Thursday, 11 May 2017

Ride Santai Berendam di Hutan Lipur Ulu Bendul

RIDE SANTAI BERENDAM DI HUTAN LIPUR ULU BENDUL

11/05/2017 (Khamis)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Dalam entri sebelumnya ada perkongsian berkenaan ride santai masuk Hutan Lipur Ulu Bendul, tetapi belum berkesempatan hendak merasa kesejukkan air sungainya. Cuaca nampak baik hari ini berbanding semalam. Semalam baru balik dari ride ke Udang Galah LC Kuala Rompin. Hari ini anak mengajak ride santai sambil berendam di jeram sungai Hutan Lipur Ulu Bendul (Ulu Bendol Recreational Park). Sekurang-kurangnya dapat menyegarkan semula badan, lagi pun hari ini tidak ramai pengunjung berbanding hujung minggu atau hari kelepasan am.



 11:45 AM PETRONAS Prima Saujana
Setelah mengisi minyak dan memeriksa tekanan angin tayar, dalam 11:45 PM bertolak dari PETRONAS Prima Saujana menuju Ulu Bendul melalui Lebuhraya LEKAS, susur keluar melalui persimpangan Paroi/Senawang memasuki Jalan Kuala Pilah hala Bukit Putus.

PETRONAS Prima Saujana


12:30 PM Hutan Lipur Ulu Bendul (Ulu Bendol Recreational Park)
Sampai dalam 12:30 PM, bersiar-siar dulu sekitar kawasan rehat Ulu Bendul. Asalnya hendak berendam di kolam mandi yang terdapat di sini, tetapi airnya telah dilepaskan akibat dipenuhi pasir berserta keladak, dan dalam proses pembersihan. Jadi masuk ke bahagian dalam dahulu untuk meninjau kawasan dekat parkir kedua seterusnya naik lagi ke kawasan berdekatan parkir ke tiga. Oleh kerana kawasan parkir ke tiga ini terdapat juga bilik air / mandi dan juga surau, maka saya bercadang untuk berendam dalam aliran sungai di sini. Kembali semula ke kawasan parkir utama ke medan makan untuk makan tengahari terlebih dahulu.


Kawasan rehat Hutan Lipur Ulu Bendul (parkir utama) bersebelahan jalan besar

Deretan kedai dan juga medan makan kat hujung sana

Deretan kedai yang dibuka walaupun tidak kesemuannya seperti di hujung minngu

Kawasan kolam mandi kering, air dilepaskan akibat dimasuki pasir dan keladak

Hendak masuk ke dalam dan ke atas untuk meninjau kawasan dulu.

Aliran sungai dari jambatan dekat parkir ke tiga (paling atas). Nanti hendak berendam kat kawasan sini lah

Selesai makan tengahari, kembali semula ke kawasan parkir ke 3 (paling atas), untuk bersiap bagi sesi berendam. Masih ada pengunjung ke sini pada waktu ini tetapi tidaklah seramai pada hujung minggu. Jadi senang lah hendak pilih mana-mana tempat sepanjang aliran sungai. Walaupun airnya tidak sejernih seperti kedatangan saya sebelumnya akibat hujan lebat semalam. Menurut budak-budak remaja yang mandi, mungkin dari kawasan kampung berdekatan, semalam hujan lebat menyebabkan paras air sungai meningkat sehingga paras tebing. Pada waktu ini saya rasakan kadar aliran air nya agak laju berbanding sebelumnya mungkin disebabkan isipadu air yang agak banyak dari hulu. Okay, sesi berendam dulu. Wah nyaman sekali dangan kedinginan air yang menyegarkan.

Aliran sungai dari jambatan dekat parkir ke tiga (paling atas) dekat Pejabat Perhutanan

Sesi berendam. sejukkkkkk..

Sudah mandi baru baca.

 Dalam 3:15 PM, badan pun sudah mengigil kesejukan, mandi dan bersalin pakaian dulu. Turun ke kawasan parkir utama untuk minum petang dulu. Pukul 4:15 PM lebih, bertolak balik ke Kajang.

Route yang dilalui:




Alhamdulillah selamat sampai rumah dalam pukul 5:00 PM.

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

No comments:

Post a Comment