KRS bukan sahaja berkemahiran dalam menakluki liku-liku Karak, Awana dan Klawang, tetapi juga berjaya menjejak kaki di podium dalam perlumbaan di litar Sepang (SIC), antaranya termasuklah Din Kato dalam perlumbaan 'Endurance Race - 4 hours' menerusi pasukan Guabagi.com yang telah memenangi kategori Novis.  Kini sudah hampir 12 tahun perlumbaan tersebut berlalu sehingga kini tidak kedengaran SIC menganjurkan 'Endurance Race' seumpama itu lagi. Mungkin ada yang hendak tahu pasal race ini.

 Saya coretkan perkongsian dari saudara Din Kato mengenai perlumbaan tersebut, mengenang kembali saat-saat manis beliau tatkala melihat kembali photo-photo semasa perlumbaan tersebut.

Naza PanGlobal Endurance Race - 4 Hours

Tarikh    : 26 November 2005
Masa     : 12.30 Ptg - 04.30 Ptg
Tempat : Sepang Circuit North (2.706 Km)

Barisan Pelumba (GuaBagi.com)
1. Khairil Affandi        (Yamaha R1)
2. Sharifudin Idrus     (Honda Fireblade)
3. Faizal Zainal           (Kawasaki ZX9r)

Perlumbaan ini dianjurkan oleh Kumpulan Naza dan Syarikat Insuran PanGlobal dimana ianya terbahagi kepada 2 kategori perlumbaan.

I.  Kategori Malaysian Super Series (MSS)
II. Kategori Novis  (Amanis Awana Riders Club)

Kedua-dua ketegori ini dijalankan secara serentak dengan sebanyak 9 buah pasukan bagi kategori MSS telah menyertai perlumbaan ini manakala kategori novis sebanyak 4 buah pasukan berentap bagi Piala Amaniz Awana Riders Club.

Untuk kategori MSS, pelumba-pelumba antarabangsa turut menyertai 'Endurance Race' ini. Di antara nama-nama yang dikenali ketika itu adalah seperti Cameron Donald, J Hoikka, Keith Perkin, Y Kuhara, Y Kida, P. Grant-Mitchell, Brian Odgers serta diserikan dengan pembalap tempatan seperti Jeff Wong, M Nagep, M Norhisham, Noor Azam, Omar Ali, M Edham, M Shahrin dan ramai lagi pembalap-pembalap yang menyertai perlumbaan Malayisan Super Series.

GuaBagi.com pula telah menyertai kategori novis. Ianya diilhamkan oleh rakan-rakan dalam Klawang Riding School (KRS). Penaja utama pasukan ini ialah 25 Degree (diasaskan oleh Man Tech) dan Syarikat Elektrik Abadi (Fauzi Zainal merupakan CEOnya).

Walaupun cetek pengalaman perlumbaan di litar namun dengan semangat gigih dan sokongan padu serta doa dari rakan-rakan, akhirnya pasukan GuaBagi.com telah memenangi perlumbaan selama 4 jam tanpa henti dengan mendapat tempat pertama. Manakala tempat kedua jatuh kepada pasukan SBK (SiputBabi Racing), ketiga Pasukan Budak Malaysia dan tempat ke empat dari Pasukan Semut Merah Racing.

 Itulah sedikit catatan dari perkongsian saudara Sharifudin Idrus yang lebih mesra dipanggil Din Kato atau Ben Din dikalangan rakan-rakan biker.

Jom tengok kompilasi foto dalam bentuk video dikongsikan oleh Din Kato memaparkan kenangan di alam permotoran.


Juara keseluruhan Naza PanGlobal Endurance Race - 4 Hours bagi Kategori Novis  (Amanis Awana Riders Club). Kredit Foto: Koleksi Din Kato. 

Ini lah dia pasukan GuaBagi.com dibawah kendalian Man Tech dengan Din Kato salah seorang pelumbanya bersama krew, penaja dan penyokong. Kredit Foto: Koleksi Din Kato

Barisan pelumba dan jentera pasukan GuaBagi.com. Dari kiri: Khairil Affandi (Yamaha R1), Faizal Zainal (Kawasaki ZX9r) dan Sharifudin Idrus aka Din Kato (Honda Fireblade)

Aksi Din Kato sebagai pelumba pasukan GuaBagi.com semasa perlumbaan di Litar Sepang. Kredit Foto: Koleksi Din Kato.

Ketika majlis penyampaian hadiah untuk pasukan dan pelumba dalam Naza PanGlobal Endurance Race - 4 Hours. Kredit Foto: Koleksi Din Kato . 

Ke karak kita, berkumpul di Shell Berkembar Melati, gambar sekitar April 2011. Kredit Foto: Koleksi Din Kato

Kedai makan bawah pokok di Karak, gambar dirakam pada September 2012. Kredit Foto: Koleksi Din Kato


Sedikit coretan 'penghargaan' buat Man Tech, mengenali Din Kato dan KRS dalam dunia permotoran. Berbalik kepada kisah ride hari ini pula.

BHP Tol Gombak
Bergambar dulu lah. Tayar golek dalam pukul 9:00 pagi. Jalil bilang kata nak ride santai, masuk highway terus berdesup, bukan apa katanya temankan si Shahrin bawa 250 takut pusing balik kan.

Otai-otai belaka. Man Tech kata dalam gambar tu nampak macam dia paling muda.. ha ha

Otai masih berbisa, sportbike tetap di hati. Boleh buat kelab ride orang pencen

Rider slow tumpang sekaki


Lemang To'Ki Bentung
Gambar-gambar dan critera sekitar lemang To'Ki pulak. Banyaklah cerita-cerita terkini dan lalu menjadi topik perbualan.

Lemang To'Ki Bentung.  Kredit Foto: Zak

"Lemang kat atas tu dah bertahun-tahun saya order, tak masak-masak" kata Man Tech.  Kredit Foto: Zak

Jentera-jentera menjerit di Karak dan Bentung hari ini. Otai dengan jentera setia. Kredit Foto: Zak

Jentera-jentera menjerit di Karak dan Bentung hari ini. Kredit Foto: Zak

Lemang masih dok bakar lagi, 45 minit lagi baru masak!!!

Din kato dan Jalil berswafoto (selfie) dulu. Kasi nampak semua. Makan apa ada dulu sementara menunggu lemang. Kredit Foto: Din Kato

Shahrin dan Man Tech. Licin juga pinggan. Ubat nak tambah HP jangan lupa makan.. Kredit Foto: Din Kato

Lemang, rendang dan ayam bakar dah sampai. Kredit Foto: Din Kato

Dah abis separuh baru ambil gambar. Kredit Foto: Din Kato

Terbaik, eh apasal si Zak gaya macam pistol pulak tu.. ha ha tadi terserempak kenalan nak pergi menembak. Kredit Foto: Din Kato


Jom tengok kompilasi foto dalam bentuk video dikongsikan oleh Din Kato memaparkan kenangan di alam permotoran.



Route dilalui hari ini:



Alhamdulillah lemang 'tapau' (bungkus) selamat sampai rumah dalam pukul 12:45 tengahari tadi. Terimakasih semua terutama buat saudara Din Kato yang 'payung' ☔kita orang acara ride melemang hari ini. Yes payung ungu lagi. Semoga murah rezeki dan menikmati hari-hari seterusnya selepas alam pekerjaan. Sudah sibuk bincang untuk next ride tu.

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

2 comments: