Thursday 25 April 2019

Perkongsian Tips Buat Bikers dan Riders Sebelum Memulakan Perjalanan


TIPS BUAT BIKERS DAN RIDERS SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Perkongsian yang diterima dari grup permotoran untuk dijadikan rujukan dan panduan


'Assalamualaikum... Pesanan ni kepada semua bikers dan riders.. kita ni golongan yang sangat tinggi risiko bila dijalan raya..
Amalkan InsyaAllah kita dalam jagaan Allah..

1. Bacalah:-
- doa naik kenderaan
- mengucap dua kalimah syahadah
- selawat nabi
- bismillahi tawakkaltu alallah
- bismillahillazi la yadurru maasmihi syaiun fil ardhi wala fissamai wahuwassamiul alim
- ayatul qursi

2. Awalkan solat. Kalau musafir, amalkan jamak takdim. Elakkan jamak takhir...kerana bimbang belum sempat takhir, kita dijemputNya dulu. Pelihara solatmu moga Allah pelihara kamu dari malang tak berbau.

3. Solat sunat musafir sebelum keluar rumah atau tempat penginapan. Mohon Allah bagi keselamatan dan sampai ke destinasi.

4. Semasa ride, berzikir, berselawat dan bertahmid supaya kita sentiasa dlm perlindungan Allah disamping menjaga hati dari riya atau ujub dengan kenderaan yg kita naiki.

5. Sentiasa menjaga aurat..

6. Pasang niat yang baik. Contoh nak berjalan melihat kebesaran Allah, menziarahi rakan, menziarahi ibuayah dan sebagainya.. kerana niat yang baik antara syarat untuk solat jamak dan bukannya perjalanan ke tempat maksiat.

Semoga sedikit tips ini memberi manfaat pada semua."

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

No comments:

Post a Comment