Sunday 1 October 2017

Klawang Sunday Ride (01/10/2017)

KLAWANG SUNDAY RIDE (01/10/2017)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ride hujung minggu melayan Klawang (Kuala Klawang) lagi. Ride hari ini bersama KamiSantaiKamiXLaju dan klawang riders.



Petronas Grand Saga (Simpang Balak)
8:30 AM tiba di RV point Petronas Grand Saga (Simpang Balak). Nampak Mior ZX6R sedang mengisi angin tayar. Kemudian diikuti Ustaz Asmadi ZX10R pula sampai.

Kedai Makan Erizal, Simpang Jalan Sungai Tekali, Batu 14.
9:30 AM tiba di Kedai Makan Erizal di persimpangan Jalan Sungai Tekali utuk berjumpa dengan lain-lain rider jemputan Ustaz Asmadi ZX10R. Selepas sarapan, dalam 10:30 AM bergerak dari Kedai Makan Erizal  untuk memulaka sesi melayan Stage 1 Klawang.

Kedai Makan Erizal di persimpangan Jalan Sungai Tekali

Kedai Makan Erizal di persimpangan Jalan Sungai Tekali

Sekitar persimpangan Jalan Sungai Tekali

Sekitar persimpangan Jalan Sungai Tekali

Sekitar persimpangan Jalan Sungai Tekali

Stage 1 (Route B116)
Baru beberapa selekoh dari permulaan Stage 1, ada yang tercicir beg pinggang ('pouch/waist bag). Nasib tuannya sedar dan berhenti untuk ambil balik. Siapa punya pouch? Rupanya Ustaz Asmadi ZX10R yang punya. Sampai di persimpangan Semenyih Dam, agak lama juga tunggu rider-rider lain sehingga hendak berpatah balik. Baru hendak bergerak, semua rider sudah sampai.













Onboard video, dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada).


Stage 2 (Route B19-B32)
Sesi melefer Stage 2 berjalan lancar, nampaknya semua semakin ke depan.






Onboard video, dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada).

Genting Peras Pit Stop (hala Kuala Kelawang)
Dalam pukul 11:00 AM tiba di Genting Peras Pit Stop. Ride dalam grup dengan 7 jentera superbike.
Sekitar Genting Peras Pit Stop

Sekitar Genting Peras Pit Stop

Grup foto di Genting Peres Pit Stop

Grup foto di Genting Peres Pit Stop


Stage 3 (Route N32)
Bermula dengan baik, tapi hari ini kurang bernasib baik kerana salah seorang rider telah 'low side' ketika megambil selekoh kiri selepas KM29. Alhamdulillah, rider tidak mengalami sebarang kecederaan. Jentera pun hanya calar di bahagian fairing, sedikit kerosakan pada tuil gear dan boleh di tunggang balik. Rider yang jatuh orang lama, setelah bertahun-tahun melayan Klawang, ini adalah kali pertama 'kecundang' di Klawang. Kami mengambil keputusan untuk menamatkan sesi Stage 3 di sini dan berpatah balik.







 






Onboard video, dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada).

Stage 3 Return
Ride santai sahaja. Insaf sekejap. Semoga dijauhkan segala musibah.












Onboard video, dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada).

Stage 2 Return
Nampaknya semua rider ride santai dalam barisan.






Onboard video, dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada).

Stage 1 Return
Permulaa nampaknya semua rider ride santai dalam barisan. Hujung-hujung ada yang kejar podium. . Peluang terakhir melefer selepas alon-alon tadi.









Onboard video, dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada).

Kedai Makan Kuning, Sungai Tekali.

Pit stop di Kedai Makan Kuning Sg Tekali untuk singgah minum dan makan dulu.

Pit stop di Kedai Makan Kuning Sg Tekali untuk singgah minum dan makan dulu.


Mior ZX6R dan Ustaz Asmadi ZX10R dengan pouch beg kesayangan.


Alhamdulillah selamat sampai rumah. Terima kasih semua.

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy

MY LAZADA Best Sellers. Click to shop
Lazada Malaysia

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

No comments:

Post a Comment