Thursday, 27 October 2016

Kembara Pesisiran Malaya (Utara) Hari Ke-5: Kuala Terengganu-Kuala Lumpur

Nota Kembara Hari ke-5 (Khamis 27/10/16):

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

 Alhamdulillah, kira-kira 486 km jarak perjalanan hari ke-5 telah disempurnakan dari KT-Marang-Dungun-Paka-Kemasik-Telok Kalong-Cherating-KL/Kajang. Bermakna kami semua sudah tiba ke garisan penamat mengakhiri Kembara Persisiran Semenanjung Malaya - Bahagian Utara.

Selamat Pagi Kay Tee. "Guaner Gamok Ganu Kitee" (bermaksud Apa Khabar Orang Terengganu)

Muara Sungai Terengganu dari bilik Hotel Tanjung Vista



Muara Sungai Terengganu  dari bilik Hotel Tanjung Vista

 Bandar Kuala Terengganu dari bilik Hotel Tanjung Vista

 V dan Triumph Tiger bermalam depan Hotel Tanjung Vista

 Selepas bersarapan pagi di hotel, acara pagi ini membuat 'Kuala Terengganu Loop' bagi tempat-tempat persinggahan yang tidak sempat pada petang semalam. 'tayar golek' bermula jam 8:30 pagi secara solo menyusuri Pantai Batu Buruk ('beach of the ugly stone') melalui route 174, Jalan Persinggahan dan Jalan Batu Buruk.
V menyusuri Jalan Persinggahan Pantai Batu Buruk berdekatan Hospital Sultanah Nur Zahirah

V menyusuri Jalan Persinggahan Pantai Batu Buruk berdekatan Kompleks Renang

V menyusuri Jalan Pantai Batu Buruk 

V menyusuri Jalan Pantai Batu Buruk berdekatan Taman Awam Batu Burok

V menyusuri Jalan Pantai Batu Buruk berdekatan Taman Awam Batu Burok

V di Jalan Pantai Batu Buruk berdekatan Taman Awam Batu Burok


 Dari Jalan Batu Buruk, membelok ke route 3 Jalan Kamaruddin, berdekatan Medan Selera Batu Buruk di mana terdapat dua kedai makan amat popular di sini iaitu Kak Pah Nasi Dagang dan Nasi Ayam Yunnan. Lupa pula nak 'tapau' nasi dagang sebungkus dua.
V menyusuri Jalan kamaruddin berdekatan Taman Rekreasi  Batu Buruk

V di Taman Rekreasi  Batu Buruk, Jalan Kamaruddin

V berhadapan dengan Medan Selera Batu Burok yang terkenal dengan Kak Pah Nasi Dagang dan Nasi Ayam Yunnan 

 Meneruskan route 3 Jalan Kamaruddin dan Jalan Kota Bharu sehingga Durian Burung untuk singgah mengambil buah tangan dari kampung, buah duku terengganu baru ambil dari pokok pagi ini. Terima kasih buat adik saya (Fadillah), pagi-pagi kena panjat pokok duku. Lupa pula nak ambil gambar. Nasib baik ada power ranger tolong bawakan sampai Kajang.
V dan Ford Ranger singgah ambil buah duku terengganu, buah tangan dari kampung dekat Durian Burung

 Seterusnya menuju ke Taman Tamadun Islam terletak di Pulau Wan man. Dari route 3, membelok ke Jalan Losong Haji Mat Shafie dan Jalan Losong Feri. Kawasan Losong ini amat popular dengan gerai-gerai membuat dan menjual kerepok lekor dan juga kerepok keping.

V di gerbang pintu masuk Taman Tamaddun Islam (TTI), Pulau Wan Man

V menyusuri pintu masuk Taman Monumen, Taman Tamaddun Islam (TTI),  Pulau Wan Man

V menyusuri Terengganu Arkid, Taman Tamaddun Islam (TTI),  Pulau Wan Man

V menyusuri Pusat Konvensyen, Taman Tamaddun Islam (TTI),  Pulau Wan Man

V menyusuri Masjid Kristal, Taman Tamaddun Islam (TTI),  Pulau Wan Man

V di hadapan Masjid Kristal, Taman Tamaddun Islam (TTI),  Pulau Wan Man

 Dari Masjid Kristal ke 'Kuala Terengganu Waterfront' bersebelahan Sungai Terengganu melalui Jalan Losong Feri, Jalan Kuala Hiliran dan Jalan Balik Bukit. Sepanjang Jalan Kuala Hiliran ini terdapat banyak gerai-gerai membuat dan menjual kerepok lekor, kerepok keping dan juga hasil-hasil dari laut, antara gerai-gerai menjadi tumpuan pengunjung termasuklah Paksu Keropok Losong, Keropok Warisan Losong, Adnan Keropok Losong, Keropok Losong Adik-Beradik, Keropok Lekor Khadijah dan Kak Yah Keropok Lekor Losong.

V di hadapan Kuala Terengganu Waterfront bersebelahan Sungai Terengganu


 Dari 'Kuala Terengganu Waterfront' ke Pulau Warisan. Di penghujung jalan terdapat Pasar Besar Kedai Payang.
V di Pulau Warisan bersebelahan Sungai Terengganu berdekatan Pasar Payang Kuala Terengganu


 Dari Pulau Warisan, di seberang Sungai Terengganu, kelihatan Jeti Pulau Duyong Kecil dan Riyaz Heritage Club House. Pada tahun 2012, saya mengikuti trip grup Oilerbikerz "Monsoon Cup Ride" ke KT dimana kami menginap di Riyaz Heritage Marina Resort & Spa yang dibina sempena pertandingan perahu layar antarabangsa 'Monsoon Cup'. Satu acara tahunan bagi 'Alpari World Match Racing Tour' yang di adakan di Pulau Duyong bermula tahun 2005.
V di Pulau Warisan , seberang sungai kelihatan Jeti Pulau Duyong Kecil dan Riyaz Heritage Club House


 Dalam pukul 10:00 pagi kembali ke Hotel Tanjung Vista untuk 're-group' dengan Triumph Tiger untuk meneruskan perjalanan pesisiran pantai Terengganu ke Pahang.
Triumph Tiger depan Hotel Tanjung Vista bersedia untuk 'tayar golek'. Kredit Photo: Ard

V  depan Hotel Tanjung Vista bergabung semula dengan Triumph Tiger. Kredit Photo: Ard


Dari Hotel Tanjung Vista, menyusuri Pantai Batu Buruk melalui route 174, Jalan Persinggahan dan Jalan Batu Buruk, membelok ke route 3 Jalan Kamaruddin, berdekatan Medan Selera Batu Buruk seterusnya memasuki route 3 Jalan Batu Buruk menuju ke Kuala Ibai.
V di Taman Awam Lagun Kuala Ibai berhadapan Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah

V dan Triumph Tiger di Taman Awam Lagun Kuala Ibai berhadapan Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah


 Dalam pukul 11:00 pagi, kami tiba di Pantai Kuala Abang melalui route 3. Sepanjang route 3, dari Kuala Ibai, terdapat banyak pantai-pantai yang popular dimana kami menikmati keputihan pasiran pantainya disulami lambaian pohon-pohon kelapa dan rhu ('casuarinas') tanpa berhenti, termasuklah Pantai Rhu Rendang, Taman Awan Bandar Marang (susur keluar ke kuala Sungai Marang), Pantai Kelulut, Pantai Merchang dan Pantai Rantau Abang.

 Pantai Rantau Abang merupakan destinasi popular pelancong untuk melihat penyu bertelur di sepanjang pantainya antara bulan Mac hingga September. Saya pernah menyaksikan penyu bertelur pada pertengahan tahun 1990-an, di mana terpaksa berjaga sepanjang malam dan terpaksa berlari-lari dari tempat penginapan ke tempat penyu mendarat apabila dimaklumkan. Pada tahun 1989, Pantai Rantau Abang diisytiharkan sebagai Santuari Penyu Rantau Abang, sepanjang 14 km dari Kg. Jambu Bongkok hingga Kg.Sungai Kuala Abang, dimana sepatutnya kesemua telur-telur dikutip oleh pemajak-pemajak diserahkan kepada Jabatan Perikanan untuk program pengeraman, penetasan dan pelepasan anak-anak penyu kembali ke laut. Mungkin kini hanya nostalgia untuk melihat penyu bertelur seperti mana era 70 dan 80-an.

 Terdapat singkapan batuan metasedimen berusia 250-400 juta tahun (Paleozoik Atas) di Pantai Kuala Abang. Pada singkapan, batuan yang tertonjol keluar itu ialah Kuarzit (batuan metamorf yang tinggi ketahanannya) manakala yang melekuk (lebih terhakis daripada Kuarzit) adalah Filit.
V di Pantai Kuala Abang, selepas Rantau Abang


 Lebih kurang pukul 11:30 pagi, kami tiba di Pantai Teluk Bidara. Dari route 3, membelok ke Jalan Rajawali menyusuri Sungai Dungun dimana dapat melihat Jambatan Dungun, seterusnya ke Jalan Jati dan Jalan Pantai Teluk Bidara.
V di Taman Rekreasi Pantai Teluk Bidara

V dan Triumph Tiger di Taman Rekreasi Pantai Teluk Bidara

Taman Rekreasi Pantai Teluk Bidara, kelihatan rumah api di puncak bukit

V menyusuri Pantai Teluk Bidara,

V menyusuri Pantai Teluk Bidara,

V menyusuri Pantai Teluk Bidara,

V menyusuri Pantai Teluk Bidara,


 Dari Pantai Teluk Bidara, kembali semula ke Jalan Rajawali meneruskan perjalanan ke Kuala Dungun melalui Jambatan Dungun.
V menyusuri Jambatan Sungai Dungun ke Kuala Dungun


 Dari Jambatan Dungun terus ke route T116 Jalan Pantai Sura sehingga penghujung jalan sampai di Taman Bandar Teluk Gadung, seterusnya berpatah balik melalui Taman Tasik Tanjung Sura untuk 're-group' di stesen Petronas Sura 2. Saya pernah menginap di salah satu resort (Ulek Beach Resort) di Pantai Sura ini pada tahun 2014 ketika mengikuti trip grup Oilerbikerz "Ganu Kite Ride".
V menyusuri Jalan Pantai Sura, Dungun


V dekat Taman Bandar Teluk Gadung, penghujung Jalan Pantai Sura, Dungun


V di Taman Tasik Tanjung Sura, Dungun


 Lebih kurang pukul 1:00 tengahari,  tiba di Pantai Kemasik, Kemaman dari laluan route 3 Jalan Kemaman-Dungun. Pantai Kemasik terdapat lagun terbentuk dari kuala Sungai Kemasik dan juga singkapan batuan metasedimen seusia dengan singkapan batuan metasedimen di Pantai Kuala Abang.
V di Pantai Kemasik, Kemaman

V di Pantai Kemasik, Kemaman


 Lebih kurang 1:15 petang, tiba di Pantai Penunjuk / Kijal, dari laluan route 3 Jalan Kemaman-Dungun, membelok ke Jalan Mengkuang 2 seterusnya ke Jalan Pantai Penunjuk.
V di Jalan Pantai Penunjuk (Pantai Kijal), Kijal, Kemaman


 Seterusnya, lebih kurang 1:30 petang, tiba di Pantai Teluk Kalung melalui route 3, membelok ke Jalan Pantai Teluk Kalung. Dari pesisir pantai banyak kelihatan kapal-kapal yang berlabuh di luar Pelabuhan Kemaman yang menyokong industri minyak dan gas di luar pesisir Terengganu. Ketika ini, industri minyak dan gas berhadapan dengan kejatuhan merudum harga minyak mentah menyebabkan banyak kapal-kapal terpaksa 'berlabuh' kerana pengurangan atau penangguhan projek dan juga pemotongan kos operasi. 
V di Taman Pantai Teluk Kalung, Kemaman

V di Taman Pantai Teluk Kalung, Kemaman

V di Pantai Teluk Kalung, Kemaman. Kelihatan kapal-kapal berlabuh di luar pesisir Teluk Kalung


Lebih kurang pukul 2:00 petang, kami berhenti di Warung Otak-Otak Che Wan terletak di Pantai Mak Nik, Geliga, Chukai, Kemaman untuk makan tengahari. Dari route 3, membelok masuk Jalan Chukai bersebelahan stesen bas Geliga, seterusnya membelok ke kanan di simpang tiga Jalan Kuala Kemaman.  Otak-otak, satar dan kerepok lekor menjadi hidangan utama. Ketika ini hujan mula lebat, kami bergerak selepas hujan berhenti. Dari sini,  Triumph Tiger akan meneruskan perjalanan ke Kuantan untuk bermalam di sana sebelum kembali ke Kuala Lumpur. V dan Ford Ranger akan meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.
V dan Triumph Tiger di Warung Otak-Otak Che Wan, Pantai Mak Nik, Geliga, Chukai, Kemaman

Warung Otak-Otak Che Wan, Pantai Mak Nik, Geliga, Chukai, Kemaman

Otak-otak, satar dan kerepok lekor  di Warung Otak-Otak Che Wan, Pantai Mak Nik, Geliga, Chukai, Kemaman


Dalam pukul 3:30 petang tiba di Pantai Cherating yang menjadi persinggahan terakhir pesisir pantai untuk kembara ini. Persinggahan terakhir, menandakan misi Kembara Pesisiran Malaya (Utara) sudah terlaksana. Seterusnya perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.
V menuju Pantai Cherating berdekatan Cherating Bayview Resort


V di Pantai Cherating berdekatan Cherating Bayview Resort

V di Pantai Cherating berdekatan Cherating Bayview Resort


V di Pantai Cherating berdekatan Cherating Bayview Resort. Persinggahan terakhir, misi sudah terlaksana.

 Dari route 3, memasuki route 101 Gebeng Bypass untuk ke E8 LPT dan tiba di Petronas R&R Gambang pukul 4:30 petang, 're-group', mengisi minyak dan bersholat di sini dulu. Hujan amat lebat sepanjang LPT memasuki Gambang sehingga ke R&R. 

 Meneruskan perjalanan tanpa henti sehingga tiba ke R&R Gombak dalam pukul 6:30 petang. Selepas Bro Ard selamat sampai dengan Ford Rangernya, saya meneruskan perjalanan ke Kajang dan selamat sampai ke rumah dalam pukul 7:30 malam selepas menempuh kesesakan di MRR2 dan Jalan Cheras. Bro Ard memaklumkan beliau berhenti dahulu di Masjid Setiawangsa, dan sempat pulak 'ngeteh' dengan rakan jemaah di situ.

 Sekali kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan bikers yang mendoakan keselamatan kami semua semasa kembara ini.

 Terima kasih juga kepada semua riders dan juga sahabat-sahabat yang membantu kami dari perancangan sehingga ke garisan penamat.

 Keseluruhannya untuk hari ke-lima, menempuh perjalanan sejauh 486 km berdasarkan trip odometer.


Route dilalui untuk 'Kuala Terengganu loop'

Route dilalui dari Kuala Terengganu ke Pantai Teluk Bidara, Dungun


Route dilalui dari Pantai Teluk Bidara, Dungun ke Pantai Mak Nik, Geliga, Kemaman


Route dilalui dari Pantai Mak Nik, Geliga, Kemaman ke Kuala Lumpur / Kajang



Stesen-stesen Isian-semula Petrol (jarak ikut route: tangki Versys650):

0 km dari Petronas Merang
155 km Petronas Sura 2: 10.477ltr@RM1.80/ltr
181 km Petronas R&R Gambang (W): 11.542ltr@RM1.80/ltr
(172 km lagi ke R&R Gombak Ece (W))

Cuaca:
Cuaca cerah dari Kuala Terengganu ke Teluk Kalung
Cuaca mendung dengan hujan rintik-rintik (lepas hujan) dari Teluk Kalung ke Pantai Mak Nik.
Hujan lebat di Gambang

Video Footages:
Akan menyusul kemudian.

Terima kasih melayari blog ini.


Wassalam

Fauzy@JomRideSokmo
Dinukilankan pada 10 Disember 2017

Like This Blog:     Follow@Twitter:  


Kembali ke Pendahuluan 


No comments:

Post a Comment