Sunday 8 October 2017

Klawang Sunday Ride (08/10/2017)

KLAWANG SUNDAY RIDE (08/10/2017)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ride hujung minggu melayan Klawang (Kuala Klawang) lagi. Ride hari ini bersama Klawang Riders.




Petronas Grand Saga (Simpang Balak)
9:00 AM tiba di RV point Petronas Grand Saga (Simpang Balak). Ustaz Asmadi ZX10R suda menanti. Dalam pukul 9:15 AM, mula bergerak menuju ke Kedai Makan Erizal di persimpangan Jalan Sungai Tekali.




Kedai Makan Erizal, Simpang Jalan Sungai Tekali, Batu 14.
9:30 AM tiba di Kedai Makan Erizal di persimpangan Jalan Sungai Tekali. Mad ZX10R berserta beberapa rider lain sedang menikmati sarapan disini. Ada beberapa rider lain belum sampai. Selepas sarapan, dalam 10:30 AM bergerak dari Kedai Makan Erizal  untuk memulakan sesi melayan Klawang.

Stage 1 (Route B116)
Bermula dari belakang sekali ketika bergerak dari Kedai Makan Erizal. Cuma ada seorang rider sahaja ketika bermula mendaki Stage 1, yang lain semua rider sudah ke depan sehingga selesai Stage 1.





Stage 2 (Route B19-B32)
Sempat merakam kelibat rider-rider di permulaan stage 2. Permulaan mendaki ke puncak Genting Peras semua rider sudah semakin ke depan.










Genting Peras Pit Stop (hala Kuala Kelawang)
Dalam pukul 11:00 AM tiba di Genting Peras Pit Stop. Ride dalam grup dengan 12 jentera superbike. Sudah ada satu grup dengan 4 jentera superbike berehat disini.








Stage 3 (Route N32)
Penghujung Stage 3 menuruni Genting Peras, hujan mula turun dan semakin lebat di Kongkol. Grup sudah berhenti di MZ korner dekat Simpang ke Chennah. Sebelum itu terdapat kemalangan melibatkan salah seorang rider dari grup kapcai telah terjatuh di korner kanan selepas KM28 (ke Kuala Kelawang). Nampaknya rider hanya mengalami sedikit kecederaan ringan.



Afit MV Agusta F3

Mad ZX10R



Ustaz Asmadi ZX10R



Ahfai GSX-1000R



Kemalangan di korner kanan selepas KM28







Kedai Makan MZ Korner, Kongkol
Kedai Makan MZ Korner, di Simpang ke Chennah menjadi pit stop untuk berehat seketika sementara menunggu hujan berhenti. Ramai juga rider yang berhenti disini.





Stage 3 Return
Jalan masih lembap dipermulaan dan semakin kering menuju ke puncak Genting Peras. Semua rider sudah semakin ke depan apabila ada yang membuka langkah. Saya cuma ride santai sahaja.











Genting Peras (hala Hulu Langat)
Nampak semua rider sudah meneruskan perjalanan melayan Stage 2.

Stage 2 Return
Semua rider kecuali Ustaz Asmadi sudah meneruskan perjalanan melalui Stage 1 ketika tiba di persimpangan dekat Empangan Semenyih. Mereka akan berhenti dulu di Kedai Kuning selepas Stage 1 untuk berehat seketika dan makan tengahari. Ustaz Asmadi menanti saya untuk sama-sama pulang melalui Empangan Semenyih (Sungai Tekala) ke Semenyih mengakhiri sesi melayan Klawang hari ini.



Onboard video, dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada).

Route hari ini:



Elevation (Round Trip)


Alhamdulillah selamat sampai rumah. Terima kasih semua.

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy

MY LAZADA Best Sellers. Click to shop
Lazada Malaysia

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

No comments:

Post a Comment