Saturday 12 May 2018

Pasca PRU14 Ride: Nilai-Kuala Pilah-Pertang-Kelawang

PASCA PRU14 RIDE: NILAI-KUALA PILAH-PERTANG-KELAWANG (12/02/2017)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ride hujung minggu melayan laluan Nilai-Kuala Pilah-Simpang Pertang-Kajang dengan jarak 220 km dikelolakan oleh ManTech dan Othman Ali. Ride hari ini dua hari selepas Pilihanraya Umum ke 14 pada 9 Mei 2018 lalu.



PETRONAS Prima Saujana, Kajang, Selangor
8:00 AM mengisi minyak dan memeriksa tekanan angin tayar Versys di PETRONAS Prima Saujana. Selepas itu bergerak menuju ke RV di R & R Nilai melalui tol Bandar Baru Bangi.

R & R Nilai, North-South Express Way, Negeri Sembilan
8:30 AM tiba di R & R Nilai. Othman Ali berserta beberapa rider lain sedang menikmati sarapan disini. Ada beberapa rider lain belum sampai. Selepas sarapan, mula bergerak dari R & R Nilai menuju ke Melang Kopitiam, Taman Pilah Jaya, Kuala Pilah melalui Pajam mengikuti Lebuhraya LEKAS. 6 rider bergerak dari sini terdiri daripada Man Tech GTR1400, Othman Ali Panigale, Jimmy R1200GS, Sharif 1098 Coarse, Abe KTM RC8 dan Fauzy Versys650.

Melang Kopitiam, Taman Pilah Jaya, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Sebelum pukul 10:00 AM sudah tiba di Melang Kopitiam untuk berhenti minum dan menikmati nasi lemak sambal sotong yang popular di sini. Melang Kopitim beroperasi dari pukul 8:00 AM sehingga 6:00PM pada hari Isnin hingga Sabtu dan tutup pada hari Ahad. Cerita hangat sesi berehat di sini sudah pasti berkisar keputusan pilhanraya PRU14 dua hari lepas dan juga apa yang akan berlaku selepas ini. Dari Melang Kopitiam, kami dikuti 3 rider lagi dengan jentera R1, CBR1000RR dan S1000RR dari Kuala Pilah yang akan turut serta sehingga PETRONAS Kuala Kelawang.

Melang Kopitiam, Taman Pilah Jaya, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Barisan jentera di parkir hadapan Melang Kopitiam, Taman Pilah Jaya, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Dari kiri:  Sharif 1098 Coarse,  Othman Ali Panigale, Abe KTM RC8, Man Tech GTR1400, dan Fauzy Versys650.

Jimmy R1200GS di hujung meja.

Melang Kopitiam, Taman Pilah Jaya, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Barisan jentera psrkir di hdapan Melang Kopitiam, Taman Pilah Jaya, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Melang Kopitiam, Taman Pilah Jaya, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Melang Kopitiam, Taman Pilah Jaya, Kuala Pilah, Negeri Sembilan


PETRONAS Kuala Pilah, Jalan Melang, Kuala Pilah-Batu Kikir
Sesi melayan laluan Kuala Pilah ke Batu Kikir bermula dengan mengisi minyak di PETRONA Kuala Pilah, Jalan Melang, terlebih dahulu. Bergerak dari sini dengan 9 rider dengan jentera GTR1400, Panigale, R1200GS, 1098 Coarse,  KTM RC8, Versys650, R1, CBR1000RR dan S1000RR.

Onboard video 






Batu Kikir-Simpang Pertang
Sesi berjalan lancar melayani laluan dari Batu Kikir sehingga tiba di Simpang Pertang untuk ke Kuala Kelawang dikemudikan oleh TH Othaman Ali dengan Panigale. Nampaknya terdapat operasi polis trafik berhadapan Balai Polis Simpang Pertang sebaik sahaja memasuki Simpang Pertang. Nampaknya semua 'clear' untuk meneruskan perjalanan.

Onboard video 





Simpang Pertang-Kuala Kelawang
Sesi melayan laluan dari Simpang Pertang sehingga tiba di PETRONAS Kuala Kelwang dalam pukul 12:15 PM berjalan lancar. Seperti biasa TH Othaman Ali dengan Panigale mengemudi di hadapan. Berhenti rehat seketika di PETRONAS Kuala Kelawang. Dari sini, grup akan berpecah dua. Hanya GTR1400, KTM RC8 dan Versys650 akan pulang melalui laluan Kuala Kelawang-Hulu Langat. Yang lain akan menggunakan laluan Kuala Kelawang - Lenggeng - Mantin atau Kuala Kelwang - Pantai Kuala Pilah untuk pulang ke destinasi masing-masing.

Onboard video 








Tiba di Kuala Kelawang

GTR1400 Gold mengisi minyak di PETRONAS Kuala Kelawang

Sampai Panigale terkencing dek kelajuan ridernya. ha ha. Overflow dari radiator

PETRONAS Kuala Kelawang

PETRONAS Kuala Kelawang

PETRONAS Kuala Kelawang

TH Sarip tunjuk jari dia dan tanya "macam mana nak buang dakwat PRU ni?" Bro tu cakap "pakai clorox". Bang Man Tech mencelah "celup dalam petrol". Begitulah agaknya perbincangan pasal PRU agaknya.




Kuala Kelawang-Kajang
Onboard video,

Route hari ini:


Alhamdulillah selamat sampai rumah. Terima kasih semua.

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

No comments:

Post a Comment