Sunday 17 September 2017

Ride ke Tempat Otai Karkun Senawang (17/09/2017)

RIDE KE TEMPAT OTAI KARKUN SENAWANG (17/09/2017)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ride santai hujung minggu bersarapan mee bandung di sebuah warung yang popular di Taman Cempaka, Senawang, Seremban atau lebih dikenali sebagai warung Tempat Otai Karkun dalam Google map. Warung ini tidak mempunyai nama tetapi lebih dikenali sebagai Tempat Otai Karkun, yang mana menjadi tempat karkun-karkun Senawang dan Ampangan bersarapan pagi. Karkun? mungkin ada yang tidak pernah dengar istilah tersebut. Karkun adalah istilah lain bagi ahli tabligh atau jemaah dakwah. Apakah menu sarapan yang popular di warung Tempat Otai Karkun.  Kebanyakkan yang datang hendak pekena mee bandung muar dan mee jawa. Menu lain ada juga seperti nasi lemak, nasi goreng dan mee goreng.



Asalnya saya bercadang hendak melayan Kelawang pagi ini, mungkin secara solo sebab ramai yang tidak keluar ride pagi ahad ini. Dalam pukul 8:00 AM, dapat mesej dari Ard RSV4 mengajak ke Senawang melayan LEKAS bersama-sama Tuan Marshal Siong R1200RT yang kebetulan ada urusan di Senawang.

PETRONAS Prima Saujana
Menjadi rendezvous (RV) point atau tempat pertemuan yang ditetapkan pada jam 9:00 AM. Namun saya kelewatan sedikit gara-gara tukar plan, maka riding gear hendak melayan Versys pun baru hendak tercari-cari. Tiba di PETRONAS Prima Saujana dimana Ard dan Siong sudah pun menunggu. Baru hendak mengisi minyak dan angin tayar Versys yang agak lama tidak berjalan jauh. Dalam 9:30 AM bergerak menuju Lebuhraya LEKAS.

Lebuhraya LEKAS
Oleh kerana sudah lama tidak melayan Versys, maka ride santai mengikuti dari belakang melihat aksi RSV4 dan R1200RT berdesup dihadapan. Seperti kebiasaan, Lebuhraya LEKAS agak lenggang di pagi Ahad. Perjalanan terus sehingga tiba di Senawang.

PETRON Persiaran Senawang
Dalam 9:50 AM, tiba di Petron Persiaran Senawang di Jalan Senawang terletak di Taman Seri Pagi menjadi RV point kedua. Berhenti seketika, sebelum ke warung mee bandung yang terletak tidak jauh dari sini.

Warung Tempat Otai Karkun
Dalam 10:20 AM tiba di Warung Tempat Otai Karkun. Menurut Tuan Marshal Siong, warung ini amat tersohor dengan mee bandung muar. Kalau hujung minggu, ramai yang datang berkunjung hendak bersarapan dengan mee bandung. Warung Tempat Otai Karkun ini terletak di persimpangan Persiaran Senawang 7 dengan Taman Cempaka (Fasa 2) dan Taman Desa Orkid, kira-kira 750 m dari PETRON Persiaran Senawang. Menu menjadi pilihan sudah pasti mee bandung muar. Saya juga mencuba nasi lemak di sini. Dalam 11:45AM, mula beredar dari warung. Terima kasih TH Siong yang 'payung'kan kami hari ini.

Mee bandung muar pilihan TH Siong. eeh ada orang bawa handphone baru dalam kotak lagi

Ard RSV4 dan Marshal Siong R1200RT
Fauzy Versys 650 and Ard RSV4

Persekitaran warung Tempat Otai Karkun di Taman Cempaka (Fasa 2)

Pandangan jalan masuk ke warung. Banyak motor parkir di lorong ini.

Jalan masuk ke warung.  Jalan besar didepan tu Jalan Persiaran Senawang 7. Banyak kereta parkir di sini.







Ride Video:




Route Warung Tempat Otai Karkun dari PETRONAS Prima Saujana:


Route balik:



Alhamdulillah selamat sampai rumah. Terima kasih semua.

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy

MY LAZADA Best Sellers. Click to shop
Lazada Malaysia

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

No comments:

Post a Comment