Sunday, 15 January 2017

OBian Ride ke Lemang To'Ki Bentung (15/01/2017)

OBIAN RIDE KE LEMANG TO' KI BENTUNG

15/01/2017

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Sudah lama tidak ride bersama-sama dengan sahabat-sahabat OBian (OILERBIKERZ). Walaupun ada yang masih aktif dalam dunia permotoran, ramai juga yang sudah bersara dan juga dah 'slow down' kerana komitmen masing-masing dan juga keadaan semasa, dari segi ekonomi, pekerjaan, keluarga mahupun kesihatan. Walau bagaimana pun, antara kami masih berhubungan dalam grup sosial media atas silaturrahim  ('brotherhood') yang sudah wujud bertahun-tahun lama sejak saya mula 'terjebak' dalam dunia permotoran berkuasa tinggi.

 Ride hari ini sebenarnya pun tercetus hasil perbincangan dalam grup media sosial untuk  mengadakan 'short weekend ride' bagi OBian yang berkelapangan. Tuan Sifu Marshall Jebat mengajak ke Lemang To' Ki hujung minggu ini (hari ini).  Alhamdulilah, dapatlah kami berempat hari ini bersua muka untuk ride bersama-sama.

Obian rider trip hari ini dari kiri Abe Jam, Jebat, Hj Ipin dan Fauzy. RV point di BHP lepas Tol Gombak



Deretan motor-motor sekitar belakang BHP lepas Tol Gombak yang menjadi RV point untuk grup-grup ride hujung minggu

Deretan motor-motor sekitar belakang BHP lepas Tol Gombak yang menjadi RV point untuk grup-grup ride hujung minggu

Deretan motor-motor sekitar belakang BHP lepas Tol Gombak yang menjadi RV point untuk grup-grup ride hujung minggu

Deretan motor-motor sekitar belakang BHP lepas Tol Gombak yang menjadi RV point untuk grup-grup ride hujung minggu

Deretan motor-motor sekitar belakang BHP lepas Tol Gombak yang menjadi RV point untuk grup-grup ride hujung minggu

Dalam pukul 9:00 pagi mula bergerak dari BHP. Ok kita tunggu Hj Ipin kata Tn. Marshall Jebat

Mana Hj Ipin ni pulak.. Ingat isi minyak, rupanya dah jalan.. sebab saya yang last sekali gerak tadi.Tn Marshall

Dekat Tol Bentong... boleh bayangkan tak macam mana Marshall GTR boleh naik first podium tu. Kita tunggu Hj Ipin dulu. "Ganaz gak rider dari Klawang kat belakang saya nih...berbisa lagi" kata Tn Marshall Jebat. Rider Brutale bilang GTR amek koner karak mcm motogp jer. Ish3x kata nak alon-alon je.. Kesian Ipin and Junior.

Sampai kat Lemang To' Ki Bentong... Parkir agak jauh atas jambatan, hari ini nampak meriah  sungguh kat sini..

Parkir sekitar kedai hampir penuh dengan grup moto dan juga kereta.

Barisan motor parkir atas jambatan

Grup Honda NSR...

Alahai ramainya pengunjung hari ini.. harap-harap dapat tempat duduk..

Lemang pun dah abis... nak tunggu yang baru bakar lambat lagi ni...

Seberang jalan pun penuh dengan deretan pelbagai jenis motor

Sambungan deretan pelbagai motor dari photo di atas

Sambungan deretan pelbagai motor dari photo di atas

Kat depan kedai pun penuh dengan motor

Kat depan kedai pun penuh dengan motor

Nun ke belakang barisan peminat tegar lemang sabar menunggu lemang tengah dok bakar tu. Tak merasa lemang trip kali ni.

Hj Ipin dengan junior..Agaknya masa kecik-kecik dulu macam ni rupa Ipin kut.. Dapat nasi dagang bungkus dengan lauk kepala ikan aye (tongkol) tu,

Makan roti canai cicah rendang, daging bakar dan ayam pangggang jadikkkk boh.

Barisan menunggu lemang makin panjang ni. Sampai tokeh lemang bawah khemah memohon maaf atas kelewatan disebabkan jumlah pengunjung melampaui kebiasaan. Siap bagi diskaun bagi yang masih menanti..

Kecik-kecik pon sampai jugak kat sini....It's not a bike.. It's a rider make it happen...

Harley Davidson Group

Parkir berjiran dengan Harley Davidson Group

Geng LC ni...

Bergambar kenangan dulu dengan biker-biker kental OB, Dari kiri Hj. Ipin Hyperstrada, Jebat GTR, Fauzy S1000RR, Abe Jem Brutale

Bergambar kenangan dulu nampak kedai To' Ki yang tengah berasap tu, Hari ni dapat cium asap lemang je, Next time lah..

Lebih kurang pukul 12:00 tiba di Tol Gombak. Abe Jam kata geng kajang nak bergerak balik dulu la.. terima kasih semua


Route:


Alhamdulillah semuanya selamat tiba dirumah masing-masing. Walaupun ramai yang tidak dapat bersama-sama untuk ride kali ini, namun ramai Obian mendoakan keselamatan kami sepanjang ride ini menerusi grup media social. Terima kasih atas doa sahabat-sahabat sekalian. Semoga kita dapat ride bersama-sama lagi.

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy


Like This Blog:     Follow@Twitter:  

2 comments:

  1. Perghhh... OBIAN blogger memang hebat. Kita mula dgn 4 moto dulu lama kelamaan nanti ramailah. Sebenarnya ramai lagi yg nak ikut tetapi commitment dan faktor kesihatan tak mengizinkan.
    Apa pon terima kasih kpd Tsr Fauzi lah yg menghidupkan semula dunia permotoran Oiler Bikerz. Sekalung tahniah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih TS Marshall Jebat. Sekadar berkongsi saat-saat 'kegemilangan' bersama OB. Insyaalah. Fauzy

      Delete