Sunday 13 August 2017

Klawang Sunday Ride (13/08/2017) Detour (Jeram Gading, Chennah dan Puom)

KLAWANG SUNDAY RIDE (13/08/2017) DETOUR (JERAM GADING-CHENNAH-PUOM)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ride hujung minggu melayan Klawang (Kuala Klawang) lagi. Ride santai hari ini dengan Versys 650. Asalnya hendak melayan dengan SBK, tetapi pagi Ahad di Kajang hujan seketika, jadi rider nak ride bersama pagi ini tidak jadi ride pula. Dalam pukul 10.30 AM, cuaca pun nampak bertambaik baik, sedikit mendung, ride santai dengan Versys layan korner bagi asah tayar tepi elok juga ni. Biasa jalan tegak sahaja.




Stage 1
Pada mulanya tidak pasang Gopro, cuma nak ride santai, tapi lepas beberapa selekoh, kena tahan pula sekejap oleh  polis trafik. Ingatkan ada sekatan jalan, tetapi dimaklumkan lalulintas ditutup bagi sesi pengambaran iklan komersil kereta model baru. Sementara dapat jalan semula, sempat pasang Gopro dulu. Sampai penghujung Stage 1 dalam 11:15 AM, sempatlah tengok krew-krew sedang membuat persiapan untuk pengambaran model terbaru Subaru Levorg Sportwagon. Ketika sesi pengambaran bermula maka jalan Stage 1 terpaksa ditutup kepada lalulintas oleh Polis dan juga RELA.








Krew produksi

Jumpa pula Ipin K8, kayuh basikal dari Puchong sampai Genting Peres, pergi balik.

Onboard video, dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada).



Stage 2
 Melayan Stage 2, mula terasa bau hangit dari tayar yang jarang meleper, asyik jalan tegak sahaja.

Tiada motor mahupun basikal di persimpangan Sg Lui.


Onboard video, dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada). Sebahagian sahaja.



Stage 3 melalui Kongkoi-Chennah-Puom
Tiba di persimpangan Kongkoi, membuat lencongan untuk melalui Chennah dan Puom yang mana akan keluar di simpang dekat Klawang Pit Stop. Jom tengok macam mana keadaan jalan, selekoh dan apa yang menarik sepanjang jalan.







Perjalanan berliku, pada awalnya terdapat banyak dusun durian di kedua belah jalan. Jalan agak sempit sedikit tetapi berkeadaan baik. Sempat singgah di Jeram Gading untuk meninjau sekitarnya.








Sebelah ada dusun durian


Jeram Gading
12:15 PM tiba di Jeram Gading terledak di Mukim Kenaboi, 23 km dari pekan Kuala Kelawang. Jaraknya daripada Kajang atau Ampang melalui jalan Hulu Langat tidak sampai 60 km. Mengikut sejarah, dipercayai gading gajah banyak ditemui di sini pada suatu ketika dahulu memberikan ilham penciptaan nama Jeram Gading. Jeram ini menyusuri Sungkai Kongkoi dan terdapat banyak bongkah batu besar yang dahulunya adalah tempat pembesar Melayu yang berulang alik dari Jelebu ke Pahang.

Jeram Gading dari kawasan parkir


Tarikan utama Jeram Gading adalah air terjunnya, kejernihan airnya yang sejuk mengalir deras melalui pokok-pokok dan percikan air ke kiri dan kanan setiap kali ia menghentam halangan bongkah-bongkah batuan yang membentuk jeram, desiran aliran air yang berputar sebelum lenyap mengalir ketakungan air yang tenang. Terdapat jambatan gantung yang menghubungkan kedua-dua tebing sungai. Lokasi yang cantik untuk mengambil gambar untuk kenang-kenangan, tetapi kena berhati-hati sebab jambatan sudah nampak uzur sedikit dan tidak berapa selamat dengan lubang-lubang dek papan sudah patah atau tanggal.



Jambatan gantung di Jeram Gading hala seberang jeram, terdapat kemudahan untuk kem (Kem Kelichap)

Jambatan gantung di Jeram Gading hala kawasan parkir

Sekitar pemandangan aliran jeram (arah hiliran dari jambatan)

Sekitar pemandangan aliran jeram (arah huluan dari jambatan)

Sekitar pemandangan aliran jeram (arah huluan dari jambatan)

Namun tidak ramai pengunjung yang datang berkelah bersama keluarga di sini, walaupun hari ini hari minggu. Keadaan kemudahan asas yang terbiar mungkin menjadi kurang tarikan untuk menjadi kawasan perkelahan keluarga dihujung minggu. Terdapat juga Jeram Gading Resort dan Training Centre (Kem Kelichap)di sini kepunyaan Majlis Daerah Jelebu, tetapi resort sudah tidak beroperasi lagi. Ada mungkin tidak menemui lokasi Jeram Gading ini di dalam google map, tetapi terdapat Kem Kelichap sebagai penanda lokasinya.

Jalan ke Chenneh banyak selekoh tapi agak sempit, namun jalan cantik sepanjang perjalanan


Chenneh
12:35 PM tiba di Chennah. Terdapat pekan kecil di sini.






Puom
Inilah kampung pengusaha gerai makan Klawang Pit Stop




Onboard video, dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada). Dari Kongkoi - Jeram Gading - Chennah - Poum. Setakat Puom sahaja. Kehabisan bateri.



Klawang Pit Stop
Sampai di Klawang Pit Stop dalam pukul 1:00 PM, ada beberapa grup motor yang berhenti di sini walaupun sudah agak tengahari. Selepas berehat seketika, meneruskan perjalanan pulang mengikut Stage3-Stage 1 seperti biasa.





Route hari ini:

Alhamdulillah selamat sampai rumah ride santai hari ini.

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy

MY LAZADA Best Sellers. Click to shop
Lazada Malaysia

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

No comments:

Post a Comment