Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, kira-kira sejauh 531 km perjalanan hari pertama telah disempurnakan melalui Bangi-Pulau Indah-Tanjung Harapan Klang-Pantai Remis Jeram-Sekinchan (Restoran Lembah Bernam)-Lumut-Kuala Sepetang (Mee Udang Mak Jah)-Pulau Pinang (Alora Hotel).
Medan selera Kg. Dato Abu Bakar Baginda atau lebih dikenali sebagai Lot 10 di Kawasan Institusi Bangi menjadi titik pertemuan dan permulaan. Para peserta kembara tiba seawal 8:00 pagi untuk bersarapan bersama-sama, juga turut serta ahli keluarga rider. Permulaan kembara ini disertai 4 buah motor dan sebuah pick-up.
Group photo dulu. Dari kiri Doc Anuar, Mus, Fauzy, Ard, Achid bersama anak dan isteri. |
Pukul 9:00 pagi, para peserta bersiap sedia untuk bergerak. |
Bro Fauzy dengan Versys 650, Bro Achid ditemani anak gadisnya sebagai pembonceng dengan Triumph Tiger 1200, dan Bro Ard memandu Ford Ranger. |
Bro Mus dengan KTM Adventure 1290 |
Doc Annuar dengan BMW F800GS. Ini kali pertama kali kami ride bersama-sama. |
Dari garis permulaaan, kami melalui memasuki E26 SKVE (Lebuhraya Lembah Klang Selatan) menuju Pulau Indah.
Lebih kurang pukul 9:30 pagi, tiba di Jambatan Selat Lumut (Selat Lumut adalah sebahagian Selat Melaka) yang menyambung tanah besar dengan Pulau Indah. Apa lagi sessi bergambar sebentar di sini.
Seterusnya kami singgah di Pier One Laguna Park, Pulau Indah. Sessi bergambar lagi untuk kenangan dan bahan bukti ha ha ha.
Seterusnya menuju ke Tanjung Harapan Klang melalui route 181 Lebuhraya Pulau Indah, 180 Jalan Kem dan 103 Jalan Parang. Dalam pukul 10:15 pagi, kami tiba direplika kapal layar terletak Tanjung Harapan Esplanade Klang.
Selepas selesai bergambar, perjalanan diteruskan ke Pantai Remis Jeram melalui route 5 Jalan Kapar. Kami tiba di Pantai Remis dalam pukul 11:00 pagi. Mengikut penduduk setempat, kawasan ini ditenggelami air laut sewaktu fenomena air pasang besar beberapa hari lepas. Pada hari ini (17/11/2016) Bro Achid sekali ke sini untuk menyaksikan fenomena air pasang besar kesan dari "supermoon" tapi di maklumkan penduduk setempat malam sebelumnya berlaku sekitar 5:30 pagi. Bro Achid tidak sanggup menunggu.
Seterusnya acara jalan-jalan cari makan pula, apa lagi ke Restoran Lembah Bernam yang popular di Sekinchan dengan menu masakan kampung dan eksotik. Sebelum itu terlebih dahulu singgah di Petronas Sekinchan untuk mengisi minyak dan "re-group". Kami tiba di Restoran Lembah Bernam dalam pukul 12:15 tengahari melalui Jalan Parit 9.
Antara menjadi topik perbualan ketika melalui jalan Sekinchan ialah "aksi terbang atau lompat" tatkala melepasi parit-parit konkrit bawah jalan yang membentuk rintangan berbonggol agak tinggi.
Menu eksotik utama yang menjadi pilihan rendang daging landak dan sambal cili hijau daging pelanduk. Menu dicadangkan oleh Doc Annuar yang memang arif dengan hasil pemburuan di hutan.
Dek kelaparan hanya tinggal pinggan-pinggan kosong sahaja sempat dirakam.
Selepas selesai pengisian "jisim tenaga" dan pembuangan "bahan biologi", kami ke masjid berdekatan pula untuk menunaikan solat terlebih dahulu. Seterusnya, kami menyambung perjalanan ke Marina Island melalui Jalan Kampung Pencalang, Teluk Rubah, 18 Jalan Iskandar Shah dan A186 Jalan Teluk Muruh. Kami tiba di Marina Island sekitar pukul 4:00 petang.
Pemandangan Teluk Muroh dan bukit-bukau di Teluk Batik dari Marina Island. Dari sini, kami menuju ke Bandar Lumut.
Lumut Waterfront berdekatan dengan Jeti Lumut.
Bulatan sauh di Taman Marina Wing, Lumut Waterfront, kelihatan arca ekor ikan dan muzium maritim kapal perang KD Rahmat di pesisir atau muara Sungai Dinding.
Menyusuri Jalan Titi Pasir bersebelahan dengan muara Sungai Dinding, kelihatan KD Rahmat dan bukit-bukau Damar Laut di seberang sungai. Seterusnya, ke Shell Lumut untuk "regroup" dan pengisian minyak sebelum meneruskan perjalanan Ke Kuala Sepetang melalui route 60 Jalan Sri Manjong-Changkat Jering, 1 Jalan Taiping-Bagan Serai dan 74 Jalan Taiping-Kuala Sepetang. Kami tiba di Mee Udang Mak Jah dalam pukul 6:00 petang.
Sudah pasti menu utama mee udang santapan minum petang, walaupun sudah agak lewat petang.
Bro Mus kata "satu mangkuk tak cukup, nak kena order semangkuk lagi". Bro Achid pula tidak boleh makan udang laut rupanya. Hampir satu jam menjamu selera dan hari sudah semakin gelap, kami mula bergerak ke Pulau Pinang dengan perubahan laluan ikut 74 Jalan Taiping-Kuala Sepetang, 1 Jalan Taiping-Bagan Serai untuk memasuki E1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menerusi plaza tol Kamunting, persimpangan Taiping Utara.
Selepas memasuki PLUS, singgah terlebih dulu di R&R Gunung Semanggol untuk mengisi minyak. Pada ketika ini, Bro Achid meminta saya melihat keadaan tayar belakang motornya yang sudah kelihatan kekurangan angin dan tidak stabil ketika menunggang dikelajuan 100++ km/j. Ketika Bro Achid mengepam angin tayar belakang, tiba-tiba angin keluar terus menerus sehingga tayar pancit. Selepas diperiksa, "rubber valve" (standard dengan spoke rim untuk Triumph Tiger) sudah terkoyak dan perlu diganti baru. Pendek cerita, motor kena "rescue". Selepas operasi "rescue", pukul 11:00 malam daftar masuk dekat Alora Hotel (Medan Kg Relau, Bayan Lepas (pautan ke Booking)) terletak tidak jauh (7 km) selepas keluar dari E28 Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Jambatan Pulau Pinang Kedua). Makan malam di NS Nasi Kandar terletak bersebelahan hotel.
Hanya 3 motor bermalam di hotel selepas menempuh perjalanan sejauh 531 km berdasarkan trip odometer.
Stesen-stesen Isian-semula Petrol (jarak ikut route:Versys650):
0 km dari Petronas Simpang Balak (Cheras-Kajang Highway): 14.65ltr@RM1.80/ltr
177 km jarak ke Petronas Sekinchan: 10.29ltr@RM1.80/ltr
152 km jarak ke Shell Lumut: 9.37ltr@RM1.80/ltr
85 km jarak ke Petron R&R Semangol (ke Alora Hotel sejauh 58 km lagi): 7.47ltr@RM1.80/ltr
Cuaca:
Cuaca cerah tetapi tidak terlalu panas terik. Melalui Jambatan Pulau Pinang kedua selepas hujan.
Video Footages:
Akan menyusul kemudian.
Terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan dan bikers yang mendoakan keselamatan kami semua.
Terima kasih melayari blog ini.
Fauzy@JomRideSokmo
Dinukilankan pada 18 November 2016
Dinukilankan pada 18 November 2016
Like This Blog: Follow@Twitter: Follow @JomRideSokmo
⇦Kembali ke Pendahuluan ⟺ Bersambung hari ke-2⇨
No comments:
Post a Comment