Friday, 31 March 2017

Ride Balik Ganu Layan Terengganu Bike Week Hari02

RIDE BALIK GANU LAYAN TERENGGANU BIKE WEEK HARI02

HARI 02 (31/03/2017): Terengganu Bike Week, Taman Awam Batu Burok, Kuala Terengganu

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Hari ini berkesempatan mengunjungi hari pertama 'Terengganu Bike Week 2017 (TBW17)' edisi ke-6 yang diadakan di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu, dianjurkan oleh Persatuan Gabungan Permotoran Negeri Terengganu (PGPNT). PGPNT telah berjaya menganjurkan program Terengganu Bike Week (TBW) semenjak dari tahun 2012 dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu dan program ini telah pun dimasukkan di dalam kalendar pelancongan negeri Terengganu

Terengganu Bike Week 2017 tahun ini menampil kelainan berbanding edisi sebelumnya seperti dimaklumkan oleh YAM Tengku Sri Temenggong Raja Dato' Seri Tengku Baharuddin Ibni AL-Marhum Sultan Mahmud, selaku Presiden Persatuan Gabungan Permotoran Negeri Terengganu (PGPNT) ketika sidang media untuk program ini sempena sambutan Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017. Hendak tahu kelainan, boleh tonton video di bawah:

Sumber: PGPNT

Jom tengok dulu paparan video klip sekitar TBW17 ini dulu untuk mendapat gambaran suasana acara tahunan ini.

Saya tiba dalam pukul 10:30 pagi. Masih awal lagi, orang ramai belum memenuhi kawasan tapak acara. Para petugas nampaknya sudah bersiap sedia untuk menyambut ketibaan konvoi-konvoi bikers ke sini. Jom tengok apa ada dan aktiviti-aktiviti di program TBW17 ketika saya mengunjungi pada hari pertama.

Lokasi dan Tapak Program
Lokasi tapak acara utama TBW17 diadakan Dataran Pantai Batu Buruk iaitu disepanjang Jalan Pantai Batu Buruk, Taman Awan Batu Burok yang terletak di kawasan peranginan pantai Batu Burok dan terletak hanya 1 km dengan pusat bandar Kuala Terengganu. Taman Awam Batu Burok ini merupakan taman awam dan rekreasi yang paling popular di sini dan sentiasa dikunjungi orang ramai lebih-lebih lagi pada hujung minggu atau masa cuti bertambah-tambah la sesak.. Hari ke-5 Kembara Pesisir Malaya dulu ada singgah di sini.

 Sempena TBW17, Jalan Pantai Batu Buruk merupakan laluan masuk ke Taman Awan Batu Burok telah ditutup kepada kenderaan awam bermula dari A&W Pantai Batu Buruk hingga Medan Selera batu Burok. Hanya para biker bersama motorsikal dibenarkan masuk untuk parkir di dalam kawasan acara. Sepanjang jalan dijadikan kawasan untuk acara utama dan pameran serta jualan motorsikal. Terdapat juga booth dari agensi-agensi kerajaan seperti JPJ, PDRM, Askar Wataniah dan lain-lain. Manakala kawasan pantai pula terdapat gerai-gerai jualan barangan aksesori untuk motorsikal dan rider termasuk cenderahati khas sempena TBW17.

Tiba dalam pukul 10:30 pagi dari pintu laluan dekat medan makan. Sepanjang jalan dikosongkan sehingga dataran utama manakala deretan gerai-gerai jualan barangan aksesori ditempatkan sepanjang kawasan pantai.

Barisan motor polis pengiring diparkir antara urusetia pendaftaran dan booth PDRM dan JPJ di Dataran Pantai Batu Buruk.

Dataran hadapan pentas utama yang dikosongkan manakala kehadapan lagi terdapat deretan booth pameran dan jualan motoriskal terutama pengedar-pengedar motorsikal berkuasa tinggi.

Pentas utama dengan bunting mengalu ketibaan para biker. Moto kawa hijau di atas pentas antara hadiah cabutan bertuah.

Bergambar kenangan di atas pentas utama. Bahagian bawah para penaja dan agensi-agensi memberi sokongan.

Tiang-tiang bendera yang terletak di hadapan pentas utama Dataran Pantai Batu Buruk.

Jalur gemilang berkibar megah di tiang utama

Terdapat satu pentas khas sempena TBW17

'V' bergambar kenangan dulu dengan pentas khas sempena TBW17

'V' bergambar kenangan dulu dengan pentas khas sempena TBW17

Pentas khas sempena TBW17 dipenuhi logo kelab-kelab permotoran yang menyertai acara ini.

Bergambar dulu dengan pentas khas sempena TBW17

Pemandangan menghala pintu laluan dekat medan makan

Kaunter bergerak JPJ

Khemah menempatkan booth pameran dan jualan motorsikal terutama pengedar-pengedar motorsikal berkuasa tinggi. Kelihatan booth pengedar jentera KTM dan Kawasaki berdekatan pentas utama

Khemah menempatkan gerai-gerai jualan barangan aksesori ditempatkan sepanjang kawasan pantai.

Pentas yang dijadikan tempat urusetia pendaftaran para peserta TBW17

Kenderaan urusetia dengan logo promosi TBW17 dan Visit Beautiful Terengganu 2017

Khemah menempatkan booth promosi Big Bike dan Kapcai

Khemah menempatkan booth promosi Big Bike dan Kapcai

Khemah menempatkan booth promosi Big Bike dan Kapcai

Khemah menempatkan booth pengedar jentera BMW

Khemah menempatkan booth pameran Askar Wataniah

Khidmat mencuci motorsikal juga disediakan dibelakang booth pameran dan jualan motorsikal

Khidmat mencuci motorsikal juga disediakan dibelakang booth pameran dan jualan motorsikal

Sebelum TBW17, telah berlangsung pesta main pantai.

Antara pondok yang dibina semasa pesta main pantai

Antara pondok yang dibina semasa pesta main pantai

Pameran dan Jualan Motorsikal
Antara pengedar-pengedar utama yang menyertai TBW17 termasuk KTM (Pulau Pinang), Kawasaki (K. Terengganu), Ducati (Pulau Pinang), BMW Motorrad (Shah Alam). Terdapat juga pengedar-pengedar untuk motorsikal 'cupcai' dan juga big bikes 'terpakai diimport'.

Khemah menempatkan pengedar jentera KTM (Pulau Pinang), keluaran jenama dari Austria

KTM 1190 Adventure, motorsikal V-twin dual-sport 1195 cc.

KTM 1190 Adventure, motorsikal V-twin dual-sport 1195 cc.

KTM 1050 Adventure, motorsikal V-twin dual-sport 1050 cc.

KTM 1050 Adventure, motorsikal V-twin dual-sport 1050 cc.

Khemah menempatkan pengedar jentera Kawasaki (wakil pengedar dari Kuala Terengganu), keluaran jenama dari Jepun

Khemah menempatkan booth pengedar jentera Kawasaki (wakil pengedar dari Kuala Terengganu). Pelbagai model.

Khemah menempatkan booth pengedar-pengedar untuk motorsikal 'cupcai' dan juga 'recon' big bikes.

Khemah menempatkan booth pengedar-pengedar untuk motorsikal 'cupcai' dan juga big bikes 'terpakai'.

Yamaha R1 vs Honda CBR1000RR

Ducati Multistrada 1200 vs Yamaha Super Ténéré dengan potongan harga istimewa ditawarkan

Khemah menempatkan booth pengedar jentera Ducati (Pulau Pinang)

Booth Ducati (Pulau Pinang) mempamerkan jentera Superbike Panigale, Sport-touring Multistrada dan 'Naked' Monster

Booth BMW Motorrad (Shah Alam) mempamerkan keluaran jenama dari Jerman iaitu jentera R1200 GS Adventure,  K1600GT  dan R1200GS

Booth BMW Motorrad (Shah Alam) menyediakan jentera untuk 'test ride' pelbagai kategori

Gerai Jualan Barangan Aksesori
Di kawasan lapang berhamiran pantai pula terdapat gerai-gerai menjual pelbagai barangan aksesori motorsikal, kelengkapan menunggang dan cenderahati istimewa sempena TBW17

Deretan gerai-gerai jualan barangan aksesori di kawasan pantai berhampiran laluan masuk berdekatan medan makan

Khemah khas Iron Head MG Malaysia di TBW17

Khemah gerai jualan cenderahati oleh Jailong Biker Shop untuk program-program Thailand Bike Week.

Promosi Phuket Bike Week akan berlangsung pada 14-16 April 2017

Gerai barangan HJR Bike Gear

Gerai barangan HJR Bike Gear

Gerai jualan San Ali Ganu Motorsport dan PTMC Station Motorsport

Gerai barangan #kamixramai

Gerai membuat dan menjual T-shirt cenderahati sempena TBW17

Gerai jualan T-shirt cenderahati sempena TBW17

Leo Vince pun ada

Pocket bike pun ada

Murah harga S1000RR ni

Gerai jualan t-shirt

Deretan gerai-gerai jualan barangan aksesori di kawasan pantai berhampiran laluan masuk berdekatan medan makan

Deretan gerai-gerai jualan barangan aksesori di kawasan pantai berhampiran laluan masuk berdekatan medan makan

Emmm barangan khas untuk rider kut

Emmm barangan khas untuk rider kut, jangan kasi masuk tangki petrol pulak.

Pertandingan Motor Cantik
Turut diadakan sebelah petangnya adalah pertandingan motor cantik. Kebanyakkan motor-motor jenis 'cupchai' lama yang telah diubahsuai. Ada juga yang masih mengekalkan identiti asal termasuk motor-motor  lama yang masih kelihatan dalam keadaan menarik dengan sedikit tambahan aksesori. Bagi peminat-peminat motor antik sudah tentu menjadi tarikan untuk diteliti dengan lebih dekat

Antara jentera yang menyertai Pertandingan Motor Cantik

Antara jentera yang menyertai Pertandingan Motor Cantik

Honda C70 yang kelihatan menarik lengkap dengan alat pemadam api!

Honda C70 yang kelihatan menarik pernah memenangi beberapa pertandingan, juga lengkap dengan alat pemadam api!

Honda C70 yang kelihatan menarik pernah memenangi beberapa pertandingan, juga lengkap dengan alat pemadam api!

Satu lagi Honda C70 yang juga pernah memenangi beberapa pertandingan, juga lengkap dengan alat pemadam api!

Deretan motor-motor cupchai lama yang masih mengekalkan identiti asal kelihatan menarik dengan tambahan aksesori. 

Persaingan sengit antara dua Honda C70

Persaingan sengit antara dua Honda C70

Motor 'custom' gaya chopper yang kelihatan menarik

Motor 'custom' gaya chopper yang kelihatan menarik

Motor Honda antik ni.

Pertunjukan 'Stunt'
Sebelah petangnya (dalam  pukul 4:45 PM) diadakan pertunjukkan tunggangan aksi 'stunt' oleh Muhd. Habibullah Mohd. Saleh atau lebih dikenali dengan nama Gabit #27 menggunakan jentera KTM. Pertunjukkan aksi 'stunt' ini ditaja oleh KTM Malaysia. Gabit merupakan penunggang professional Malaysia yang terlibat dalam perlumbaan Motocross dan juga SuperMoto. Beliau juga merupakan 'stunt rider' untuk KTM Malaysia. Pernah menjuarai Malaysia Supermoto dua tahun berturut-turut pada 2011 dan 2012. Gabit #27 juga menjuarai 'FIM Asia Supermoto Championship 2016' bagi acara terbuka antarabangsa dan juga Asia. Mendapat tempat ke-3 dalam Round 1 FIM Asia Motcross Championship 2017 dan tempat pertama untuk terbuka Malaysia berlangsung minggu lepas di Kuala Terengganu. Jom tengok aksi Gabit #27.

Gabit #27 memulakan sesi 'stunt'

Gabit #27 dengan aksi 'stoppie'

Gabit #27 membuat aksi 'Donuts', melakukan 'burnout' yang berputar dalam satu bulatan.

Gabit #27 membuat aksi 'circle wheelie' dengan kaki kanan berada pada 'footpeg' kiri, yang dipanggil "Ralph Loui".

Gabit #27 membuat aksi 'circle wheelie' dengan kaki kanan berada pada 'footpeg' kiri, yang dipanggil "Ralph Loui".

Gabit #27 dengan aksi 'stoppie'

Gabit #27 membuat aksi  '360-wheelie' menggunakan 'passenger peg' dan 'wheelie bar'

Gabit #27 membuat aksi  '360-wheelie' menggunakan 'passenger peg' dan 'wheelie bar'

Gabit #27 membuat aksi  '360-wheelie' menggunakan 'wheelie bar'

Opsss. Gabit #27 dengan aksi 'stoppie' betul-betul dihadapan saya.

Gabit #27 membuat aksi  '360-wheelie' menggunakan 'passenger peg' dan 'wheelie bar'

Gabit #27 dengan aksi 'stoppie'

Gabit #27 dengan aksi 'stand-up wheelie or standie'

Gabit #27 membuat aksi  '360-wheelie' menggunakan 'passenger peg' dan 'wheelie bar'

Gabit #27 membuat aksi 'Over Bar Donuts', melakukan 'burnout' yang berputar dalam satu bulatan sambil duduk atas tangki.

Gabit #27 membuat aksi 'Over Bar Donuts', melakukan 'burnout' yang berputar dalam satu bulatan sambil duduk atas tangki.

Gabit #27 dengan aksi 'wheelie'

Gabit #27 cuba membuat aksi 'iron cross wheelie'

Gabit #27 membuat aksi 'Over Bar Donuts', melakukan 'burnout' yang berputar dalam satu bulatan sambil duduk atas tangki.

Gabit #27 membuat aksi 'Over Bar Donuts', melakukan 'burnout' yang berputar dalam satu bulatan sambil duduk atas tangki.

Gabit #27 membuat aksi 'Over Bar Donuts', melakukan 'burnout' yang berputar dalam satu bulatan sambil duduk atas tangki.

Gabit #27 dengan aksi 'satnd-up wheelie atau standie'

Gabit #27 dengan aksi 'stand-up wheelie atau standie'

Gabit #27 dengan aksi 'burnout' dengan kudua-dua kaki duduk atas seat

Gabit #27 menamatkan pertunjukkan aksi 'stunt'

Gabit #27 ditemuramah oleh pengacara

Video Clips

Ketibaan Konvoi dan Suasana Sekitar TBW17
Welcome to all bikers!! Hari pertama Terengganu Bike Week 2017 sudahpun bermula  "..dohh amende nunggu lagi tuhh..meh ghama2 gi pata bohh!!". Ha ha itu adalah perbualan yang mungkin kedengaran di kalangan biker dari Terengganu mengunjungi TBW 2017.

Sebelah Pagi
Sempat merakam ketibaan konvoi dari Singapura.

Deretan jentera konvoi dari Singapura yang tiba dalam pukul 11:00 Am

Para peserta konvoi dari Singapura bergambar di atas pentas khas TBW17

Pengiring-pengiring untuk program TBW17

Pengiring-pengiring untuk program TBW17

Deretan jentera konvoi dari Singapura di hadapan pentas utama

Suasana sekitar dataran utama dalam pukul 11:00 AM

Suasana sekitar dataran utama dalam pukul 11:00 AM

Suasana sekitar dataran utama dalam pukul 11:00 AM

Suasana sekitar dataran utama dalam pukul 11:45 AM. Ada konvoi baru tiba.

Suasana sekitar dataran utama dalam pukul 11:45 AM

Tengahari dan Solat Jumaat
Program berehat dari pukul 12:30 - 3:00 PM untuk solat Jumaat. Saya ke Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah terletak di Kuala Ibai untuk bersolat Jumaat, walaupun agak jauh sedikit daripada tapak program. Hari ke-5 Kembara Pesisir Malaya dulu ada singgah ke sini. Selepas solat Jumaat, singgah ziarah dahulu saudara mara yang tinggal berdekatan Kuala Ibai ini.

Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah terletak di Kuala Ibai. Sebelum solat Jumaat

Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah terletak di Kuala Ibai. Selepas solat Jumaat

Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah terletak di Kuala Ibai. Melihat ikan-ikan terdapat di dalam lagun.

Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah terletak di Kuala Ibai. Melihat ikan-ikan terdapat di dalam lagun.

Ikan-ikan terdapat di dalam lagun.

Sebelah Petang
Ketika kembali semual ke tapak program TBW17 dalam pukul 3:30 PM kelihatan suasana semakin meriah dengan kehadiran konvoi-konvoi, bikers dan juga orang ramai yang datang bersantai ke Pantai Batu Buruk.

3:45 PM : Dron yang merakam video sekitar TBW17.

4:00 PM : Deretan motor para biker yang mengunjungi TBW17

4:00 PM : Deretan motor para biker yang mengunjungi TBW17

 Deretan motor para biker yang mengunjungi TBW17. Geng ESRC

 Deretan motor para biker yang mengunjungi TBW17. Geng KIPS

4:15 PM: Ketibaan konvoi dengan VIP

Ketibaan konvoi dengan VIP

4:25 PM: Peserta konvoi dari Thailand bergambar dengan pentas khas TBW17

Peserta konvoi dari Thailand bergabar dengan pentas khas TBW17

4:30 PM : Suasana sekitar khemah pameran dan jualan motorsikal

 Suasana sekitar khemah pameran dan jualan motorsikal

4:35 PM : Suasana sekitar dataran utama

Suasana sekitar dataran utama

Suasana sekitar dataran utama. Geng Iron Head

Suasana sekitar dataran utama. Geng Iron Head

4:40 PM : Ketibaan konvoi di hadapan pentas utama

4:45 PM : Dataran utama di tutup untuk memberi laluan pertunjunkkan 'stunt'

Pemilik motorsikal diminta mengubah kedudukan parkir untuk memberi ruang di Dataran Utama.

Gabit #27 memulakan sesi 'stunt' di Dataran Utama

Ketibaan konvoi dari Pulau Pinang dengan VIP

Motor yang amat menyerlah hasil pengubahsuaian yang kreatif

Motor yang amat menyerlah hasil pengubahsuaian yang kreatif

Antara motor yang menyertai pertandingan motor cantik

'Tune' Scomadi Turismo Leggera TL125

'Tune' Scomadi Turismo Leggera TL125

Helmet yang menarik perhatian

Ni baru betul-betul 'naked'

Ni baru betul-betul 'naked'

Iron Head Star

5:15 PM :  Deretan motor sudah parkir berlapis. Tak lepas hendak keluar V ni.

V tadi parkir sendirian, sekarang ada geng pulak.

5:25 PM ; Ketibaan konvoi diketuai YAM Tengku Sri Temenggong Raja  

Ketibaan konvoi diketuai YAM Tengku Sri Temenggong Raja  

Semakin petang, semakin ramai pula pngunjung

Semakin petang, semakin ramai pula pngunjung

5:45 PM : Masa untuk bergerak pulang

6:00 PM : ha ha sempat bergambar dengan Predator balik dari TBW17 di persimpangan Jalan Pasir Panjang

Walaupun hanya berkesempatan mengunjungi hari pertama, berdasarkan kenyataan Menteri Besar Terengganu, TBW17 telah mencatat peserta teramai, lebih daripada 3,000 pemilik motorsikal berkuasa tinggi dan juga mencapai objektif yang disasarkan. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada PGPNT diatas kejayaan penganjuran TBW 2017 kali ini.

Sedikit perkongsian biker anak Terengganu dari perantauan. Semoga catatan ini dapat memeriahkan lagi TBW untuk tahun-tahu mendatang dan turut menyertai program ini sepenuhnya di masa hadapan bersama-sama rakan-rakan biker yang lain.

Bersambung hari ke-3: KT - KL

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

No comments:

Post a Comment