Thursday, 13 December 2012

Ride ke Phuket 2012 Hari01: KL-Changlun

RIDE KE PHUKET 2012 HARI01 : KL - CHANGLUN

Hari 01 : Khamis 13/12/2012

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Catatan hari pertama trip ke Phuket setelah menempuh perjalanan sejauh kira-kira 514 km dari Kuala Lumpur hingga tiba di Changlun dan bermalam disini. Merupakan trip perjalanan kedua saya merentasi sempadan negara dengan bermotorsikal. Trip kali ini disertai 3  rider lain iaitu Achid ZZR1400, Adha Versys650 dan Mus VFR800. Trip ke Phuket ini dianjurkan oleh Bro Achid ZZR1400, yang mana boleh dikatakan setiap tahun akan ke sini, macam balik kampung pula.




Petronas Lebuhraya Cheras - Kajang
Selepas isyak, mula bergerak ke stesen minyak Petronas Grand Saga untuk mengisi minyak dan memeriksa tekanan angin tayar terlebih dahulu. Akan bertemu dengan Bro Achid di Bandar Tun Hussien Onn terlebih dahulu.

Bandar Tun Hussien Onn
Tiba di rumah Bro Achid yang sedang bersiap sedia. Seterusnya, bergerak sekali menuju ke Shell Plaza Tol Jalan Duta, PLUS

Shell Plaza Tol Jalan Duta, PLUS
Adha Versys 650 dan Mus VFR800 menunggu ketibaan kami di sini. Setelah semuanya bersedia, kami mula bergerak dari stesen minyak Shell Plaza Tol Jalan Duta menuju ke Tapah sebagai check-point seterusnya. Bro Achid meminta saya mengetuai di hadapan sekali dan meminta supaya rider lain tidak memotong saya agar memudahkan mengetahui kedudukan setiap rider jika berhadapan sebarang masalah.

Shell Kawasan Rehat & Rawat Tapah Hala Utara, PLUS.
Tiba di Shell Kawasan Rehat & Rawat Tapah Hala Utara dalam pukul 10:00 PM setelah menempuh perjalanan kira-kira 145 km dari Shell Plaza Tol Jalan Duta, PLUS. Singgah mengisi minyak dan berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Juru. Cuaca baik sepanjang perjalanan walaupun agak mendung serta hujan sebelah petangnya. Namun tetap memakai baju hujan sepanjang perjalanan mana tahu terpaksa menempuh kawasan hujan.

10:00 PM tiba di Shell Kawasan Rehat & Rawat Tapah Hala Utara

Bersama Mus VFR800 di Shell Kawasan Rehat & Rawat Tapah Hala Utara

Bersama Mus VFR800 dan Achid ZZR1400 di Shell Kawasan Rehat & Rawat Tapah Hala Utara

 Mus VFR800 di Shell Kawasan Rehat & Rawat Tapah Hala Utara

Sedang bersiap untuk bergerak dari Shell Kawasan Rehat & Rawat Tapah Hala Utara

ZZR1400, VFR800 dan Versys650 di Shell Kawasan Rehat & Rawat Tapah Hala Utara


Shell Plaza Tol Juru Hala Utara, PLUS
Tiba di Shell Plaza Tol Juru Hala Utara dalam pukul 11:00 PM lebih setelah menempuh perjalanan kira-kira 187 km dari Shell Kawasan Rehat & Rawat Tapah Hala Utara. Singgah mengisi minyak dan berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Changlun. Cuaca baik sepanjang perjalanan. Namun tetap mengenakan baju hujan sepanjang perjalanan.

Ketika berada di Shell Plaza Tol Juru Hala Utara


Mus VFR, Adha Versys dan Achid ZZR1400 bersiap sedia untuk bergerak dari Shell Plaza Tol Juru


T Hotel, Changlun, Kedah
Tiba di T Hotel Changlun terletak di Pekan Lama Changlun dalam pukul 12:30 malam, setelah menempuh perjalanan kira-kira 136 km dari Shell Plaza Tol Juru Hala Utara.  Cuaca baik sepanjang perjalanan. Namun tetap memakai baju hujan sepanjang perjalanan. Alhamdulillah, perjalanan yang lancar dan selamat tiba tanpa sebarang masalah.Masa untuk melelapkan mata untuk perjalanan esok hari.

Barisan jentera yang bermalam di T Hotel Changlun


Route Kajang - Changlun, Kedah



Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy
Dinukilankan pada 1 Januari 2018

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

No comments:

Post a Comment