Sunday, 23 October 2016

Kembara Pesisiran Semenanjung Malaysia 2016 - Bahagian Utara

Ride n' Explore: 
Trans-peninsular Coastal Adventure-Northern Chapter
Kembara Pesisiran Semenanjung Malaya - Bahagian Utara

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah misi mengelilingi pesisiran semenanjung Malaya bahagian utara telah selamat disempurnakan dengan jarak perjalanan sejauh 2058 km selama 5 hari bermula 23/10/2016.

Sekali kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan bikers yang mendoakan keselamatan kami semua semasa kembara ini. Terima kasih juga kepada semua riders dan juga sahabat-sahabat yang membantu kami dari perancangan sehingga ke garisan penamat.



Ringkasan perjalanan:

Hari Pertama (Ahad 23/10/2016) sejauh 532 km melalui:
Kajang-Pulau Indah-Tanjung Harapan-Sekinchan-Lumut-Pantai Remis-Kuala Sepetang-Penang

Hari ke-2 (Isnin 24/10/2016) sejauh 294 km melalui:
Penang Island-Kuala Muda-Tanjung Dawai-Yan-Kuala Kedah-Kuala Perlis

Hari ke-3 (Selasa 25/10/2016) sejauh 476 km melalui:
Kuala Perlis-Changlun-Alor Setar(U)-Kuala Nerang-Tasik Pedu-Tasik Muda-Tasik Beris-Kupang-Gerik-Jeli-KB

Hari ke-4 (Rabu 26/10/2016) sejauh 270 km melalui:
Rantau Panjang-Tumpat-KB-PCB-Sabak-Bachok-Tok Bali-Kuala Besut-Merang-Batu Rakit-KT

Hari ke-5 (Khamis 27/10/2016) sejauh 486 km lalui:
KT-Marang-Dungun-Paka-Kemasik-Telok Kalong-Cherating-Gombak-Kajang

Cadangan laluan asal (garisan merah) untuk ride pesisiran

Flyer ride pesisiran


GPS Routes:
GPS routes yang dirancang sebelum perjalanan dikongsikan disini (sila klik untuk pautan muat turun fail).  




Terima kasih melayari blog ini.\

Fauzy
Dinukilankan pada 15 November 2016

Follow@Twitter:  

                              Bersambung ke Hari Pertama

No comments:

Post a Comment