RIDE KE PHUKET 2012 HARI02: CHANGLUN - PHUKET
Hari 02 : Jumaat 14/12/2012
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Catatan perjalanan hari ke-2 setelah menempuh perjalanan sejauh kira-kira 506 km dari Changlun hingga tiba di Phuket melalui Patthalung, Trang dan Krabi. Jumlah jarak perjalanan termasuk hari kedua hari kira-kira 1020 km. Jarak perjalanan berpandukan route google map dan waktu dicatat berdasarkan waktu Malaysia yang satu jam cepat daripada Thailand.
T Hotel Changlun, Malaysia
Selamat Pagi Changlun! Bersarapan pagi dahulu dengan kedai makan berdekatan dengan hotel penginapan. Seterusnya membuat insuran untuk motorsikal di Kedai Kopi Chuan Bee yang juga terletak berdekatan dengan T Hotel Changlun. Setelah selesai semua urusan, kembali ke ke hotel penginapan untuk bersiap.
Ketika dilobi hotel, saya terperasan dengan seorang lelaki memakai t-shirt KTM. Saya bertegur sapa dengan beliau, dan memaklumkan beliau bersama dengan pelumba Moto3 negara iaitu Zulfahmi #63 yang masih berada dalam bilik penginapanya. Semalam baru selesai program dianjurkan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM).
Saya pulang ke bilik dan memaklumkan kepada Bro Achid bahawa Zulfahmi #63 juga berada di hotel ini dan akan pulang sebentar lagi. Pada mulanya Bro Achid kurang percaya, tetapi setelah saya dapat menyakinkan beliau, apa lagi dengan tergesa-gesa mencari helmetnya dan juga pen marker sebelum ke lobi. Nasib kami baik, ketika itu Zulfahmi #63 masih berada diperkarangan hotel. Setelah bertegur sapa, apa lagi, kesempatan ini di manafaatkan oleh Bro Achid untuk mendapatkan autograf dari Zulfahmi #63. Sebelum berpisah, kami memberi kata-kata perangsang buat saudara Zulfahmi #63 semoga terus berjaya mengharum negara dan menaikan nama biker dan racer Malaysia. 'Wow gua amat gembira dan tidak disangka sama sekali. Balik nanti gua kasi lacquer autograf dekat helmet ini", kata Bro Achid. Mana tahu suatu hari sudah jadi juara dunia, sudah pasti menjadi sesuatu yang bernilai kata Bro Achid lagi
Dalam pukl 11:00 AM, kami mula bersiap di motor masing-masing untuk bergerak dari Changlun. Pertama skali singgah mengisi minyak terlebih dahuu di Stesen Minyak Shell Changlun sebelum menuju ke Kompleks Pemeriksaan Imigresen dan Kastam Malaysia Bukit Kayu Hitam.
|
9:00 AM Jentera sedang parkir di T Hotel Changlun, Malaysia |
|
10:00 AM T Bilik Twin di Hotel Changlun. Sedang berkemas. |
|
10:05 AM Bertemu di Zulfahmi #63, pelumba Moto3 negara di T Hotel Changlun, Malaysia |
|
Zulfahmi #63 sedang menurunlan autograf untuk helmet kepunyaan Bro Achid di T Hotel Changlun, Malaysia |
|
Kata-kata semnagat untuk Zulfahmi #63 dari Bro Achid ketika di T Hotel Changlun, Malaysia |
|
Kata-kata semangat dari saya untuk Zulfahmi #63 ketika di T Hotel Changlun, Malaysia |
|
Saya dan Bro Achid bergambar kenangan dengan Zulfahmi #63 ketika di T Hotel Changlun, Malaysia |
|
Inilah autograf dari Zulfahmi #63 pada helmet Bro Achid |
|
11:00 AM T Hotel Changlun, Malaysia |
|
11:15 AM T Hotel Changlun, Malaysia |
|
11:15 AM T Hotel Changlun, Malaysia |
|
11:20 AM T Hotel Changlun, Malaysia |
|
11:20 AM T Hotel Changlun, Malaysia |
Kompleks Pemeriksaan Imigresen dan Kastam Sadao
Dalam pukul 12:00 Tengahari, berkumpul di pintu gerbang sempadan sebelah Malaysia sebelum memasuki Thailand setelah selesai urusan di Kompleks Pemeriksaan Imigresen dan Kastam Malaysia Bukit Kayu Hitam.
Dalam pukul 12:15 Tengahari, tiba di Kompleks Pemeriksaan Imigresen dan Kastam Thailand Sadao untuk urusan passport dan permit import motor. Hari ini tidak ramai orang berurusan di sini, jadi dapat parkir motor di laluan motor untuk berurusan dikaunter imigresen dan kastam Thailand. Urusan berjalan lancar buat semua. Welcome to Thailand! (Yindī t̂xnrạb s̄ū̀ pratheṣ̄thịy). Swad-dee kha / Swad-dee krab
Untuk rujukan maklumat prosedur kemasukan rakyat Malaysia ke Thailand dengan menggunakan kenderaan persendirian ada dikongsikan dalam entri
Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 01: Kuala Lumpur - Surat Thani (sila klik)
|
12:00 AM berkumpul di hadapan pintu gerbang sempadan sebelah Malaysia |
|
12:00 AM bergambar kenangan di hadapan pintu gerbang sempadan sebelah Malaysia |
|
12:00 AM berkumpul di hadapan pintu gerbang sempadan sebelah Malaysia |
|
Bergambar kenangan bersama Bro Achid ZZR1400 dan Mus VFR di hadapan pintu gerbang sempadan sebelah Malaysia |
|
12:00 AM bergambar kenangan di hadapan pintu gerbang sempadan sebelah Malaysia |
|
Bersiap untuk bergerak ke Kompleks Pemeriksaan Imigresen dan Kastam Thailand Sadao. |
|
12:15 AM Tiba di Kompleks Pemeriksaan Imigresen dan Kastam Thailand Sadao |
|
12:15 AM Urusan passport dan permit import motor di Kompleks Pemeriksaan Imigresen dan Kastam Thailand Sadao |
Dannok - Phatthalung, Thailand
Setelah selesai urusan di Pusat Pemeriksaan Imigresen dan Kastam Sadao, kami memulakan perjalanan ke Patthalung diketuai Bro Achhid mengikut laluan Highway 4. Dalam perjalanan hujan lebat turun, menyebabkan grup berhenti seketika di stesen minyak untuk memakai baju hujan. Ada yang memasang 'waterproof liner', ada yang memakai baju hujan, tetapi saya mengambil keputusan tidak memakai baju hujan walaupun boot dan seluar adalah 'waterproof' tetapi memakai jaket jenis mesh.
|
1:05 PM Berhenti berteduh dari hujan lebat di salah satu stesen minyak dalam perjalanan ke Patthalung dari Sadao |
|
1:05 PM Bro Achid menggenakan 'waterproof liner' untuk jaketnya |
|
1:05 PM Bro Mus pula memakai suit baju hujan |
|
1:05 PM Seperti biasa hujan ke tak hujan. |
PTT Khuha Sawan, Phatthalung, Thailand
Dalam pukul 2:45 PM, setelah menempuh perjalanan kira-kira 146 km, kami berhenti berehat dan makan tengahari di Amazon Cafe stesen PTT Khuha Sawan, Phatthalung masih terletak di laluan Highway 4. Cuaca mendung dengan hujan lebat sekali sekala dalam perjalanan. Makan tengahari ala kadar sahaja, pekena ice blended dengan roti beli dari kedai 7-11 bersebelahannya. Cerita pasal hujan sepanjang perjalanan jadi topik perbualan, terutama pasal saya tidak memakai baju hujan. Dari Phatthalung, bergerak menuju ke Trang, masih melalui Highway 4.
|
2:45 PM tiba di PTT Khuha Sawan, Phatthalung, Thailand |
|
3:15 PM berehat dan makan tengahari di Amazon Cafe di PTT Khuha Sawan, Phatthalung, Thailand |
|
3:15 PM Apa pula yang seronok sangat Bro Achid ini ketika Amazon Cafe di PTT Khuha Sawan, Phatthalung. |
|
3:15 PM Hujan-hujan pun pekena ice belnded dengan roti sedap juga di Amazon Cafe di PTT Khuha Sawan, Phatthalung |
|
3:15 PM Sekitar PTT Khuha Sawan, Phatthalung, Thailand |
|
3:40 PM Senarai harga minyak di PTT Khuha Sawan, Phatthalung, Thailand |
|
3:40 PM Dua pick-up sarat muatan dengan durian berhenti dekat PTT Khuha Sawan, Phatthalung, Thailand |
|
3:40 PM Banyak betul muatan durian, sesuatu yang jarang nampak di Malaysia, boleh dikira melebihi muatan dibenarkan. |
|
3:40 PM Sekitar PTT Khuha Sawan, Phatthalung, Thailand |
|
3:40 PM ketika berehat di Amazon Cafe di PTT Khuha Sawan, Phatthalung, Thailand |
|
3:50 PM bersiap untuk bergerak dari Amazon Cafe di PTT Khuha Sawan, Phatthalung, Thailand |
Phatthalung - Trang - Krabi, Thailand
Dari Phatthalung, bergerak menuju ke Trang, masih melalui Highway 4. Sampai di bandar Trang, berlaku sedikit kekeliruan sehingga ada antara kami terpisah. Namun dapat 're-group' kembali dengan berpatah ke tempat terakhir kami berkumpul apabila tiba di Trang. Bro Achid mengetuai grup dengan melalui jalan pintasan. Dari Trang menuju ke Krabi, sekali lagi Bro Achid, mengepalai kami dengan membuat lencongan menggunakan jalan pintas ke Krabi, iaitu keluar dari Highway 4 melalui jalan kampung dan memasuki semula Highway 4 menuju Krabi. Boleh dikatakan hujan sepanjang perjalanan, dan agak lebat ketika melalui Highway dari Patthalung.
Shell Pak Nam, Krabi, Thailand
Setelah menempuh perjalanan kira-kira 180 km dari Phatthalung, kami berhenti mengisi minyak dan berehat seketika di stesen Shell Pak Nam, Krabi sebelum meneruskan perjalanan ke Phang-nga melalui Route 1002 dan 4311..
PTT Thai Chang, Phang-Nga, Thailand
Dalam 7:50 PM, setelah menempuh perjalanan kira-kira 75 km Pak Nam, Krabi, kami berhenti mengisi minyak dan berehat di stesen PTT Thai Chang, Phang-Nga. Seterusnya meneruskan perjalanan ke Phuket melalui Highway 4.
|
7:50 PM PTT Thai Chang, Phang-nga, Thailand |
|
7:50 PM PTT Thai Chang, Phang-nga, Thailand |
Patong, Phuket, Thailand
Setelah menempuh perjalanan kira-kira 95 km dari Phang-Nga, tiba di Pantai Patong ketika sudah malam dan mendaftar masuk di Patong Bay Garden Resort terletak di 33/1 Thaweewong Rd., Patong. Hotel penginapan yang menjadi pilihan Bro Achid setiap kali mengunjungi Phuket. Sebelah malam hanya keluar makan malam di gerai makan muslim terdapat di Pantai Patong dan bersiar-siar sepanjang jalan Pantai Patong sebelum kembali ke bilik penginapan setelah agak kepenatan seharian menunggang. Bro Achid pula mengalami selsema dan berasa kurang sehat terpaksa berehat di bilik sahaja.
Route Changlun, Kedah, Malaysia - Phuket, Thailand:
Terima kasih kerana melayari blog ini.
Wassalam,
Fauzy
Dinukilankan pada 2 Januari 2018
Follow@Twitter:
View web version if you have problem in viewing mobile version
No comments:
Post a Comment