Sunday 15 October 2017

Klawang Sunday Ride (15/10/2017)

KLAWANG SUNDAY RIDE (15/10/2017)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ride hujung minggu melayan Klawang (Kuala Klawang) lagi. Ride hari ini bersama Klawang Riders atas jemputan Ustaz Asmadi.



Petronas Grand Saga (Simpang Balak)
Dalam pukul 9:00 AM, rider-rider dari sekitar Kajang dan Semenyih bertemu di RV point Petronas Grand Saga (Simpang Balak). Walau bagaimanapun, saya terpaksa keluar lewat sedikit dan tidak berkesempatan bertemu Ustaz Asmadi ZX10R, Mior ZX6R dan juga Khalid ZX6R. Saya sudah memaklumkan akan bertemu di Kedai Makan Erizal Batu 14, di persimpangan Jalan Sungai Tekali.

Kedai Makan Erizal, Simpang Jalan Sungai Tekali, Batu 14.
Dalam pukul 10:00 AM tiba di Kedai Makan Erizal di persimpangan Jalan Sungai Tekali. Ustaz Asmadi ZX10R berserta rider-rider jemputan Ustaz Asmadi sedang menikmati sarapan disini. Banyak juga motor sedang parkir sekitar kedai makan. Dalam kedai juga dipenuhi rider-rider yang akan melayan Klawang. Dalam 10:30 AM, grup mula bergerak dari Kedai Makan Erizal  untuk memulakan sesi melayan Klawang.

Sekitar Kedai Makan Erizal, Batu 14.

Sekitar Kedai Makan Erizal, Batu 14.

Para rider mula bersiap untuk bergerak


Stage 1 (Route B116)
Ada beberapa grup bikers bergerak serentak ketika bermula dari Kedai Makan Erizal Batu 14 sehingga permulaan mendaki Stage 1. Banyak pula grup-grup biker turun melayan Klawang hari ini. Sempat juga merakam kelibat rider-rider tiba di penghujung Stage 1 ketika sampai. Alhamdulillah selesai stage 1 tanpa sebarang masalah.

Mula bergerak dari Kedai Makan Erizal, Batu 14.







Onboard video, dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada).

Stage 2 (Route B19-B32)
Mula bergerak ketika tiada lagi nampak kelibat rider -rider yang tiba dari Stage 1. Sempat merakam kelibat rider-rider tiba di permulaan stage 2. Permulaan mendaki ke puncak Genting Peras kebanyakkan rider sudah semakin ke depan. Sempat alon-alon dengan Ustaz Asmadi sebelum beliau membuka langkah semakin ke depan. Dikhabarkan, awal pagi tadi ada rider terjatuh di selekoh berlubang antara KM 34-35 dekat kawasan kampung.




Kelibat Afit dengan jentera MV Agusta F3 berdekatan Empangan Semenyih

Kelibat Acu dengan jentera ZX6R berdekatan Empangan Semenyih

Kelibat Mior  dengan jentera ZX6R berdekatan Empangan Semenyih

Kelibat Ustaz Asmadi dengan jentera ZX10R ketika memulakan pendakian Genting Peras


Sedang menguji GoPro yang dipasang pada jentera ZX10R Ustaz Asmadi .
 Genting Peras Pit Stop (hala Kuala Kelawang)
Tiba sebelum pukul 11:00 AM tiba di Genting Peras Pit Stop. Ride dalam grup dalam sekitar 20 jentera superbike.






Onboard video, dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada).


Stage 3 (Route N32)
Dalam pukul 11:00 AM mula bergerak dari Genting Peras Pit Stop. Ustaz Asmadi pula jadi kameraman kerana GoPro telah berpindah ke jentera ZX10R. Nampaknya saya terpaksa alon-alon sahaja, kerana tayar hadapan sudah kurang cantik untuk melefer. Terima kasih buat Usatz Asmadi kerana sudi alon-alon dengan saya seketika yang 'slow' hari ini. Selalu pun memang slow, ha ha ha. Dapat juga masuk video sendiri. Selebihnya banyak aksi si Mior ZX6R, ada bakat jadi racer MSS kata Ustaz Asmadi. Alhamdulillah, semua selamat tiba di Klawang Pit Stop.







Tiba di Klawang Pit Stop

Terima kasih buat Ustaz Asmadi sudi jadi kameraman dan tumpangkan GoPro di jentera ZX10R


Onboard video, dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada).


Klawang Pit Stop (Gerai Hajjah Halimah)
Tiba di Klawang Pit Stop, kelihatan sudah ada grup biker bersantai di sini. Penghujungnya, lebih dari 40 buah jentera berkuasa tinggi bersantai di sini. Apa yang menarik dan agak meriah hari ini melihat telatah para rider ketika menonton siaran langsung atau memberikan sokongan kepada pelumba Moto2 negara iaitu Hafizh Syahrin ketika beraksi di dalam perlumbaan yang berlansung di Litar Motegi, Jepun (Japanese MotoGP) dalam litar yang basah. Ramai yang bersemangat ketika Hafizh mengejar kedudukan dari P5 ke P4, seterusnya P4 ke P3 dan berharap mendapat kedudukan yang lebih baik. Apa pun tahniah buat Hafizh Syahrin (Pescao #55) yang berjaya menamatkan perlumbaan di P3 dan menaiki podium dua kali berturut-turut selepas San Marino GP dan juga podium ke-3 dalam kariernya. Semoga menjadi inspirasi dan lebih bersemangat untuk Malaysian GP pada hujung bulan Oktober ini.


















Nampaknya krew Klawang Pit Stop (Firdaus dan Atih) sibuk hari ini

Sedang kusyuk menyaksikan siaran langsung perlumbaan Moto2 dari Litar Motegi, Jepun

Para rider menyaksikan siaran langsung perlumbaan Moto2 ketika Hafizh Syahrin mengejar kedudukan podium

Suasana mendebarkan ketika Hafizh Syahrin mengejar kedudukan podium dalam dalam perlumbaan Moto2

Reaksi kegembiraan kerana rider malaya akhirnya berjaya juga naik podium pada kedudukan P3.

Grup foto di Klawang Pit Stop untuk ride hari ini. 
Video dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada)


Stage 3 Return
Pada permulaan Stage bolehlah duduk depan Ustaz Asmadi. Ada pula ambulan baru balik dari Genting Peras, ini buat seram. Terdapat dua lokasi (selekoh yang kerap rider terjatuh pulak) dimana kelihatan ada grup biker berhenti, kemungkinan ada rider dikalangan mereka terjatuh. Seperti biasa, kalau Ustaz Asmadi sudah buka langkah, sampai grup kat depan sekali sempat lagi dituruti. Kena tabik dekat Ustaz Asmadi ni, jiwa kelajuan masih kekal pada tahap terbaik. Tatkala ramai rider sebaya saya sudah 'berpencen' main superbike, dapat layan selekoh alon-alon pun jadilah. Saya sentiasa teruja melihat lenggang lenggok Ustaz Asmadi disetiap selekoh kalau berpeluang mengekorinya. Apa pun sayugia diingat kena ride ikut 'pace' masing-masing dan meningkat tahap kemahiran menunggang seiringan dengan teknologi jentera superbike sekarang. Kenali dan biasakan dengan laluan Klawang. Pesanan yang selalu diberikan oleh sifu-sifu Klawang ketika saya mula bermain di Klawang dengan jentera berkuasa tinggi. Terima kasih buat sifu-sifu. Alhamdulillah selesai stage 3 return tanpa sebarang masalah.
















Video dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada)

Genting Peras (hala Hulu Langat)
Menunggu seketika bersama Ustaz Asmadi ZX10R, kalau masih ada rider belum tiba. Grup hadapan sudah bergerak dahulu.



Stage 2 Return
Kebanyakkan rider sudah meneruskan perjalanan melalui Stage 1 ketika tiba di persimpangan dekat Empangan Semenyih. Ustaz Asmadi menanti rider-rider yang akan pulang bersama-sama melalui Empangan Semenyih (Sungai Tekala) ke Semenyih. Oh ya, Stage 2 return tiada video tapi gambar-gambar leferen masih ada.












Menunggu rider-rider yang akan pulang bersama melalui Sngai Tekala-Semenyih


Sungai Tekala -Semenyih
Dalam 5 rider/motor melalui Empangan Semenyih - Jalan Sungai Tekala - Semenyih bagi mengakhiri sesi melayan Klawang hari ini.

Azrol Modenas Pulsar 200

Mior ZX6R

Khalid ZX6R

Ustaz Asmadi ZX10R


Route hari ini:




Alhamdulillah selamat sampai rumah. Terima kasih semua.

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

No comments:

Post a Comment