OILERBIKERZ RIDE KE BALING BERENDAM AIR PANAS ULU LEGONG 2010
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Kenangan sekitar ride ke Air Panas Ulu Legong, Baling Kedah pada 26-27/02/2010 (2 Hari/1 Malam) bersama
OilerBikerz (OB) tujuh tahun yang lalu. Trip ini hanya seminggu selepas
OILERBIKERZ Moto Grand Prix 2010 Round 2. Trip ini disertai 14 motor dan 14 orang peserta.
Mungmiang... Mungmiang.. dari perbincangan semasa TTS dan diperkenan oleh 'jumur-jumur halimunan' OB maka 'grup ride' untuk trip pertama OB bagi tahun 2010 adalah ride ke Air Panas Ulu Legong, Baling, Kedah dengan tema 'Trip Berendam Air Panas Ulu Legong'. Seperti biasa, saya diminta untuk membuat pendaftaran peserta, ride itinerari dan route planning untuk trip ini.
Peserta dan Jentera
Trip 'Group Ride' kali ini disertai 14 motor dan rider.
1. Adha Suzuki Hayabusa
2. Mir Kawasaki ER-6n
3. Farid IKON Honda CBR1000RR
4. Fauzy Honda CBR1000RR Repsol
5. Fikri Kawasaki Z750
6. JaiPro Yamaha YZF-R1
7. Jburn Suzuki GSX-R1000 K8
8. Jebat Kawasaki ZX-6R
9. Jijeck Suzuki GSX-R1000 K6
10. Meon IKON Yamaha YZF-R1
11. Pak Sheikh Kawasaki ZX-6R
12. Shahrani Honda CBR1000RR
13. Siong BMW R1200RT
14. Wak Ju Kawasaki Z1000R
Persediaan Motorsikal Sebelum Trip
Oleh kerana trip kali ini tanpa kenderaan sokongan, Tuan Sifu Marshall Siong selaku penganjur trip kali ini awal-awal lagi mengingatkan supaya setiap peserta untuk memeriksa keadaan motorsikal masing-masing sekurang-kurangnya 2 hari sebelum perjalanan. Ini akan memberi ruang masa yang mencukupi untuk membetulkan sebarang masalah yang timbul kelak. Antaranya:
1. Keadaan tayar berkeadaan baik dan tekanan angin yang bersesuaian
2. Paras minyak injin
3. Paras cecair penyejuk
4. Lampu brek dan isyarat berkeadaan baik
5. Lampu 'indicator' dan 'warning' di 'dashboard' semua berada dalam keadaan 'normal'
6. Keadaan bateri dan pengecas ('stator coil') berfungsi dengan baik.
7. Rantai dan sproket masih elok
8. Kondisi motor secara keseluruhannya.
'Mode' Konvoi atau Grup Ride
Ride berkumpulan untuk perjalanan jauh memerlukan komitmen dan disiplin setiap para peserta memastikan kelancaran perjalanan yang dirancangkan. Seperti biasa perjalanan grup ride ini berdasarkan 'check-point' konvoi.
Semua rider dikehendaki berhenti disemua 'check-point' ditetapkan dan menunggu sehingga "last-man" sampai dan memberi isyarat untuk konvoi bergerak.
Semua rider dikehendaki mengisi minyak di setiap 're-fueling check-point' yang ditetapkan untuk mengelakkan pengisian semula minyak diluar jangka yang akan menganggu perjalanan grup.
Rider-rider diminta ride dalam kumpulan kecil sekurang-kurangnya 3 rider bagi setiap kumpulan kecil. Ini tidak bermakan setiap rider harus bersaingan antara satu sama lain tetapi lebih kepada menjaga antara satu sama lain.
Oleh kerana trip ini merupakan trip perjalanan jauh maka perkara penting bagi setiap rider adalah 'Utamakan Keselamatan'. Agar trip ini menjadikan suatu ride yang menyeronokkan dan selamat.
Hari Pertama
Route dan Hentian:
Jarak perjalanan hari pertama kira-kira 400 km bermula dari RV point di Hentian Rehat dan Rawat (Restoran Jejantas) Sungai Buluh Arah Utara dan berakhir di Air Panas Ulu Legong. Terdapat 4 hentian sepanjang laluan dirancang melalui route KL-K. Kangsar-Grik-Kupang-Ulu Legong.
RV Point (Jarak/Jumlah): Hentian Rehat dan Rawat (Restoran Jejantas) Sungai Buluh Arah Utara
Hentian 1 (128 / 128 km): Shell R&R Tapah (Re-fuel)
Hentian 2 (83 / 211 km ): Petronas R&R Sg Perak Arah Utara (Re-fuel)
Hentian 3 (102 / 313 km ): Petronas Grik (Re-fuel)
Hentian 4 (68 / 381 km ): Nasi Kandar Ketapang, Baling (Makan Tengahari)
Destinasi (20 / 401 km ): Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong (Bermalam)
Jom tengok gambar-gambar kenangan dan apa cerita menarik sepanjang trip ini.
(Kredit photo tanpa 'watermarks': Koleksi rider OILERBIKERZ terutama dari Pak Sheikh).
RV Point: Hentian Rehat dan Rawat (Restoran Jejantas) Sungai Buluh Arah Utara
Tempat berkumpul (RV Point) dan bersarapan pagi di R&R Sg Buluh. Seawal 6:30 pagi, sudah ada para peserta yang tiba termasuk OBian yang berkelapangan. Rasanya ada yang tiba lebih awal , 5:30 pagi sudah tayar golek dari rumah, dan bersholat subuh di sini. Terima kasih kepada OBian yang sudi 'menemani' kami bersarapan pagi di R&R Sg Buluh iaitu Ard (ada kecemasan kena balik kampung), walaupun tidak dapat bersama menyertai trip kali ini. Grup mula bertolak dalam 7:15 pagi.
|
Meja depan dari kiri: Jebat, Fikri, Jijeck, dan Meon. Semua bersemangat. Awal-awal dah sampai. |
|
Dari kiri: Wak Ju, Shahrani, Siong, Ard, Ipin, dan Amir. Mir kata nak tayar golejk dari rumah 5:30 pagi tu. |
|
Dari kiri: Mir, Wak Ju, Shahrani, Siong, Ard dan Ipin. Ard sempat datang bersarapan bersama. |
|
Jburn dan Fauzy selesai bersarapan |
|
Pak Sheikh dan Shahrani. Tuan Marshall dah panggil tu |
Hentian 1: Shell R&R Tapah
Setelah menempuh perjalanan sejauh lebih kurang 128 km melalui Lebuhraya Utara Selatan, grup OB tiba di Shell R&R Tapah dalam pukul 8:15 pagi untuk berhenti rehat dan mengisi minyak. Cuaca baik sepanjang perjalanan.
|
Meon dan Fauzy ketika berehat di Shell R&R Tapah |
|
Jijeck ketika berehat di Shell R&R Tapah |
|
Jijeck dan Jburn ketika berehat di Shell R&R Tapah |
|
Jijeck, Pak Sheikh dan Jburn ketika berehat di Shell R&R Tapah |
|
Shahrani, Jebat dan Farid ketika berehat di Shell R&R Tapah |
|
Shahrani, Mir, Jebat dan Farid ketika berehat di Shell R&R Tapah |
|
Tuan Sifu Marshall Siong baru selesai isi minyak di Shell R&R Tapah |
|
Tuan Sifu Marshall Siong 'the last-man' tiba di Shell R&R Tapah |
|
CBR Arapsol ketika berehat di Shell R&R Tapah |
|
Grup OB ketika berehat di Shell R&R Tapah |
|
Marshall dah suruh OBian bersedia 'on the bike' untuk tayar golek dari Shell R&R Tapah |
Hentian 2: Petronas R&R Sg Perak
Grup OB tiba di Petronas R&R Sg Perak dalam pukul 9:00 pagi setelah menempuh perjalanan 83 km. Berhenti mengisi minyak terlebih dahulu. Seterusnya berehat seketika di R&R Sg Perak.
"ada yang sengal2 kene cucuk ngan tuan racer meon masa turun terowong kat jln kona2 heading to sungai perak.....ini racer mmg hebat...." ha ha siapa punya statement tu.
|
Grup OB tiba di R&R Sg Perak |
|
Wak Ju, Jebat, Fikri dan Mir ketika berehat di R&R Sg Perak |
|
'kuda-kuda besi' OB berehat selepas minum di Petronas R&R Sg Perak |
|
'kuda-kuda besi' OB berehat selepas minum di Petronas R&R Sg Perak |
|
Fauzy ketika berehat di R&R Sg Perak |
|
Ambil angin sepoi-sepoi ketika berehat di R&R Sg Perak |
|
Farid, Adha, Siong, Meon, Jijeck dan Jai ketika berehat di Sg Perak |
|
Shahrani,Tuan Presidente posing dulu di R&R Sg Perak |
|
Pak Sheikh, Jburn, Wak Ju, Jebat dan Mir ketika berehat di R&R Sg Perak |
|
Shahrani, Meon, Pak Sheikh, Jburn, Wak Ju, Jebat dan Mir ketika berehat di R&R Sg Perak |
|
Z1000RR vs R1200RT vs CBR1000RR di R&R Sg Perak |
|
CBR Arapsol berehat di R&R Sg Perak |
Hentian 3: Petronas Grik
Setelah menempuh perjalanan sejauh lebih kurang 102 km melalui susur keluar Kuala Kangsar-Lenggeng (Tasik Raban /Chenderoh)- Grik, grup tiba di Petronas Grik dalam pukul 11:30 pagi untuk berhenti rehat dan mengisi minyak. Di sini, kami disertai kenalan Shahrani iaitu Bro. Zulkifli, seorang pensyarah dan juga menjalan perniagaan membuat 'Custom Racing Suit' di Pulau Pinang.
|
CBR Arapsol tiba di Petronas Grik |
|
Grup OB berehat di Petronas Grik disertai Bro. Zulkifli dari Penang |
|
Bro. Zulkifli memakai racing suit 'Rossi Repsol Replica'' |
|
Apa citer Mir tu kat Fikri semasa berehat di Petronas Grik |
|
Jebat dan Meon ketika berehat di Petronas Grik |
|
Jburn, Shahrani dan Wak Ju dan Jijeck ketika berehat di Petronas Grik |
|
Jebat dan Jburn bersedia untuk tayar golek dari Petronas Grik |
Hentian 4: Nasi Kandar Ketapang, Baling
Grup OB tiba di Nasi Kandar Ketapang, Baling dalam pukul 12:00 tengahari setelah menempuh perjalanan 68 km melalui Grik-Kupang-Baling. Dari Grik, masuk sahaja route 4 Lebuhraya Baling (Kupang)-Gerik terus 'berdesup' masing-masing. Memang mengujakan dapat melayan selekoh-selekoh panjang Lebuhraya Baling (Kupang)-Gerik dengan keadaan jalan yang cantik dan lenggang, Dari Kupang melalui route 67 Jalan Baling ke Baling dan seterusnya berehat untuk makan tengahari di Nasi Kandar Ketapang. Dalam pukul 1:00 tengahari, grup mula 'tayar golek' untuk ke Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong (Ulu Legong Hot Spring) pula.
|
Tiba di Nasi Kandar Ketapang, Baling |
|
Makan tengahari dulu di Nasi Kandar Ketapang, Baling |
|
Makan tengahari dulu di Nasi Kandar Ketapang, Baling |
|
Makan tengahari dulu di Nasi Kandar Ketapang, Baling |
|
Meja belakang: Shahrani dan rakannya, Bro Zulkifli dok bersembang. Dua-dua pakai suit Repsol tu. |
|
Sudah kenyang, masa untuk gerak. |
|
Habis makan, tuan kedai nak tutup kedai sekejap. |
|
Bersiap untuk tayar golek dari Nasi Kandar Ketapang, Baling |
Destinasi : Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong (Ulu Legong Hot Spring)
Grup tiba di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong (Ulu Legong Hot Spring) dalam pukul 1:30 tengahari setelah menempuh perjalanan 20 km dari Baling melalui route K707 Lebuhraya Baling -Durian Burung dan seterusnya susur keluar memasuki Jalan Kampung Lalang untuk ke K702 Jalan Kampung Ulu Legong. Ada papan tanda dengan nama 'Siong' menarik perhatian OB ketika melalui jalan-jalan ini. Apa yang menarik? Cuma nama mukim iaitu 'Siong' yang sama dengan nama panggilan Marshall Siong. Kampung-kampung ini berada dalam Mukim Siong, salah satu dari 8 mukim dalam daerah Baling.
|
Grup OB tiba di Ulu Legong Hot Spring |
|
Jburn tengah check apa tu ketika baru tiba di Ulu Legong Hot Spring |
|
Bro. Zulkifli memakai racing suit 'Rossi Repsol Replica', hasil rekaannya. Beliau membuat bisness 'Custom Racing Suit' |
|
Ambil angin sepoi-sepoi dulu ketika baru tiba di Ulu Legong Hot Spring |
|
Ambil angin sepoi-sepoi dulu ketika baru tiba di Ulu Legong Hot Spring |
|
Zx6-R jentera tunggangan Pak Sheikh menjejak tongkat di Ulu Legong Hot Spring |
|
Grup OB berehat sekejap sementara menunggu urusan chalet penginapan selesai di Ulu Legong Hot Spring |
|
Alhamdulillah selamat dengan CBR Arapsol di Ulu Legong Hot Spring |
|
Jom-jom ambil ambil gambar grup dulu ketika baru tiba di Ulu Legong Hot Spring |
|
Grup OB bergambar kenangan ketka baru tiba di Ulu Legong Hot Spring |
|
Grup photo dulu ketka baru tiba di Ulu Legong Hot Spring |
Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong
Air Panas Ulu Legong (Ulu Legong Hot Spring) merupakan salah satu tempat tarikan pelancongan atau destinasi percutian yang terkenal di Kedah. Ianya terletak di Kampung Keda Ulu Legong, Baling, di bahagian selatan negeri Kedah. Kolam air panas Ulu Legong diuruskan sepenuhnya oleh Jabatan Pelancongan dan Rekreasi, Majlis Daerah Baling. Pengunjung dikenakan bayaran masuk, dengan harga tiket yang dikenakan untuk orang dewasa ialah RM6 dan kanak-kanak pula RM3.
Kolam Rekreasi Air Panas Ulu Legong ini merupakan satu-satunya Pusat Rekreasi Air Panas yang beroperasi 24 jam di Malaysia. Jadi anda boleh mandi, berendam, berenang dan menyelam sepuas hati. Kemudahan asas seperti bilik bersalin pakaian, kawasan duduk, bilik air, dan kafeteria turut disediakan.Terdapat kemudahan chalet penginapan didalamnya seperti yang ditempah oleh kami, tetapi agak terhad unitnya dan kebiasanya penuh pada musim cuti panjang terutama semasa cuti persekolahan. Walau bagaimana pun terdapat banyak Inap Desa ('Homestay') di sekitar Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong ini.
Kolam rekreasi air panas ini merupakan mata air panas semulajadi yang menawarkan kolam-kolam air panas dengan kedalaman dan suhu yang berbeza diantara 38-49 darjah Celsius. Terdapat lima buah kolam yang dibina dan setiap kolam mempunyai tahap kepanasan yang berbeza. Tiga daripadanya adalah kolam utama di mana terdapat orang ramai memenuhi sekitarnya secara terbuka. Dua kolam lagi merupakan kolam persendirian dikhaskan untuk wanita dan kanak-kanak sahaja.
Kepanasan tiga kolam utama ini semua berbeza. Kolam yang asal atau kolam pertama tidak dibenarkan mandi dan dipagar kerana suhu air yang terlalu panas. Jadi jangan nak cuba-cuba. Keselamatan anda tidak dijamin oleh pihak pengurusan dan sebarang kecederaan, anda tanggunglah sendiri. Kolam untuk orang dewasa agak luas dan dalam sesuai untuk berenang atau menyelam. Terdapat kolam khas yang cetek untuk kanak-kanak dimana suhu air lebih bersesuaian dan tidak terlalu panas.
Ramai pengunjung datang ke sini untuk bersantai dan juga untuk kesihatan. Mandi atau berendam di sini dikatakan boleh memberi kesan terapeutik seperti melancarkan perjalanan darah seluruh tubuh badan. Pendek kata, apabila berada di Kolam Air Panas Ulu Legong ini, para pengunjung akan dapat merasai sendiri nikmat berendam di dalam air panas semulajadi sama ada dengan berenang di kolam yang disediakan atau sekadar merendam kaki dengan suasana kedamaian dikelilingi bukit bukau.
|
Tempat menarik di Baling termasuk Ulu Legong Hot Spring |
|
Bergambar kenangan di Ulu Legong Hot Spring |
|
Kolam utama untuk orang dewasa berendam di Ulu Legong Hot Spring. Sekitar kolam sudah berwajah baru sejak 2012. |
|
Waktu siang tiada yang hendak berendam dalam Kolam Air Panas Ulu Legong |
|
Kolam berendam untuk kanak-kanak di Ulu Legong Hot Spring |
|
Kolam yang berpagar selilingnya kat atas sekali terlalu panas dan tidak dibenarkan masuk ke sana. Tiada orang mandi di kolam ini. Boleh masak kalau mandi sini.
|
|
Taman rekreasi dan juga chalet penginapan (resort) di dalam kawasan Ulu Legong Hot Spring |
|
Chalet penginapan di Ulu Legong Hot Spring Resort. Boleh parkir motor (dengan izin) dekat chalet ikut jalan belakang. |
|
Jijeck bergambar kenangan di Ulu Legong Hot Spring |
|
Meon dan Fauzy bergambar kenangan |
|
Bergambar dengan latarbelakang 3 kolam utama di Ulu Legong Hot Spring |
Sesi Minum Petang
Dalam pukul 5:15 petang, keluar untuk minum petang ke gerai-gerai makan yang terdapat di sekitar Ulu Legong Hot Spring diusahakan olen penduduk kawasan ini. Ada yang berjalan, ada yang pergi dengan motor. Jangan sampai orang kampung terkejut sudah.
|
Meon tolak motor nak ke mana tu? |
|
Ride pi minum petang... |
|
Dekat brake level ada trade mark Meon tu. Motor R1 legend pernah naik podium SIC ni. |
|
Minum petang kat gerai makan yang terdapat di sekitar Ulu Legong Hot Spring |
|
Minum petang kat gerai makan yang terdapat di sekitar Ulu Legong Hot Spring |
|
Jeng-jeng tengok siapa yang datang..Wak Ju dan Shahrani. Motor Mir ni |
|
Wak Ju dengan 'trade mark' dia |
|
'trade mark' sapa ni... |
|
Mir pun baru sampai |
|
Santai sambil minum petang |
|
Kita dah selesai.. |
|
Serius semua ni... |
|
Kasihan Meon dok sorang-sorang |
|
Lewat petang kanak-kanak dah mula turun kolam |
|
Gaya istimewa dari Jburn |
|
Senaman sekitar kolam selepas minum petang |
|
Senaman sekitar kolam selepas minum petang |
|
Senaman sekitar kolam selepas minum petang |
|
Senaman sekitar kolam selepas minum petang |
|
Grup Ob bergambar kenangan di sekitra kolam |
|
Jijek depan chalet penginapan |
|
Jijek depan chalet penginapan |
Sesi Makan Malam
Dalam 8:30 malam ada yang ajak keluar nak makan malam dulu dekat gerai-gerai makan yang terdapat di sekitar Ulu Legong Hot Spring.
|
Bergambar dulu ketika hendak keluar makan malam |
|
Makan malam dekat gerai-gerai makan yang terdapat di sekitar Ulu Legong Hot Spring. |
Sesi Berendam Kolam Air Panas
Waktu malam baru ramai pengunjung termasuk grup OB mula datang berendam dalam kolam air panas ini. Ianya bertambah meriah pada waktu malam bermula dalam pukul 10 malam hingga 5 pagi dengan waktu puncaknya pukul 12 tengah malam. Waktu malam lebih selesa kerana suasananya yang sejuk dan terasa segar bila merendamkan badan dalam air panas. Ada yang ambil kesempatan berkhemah di sini sepanjang malam. Riuh-rendah terutama suara jeritan keriangan kanak-kanak hingga ke pagi.
Bagi para pengunjung yang tidak biasa mandi-manda atau pertama kali ke kolam air panas, dinasihatkan supaya jangan terus berendam ke dalam kolam mandi air panas kerana dikhuatiri mengejutkan saraf dan sendi tubuh anda. Sebagai permulaan eloklah anda merendamkan kaki terlebih dahulu, kemudian perlahan-lahan merendamkan badan. Itupun kalau anda mampu tahan dengan kepanasannya. Apabila sudah rasa serasi, bolehlah anda terus mandi, berenang atau menyelam.
|
Waktu malam baru ramai pengunjung termasuk grup OB datang berendam dalam kolam air panas. 'Happening' bermula dalam pukul 10pm – 5am dengan waktu puncaknya pukul 12 malam.
|
|
Waktu malam lebih selesa kerana suasananya yang sejuk dan terasa segar bila merendamkan badan dalam air panas. |
|
Meruap wap aroma panas dari kehangatan kolam air panas |
|
Meruap wap aroma panas dari kehangatan kolam air panas |
|
"Ibu-ibu bapak-bapak tolong saya kecianilah saya. Itu 'signboard' udah ulis. Ape barang masuk ini unya kategori" agaknya kata anak kecil itu.. Sessi warming-up, panaskan bahagian kaki dulu.
|
|
Sessi berendam. Ada pertandingan siapa paling lama berendam. Tapi ada bro tu cakap tak berapa elok untuk lelaki kan 'masak' nanti. hu hu terus keluar kih3x. |
Sebenarnya banyak aksi-aksi menarik OBian semasa sessi berendam tapi gambar-gambarnya tak dapat dipaparkan disini. Dari episod 1, 2, 3, 4 dan seterusnya.. kita tengok ayat-ayatnya..
Episod 1:
"Ibu-ibu bapak-bapak tolong saya kecianilah saya. Itu 'signboard' udah ulis. Ape barang masuk ini unya kategori" agaknya kata anak kecil itu."
Episod 2:
"Dalam masa yg sama Cifu2 dari majapahit telah mempamirkan kehebat mereka (yg ni dalam kolam org dewasa ye….harap maklum), kalau dulu2 panglima2 mandi minyak panas tetapi sekarang panglima2 Oiler Bikerz MEREBUS diri mereka untuk menunjukkan betepa Tegar nya mereka…..lasat woooo"
Episode 3:
"Begini lah rupanya apabila cifu-cifu yg didakwa telah mengambil alih kolam kanak2 hingga mereka terpaksa berhimpit ke suatu sudut lain pulak ….ish..ish…ish…." kumpulan 6 Jahanam. Sapa lah ketua geng 6 jahanam tu...
Episode 4:
"Beginilah keadaan body language cifu2 kita ketika berada didalam kolam org dewasa, tengok lah muka cifu Jai pro tu…aduh….." ha ha sapa punya ayat tu.
Bersambung ke Hari ke-2: Ulu Legong-Kuala Ketil-Sungai Petani-Juru- Kuala Lumpur
Terima kasih kerana melayari blog ini.
Wassalam,
Fauzy
Dinukilan pada 26 Februari 2017
MY LAZADA Best Sellers. Click to shop
View web version if you have problem in viewing mobile version
Follow@Twitter:
No comments:
Post a Comment