Saturday 5 August 2017

Beza Menggunakan Kad CIMB LAZADA Prepaid dan BIG Prepaid Mastercard AirAsia Menerusi Paypal Bagi Transaksi di LAZADA

BEZA MENGGUNAKAN KAD CIMB LAZADA PREPAID DAN BIG PREPAID MASTERCARD AIRASIA MENERUSI PAYPAL BAGI TRANSAKSI DI LAZADA

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Sedikit perkongsian pengalaman menggunakan kad CIMB Lazada Prepaid Mastercard dan BIG Prepaid MasterCard AirAsia Plastic menerusi Paypal apabila membuat bayaran transaksi atas talian di LAZADA Malaysia. Semasa proses transaksi bayaran menerusi Paypal sebagai pilihan, pengguna kad kredit atau debit yang didaftarkan dengan Paypal dikehendaki membuat pengesahan di server Paypal. Terdapat perbezaan caj yang akan dikenakan keatas akaun kedua-dua kad debit atau prabayar ini jika didaftarkan di Paypal sebagai platform keselamatan tambahan untuk transaksi atas talian.

Sumber: CIMB
Sumber: Bigprepaid


CIMB Lazada Prepaid Mastercard via Paypal

Contoh pembelian barangan atau transaksi dengan harga RM164.50 di Lazada

Transaksi di Lazada

Rekod transaksi di akaun Paypal

Rekod transaksi di akaun CIMB Lazada Prepaid Mastercard

Rekod transaksi di akaun CIMB Lazada Prepaid Mastercard menunjukkan transaksi RM166.15 bagi pembelian RM164.50, iaitu tambahan sebanyak RM1.65 atau kira-kira 1%. Merujuk kepada khidmat pelanggan CIMB, caj sebanyak 1% dikenakan oleh pihak Mastercard apabila transaksi dibuat dari luar Malaysia, dalam kes ini server Paypal berada di luar Malaysia semasa pengesahan dibuat oleh pengguna / pembeli. Bagi transaksi secara terus (kad kredit atau debit sebagai pilihan) di Lazada Malaysia, tiada caj tambahan dikenakan.

BIG Prepaid MasterCard AirAsia Plastic via Paypal

Contoh pembelian barangan atau transaksi berjumlah RM98.56 di Lazada

Transaksi di Lazada
Rekod transaksi di akaun Paypal

Rekod transaksi di akaun BIG Prepaid MasterCard

Rekod transaksi di akaun BIG Prepaid MasterCard AirAsia menunjukkan transaksi yang sama iaitu RM98.56, ini bermakna tiada caj tambahan dikenakan berbanding CIMB Lazada Prepaid Mastercard.

Perbandingan hanyalah untuk caj transaksi yang dikenakan melalui Paypal sahaja. Kedua-dua kad prabayar tersebut mempunyai kelebihan masing-masing. Boleh dirujuk kepada pakej atau promosi semasa ditawarkan oleh pengeluar kad-kad debit atau prabayar tersebut apabila membuat pembelian di laman Lazada Malaysia. Infomasi ini berdasarkan status semasa entri disiarkan dan mungkin berubah dimasa hadapan.

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

No comments:

Post a Comment