Thursday, 24 November 2016

Sindrom "RIDER(S) DOWN"

 Dikongsikan keperihatinan dan perkongsian ilmu dari penulis asal yang diterima dari grup permotoran melalui aplikasi "Whatsapp".

Sindrom "RIDER(S) DOWN"
Oleh Hj Azizi Hashim

Sindrom "RIDER(S) DOWN" kerap didengari pada setiap hujung minggu terutamanya.
Yes! Soal ajal maut dan ketentuan Ilahi tidak dinafikan. Telah tertulis sejak azali. Tetapi Allah tidak izinkan kita untuk hanya duduk berpeluk tubuh tanpa membuat apa-apa tindakan.
Mari kita "muhassabah" dengan menyoal diri kita sendiri untuk penambaikan bagi mengelakkan/mengurangkan kecelakaan pada diri kita.
Ianya 2121x lebih baik dari menuding jari kepada orang lain.


1. FAKTOR PENUNGGANG.
a. Adakah pengalaman menunggang kita sudah mencukupi untuk mengekori mereka yang lebih berpengalaman dan turut beraksi seperti mereka?
b. Tahukah kita di mana "limit" kemampuan diri kita dan juga jentera serta "character" motorsikal kita?
c. Dimanakah tahap pengetahuan serta keserasian/kesebatian kita pada jentera tersebut?
d. Betulkah cara penunggangan kita?
e. Bolehkah kita mengawal nafsu keegoan kita secara matang bila berada di jalanraya? Adakah kita menghormati hak pengguna jalanraya yang lain?
f. Adakah kita mempunyai rehat diri yang mencukupi?
g. Dimanakah minda kita semasa menunggang?
h. Bagaimana dengan tahap kesihatan kita pada waktu itu?
i. Sewaktu di jalanraya, adakah kita mempunyai "situational awareness" di tahap tertinggi?
j. Adakah kita "anticipate" dengan pergerakan kenderaan lain di jalanraya?
k. Terfikirkah kita apakah mungkin ada "hazard" yang berada di depan kenderaan hadapan sekiranya pandangan kita terhalang?
m. Pernahkah terfikir apakah tindakan kita sekiranya terdapat halangan di depan? ie: Opposite traffic, pasir, lubang etc
dan pelbagai lagi faktor penyumbang oleh penunggang.

FAKTOR JENTERA:
a. Adakah jentera berada di tahap terbaik dari segi "performance"?
b. Adakah penyelenggaraan dilakukan dengan betul? Mengikut jadual? Menggunakan bahan/barangan yang mengikut spesifikasi?
c. Bagaimana keadaan tayarnya? Angin mencukupi? "Tread"nya? Tarikh luput jangka hayatnya?
d. Keadaan "brake" dan "suspension" bagaimana? Adakah "setting" suspension bersesuaian dengan berat penunggang/muatan?
e. Sedarkah kita dengan berat muatan berlebihan ianya akan mengubah "character" jentera? Pemasangan aksesori juga akan mengubah keupayaan jentera.

FAKTOR CUACA/JALANRAYA:
a. Tayar yang sejuk tidak dapat berfungsi pada tahap terbaik.
b. Cengkaman tayar berkurangan di atas permukaan berair, berpasir, berminyak dan sebagainya
c. Permukaan jalanraya memberi perbezaan cengkaman.
d. Permukaan bercat mengurangkan geseran.
e. Sedarkah kita, besi penyambung jambatan di permukaan jalanraya adalah "hazard". Lebih-lebih lagi semasa hujan.

FAKTOR ORGANISASI:
a. Adakah sistem/silibus untuk kelulusan lesen bagi jentera berkapasiti melebihi 500cc memberi impak yang terbaik?
b. Dengan lulusnya ujian lesen, adakah cukup ilmu pada diri pemegang lesen?
Marilah kita kongsikan ilmu/pengalaman yang ada pada tuan/puan untuk kita "bermuhassabah" bersama.

Mengayuh basikal, menunggang motorsikal, memandu kereta/lori/bas waima kapalterbang sekalipun...semuanya bergantung kepada faktor manusia terutamanya.
Bijak pemandunya...terbaiklah keputusannya.

Tidak akan rugi sedikitpun ilmu kita jika kita kongsikan bersama-sama.

Sila tokok tambah sekiranya sudi.

Doa Usaha Ikhtiar Tawakal (D.U.I.T)

KITA INI MENTIMUN...TERGOLEK SAKIT, DIGOLEK SAKIT.

Safe ride!

Wassalam.

Hj Azizi Hashim



No comments:

Post a Comment