HARI 01 (30/03/2017): Kajang - Kuala Terengganu
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Hari ini rasa hendak ride balik ke Kuala Terengganu menziarah sanak saudara sambil melayan Terengganu Bike Week yang akan bermula esok. Ingat hendak bertolak awal pagi, tetapi hujan pula pagi-pagi. Pergi sarapan dulu dekat Kak Su Nasi Kerabu. Dalam pukul 10:15 pagi baru bergerak dari rumah.
Ganu Kite |
Kajang-Lebuhraya Cheras-Kajang - MRR2 - LPT1 - LPT2 - KT dengan jarak perjalanan sejauh kira-kira 485 km.
Hentian:
Apabila melalui LPT2, hentian mengisi minyak perlu diberi perhatian kerana kesemua kawasan R&R buat masa ini masih belum mempunyai stesen minyak utama kecuali di Hentian Rehat Kijal yang mempunyai stesen minyak mini.
Mula (Jarak/Jumlah): PETRONAS Lebuhraya Cheras - Kajang (periksa tekanan tayar)
Hentian 1 ( 30 / 30 km): PETRONAS Taman Melati (Re-fuel)
Hentian 2 (176 / 206 km ): PETRONAS R&R Gambang (T) LPT1 (Re-fuel)
Hentian 3 ( 103 / 309 km ): PETRON Hentian Rehat Kijal LPT2 (Re-fuel)
Hentian 4 (146 / 455 km ): PETRONAS NGV Tok Jiring (Re-fuel)
Ketinggian (elevation) sepanjang route dilalui |
10:30 AM: Tiba di PETRONAS Lebuhraya Cheras - Kajang
Singgah untuk memeriksa tekanan angin tayar. Tekanan angin tayar ditetapkan pada 33PSI hadapan (Bridgestone Batlax Hypersport S20 Evo 120/70-17) (tekanan disyorkan oleh pembuat pada 32PSI) manakala belakang (Michelin Road 4 160/60-17) pula pada 36PSI (seperti disyorkan). Kebiasaanya, tayar depan dan belakang dari jenis dan pengilang yang sama. Buat pertama kali, saya menggunakan jenis dan pengilang berlainan sepanjang menggunakan Versys 650. Kenapa? Lebih kepada mengikut gaya tunggangan dan keperluan ride atau trip perjalanan terdekat buat masa ini. Batlax Hypersport S21 adalah salah satu tayar disyorkan oleh Bridgestone untuk yang mengemari laluan berliku dan memberi lebih cengkaman ketika mengambil selekoh.
Sumber. Motorcycle Tyres UK |
10:55 AM: Tiba di PETRONAS Taman Melati
Mengisi minyak penuh tangki. Jentera Versys 650 mempunyai muatan bahan api atau tangki petrol dengan kapasiti 19 Liter. Jadi pada harga runcit petrol semasa RM2.13/L, jumlahnya RM2.13 x 19L = RM40.47. Penunjuk petrol (fuel indicator) pula ada 6 bar bila tangki penuh. Ride kali ini juga untuk melihat kadar penggunaan bahan api jentera Versys 650. Dulu pernah buat perkiraan tapi entah ke mana. Ada yang bertanya tapi tiada data hendak ditunjukkan. Kali ini buat rekod di sini senang hendak rujuk kembali. Menurut Kawasaki, kecekapan petrol ('fuel efficiency') jentera Versys 650 dibawah 5.5L/100KM, dengan berat kering ('curb mass') adalah 206 kg.
Cuaca mendung tetapi tidak hujan sepanjang perjalanan dari Gombak hingga Gambang.
11:06 AM : Tiada kelibat grup motor di BHP Gombak melayan Karak hari ini. Hari ini khamis kerja la.. |
Berhenti mengisi minyak dan berehat untuk makan dan minum di kafe di dalam stesen PETRONAS.
Mengharungi hujan sekejap di Gambang dan mendung dengan jalan lembab atau basah di beberapa tempat sepanjang perjalanan hingga R&R Kijal LPT2.
Isian semula petrol: RM28.14@13.210L@RM2.13/L
Kadar penggunaan petrol: 176KM/13.210L=13.32KM/L (PRIMAX 95)
Kecekapan petrol: (13.210L/176KM)*100=7.5L/100KM
Baki petrol: 19L-13.210L= 5.79L; Jarak 13.32KM/L x 5.79L = 77.12KM
Halaju Purata: 176KM/1.45J=~121KM/J
Anggaran jarak boleh dicapai: 176KM+77KM=253KM
Berdasarkan perkiraan di atas, jentera Versys 650 perlu mengisi minyak di R&R Gambang untuk sampai ke R&R Kijal.
Odometer mencatat jarak perjalanan kurang sedikit dari 176 km. |
Selesai mengisi minyak di PETRONAS R&R Gambang (T) LPT1 dengan kuantiti dan kos seperti dipaparkan di pam |
Berhenti mengisi minyak dan memenuhi 'tuntutan biologi'. Cuaca mendung dengan jalan lembab atau basah di beberapa tempat sepanjang perjalanan hingga Tol Kuala Terengganu, penghujung LPT2.
Isian semula petrol: RM23.26@10.920L@RM2.13/L
Kadar penggunaan petrol: 103KM/10.920L=9.43KM/L (PRIMAX 95)
Kecekapan petrol: (10.920L/103KM)*100=10.60L/100KM
Baki petrol: 19L-10.92L= 8.08L; Jarak: 9.43KM/L x 8.08L = 76.19KM
Halaju Purata: 103KM/0.68J=~151KM/J
Anggaran jarak boleh dicapai: 103KM+76KM=179KM
Peningkatan kadar penggunaan petrol berkait dengan kadar kelajuan tunggangan. Berdasarkan perkiraan di atas, jentera Versys 650 perlu mengisi minyak di Hentian Rehat Kijal untuk sampai ke Plaza Tol Kuala Terengganu.
Odometer mencatat jarak perjalanan kurang sedikit dari 103 km. |
Selesai mengisi minyak di PETRON Hentian Rehat Kijal LPT2 dengan kuantiti dan kos seperti dipaparkan di pam |
Stesen mini PETRON Hentian Rehat Kijal (B) LPT2. Cuma ada RON95 sahaja. |
Kelihatan stesen mini PETRON Hentian Rehat Kijal (T) LPT2 di sebelah sana lebuhraya. |
Hentian Rehat Kijal (W) LPT2. Terdapat kemudahan tandas dan surau. |
Stesen-stesen minyak berhampiran dengan plaza to LPT2.
Sumber: LPT2 |
Mula (Jarak Stesen/Jumlah): Bermula dari PETRONAS R&R Gambang (T) LPT1
Stesen 1 ( 87 / 87 km ): SHELL Bandar Cheneh Baru
Stesen 2 ( 45 / 132 km ): SHELL Bandar Seri Bandi
Stesen 3 ( 38 / 170 km ): PETRONAS Felda Kerteh, Ketengah Jaya
Stesen 4 ( 54 / 224 km ): SHELL Bukit Besi
Stesen 5 ( 45 / 269 km ): PETRONAS Ajil
Stesen 6 ( 39 / 308 km ): CALTEX Bukit Jong
Berhenti mengisi minyak di PETRONAS NGV Tok Jiring terletak kira-kira 7 km dari persimpangan LPT2. Cuaca mendung sepanjang dari Hentian Rehat Kijal hingga Plaza Tol Kuala terengganu tetapi tidak mengharungi hujan lebat. Terdapat tempat jalan lembab setelah mengalami hujan rintik-rintik.
Isian semula petrol: RM27.63@12.972L@RM2.13/L
Kadar penggunaan petrol: 146km/12.972L=11.26KM/L (PRIMAX95 [42%]+BLAZE 95[58%])
Kecekapan petrol: (12.972L/146KM)*100=8.88L/100KM
Baki petrol: 19L-12.972L= 6.028L; Jarak 11.26KM/L x 6.028L = 67.88KM
Halaju Purata: 146KM/1.2J=~122KM/J
Anggaran jarak boleh dicapai: 146KM+68KM=214KM
Peningkatan kadar penggunaan petrol walaupun halaju purata hampir sama dari KL ke Gambang sebelumnya. Adakah laluan lebuhraya yang lurus sahaja pada kelajuan yang sama? Apakah disebabkan percampuran petrol dari syarikat berbeza? Saya tidak pasti.
03:20PM tiba di Plaza Tol Kuala Terengganu, penghujung LPT2. |
Jumlah perbatuan odometer dari Hentian Rehat Kijal ke PETRONAS Tok Jiring. Kurang sedikit dari 146 km. |
Selepas mengharungi perjalanan sejauh 463 km, singgah minum petang dulu pekena ICT paling popular di Kuala Terengganu iaitu Haji Pok Long ICT yang terletak di penghujung landasan lapangan terbang Kuala Terengganu. Berehat seketika pekena ICT sambil melihat pemandangan pantai Teluk Ketapang. Ada kapal terbang Malaysia Airlines berlepas pulak. Selesai minum petang, balik kampung jenguk orang tua dan sanak saudara. Esok boleh pergi ke Pantai Batu Burok, layan Terengganu Bike Week 2017 edisi ke-6.
Tiba di Haji Pok Long ICT (Ikan Celup Tepung), Pantai Teluk Ketapang, KT |
Belum habis waktu kerja jadi orang belum ramai di Haji Pok Long ICT (Ikan Celup Tepung), Pantai Teluk Ketapang, KT |
Jarak perjalanan dari Kajang hampir 463 km sampai ke Pantai Teluk Ketapang, KT |
Air nyior muda (RM4), keropok lekor (RM2) dan sotong goreng tepung (RM10). |
Boleh tengok Pantai Teluk Ketapang |
Ikan goreng celup tepung (RM3) pula. Panas-panas baru lepas goreng |
Emm kedai sama, makanan sama, tapi Versys vs Jaguar la. |
Bersambung hari ke-2: Terengganu Bike Week 2017
Terima kasih kerana melayari blog ini.
Wassalam,
Fauzy
Follow@Twitter: Follow @JomRideSokmo
View web version if you have problem in viewing mobile version
salam tuan,
ReplyDeleteapa apps nak guna untuk ceke levation route yg kita lalu?
Saya guna Garmin Zumo GPS, jadi Zumo akan log rekod trip perjalanan termasuk elevation dan lain-lain. Tidak semua GPS ada fungsi ini. Apps terkini untuk smartphone pula saya tidak pasti. Bergantung kepada smartphone samada ada dapat GPS secara terus atau bergantung kepada data. Dulu-dulu saya guna Garmin XT untuk window phone (zaman sebelum android!). Terima kasih sudi singgah.
DeleteCuba tengok dalam google play store (untuk android phone), cari apps seperti GPS Logger yang boleh log GPS data seperti coordinates, speed, elevation. track etc dalam SD card. Semoga membantu.
Delete