Wednesday, 26 October 2016

Kembara Pesisiran Malaya 2016 (Utara) Hari Ke-4: Kota Bharu-Kuala Terengganu

Nota Kembara Hari ke-4 (Rabu 26/10/16): 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, kira-kira 270 km jarak perjalanan hari ke-4 telah disempurnakan dari Pengkalan Kubur-Tumpat-Kota Bharu, seterusnya menyusuri jalan pantai melalui Pengkalan Chepa-Sabak-Bachok-Tok Bali-Kuala Besut-Penarik-Merang-Batu Rakit-Teluk Ketapang, dan berakhir di Tanjung Vista Hotel Kuala Terengganu



Masjid Muhammadi
 Selamat Pagi KayBee,  Alhamdulillah cuaca cerah pagi ini. Bro Ard pagi-pagi lagi sudah turun memastikan "Power Ranger" dan "kuda-kuda besi" di parkir hadapan Khalifa Suites semua berada dalam keadaaan baik. Masjid Muhammadi hanya terletak di seberang jalan, jadi boleh dengar tazkirah dan kuliah secara langsung dari bilik.



"Power Ranger" di depan Khalifa Suites Hotel and Apartments

Bro Ard dengan "Power Ranger" sudah siap beraksi. 

'Tiger' dan 'V' bermalam di parkir depan khalifa Suites

Bro Achid dan Bro Fauzy di depan Kopitiam Kita

Bersarapan pagi di Koptiam Kita dengan orang Kota Bharu
  Acara pagi ini bermula dengan sarapan pagi di satu kedai kopi terkenal di KB, sudah tentu di 'Kopitiam Kita' terletak dekat persimpangan Jalan Sri Cemerlang dan Jalan Pengkalan Chepa. Sarapan pagi "ditaja" orang Kota Bharu, sebenarnya merupakan adik ipar saya bersama isterinya.

Terlampau banyak pilihan nak makan kat Kopitiam Kita, macam-macam ada, dari pelbagai budaya menjadi satu citarasa 'Kelate', itu lah kelebihan di sini. Saya memilih nasi dagang, nasi lauk (air dingin), dan tidak lengkap tanpa roti titab untuk semua orang. Ada yang bersarapan dengan nasi kerabu dan nasi tumpang. Burrpp, maaf dah abis, gambar pun lupa nak ambil. Terima kasih kepada En. Sasuki dan isteri, Pn. Fauziah yang tak putus-putus menghubungi saya untuk makan malam atau bersarapan sekali dengan 'team' kembara. Trip ke KB dulu, kami datang berkonvoi dalam 20 buah motor, bila saya kata hanya 2 buah motor sahaja sampai KB, adik saya macam tak percaya la pulak. Saya hanya memaklumkan kehadiran kami ketika bertolak dari Kuala Perlis.


Bro Fauzy bersedia untuk "tayar golek" dari di Khalifa Suites
 Saya memulakan "tayar golek" dalam pukul 11:00 pagi menuju ke Pengkalan Kubur. Bro Achid tidak ikut serta kerana menziarahi sahabatnya di Hospital Pakar KPJ Perdana selepas sarapan tadi.

'V' depan Imigresen Pengkalan Kubur untuk ke Tak Bai, Thailand

'V' di 0 Km, dekat pintu masuk ke Kompleks Bebas Cukai, Pengkalan Kubur

'V' di Pengkalan Kubur
 Selepas melalui route 134 Jalan Pengkalan Kubur, ikutkan nak lajak terus menyusuri Sungai Golok ke Pengkalan Kubur, tetapi tidak jadi. Dalam pukul 11:30 pagi, saya tiba di depan pintu masuk ke Imigresen Pengkalan Kubur ke Tak Bai, Thailand hanya untuk kereta dan penjalan kaki sahaja Berdekatannya juga terletak Kompleks Bebas Cukai dan batu penanda jalan '0 km' Pengkalan Kubur. Dari sini, maka, bermulalah kembara pesisir pantai mengadap Laut China Selatan pula.

 Dari Pengkalan Kubur, saya menuju Pantai Sri Tujoh melalui route D174 Jalan Pantai Tujuh. Rancangan asal hendak menyusuri jalan-jalan kampung pesisiran pantai dari Pantai Seri Tujuh-Pantai Geting-Galeri Tengku Anis terletak di Kuala Sungai Golok terpaksa dipendekkan setakat Pantai Seri Tujuh Sahaja. Pantai-pantai ini sebenarnya merupakan jujukan beting atau permatang pasir terbentuk oleh ombak lautan yang merupakan sebahagian sistem delta Sungai Kelantan.

'V' di jalan masuk Pantai Sri Tujuh


 Kira-kira pukul 12:00 tengahari, sampai di Pantai Sri Tujoh. 'Ride santai' dulu dengan 'V' di sekitar taman lagun Pantai Sri Tujoh.

'V' santai di Jalan Pantai Tujuh melalui deretan kedai-kedai makan taman lagun Pantai Sri Tujuh


'V' di kawasan rehat taman lagun Pantai Sri Tujuh


'V' di taman lagun Pantai Sri Tujuh


'V' santai di Pantai Sri Tujuh berhadapan Chalet Seri Tujuh


'V' santai ke kawasan lagun di Pantai Sri Tujuh


'V' santai di Pantai Sri Tujuh



Jalan masuk dah tutup untuk ke pesisir Pantai Sri Tujuh

Jalan menyusuri lagun ke hujung beting Pantai Sri Tujuh pun tutup juga.

Seronoknya pulak tengok budak-budak mandi-manda dalam lagun di Pantai Sri Tujuh


 Hasrat hendak ke pesisiran Pantai Sri Tujoh terhalang oleh hadangan diletakan di penghujung jalan, Saya bertanya kepada budak-budak yang berkumpul dan mandi-manda di situ macam mana hendak ke pantai. "Abe kene musin smula lalu pata Geting" kata mereka dalam dialek 'klate' (maksudnya melalui ikut Pantai Geting). Oleh kerana kesuntukan masa, saya berpatah balik. Walaupun "dok leh kecek klate, ambo reti demo whoyak gapo", pasal saya pernah bersekolah rendah di Kota Bharu, Sekolah Kebangsaan Jalan Langgar di Jalan Sultan Yahya Petra.

Pusing balik menyusuri Jalan Pantai Tujuh taman lagun di Pantai Sri Tujuh

'V' menyusuri taman lagun di Pantai Sri Tujuh. Banguanan yang nampak tu Muzium Wau.


 Memasuki kembali route D174 yang kini menjadi Jalan Masjid Mukim Tujuh. Kira-kira 5 km lagi akan sampai bandar Tumpat.

'V' menuju Tumpat

'V' melalui 'kunci air pertama'  Sungai Peng Nangka

'V' melalui 'kunci air kedua' Sungai Peng Nangka

'V' melalui 'kunci air kedua' Sungai Peng Nangka

'V' melalui Jalan Masjid Mukim Tujuh


 Tiba di bandar Tumpat, akan menyeberangi laluan keretapi. Boleh nampak gerabak keretapi di stesen keretapi Tumpat milik Keretapi Tanah Melayu sebelah kiri, merupakan penghujung landasan keretapi sebelah Pantai Timur. Di hujung penghujung landasan ada Rumah Api Tumpat. Jajahan Tumpat agak unik kerana mempunyai beratus-ratus buah pulau Sungai (River Island), merupakan sebahagian sistem delta Sungai Kelantan. Asalnya, nak pusing satu 'round' bandar Tumpat, tapi tak jadi, rasa dah lambat pula.

'V' sampai di Tumpat


 Kira-kira pukul 12:30 tengahari, sampai ke Kota Bharu untuk ke hotel. Sebelum itu bawa 'V' bergambar dulu dengan tempat-tempat menarik sekitar Kota Bharu.
'V' di Tambatan DiRaja Kota Bharu

'V' di Tambatan DiRaja Kota Bharu berhadapan Sungai Kelantan 

'V' di Tambatan DiRaja Kota Bharu berhadapan Padang Merdeka

'V' di Padang Merdeka dari Tambatan DiRaja Kota Bharu

'V' di Pintu Gerbang Sultan Ismail Petra

'V' di Istana Balai Besar

 Dalam pukul 1:00 tengahari, kami mula bergerak meninggal hotel menuju stesen Petronas Penambang di route 223 Jalan Pantai Cahaya Bulan untuk mengisi minyak terlebih dahulu.
'V' di menara penyelamat Pantai Cahaya Bulan


 Kira-kira pukul 1:45 tengahari, sampai di Pantai Cahaya Bulan, lebih sinonim di kalangan warga setempat sebagai PCB. Dahulunya pantai ini diberi nama Pantai Cinta Berahi sebelum ditukar kepada Pantai Cahaya Bulan. Di sekitar pantai PCB ini, terdapat hotel dan resort serta medan makan termaksud medan ikan bakar. Dek kerana hakisan ombak yang kuat, banyak benteng bongkah batu dibina. Benteng konkrit juga dibina, dimana ia membuatkan pemandangan pesisir pantai dari medan makan agak terlindung.
Pantai Cahaya Bulan

Pantai Cahaya Bulan

 Meneruskan perjalanan ke Sabak melalui jalan pintas kampung Padang Pasir Luas, dan memasuki route 57 Jalan Tok Guru. Ketika persimpangan Jalan Pantai Sabak, berlaku sedikit kekeliruan. Walaupun terdapat papan tanda ke Pantai Sabak, tetap jalannya agak sempit. Kami membatalkan hasrat ke Pantai Sabak, lagi pun sepanjang pantainya sudah ditambak dengan benteng bongkah batu. Meneruskan perjalanan melalui route 131 Jalan Raja Perempuan Zainb II route D135 Jalan Raja Sakti ke Pantai Sri Kemahang.

 Kira-kira pukul 2:15 petang, sampai ke Pantai Sri Kemahang melalui route Jalan Kampung Kemayang yang terletak di Kuala Sungai Kemasin yang mempunyai benteng pemecah ombak. Di sekitar pantai ini, terdapat chalet dan medan makan dengan kerusi meja diletakan di pesisir pantai.

'V' di Pantai Sri Kemahang. Papan tanda selamat datang sudah ditakluki.

Di hadapan terdapat papan tanda yang membawa pesanan sebaliknya di Pantai Sri Kemahang

'V and 'TT' di Pantai Sri Kemahang

V' Pantai Sri Kemahang

Kira-kira pukul 2:30 tengahari tiba di Pantai Irama, melalui route 189 Jalan Bachok dan menyusuri Jalan Pantai Irama.
'V' di mercu tanda Bachok di Pantai Irama Bachok.

'V ' di sebelah Sungai Bachok di Pantai Irama, Bachok

'V ' di sebelah Sungai Bachok di Pantai Irama, Bachok

Menyusuri jalan Pantai Irama Bachok

Menyusuri jalan Pantai Irama Bachok

Menyusuri jalan Pantai Irama Bachok

Menyusuri jalan Pantai Irama Bachok









'V' dekat menara penyelamat di Pantai Irama, Bachok



Kawasan Rehat di jalan Pantai Irama, Bachok


 Dari Pantai Irama, meneruskan perjalanan ke Pantai Melawi, dari route 189 keluar ke Jalan Pantai Malawi. Ketika sampai jalan masuk yang agak sempit, merupakan jalan kampung, kalau betul-betul nak menyusuri sepanjang jalan pesisir Pantai Malawi sampai ke Pantai Kandis. Kami tidak jadi menyusuri pesisir Pantai Melawi. Oleh kerana itu GPS mengalami 'kecelaruan' memberi jalan pintas ikut jalan Kampung Sungai Dua dan memasuki route 189 kembali. Kami meneruskan perjalanan ke Tok Bali.

Persimpangan Tok Bali dengan replika bot nelayan


  Ketika sampai di persimpangan Kampung Tok Bali, kasi 'on Gopro' dulu sebelum melalui Jambatan Tok Bali menyeberangi Terusan Semerak. Kalau hendak ke Pantai Tok Bali, kena masuk simpang ini, melalui di bawah Jambatan Tok Bali menyusuri sepanjang Terusan Semerak hingga ke benteng pemecah ombak seperti yang kelihatan dari atas jambatan. Tok Bali terkenal dengan industri perikanannya, ada perancangan untuk menjadikan pelabuhan Tok Bali sebagai pengkalan pembekalan untuk industri minyak dan gas

"
V "atah ghetok" Tok Bali, meyeberangi Kuala Sungai Semerak


 Seterusnya melalui jalan yang ditambak melalui Lagun Sungai Semerak, asalnya Kuala Sungai Semerak tetapi muaranya hampir tertutup oleh beting pasir hasil pemendapan oleh ombak lautan.

'V' melalui jalan Lagun Sungai Semerak


 Sepanjang jalan lagun ini kelihatan banyak sekali gerai-gerai menjual kerang laut, lokan, ketam nipah dan sebagainya yang menjadi punca rezeki penduduk setempat hasil pencarian di muara sungai Kuala Semerak. Walaupun Lagun Kuala Semerak dikenali sebagai 'Lagun Maut', khazanahnya masih banyak menggamit pengunjung dari luar untuk datang ke sini untuk mendapatkan atau menikmati 'hasil'nya

'V' melalui jalan Lagun Sungai Semerak







Kelihatan Tok Aman Bali Beach Resort melalui jalan Lagun Sungai Semerak



'V' menghampiri Pantai Bisikan Bayu




Simpang ke Pantai Bisikan Bayu dah kat depan




'V' menyusuri jalan Pantai Bisikan Bayu

Penghujung jalan Pantai Bisikan Bayu ini akan terus ke Tok Aman Bali Beach Resort
 Sampai di Taman Rehlah Pantai Bisikan Bayu "Beach of Whispering Breeze" yang terletak dalan Jajahan Pasir Puteh. Waktu sudah menunjukkan 3:15 petang, terdapat satu kedai makan di taman ini, jadi kami berhenti rehat serta makan minum dulu. Tiba-tiba datang satu kereta peronda polis. 'hah ni nak cari 'V' yang laju tadi' seloroh Bro Achid. Sebenarnya abang polis ni pun datang minum-minum kat sini sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa gitu.

 Saya tertanya-tanya apa maksud 'rehlah', ingatkan singkatan dari rehat dan berkhelah atau loghat 'klate' untuk berkhelah. Mengikut istilah Arab bermaksud melancong, melawat atau menziarahi sesuatu tempat. Dari sini, Bro Achid akan terus ke hotel di Kuala Terengganu untuk sesi 'berendam'. Saya meneruskan perjalanan mengikut perancangan asal.

Taman Rehlah Pantai Bisikan Bayu


Berehat serta makan minum dulu di kedai makan Taman Rehlah Pantai Bisikan Bayu. Pak polisi pun ada.

ABC special dalam 'claypot' di kedai makan Taman Rehlah Pantai Bisikan Bayu

Dalam pukul 4:30 petang, selepas melepasi sempadan Kelantan-Terengganu, saya sampai di Dataran Kuala Besut terletak di muara Sungai Besut. Seterusnya menyusuri Jambatan Kuala Besut untuk ke Pantai Air Tawar.
'V' di Dataran Kuala Besut


'V' memasuki Jambatan Kuala Besut

'V' atah retok (atas jambatan) merentangi kuala Sungai Besut


'V' atah retok (atas jambatan) merentangi kuala Sungai Besut


Sebaik sahaja lepas jambatan, mengambil Jalan Air Tawar sebelah kompleks LKIM 

'V' menyusuri jalan Air Tawar sepanjang Pantai Air Tawar 


Menghampiri kawasan taman Pantai Air Tawar 

Kawasan taman Pantai Air Tawar 

Kawasan taman Pantai Air Tawar 

'V' di kawasan taman Pantai Air Tawar 


'V' di kawasan taman Pantai Air Tawar 


'V' di kawasan taman Pantai Air Tawar 


 Dari jalan Pantai Air Tawar, kembali memasuki route 84, keluar ke route T167, dan memasuki jalan pintas Kampung Demong melalui Demong Beach Resort untuk menyusuri jalan pesisir pantai ke Pantai Bukit Keluang,

Kelihatan Pulau Rhu dari jalan pesisir Pantai Sri Keluang




'V' di Pantai Bukit Kluang

 Jam sudah menunjukkan pukul 5:00 petang, mula bergerak ke destinasi seterusnya dengan kembali memasuki route T3 Jalan Kampung Raja dan tiba di Bulatan Fikri (Kampung Fikri) dalam pukul 5:30 petang. Nama 'Fikri' mengingatkan kawan kami bernama Fikri.

Berhampiran Bulatan Fikri



Jalan Pantai melalui Setiu ke Kuala Terengganu dari Bulatan Fikri

 Dalam pukul 5:45 petang, saya tiba di Pantai Penarik berdekatan dengan Kampung Rhu Sepuluh melalui route T1 Jalan Merang dari route T3 Jalan Kampung Raja. Pesisir Pantai Penarik sebenarnya amat panjang kira-kira lebih dari 15 km bermula dari Kuala Sungai Setiu. 'Ride' santai dulu menyusuri jalan pesisir Pantai Penarik.

Kawasan Rehat di Pantai Penarik, Kg Rhu Sepuluh


Kawasan Rehat di Pantai Penarik, Kg Rhu Sepuluh


'V' menyusuri jalan pesisir Pantai Penarik, Kg Rhu Sepuluh


'V' menyusuri jalan pesisir Pantai Penarik, Kg Rhu Sepuluh


Jalan terhalang oleh pasir pantai Pantai Penarik, Kg Rhu Sepuluh. Kena berpatah balik

Ride santai di jalan Pantai Penarik, Kg Rhu Sepuluh




Seterusnya meneruskan perjalanan melalui route T1 Jalan Merang menuju ke stesen Petronas Merang untuk 're-group' dengan Bro Ard. Hasrat singgah di Jeti Merang terletak di kuala Sungai Merang dibatalkan. Jeti Merang merupakan jeti untuk ke pulau-pulau peranginan terutama Pulau Redang.

Dari stesen Petronas Merang meneruskan perjalanan mengikuti route 3685 Jalan Merang menuju Batu Rakit. Dari Batu Rakit sepatutnya memasuki jalan pantai T145 ke Kampung Telipot dekat Masjid As Salam Batu Rakit dimana penghujungnya terdapat Warung Pok Nong Celup Tepung terkenal dengan makan laut digoreng bersalut tepung atau ICT singkatan untuk Ikan Celup Tepung ('seafoods tempura') untuk berhenti minum. Sebaliknya, saya terlepas simpang tiga masuk T145, dan meneruskan perjalanan melalui route 3685 dan memasuki route T145 di Kampung Kubang Badak. 

 Apabila sampai Tok Jembal menyusuri Jalan Pantai Teluk Ketapang ke penghujung landasan kapal terbang Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Berdekatan sini terdapat lagi satu kedai makan ICT popular iaitu  kedai makan Haji Pak Nong ICT. Boleh di katakan sepanjang jalan Teluk Ketapang di dominasi kedai atau gerai makan berasaskan ICT.





   Dari Pantai Teluk Ketapang, jam sudah menunjuk pukul 7:00 petang, meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu melalui route 65 Jalan Tengku Mizan menghubungkan Seberang Takir-Pulau Duyung-Kuala Terengganu,  T3 Jalan Kamaruddin ke Pantai Buruk dan tiba di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu (pautan ke Booking) dalam pukul 7:30 malam. Agak ramai menginap di sini, kerana besok majlis taklimat satu agensi kerajaan bagi wilayah timur, hampir keseluruhan bilik di tempah sepenuhnya. Hampir keseluruhan parkir termasuk basemen penuh, jadi pihak hotel membenarkan kami meletakkan dipinggir jalan masuk ke lobi.


 Saya bersama Bro Ard keluar makan malam di Restoran Adeq Sue Ikan Bakar, di mana pemain bola sepak Hairuddin Omar menjadi rakan kongsi. Lepas makan, balik hotel, terus masuk bilik. Nak tidur lah dah keletihan.

 Kepada sanak saudara dan kenalan di Kuala Terengganu, saya mohon maaf kerana tidak berkesempatan untuk bersua muka. "Mintak maaf banyok", "Bereh...lain kali boleh ngeteh skali"

 Keseluruhannya untuk hari ke-empat, menempuh perjalanan sejauh 270 km berdasarkan trip odometer.





Route dilalui untuk Kota Bharu-Pengkalan Kubur-Tumpat 


Route dilalui untuk Kota Bharu-Pantai Bisikan Bayu 

Route dilalui untuk Pantai Bisikan Bayu-Hotel Tanjung Vista 

Stesen-stesen Isian-semula Petrol (jarak ikut route: tangki Versys650):
0 km dari Petronas Jeli
127 km ke Petronas Penambang: 8.07ltr@RM1.80/ltr
156 km ke Petronas Merang: 10.48ltr@RM1.80/ltr
(KT sejauh 63 km lagi)

Cuaca:
Cuaca cerah sepanjang perjalanan


Video Footages:
Akan menyusul kemudian.

Terima kasih  kepada keluarga, rakan-rakan dan bikers yang mendoakan keselamatan kami semua

Terima kasih melayari blog ini.


Wassalam

Fauzy@JomRideSokmo
Dinukilankan pada 26 November 2016

Like This Blog:     Follow@Twitter:  

Kembali ke Pendahuluan      ⟺     Bersambung hari ke-5⇨ 

No comments:

Post a Comment