Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Beberapa gambar kenangan ride bersama Din Kato dan rakan-rakan pada Ahad 12 Disember 2010 ke Lontong Pekan Karak, kedai sarapan pagi terletak berhadapan Masjid Pekan Karak yang popular dengan kehadiran biker pada hujung minggu. OilerBikerz rider - Ard R1, Abe Jam CBR1000RR Rabit DiRaja, Fauzy CBR1000RR Repsol dan Din Kato ZX10R. Turut serta anak Din Kato dengan jentera Ninja 250 dan juga adiknya dengan jentera Suzie GSX1000RR yang datang dari Kuala Kubu Bharu. Pada masa ini, Din Kato sedang berada di tanah suci Mekah menunaikan ibadah haji. Semoga mendapat haji mabrur dan dipermudakan segala urusan Tuan Haji Sharifuddin aka Din Kato.
Dari kanan: Fauzy CBR1000RR Repsol, Din Kato ZX10R, Abe Jam CBR1000RR Rabbit DiRaja, anak dDin Kato Ninja 250 dan adik Din Kato Suzie GSX1000RR. Kredit Foto: Ard R1 |
Apa barang dok rumah lap kipas! hehe |
Jentera pembalap terdiri dari CBR1000RR Repsol, ZX10R, CBR1000RR Rabbit DiRaja, Ninja 250 dan Suzie GSX1000RR. Kredit Foto: Ard R1 |
Jom tengok kompilasi foto dalam bentuk video dikongsikan oleh Din Kato memaparkan kenangan di alam permotoran.
Kisah Din Kato ada dikongsi dalam entri 'Ride Dengan Otai Melemang To Ki Bentong'
Terima kasih kerana melayari blog ini.
Wassalam,
Fauzy
Dinukilankan pada 22 Ogos 2017
Follow@Twitter: Follow @JomRideSokmo
View web version if you have problem in viewing mobile version
No comments:
Post a Comment