KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA & SEVILLE
HARI 06 (05/12/2016): SEVILLE-MERIDA-MADRID
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Bahagian 3: Gran Vía
Dalam pukul 5:30 petang tiba di Plaza de España, berhampiran Monumento A CERVANTES. Tempat yang sama disinggahi pada hari pertama di Madrid. Bas akan menunggu di sini sementara kami dibawa berjalan-jalan di Calle Gran Vía yang dipenuhi gedung membeli belah, kedai-kedai barangan berjenama, restoran-restoran dan panggung teater. Saya hanya bersiar-siar dan singgah di beberapa kedai menjual barangan cenderahati yang terdapat sepanjang jalan Gran Via ini. Hari ini sudah menempuh perjalanan jauh dan kepenatan dengan lawatan 'Real Madrid Bernabéu Tour', jadi hanya berjalan-jalan sebahagian Gran Via sahaja. Sebahagian peserta mencari kedai makanan halal untuk dibawa pulang ke hotel sebagai makan malam.
|
Tempat parkir bas di Plaza de España Madrid berhampiran Monumento A CERVANTES |
|
Calle Gran Vía Madrid |
|
Calle Gran Vía Madrid |
|
Calle Gran Vía Madrid |
|
Calle Gran Vía Madrid |
|
Calle Gran Vía Madrid |
|
Pancuran air di Plaza de España Madrid |
|
Pancuran air di Plaza de España Madrid |
Kembali semula ke bas dalam pukul 7:00 malam dan bertolak ke hotel penginapan. Tiba di hotel penginapan sebelum pukul 8:00 malam, mendaftar masuk dan bermalam di Hotel Barceló Torre Arias terletak di Calle de Julian Camarillo, Madrid.
Terima kasih kerana melayari blog ini.
Wassalam,
Fauzy
Dinukilankan pada 17 Mac 2017
Follow@Twitter:
View web version if you have problem in viewing mobile version
Kembali ke Bahagian 1: Dari Seville ke Madrid dan Pusat Islam Madrid
Kembali ke Bahagian 2: Real Madrid Bernabéu Tour
⇦
Kembali ke Pendahuluan ⟺ Bersambung hari ke-7 ⇨(akan menyusul kemudian)
No comments:
Post a Comment