Tuesday, 28 March 2017

Pelindung atau Selimut Motorsikal (Motorcycle Cover)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Sudah tiba masanya mencari penutup atau pelindung atau selimut atau sarung motor ('motorcycle cover') yang baru. Selimut motor yang dipakai sekarang adalah jenis polimer (polyethylene atau ethylene-vinyl acetate co-polymer atau PEVA) berwarna perak sudah mula koyak. Jenis polimer banyak dijual dikedai-kedai motor, harganya berbeza-beza mengikit kualiti polimer. Kebiasaanya, harga untuk motorsikal besar boleh tahan juga, lagi besar saiz motor, lagi besar harganya.



 Kebiasanya motorsikal besar kat Malaysia diparkir ditempat berbumbung berbanding dengan kota besar di negara bermusim yang banyak parkir tempat terbuka kawasan parkir motor di kaki lima atau apartment. Jadi keperluannya mungkin berbeza.

 Berbalik di Malaysia, yang menjadi masalah adalah tahap kelembapan yang tinggi. Kalau menggunakan jenis polimer dan motor asyik berselimut sahaja sudah tentu kelembapan agak tinggi terutama kalau musim hujan. Ada yang kata kurang sesuai untuk motor jika terlalu lama duduk berselimut. Terpaksalah jika ada kerja luar kawasan dalam jangka masa lama. Kalau ada aksesori barangan kulit atau getah mahu berkulat.  Tetapi yang menjadi masalah utama adalah kucing 'tidak bertuan' atau 'kucing perliharaan sudah dilepaskan oleh pemiliknya' yang datang menumpang berteduh mahupun bermalam di tempat parkir. Kucing-kucing ini suka membuang air kecil pada kereta atau motor. Jadi itu antara masalah yang saya dihadapi.

  Dari jenis polimer, rasanya nak beralih kepada jenis lain pula tetapi tidak pasti apa yang ada ditawarkan dalam pasaran. kalau nak survei kat kedai-kedai motor sudah tentu banyak tempat hendak tengok dan masa juga menjadi kekangan.

 Kali ini rasanya hendak selidik apa yang ada ditawarkan oleh penjual-penjual di LAZADA Malaysia. Terdapat dua jenis pelindung motor yang ditawarkan, iaitu jenis polimer (polyethylene) dan fabrik (polyester). Kali ini hendak mencari atau melihat jenis fabrik pula.

Antara ciri-ciri penutup motor jenis fabrik (polyester):
- 180T polyester taffeta (The numbers are the thread count - 180T is 180 threads per inch)
- Waterproof fabric (fabrik jenis kalis air)
- Dustproof (kalis debu)
- UV Protective  (pelindung cahaya UV)
- Breathable (rongga/liang pengudaraan)
- Washable (boleh dicuci)
- Suitable for both indoor and outdoor use (Sesuai untuk kegunaan dalaman dan luaran)
- Reka bentuk yang ringan, ianya adalah mudah untuk disimpan dan menjimatkan ruang.

Terdapat pelbagai saiz mengikut jenama. Antara saiz yang ditawarkan:
245(L) x 105(W) x 125(H) cm : saiz  XL   (sesuai untuk benelli 600, kawasaki 650 &750)*
265(L) x 105(W) x 125(H) cm : saiz XXL (sesuai untuk ZX-10RR)*
295(L) x 110(W) x 140(H) cm : saiz XXXL
L: Length (panjang); W: Width (lebar); H: Height (tinggi)
* Berdasarkan maklum balas pembeli
XL   :245(L) x 105(W) x 125(H) cm

XXL:265(L) x 105(W) x 125(H) cm

Sebelum beli, kena tahu saiz bersesuaian, jadi periksa dulu ukuran  motorsikal.

Ukuran S1000RR (2010):
Height: 1,138 mm (44.8 inches); Length: 2,056 mm (80.9 inches); Width: 826 mm (32.5 inches)

Ukuran Versys 650 (2011):
Height: 1,331 mm (52.4 inches); Length: 2,126 mm (83.7 inches); Width: 841 mm (33.1 inches)

Di bawah terdapat 'banner' yang mempamerkan harga-harga mengikut saiz yang ditawarkan oleh penjual-penjual di LAZADA. Terdapat dua harga dari dua penjual berlainan untuk setiap saiz (XL, XXL, XXXL). Sila klik untuk melihat harga terkini ditawarkan dan pilihan warna.

Motorcycle Motorbike Waterproof Dust UV Protective Cover (pautan ke Lazada)



 Saya buat pembelian untuk dua unit bersaiz XXL (untuk S1000RR) dan XXXL (untuk Versys 650 termasuk Top Box).

Pengesahan pembelian dan tempoh penghantaran


Tempoh Penghantaran
Pembelian dibuat pada 28/03/2017 dan barang sudah sampai pada 01/04/2017 (Sabtu) dihantar oleh perkhidmatan Kurier GDEX, oleh kerana saya tiada,  barang saya ambil sendiri di GDEX Kajang pada 03/04/2017. Penghantaran barang dari Shenzen China sampai dalam tempoh 5 hari walaupun dijangkakan paling cepat dalam tempoh 8 hari (04/04/2017).

GDEX e-Tracking


Ulasan/Komen
Barang diterima dalam keadaan baik dan berpuas hati dengan kualiti pada harga yang ditawarkan, walaupun fabrik polyester ini lebih nipis berbanding jenis polimer (polyethylene) yang digunakan sekarang. 'Cover' tersebut dapat meliputi S1000RR sepenuhnya dengan cermin sisi termasuk 'paddock stand' belakang untuk saiz XXL seperti dikehendaki. Rasanya untuk motor sahaja saiz XL pun sudah muat. Bagi saiz XXXL pula dapat meliputi Versys 650 termasuk 'Windshield'  dan 'Top Box' walaupun agak tinggi kedudukkannya.

'Cover' jenis polimer (polyethylene)

S1000RR

'Cover' jenis fabrik polyester  saiz XXL

Versys 650

'Cover' jenis fabrik polyester  saiz XXXL untuk Versys 650 dengan Top Box

Bagi yang berminat dengan barangan seperti diatas. Boleh klik banner/carousel barangan berkenaan untuk terus ke landing page Lazada bagi membuat tempahan.

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

No comments:

Post a Comment