Sunday 10 December 2017

Klawang Sunday Ride (10/12/2017)

KLAWANG SUNDAY RIDE (10/12/2017)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ride hujung minggu melayan Klawang (Kuala Klawang) lagi. Ride hari ini bersama  Khalid ZX6R dan Seth Effendi S1000RR.



Petronas Grand Saga (Simpang Balak)
Dalam pukul 8:30 AM, bertemu Khalid ZX6R dan Seth Effendi S1000RR di RV point Petronas Grand Saga (Simpang Balak). Agak lama juga tidak turun melayan Klawang sejak terakhir sekali pada 15/10/2017 kerana kesihatan dan keadaan semasa tidak mengizinkan. Hari ini kali pertama bertemu dan akan ride bersama Seth denga jentera 2016 S1000RR, kawan lama Khalid ZX6R yang kembali ke arena dua roda berkuasa tinggi. Seth pun baru pertama kali melayan Klawang. Jadi hari ini ride santai sahaja dan juga memberi ruang untuk Seth mengenali selekoh-selekoh di Klawang dengan dibimbing oleh Khalid ZX6R.

Bersama Khalid ZX6R di RV Petronas Grand Saga

Bersama Khalid ZX6R di RV Petronas Grand Saga

Bersama Seth Effendi S1000RR di RV Petronas Grand Saga

Bersama Seth Effendi S1000RR di RV Petronas Grand Saga


Stage 1 (Route B116)
Jalan agak lenggang ketika melayan Stage 1. Ride pun santai sahaja sekadar buang gayat. Berada di belakang sekali sekadar memerhatikan aksi leferan Khalid sedang memberi bimbingan pada Seth. Tanah bukit runtuh menyebabkan sebahagian jalan ditutup di Stage 1 dekat KM 2 Jalan Sungai Tekali (dekat hendak sampai Tasik Semenyih) masih belum diperbaiki. Alhamdulillah selesai melayan stage 1 dengan 56 korner sejauh 11 km tanpa sebarang masalah.








Onboard video, dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada).

Stage 2 (Route B19-B32)
Bermula dari dari belakang ketika permulaan mendaki ke puncak Genting Peras dari Simpang Sungai Lui Sekadar memerhatikan aksi leferan Khalid diikuti Seth. Keadaan jalan di KM34-35, kedua-dua lubang baru ditampal balik lagi, tetapi perlu berhati-hati kerana permukaannya tidak rata. Menghampiri Genting Peras Pit Stop, Seth memberi isyarat untuk saya memotongnya. Mungkin kepenatan dan tertanya-tanya bila hendak habis korner  sebelum tiba hentian pit stop agaknya. Alhamdulillah selesai melayan stage 2 dengan 77 korner sejauh 8 km sehingga tiba di Genting Peras Pit Stop (hala Kuala Kelawang) tanpa sebarang masalah.




Onboard video, dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada).

Genting Peras Pit Stop (hala Kuala Kelawang)
Tiba dalam pukul 11:00 AM tiba di Genting Peras Pit Stop. Cuma ada beberapa motor yang sudah berada disi. Kelihatan geng basikal yang sedang berehat di sini lebih ramai. Perbincangan hangat disini antara biker dengan 'cyclist' adalah bike vs superbike ketika di Genting Peras Pit Stop. Bukan pasal kelajuan tetapi kecanggihan basikal kepunyaan 'cyclist' itu sudah dekat sama harga dengan ZX6R.

9:40 AM Bersama Khalid ZX6R di Genting Peras Pit Stop

9:40 AM Bersama Seth Effendi S1000RR di Genting Peras Pit Stop

9:40 AMBersama Khalid ZX6R di Genting Peras Pit Stop

Perbincangan hangat bike vs superbike ketika di Genting Peras Pit Stop. Basikal uncle tu dekat sama harga ZX6R.

9:45 AM Geng basikal turut berehat seketika di Genting Peras Pit Stop

9:45 AM Geng basikal turut berehat seketika di Genting Peras Pit Stop


Stage 3 (Route N32)
Di Genting Peras Pit Stop, Gopro beralih ke bahagian belakang jentera ZX6R si Khalid pula. Ketika mula bergerak, terlupa hendak hidupkan 'GoPro' sehingga sedikit terkejar-kejar Khalid ZX6R tetapi semakin laju ke hadapan sehingga saya memperlahankan 'pace' sehingga ZX6R memperlahankan 'pace' nya juga. Bila dapat memberi isyarat untuk berhenti, baru dapat hidupkan GoPro pada jentera ZX6R. Giliran saya mengikuti si Khalid, tetapi terpaksa alon-alon sahaja, kerana tayar hadapan sudah kurang cantik untuk melefer diselekoh tajam sampai asah lutut, dan juga kaki pun baru pulih. Kalau terlampau 'stress' kan kaki takut nanti kena 'muscle spasm' pula dekat lutut dek faktor usia. Selepas batu penanda KM 32 (menuju K. Kelawang), tebing jalan runtuh termasuk penghadang besinya di Stage 3 selepas Genting Peras masih belum diperbaiki. Terdapat penghadang konkrit berselang plastik dipasang. Korner ini agak tajam, banyak juga rider terbabas di sini. Kalau dahulu ada penghadang tebing, sekarang tiada, kalau terlajak korner boleh 'terbang' ke cerun yang runtuh. Semoga dijauhi dari musibah. Alhamdulillah selesai melayan stage 3 dengan 98 korner sejauh 21 km sehingga tiba di Klawang Pit Stop (Gerai Hajjah Halimah) tanpa sebarang masalah.




Onboard video, dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada).

Onboard video, dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada).

Klawang Pit Stop (Gerai Hajjah Halimah)
Tiba di Klawang Pit Stop, kelihatan sudah ada grup biker bersantai di sini,. Grup besar terdiri dari rider-rider dengan jentera Triumph. Sebelum, diikuti beberapa grup lain yang tiba kemudian. Hari ini juga bertemu dengan Bro Eddy ZX6R yang melayan secara solo tadi. Ada juga beberapa kali saya ride bersama Bro Eddy ZX6R ini kalau bertemu beliau apabila melayan secara solo.

Bersama Khalid ZX6R dan Eddy ZX6R di Klawang Pit Stop

Bersama Khalid ZX6R dan Eddy ZX6R di Klawang Pit Stop

Bersama Seth S1000RR dan Eddy ZX6R di Klawang Pit Stop

Bersama Seth S1000RR dan Eddy ZX6R di Klawang Pit Stop

11:30 AM. Antara jentera-jentera parkir sekitar Klawang Pit Stop

11:30 AM. Antara jentera-jentera parkir sekitar Klawang Pit Stop

11:30 AM. Antara jentera-jentera parkir sekitar Klawang Pit Stop

11:30 AM. Antara jentera-jentera parkir sekitar Klawang Pit Stop


Stage 3 Return
Bergerak pulang turut sama disertai Bro Eddy ZX6R bersama-sama kami. Gopro masih berada dibahagian belakang jentera ZX6R si Khalid.  Pada permulaannya jalan kering, tetapi dipertengahan jalan, menjadi lembab dan basah baru selepas hujan, terpaksalah tukar ke 'rain mode', tetapi kembali kering semula sehingga tiba di Genting Peras Pit Stop.







Onboard video, dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada).

Genting Peras (hala Hulu Langat)
Berhenti seketika selepas Genting Peras Pit Stop untuk 're-group' sebelum meneruskan perjalanan.

Stage 2 Return
Di Stage 2, saya mengambil posisi dibelakang sekali untuk ride lebih santai, mengikuti Seth di mana Khalid ZX6R mengetuai di hadapan diikuti rapat oleh Eddy ZX6R sehingga tiba di persimpangan Sungai Lui. Berhenti seketika di sini untuk 're-group'.








Onboard video, dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada).

Stage 1 Return
Bermula Stage 1, saya mengikuti Khalid ZX6R yang berada dihadapan sekali diikuti Eddy ZX6R dan Seth S1000RR. Permulaan selekoh Stage 1 dari simpang terdapat kesan tumpahan lecek yang membentuk garisan hitam ditengah-tengah jalan. Perjalanan yang santai sehinggalah ke KM 3 di mana kamera 'GoPro' telah melayan dari jentera ZX6R dimana tapak housing atau casingnya telah patah. Mungkin dek gegaran yang agak kuat tetapi sesuatu yang tidak dijangkakan akan berlaku. Cuma housing yang mengalami kerosakan akibat terjatuh tetapi kamera masih berfungsi dengan baik. Bahkan masih sempat merakam saat-saat ianya terjatuh di atas jalan. Selain kamera yang terjatuh, turut ditimpa sedikit musibah menjadi dugaan hari ini sebagai peringatan.







Onboard video, dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada).

Route hari ini:



Elevation (Round Trip)



Alhamdulillah selamat sampai rumah walaupun terdapat sedikit musibah menjadi dugaan hari ini. Terima kasih buat semua rakan-rakan rider hari ini.

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy

MY LAZADA Best Sellers. Click to shop
Lazada Malaysia

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version


No comments:

Post a Comment