Sunday, 22 January 2017

Klawang Sunday Ride 22/01/2017

KLAWANG SUNDAY RIDE (22/01/2017)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ride hujung minggu ke Klawang (Kuala Kelawang) lagi. Hari ini kelihatan banyak grup motor atau rider-rider yang turun melayan Klawang, tak kurang juga grup berbasikal beriadah dari Stage 2 hingga Stage 3. Di Klawang Pit Stop, kelihatan penuh dengan barisan motor dimana rider-rider berhenti rehat seketika dan bertemu mesra dengan rakan-rakan bikers lain sebelum meneruskan destinasi seterusnya, samada berpatah balik mengikuti Jalan Kuala Kelawang-Semenyih-Sg Tekali atau meneruskan perjalanan ke Simpang Pertang-Karak atau  Jalan Kuala Kelawang-Seremban.

Sessi bergambar 'Klawang Riders' 22/01/2017 di Klawang Pit Stop. Photo Kredit: Bro K



 Gambar-gambar sekitar sessi pagi 'Klawang Sunday Ride' yang sempat dirakam dan juga dikongsikan oleh rakan-rakan 'Klawang Riders'.

Seperti biasa RV kat Petronas Grand Saga untuk 'geng setaman' yang nak ke Klawang. 

Dari kiri Khalid, Wan, Jo dan Abe Jam. Khalid dok tunggu rakan-rakan biker lain. Maaf Lib, hari ini ride 'alon-alon' je kasi 'running-in new rubber'.Baru tukar tayar depan belakang. Pakai Pirelli Diablo Rossa Corsa je.. 
Ustaz Madi and Friends. Photo Kredit: RiDer SanTai

Ustaz Madi and Friends. Si Khalid pun nak gambar juga. Photo Kredit: RiDer SanTai

Bro K and Friends

Bro K and Friends

Gambar-gambar sekitar Klawang Pit Stop.

Aprilia Riders Club (APRC) turun klawang 











Video

Onboard Video oleh Ustaz Madi: Part 1- Sunday ride klawang.santaii dan versi 'unedit'



Onboard Video oleh Ustaz Madi: Part 2 - Klawang Sunday santai with mt geng



Route hari ini:


Berhati-hati terdapat 'blind corner' dengan jalan berlubang di kedua-dua belah dekat Stage 2 selepas Kampung Orang Asli Genting Peras, selepas batu penanda KM 35 ke Kuala Kelawang. (terdapat perkataan 'SLOW' di atas jalan). Dimaklumkan ada rider yang 'terkena' sampai terjatuh. Sebagai rider kita kena peka dengan potensi bahaya di hadapan kita walaupun kita sudah biasa dengan jalan tersebut tetapi kadang-kadang kita terlupa seperti peribahasa 'Pelanduk lupakan jerat tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk'. Hati-hati semua.


Kemaskini pada 04/02/2017
Lanjutan daripada keadaan jalan tersebut telah melibatkan beberapa kemalangan pada rakan-rakan bikers. Satu aduan telah dibuat oleh sahabat biker, Bro Khalid, kepada pihak JKR Selangor untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih kepada Bro Khalid atas keprihatinan beliau kepada pengguna-pengguna jalan tersebut.

Sumber dari pengadu, Bro Khalid.

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy


Like This Blog:     Follow@Twitter:  

No comments:

Post a Comment