OILERBIKERZ RIDE KE BALING BERENDAM AIR PANAS ULU LEGONG 2010
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Sambungan dari
hari pertama
Hari Kedua
Cuaca pagi ini elok sekali, tidur pun agak lena selepas berendam semalaman. Hari kedua nampaknya ada sedikit perubahan pada perancangan asal. Jom tengok apa cerita hari kedua ni.
Gambar-gambar sekitar chalet penginapan sebelum bertolak balik.
Sebelum bertolak balik sempat ambil gambar grup dulu untuk kenangan.
|
Foto grup OB berlatar belakangkan tanda nama Ulu Legong Hot Spring
|
|
Barisan Belakang dari kiri: Fikri, Wak Ju, Amir, Fauzy, Meon, Shahrani, Adha dan Farid.
Barisan depan dari kiri: Siong, Jai, Jijek, Jburn, Pak Sheikh dan Jebat. |
Gambar-gambar chalet penginapan
|
Standard Chalet untuk 4 orang |
|
Kat atas tu ada VIP room untuk 2 orang sebilik |
|
Bahagian pintu utama chalet penginapan standard |
|
Ruang tamu bahagian dalam |
|
Katil boleh kongsi 4 orang (untuk 3 orang sebenarnya) kalau telinga boleh tahan irama waktu malam. |
|
TV dan peti ais disediakan |
|
Almari juga disediakan |
|
Ruang beranda |
|
Ruang beranda mengadap kolam air panas |
|
Ruang beranda mengadap kolam air panas |
|
Jambatan merentasi anak sungai ke kolam air panas |
|
Jambatan merentasi anak sungai ke kolam air panas |
|
Bangunan kolam air panas tertutup |
|
CBR parkir tepi chalet bermalam menumpang bumbung chalet |
Gambar-gambar ketika bersiap untuk bertolak
|
R1 Meon tidak dapat 'start', cuba 'jump start' guna kabel sambung ke CBR |
|
R1 Meon tidak dapat 'start', cuba 'jump start' guna kabel sambung ke CBR |
|
Meon kelihatan lega R1 dah hidup... tapi buat seketika |
|
Posing jap dengan CBR Arabsol |
|
Shahrani dengan jentera CBR 'Rabbit' |
|
Farid dengan jentera CBR 'Rabbit' |
|
Pak Sheikh dengan jentera ZX-6R |
|
Pak Sheikh dengan jentera ZX-6R |
|
Jijek dengan jentera K6 |
|
Jebat dengan jentera ZX-6R |
|
Jburn dengan jentera K8 |
|
Jai dengan jentera R1 |
|
Pak Sheikh, Jai dan Farid bergambar kenangan |
|
R1 Meon tidak dapat start semula ketika grup nak bergerak |
|
R1 Meon dimatikan enjin ketka selepas dibiarkan hidup agak lama ketika menanti grup nak bergerak |
|
Percubaan untuk 'Jump Start' buat kali kedua |
|
Namun R1 gagal dihidupkan. Percubaan menghidupkan injin secara menolak motor juga gagal. |
|
Percubaan menukarkan bateri antara R1 Meon dengan R1 Jai |
|
Tu dia ramai jadi pomen.. |
|
R1 Meon berjaya dihidupkan. Nampaknya R1 Meon bateri dah flat |
|
Bateri R1 Jai dikembalikan dan masuk semula bateri asal R1 Meon |
Gambar-gambar Sarapan
|
CBR bergambar depan pintu masuk Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong |
|
Deretan motor parkir dekat gerai berdekatan Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong untuk bersarapan |
|
Sarapan dulu dekat gerai berdekatan Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong |
|
Sarapan sambil berbincang untuk cari penyelesaian untuk R1 Meon |
|
Tuan Sifu Marshal Siong sedang menggunakan talian hayat.. |
|
Brader baju putih kat depan sekali depan saya tu biker kat sini. Katanya kenalan Jai, tapi dah lupa namanya.. Adui! |
|
Bergambar kenangan dulu |
|
Bergambar kenangan dulu |
|
Brader biker ini minta tolong kawan dia punya lori untuk 'rescue' kan jentera Meon. |
Gambar-gambar 'Rescue" Motor Meon
|
Lori dah sampai, punya besar untuk motor Meon. Pakai pagar lori buat 'ramp''.Adha dan Wak Ju biar betul ni.. |
|
Jebat dan Meon dah ready nak push tu, ada sifu pi check lagi ramp tu... maklum la ramai engineer kat sini. |
|
1, 2, 3.. tolak.. |
|
Kasi tarik kat atas tu.. |
|
Teringat cerita wonderpet… “kami tak besar dan kami tak kuat, tapi bila bekerjasama semua benda jadi mudah…..” |
|
Meon dah berpeluh2 tu masih full suit lagi.. |
|
Fuhh lega selamat R1 kat atas lori.. agaknya kata Meon tu |
|
R1 atas sebesar lori.. |
|
Jijek test start motor ka, takut naik lori tu.. |
|
aksi selepas berjaya menaikan R1 atas lori. |
|
aksi selepas berjaya menaikan R1 atas lori. |
|
aksi selepas berjaya menaikan R1 atas lori. |
Nota: Semua gambar-gambar melibatkan R1 Meon dizinkan oleh tuan punya badan untuk paparan. Motor R1 tu pun dah tinggal kenangan.
Route dan Hentian:
Jarak perjalanan hari kedua kira-kira 470 km bermula dari Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong dan berakhir di Petron Grand Saga (Sg Balak). Terdapat 3 hentian sepanjang laluan mengikut perancangan asal melalui route Ulu Legong-Juru-Tapah-Sg Buluh. Namun begitu terdapat perubahan disebabkan salah satu jentera mengalami masalah dan terpaksa dihantar ke Sungai Petani terlebih dahulu. Manakala grup singgah terlebih dahulu di Kuala Ketil memenuhi jemputan ke majlis perkahwinan dibawa oleh brader yang membantu. Orang berbudi kita berbahasa. Orang memberi kita merasa. Tengahari makan nasi minyak pengantin la.
Dari Kuala Ketil, saya terpisah dengan grup yang telah bergerak terus ke Sungai Petani setelah menyertai konvoi pengantin gara-gara tersangkut dalam trafik di persimpangan masuk ke rumah pengantin. Pada mulanya saya meneruskan perjalanan ke Sungai Petani, tetapi gagal mengikuti grup dan mengambil keputusan untuk berpatah balik ke hentian seterusnya di Juru dan menanti grup di sini.
RV Point (Jarak/Jumlah): Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong
Hentian 0 (55 / 55 km): Petronas Kuala Ketil (Re-fuel)
(Dari Petronas Kuala Ketil, grup terus ke kedai motor di Sungai Petani, kecuali saya terus ke Juru)
Hentian 1 (59 / 114 km ): Shell Kawasan Rehat Sungai Juru Arah Selatan (Re-fuel)
Hentian 2 (191 / 305 km ): Petronas Tapah (Re-fuel)
Hentian 3 (127 / 432 km ): Petron Jejantas Sungai Buloh (Re-fuel)
Destinasi (38 / 470 km ): Petron Grand Saga (Sg Balak)
Gambar-gambar sekitar Petronas Kuala Ketil ketika menyertai konvoi pengantin.
|
Jebat bergambar dengan salah satu motor peserta konvoi pengantin |
|
Jburn ketika di Petronas Kuala Ketil |
Gambar-gambar sekitar kedai motor di Sungai Petani ketika menunggu jentera Meon kena 'post mortem'
|
Jebat mencuba jentera ATV |
|
Pak Sheikh mencuba jentera ATV |
|
Pak Sheikh dengan aksi melefer dengan jentera ATV |
Alkisahnya, R1 Meon mempunyai masalah pada 'Stator Coil' menyebabkan bateri tidak dicaj. Pomen masukan bateri baru dan beli satu lagi bateri tambahan buat 'spare'. Untuk menjimatkan penggunaan bateri, lampu hadapan terpaksa dipadamkan sepanjang perjalanan.
Saya re-group semula dengan OB di Hentian Juru. Selepas re-fuel dan makan-minum, grup bertolak balik dengan dua hentian lagi untuk 're-fuel' iaitu di Petronas Tapah dan Petron Jejantas Sungai Buloh. Dari sini kami pulang ke destinasi masing-masing.
Penghargaan Meon untuk OBian:
"Terima Kasih la kepada semua tuan sifu yg byk membantu saya di legong tempoh hari…dan skuad escort saya dr Tapah ke Sg Buloh disebabkan ketiadaan lampu hadapan…mmg mcm excort
-removed- laa….semua dekat2…apatah lagi dgn moto
-removed- sbgai marshal blkg…mmg xde sapa brani potong…terima kasih la Tuan Sifu Siong yg bersusah pyh mengendalikan BMW nye dgn tong yg berisi bateri saya….mintak maaf la Tuan Sifu…terima kasih byk2 juga kepada Tuan Sifu yg lain…jasamu akan dikenang…."
"Di sini saya ingin berterima kasih kepada semua Tuan2 Sifu yg byk membantu saya yg dlm kesusahan…huhu…terima kasih2 byk2 saya ucapkan kerana membantu saya menguruskan moto saya yg meragam…saya juga ingin memohon maaf kerana disebabkan saya juga semua plan asal xjadi…mohon ampun byk2….jasa tuan2 sifu yg byk membantu saya amat hargai dan akan dikenang sampai akhir hayat….1st trip 1st moto bermasalah…huhu… Ampunkan saya rider baru blaja berjalan jaoh….ampunkan saya…"
Tapi lepas masuk bateri baru, perghh...berdesup kat H/Way...... Yang pasti bukan statement saya pasal saya tiada dalam ini filem ha ha.
Sedikit sebanyak perkongsian suka duka trip berendam ni sudah pasti ada menjadi kenangan sepanjang hayat. Semua yang berlaku itu ada hikmahnya.
Terima kasih banyak-banyak buat brader biker Ulu Legong yang membantu grup OB.
P/S: Masih ada cerita dan info yang tertinggal akan dikemaskini kemudian ye. Mohon ampun gurau senda kenangan dulu-dulu.
Terima kasih kerana melayari blog ini.
Wassalam,
Fauzy
Dinukilankan pada 27 Februari 2017
⇦Kembali ke
Hari Pertama
View web version if you have problem in viewing mobile version
Follow@Twitter:
No comments:
Post a Comment