Sunday 10 September 2017

San Marino MotoGP 2017: Tahniah Buat P3 Hafizh Syahrin #55 Dan P9 Khairul Idham Pawi #89 Dalam Moto2

SAN MARINO MOTOGP 2017: TAHNIAH BUAT P3 HAFIZH SYAHRIN DAN P9 KHAIRUL IDHAM PAWI #89 DALAM MOTO2 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Hujung minggu menonton MotoGP San Marino bagi kategori Moto2 agak mendebarkan melihat aksi dua pelumba Malaysia iaitu Hafizh Syahrin Abdullah berjaya menaiki podium tempat ke-3 dan Khairul Idham Pawi menamatkan perlumbaan tempat ke-9. Perlumbaan berlangsung dalam keadaan litar basah yang sudah pasti menjadi kegemaran yang juga mempunyai skill kemahiran tunggangan dalam hujan yang baik bagi kedua-dua pelumba. Amat teruja melihat Hafizh memotong setiap perlumba satu demi satu dan juga suatu ketika Hafizh mencatatkan masa terpantas perlumbaan ketika merapati kelompok pelumba di hadapan. Menamatkan perlumbaan dengan berada di podium walaupun tempat ke-3 adalah yang terbaik dalam sejarah perlumbaan Moto2 untuk pelumba Malaysia, membuatkan rakyat Malaysia rasa amat berbangga. Tahniah buat Hafizh Syahrin. Kami berbangga dengan anda.




Video aksi Hafizh Syahrin ketika dua pusingan terakhir sehingga ke podium



Hafizh Syahrin tempat ketiga di GP San Marino
September 10, 2017 23:50 MYT

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto2 dari Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah mempamerkan tunggangan cemerlang pada Ahad dengan menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dalam kategori Moto2 dalam Grand Prix San Marino di litar Misano, Itali.

Pelumba Petronas Raceline Malaysia berusia 23 tahun itu mencatat masa 51 minit:47.584 saat dalam perlumbaan 26 pusingan dengan keadaan litar yang basah .

Dua pelumba Switzerland, Dominique Aegerter daripada Kiefer Racing memenangi tempat pertama kategori itu dengan masa 51 minit:39.709 dan Thomas Luthi daripada CarXpert Interwetten, di tempat kedua dengan perbezaan masa 1.400 saat.

Seorang lagi pelumba Malaysia, Khairul Idham Pawi daripada Idemitsu Honda Team Asia mencatatkan keputusan terbaiknya dalam musim ini di tempat kesembilan daripada 16 pelumba selepas ketinggalan 1 minit:01.495 saat di belakang Aegeter.

Dalam pada itu, Hafizh Syahrin bersyukur dengan kejayaannya meraih kedudukan podium buat kali kedua selepas kali terakhir meraih tempat ketiga pada 2012 di Litar Antarabangsa Sepang.

"Syukur ke hadrat Allah SWT di atas kejayaan ini. Terima kasih kepada kru teknikal yang bekerja keras pada minggu ini dan saya bawa kejayaan Malaysia muncul juara keseluruhan Sukan SEA 2017, baru-baru ini ke dalam perlumbaan hari ini.

Saya buktikan saya mampu meraih kejayaan seperti atlet negara yang lain. Terima kasih kepada keluarga, peminat dan kawan-kawan saya serta pengurus saya yang banyak memberi sokongan kepada saya selama ini," kata anak jati Selangor itu kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp.

Kejayaan hari ini membolehkan Hafizh Syahrin mengutip 16 mata untuk berada di tangga ke-10 keseluruhan dalam kategori Moto2 dengan kutipan 66 mata selepas 13 pusingan perlumbaan musim ini.

-- BERNAMA
Sumber: Astro Awani

Berita di akhbar-akhbar utama berbahasa Malaysia

Hafizh naik podium di GP San Marino - Utusan Malaysia

Hafizh raih podium di GP San Marino - Berita Harian

Kejayaan atlet negara di KL2017 jadi inspirasi Hafizh - Berita Harian

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy

MY LAZADA Best Sellers. Click to shop
Lazada Malaysia

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

No comments:

Post a Comment