Sunday, 1 January 2012

Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 12: Hat Yai - Kuala Lumpur

Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 12: Hat Yai - Kuala Lumpur

Hari 12: Ahad 01/01/2012

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Catatan perjalanan hari ke-12, iaitu hari terakhir setelah menempuh perjalanan sejauh kira-kira 570 km dari Hat Yai hingga tiba di Kajang melalui laluan sempadan Dannok-Bukit Kayu Hitam. Jumlah jarak perjalanan selepas 12 hari kira-kira 5470 km. Jarak perjalanan berpandukan route google, jarak sebenar adalah lebih lagi, tidak termasuk tempat-tempat dilawati atau lencongan.


Selamat Tahun Baru 2012 Hat Yai! Selamat Pagi Hat Yai! Waktu pagi di Hat Yai masih hujan rintik-rintik, kadang kala renyai-renyai, ketika bersarapan. Namun kami tetap bersiap untuk bergerak mengikut perancangan. Perjalanan hari ke-12 dari Hatyai ke Kuala Lumpur penuh kejutan tidak disangka di mana hampir ke semua laluan utama ke Sadao dari Hat Yai hampir terputus akibat banjir. Ketika bergerak dari Hat Yai hanya kami bertiga, iaitu bersama Bro Zainuddin GS dan Bro Mas Fadzillah KTM. Kami terpisah dengan Bro Hj Halim Versys ketika kami berpatah balik.

Walau bagaimana, dengan bantuan GPS Bro Zainuddin, kami berjaya mencari laluan lencongan dengan maklumat dari penduduk-penduduk setempat dan meredah jalan-jalan di tengelami banjir yang memakan masa hampir tiga jam untuk sampai ke Danok-Bukit Kayu Hitam,  iaitu sempadan Malaysia-Thailand yang jaraknya kurang dari 100 km.

Semasa melalui jalan-jalan kampung ketika membuat lencongan, kami terpaksa meredah jalan yang ditengelami air menjadi laluan air banjir. Pada suatu tempat ada yang agak dalam tetapi tidak menjadi masalah kepada jentera GS dan KTM Adventure yang mempunyai muffler eksos pada kedudukan agak tinggi. Yang merisaukan saya, jentera Versys dengan ekzos 'stock' berada dikedudukan bawah injin atau lebih kurang separas dengan 'footpeg'. Meredah air banjir yang agak deras dengan paras sama dengan ekzos sudah pasti merisaukan. Harap-harap injin tidak mati ketika mengharungi air banjir. Bahkan ketika melalui pekan Sadao pun terpaksa membuat lencongan sedikit di mana jalan utama sudah pun ditengelami air dan ditutup kepada kenderaan.

Alhamdulillah kami bertiga dapat mengharungi situasi yang tidak dijangkakan ini dengan selamat tiba di Dannok. Urusan pemeriksaan Imigresen dan Kastam disebelah Thailand pun berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Langkah-langkah perlu dilakukan semasa di ICQ Thailand (melalui Sadao):

1.Sebaik sampai di pusat pemeriksaan Imigresen dan Kastam Thailand, parkir motor ditempat yang disediakan atau diarahkan oleh pihak keselamatan Thailand

2. Pemegang geran motorsikal hendaklah menyerahkan semula permit sementara di kaunter Kastam. Perlu menandatangani buku log jika diminta oleh pegawai kastam. Tiada bayaran dikenakan. JIKA ANDA TIDAK KEMBALIKAN BORANG KASTAM DALAM MASA YANG DITENTUKAN, ANDA PERLU BAYAR DENDA UNTUK SETIAP HARI LEWAT SEBANYAK 1,000 BATH DAN TIDAK MELEBIHI 10,000 BATH.

3. Sepertimana semasa masuk, semasa keluar nanti, rider dan pembonceng yang namanya tersenarai dalam TM3 haruslah beratur sekali di kaunter imigresen. Serahkan TM3, kad putih ('TM6 Departure/Arrival Card' atau 'Disembarkation Form') dan passport  untuk dichop keluar. Borang TM3 dan kad putih ('TM6 Departure/Arrival Card' atau 'Disembarkation Form') akan diambil oleh Imigresen Thailand. Sila semak dan pastikan semua passport ada chop keluar.

Setelah melepasi pusat pemeriksaan Imigresen dan Kastam Malaysia Bukit Kayu Hitam, perasaan sudah sedikit lega kerana sudah kembali ke bumi Malaysia. Kami re-group dahulu di Stesen Minyak BHP di Jalan Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam, sebagai check point terakhir dan selepas ini akan berpisah dan pulang mengikut haluan masing-masing. Sebelum bertolak, isi petrol RON 97 penuh tangki dulu bagi menghabiskan saki baki petrol bercampur gasohol jika masih ada.

Dari Bukit Kayu Hitam meneruskan perjalanan secara solo melalui Lebuhraya PLUS dengan singgah mengisi minyak dan berehat seketika di Hentian Juru dan Hentian Simpang Pulai hingga tiba di Shell Tol Duta. Ketika melalui Plaza Tol Duta ada lagi kejutan yang menanti. Operasi JPJ di lorong motor sempena tahun baru 2012. Setelah memeriksa lesen dan cukai jalan, ingat sudah habis cerita tetapi nampaknya ada yang tidak berpuas hati dengan nombor plet motor asal yang dipasang oleh kedai ketika membeli motor dulu. Pengawai JPJ memberi tahu nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi yang dibenarkan. Apa lagi jam 4:15 PM, surat notis arah periksa kenderaan di JPJ dikeluarkan tanpa kompaun dikenakan. Pengawai JPJ siap kata sila tunjukkan surat ini dekat kedai beli motor. Pemeriksaan hendaklah dibuat dalam tempoh 10 hari.

Alhamdulillah, berjaya juga menamatkan ekpedisi kembara bermotosikal ini dengan selamat dan pulang ke pangkuan keluarga tersayang 😂😂😂. Satu pengalaman yang menjadi kenangan seumur hidup 😊😊😊. Hari terakhir ini tiada pula gambar-gambar dalam simpanan, cuma ada salinan surat notis JPJ sebagai kenangan ha ha.😥😥😥

Route dari  Hat Yai - Kajang



Kembali ke Hari 11    ⟺    Kembali ke Previu

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy
Dinukilankan pada 29 Disember 2017


Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

No comments:

Post a Comment