Sunday 24 September 2017

Klawang Sunday Ride (24/09/2017)

KLAWANG SUNDAY RIDE (24/09/2017)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ride hujung minggu melayan Klawang (Kuala Klawang) lagi. Cuaca pun nampak baik hari ini.




Petronas Grand Saga (Simpang Balak)
8:30 AM tiba di RV point Petronas Grand Saga (Simpang Balak). Khalid ZX6R sempat singgah untuk bertemu tapi hari ini tidak ride ada majlis kenduri. 9:00 AM mula bergerak dari, nampaknya tiada rider yang muncul hendak ride pagi ini.

8:30 AM. Tiada motor yang sudah sampai.


Stage 1
Ride santai sahaja


Onboard video, dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada). 

Stage 2
Ride santai sahaja


Onboard video, dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada).

Genting Peras (hala Kuala Kelawang)
Meneruskan perjalanan. Ada satu grup baru hendak bergerak

Stage 3
Mengikuti grup yang berhenti di Genting Peres tadi dari belakang. Terdapat satu grup berhenti di satu selekoh. Ada salah seorang rider telah terjatuh. Kelihatan rider okay, jadi meneruskan perjalanan. Mungkin sedang menunggu 'rescue' untuk motor. Grup diikuti berhenti di Kangkoi untuk re-group. Saya meneruskan perjalanan ke Pit Stop.


Onboard video, dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada).

Klawang Pit Stop
Tiba di Klawang Pit Stop kelihatan 2 jentera yang dikenali. Rupanya Abe Jam Brutale dengan Ard RSV4 yang mulanya tidak jadi hendak ride ke Klawang. Awal pagi, Abe Jam masuk LEKAS diikuti Ard RSV4 untuk sesi memanaskan motor. Kebetulan bertemu di Mantin ketika hendak berpatah balik. Abe Jam terus ajak lajak ke Klawang melalui Pantai - Jeram Toi - Kuala Kelawang.

Hanya bertiga sahaja di Pit Stop

S1000RR vs RSV4 vs Brutale. Jerman vs Itali. Semua motor conti ni..

Bersama Abw Jam Brutale dan Ard RSV4


Stage 3 Return
Ride santai sahaja diikuti Abe Jam Brutale dan Ard RSV4 yang sudah lama tidak turun ke Klawang. Lagi pun pasang GoPro hala ke belakang untuk merakam aksi Abe Jam dan Ard. Masih ada sebahagian rider dari grup yang ada rider terjatuh tadi masih di lokasi kejadian.


Onboard video, dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada).

Genting Peras (hala Hulu Langat)
Meneruskan perjalanan

Stage 2 Return
Ride santai sahaja diikuti Abe Jam Brutale dan Ard RSV4. GoPro masih hala ke belakang.


Onboard video, dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada).

Stage 1 Return
Kali ini Gopro hala kehadapan pula. Boleh tengok aksi Abe Jam dan Ard di hadapan pula.


Onboard video, dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada).

Aksi Abe Jam di Stage 1

Hendak belajar ikut line RSV4 pula di Stage 1

Aksi leferen RSV4 di Stage 1


Jalan Hulu Langat.
Ketika perjalanan pulang melalui Jalan Hulu Langat. Berlaku kejadian seram seketika. Bobbin belakang motor Abe Jam telah tercabut, melantun atas jalan dan terus melayan ke arah saya yang berada di belakangnya. Alhamdulillah tidak berlaku kejadian yang tidak diingini, bobbin tersebut singgah di badan, sempat juga larikan kepala ke tepi takut singgah di helmet. Kalau terhentam windshield motor atau visor helmet, tidak tahu la jadi macam mana.

Dari video baru nampak yang bobbin sudah hampir tertanggal

Aksi serem, bobbin tercabut, melantun atas jalan dan melayan dapat dirakam oleh GoPro. 


Onboard video, dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada).


Route hari ini:



Elevation (Round Trip)


Alhamdulillah selamat sampai rumah dalam pukul 12:30 PM. Terima kasih semua.

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy


MY LAZADA Best Sellers. Click to shop
Lazada Malaysia

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

4 comments:

  1. Superb ride TH. Tahniah. Nanti kalau ada rezeki, bolehlah kita ride sesame, inshaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah TH, sudah lama tidak ride bersama.

      Delete
  2. Terbaekk bro... saya seram skit kalau geng geng ni lalu sebelah.
    HAHAHAA

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha takde ape tu. Terima kasih sudi singgah.

      Delete