Thursday 10 May 2018

Ride Sehari Lepas PRU14 Dengan Detik Bersejarah Malaysia

RIDE SEHARI LEPAS PRU14 DENGAN DETIK BERSEJARAH MALAYSIA (10/05/2018)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Alhamdulillah, hari ini sahaja meronda-ronda sekitar Kuala Lumpur selepas Pilihanraya Umum ke 14 semalam  (9 Mei 2018). Terdapat kejutan besar dalam sejarah pilihan raya kali ini. kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam keputusan pilihan raya umum semalam.



Selama 60 tahun Malaysia hanya diperintah oleh sebuah blok politik yang sama. Hari ini, ianya telah berubah secara majestik. Apa pun,syukurlah ianya berlaku secara aman seperti ride pada petang hari ini sempena cuti khas, di sekitar tempat menjadi tumpuan seperti Istana Negara. Petang ini dijangkakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad akan ke Istana Negara untuk majlis angkat sumpah bagi mengiktirafnya sebagai perdana menteri ke-7. Bermula hari ini, akan terdapat kerajaan negeri yang ditubuhkan oleh parti-parti politik yang berbeza. Rakyat Malaysia buat pertama kalinya akan mengecapi dan merasai selama 5 tahun variasi kerajaan negeri dipimpin oleh parti-parti politik yang berlainan iaitu Barisan Nasional, Pakatan Harapan, PAS dan Warisan.

Suasana ketika melalui berhampiran susur masuk ke Istana Negara

Suasana ketika melalui berhampiran susur masuk ke Istana Negara. Rasanya kebanyakkannya petugas media

Kawalan keselamatan dan sekatan jalan di susur masuk ke Istana Negara

Kawalan keselamatan dan sekatan jalan di susur masuk ke Istana Negara

Suasana ketika melalui berhampiran susur masuk ke Istana Negara ketika pulang.Penyokong-penyokong mula hadir.

Pemandangan bangunan Parlimen dari Taman Tasik Perdana

Jalan masuk ke bangunan Parlimen ditutup.
Alhamdulillah selamat sampai rumah.

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

No comments:

Post a Comment