KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA & SEVILLE
HARI 05 (04/12/2016): GRANADA-SEVILLE
Bahagian 1: Metropol Parasol, La Encarnación Square, Seville
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Ringkasan perjalanan
Selepas sarapan, bertolak ke Seville dengan bas. Lawatan di Seville termasuk Metropol Parasol (La Encarnación Square), Plaza de España (Maria Luisa Park), Real Al-Cazar, Seville Catedral dan La Giralda Tower. Bermalam di Seville.
|
Metropol Parasol, La Encarnación Square, Seville
|
Catatan Kembara
Selepas bersarapan pagi di hotel, kami bertolak ke Seville yang terletak 250 km di barat Granada. Perjalanan ke Seville melalui route A-92 dengan cuaca mendung diselang-seli dengan hujan.
Seville adalah ibukota wilayah Andalusia, terletak di tebing sungai Guadalquivir, dan terkenal dengan matador dan sukan lawan lembu. Seperti kota-kota lama yang dilawati sebelumnya, kota ini juga mempunyai sejarah unik. Banyak tamadun telah datang dan pergi di Seville. Orang Rom mula mendudukinya tetapi mencapai kegemilangan dengan kehadiran orang Islam Moors pada abad ke-8.
Penguasaan yang agak lama oleh orang Islam Moors, 711-1248 M, banyak meninggalkan kesan tetap di bandar Seville. Berakhirnya kekhalifahan Cordoba (abad ke-11), Seville menjadi negera kecil kerajaan Islam Taifa dimana mencapai kegemilangan terutamanya di bawah pemerintahan al-Mutamid.
Setelah kerajaan Islam Seville jatuh pada tahun 1248 M ke tangan pemerintah Kristian. Tahun-tahun kegemilangan seterusnya di Seville berlaku selepas penemuan Amerika. Semasa abad ke-16 dan ke-17, ia adalah salah satu pelabuhan yang paling penting di Sepanyol, kerana mempunyai monopoli perdagangan asing melalui laut.
Dari segi budaya dan seni, Seville memperlihatkan monumen lama dengan gabungan senibina Islam dan Katholik sungguh menarik. Setiap istana dan gereja lama mencerminkan adunan dua budaya tersebut sehingga hampir mustahil melihat gereja yang bukan asalnya masjid.
Route perjalanan bas dari Granda ke Seville (laluan khas untuk bas mungkin sedikit berbeza).
|
Waktu Sholat di Sevilla |
|
Melewati La Roja dari route A-92. Cuaca mendung dan hujan |
|
Salah satu kawasan hentian di Los Abades dari route A-92. Cuaca mendung dan hujan |
|
Pemandangan bukit-bukau dari route A-92. Cuaca mendung dan hujan |
|
Pemandangan bukit-bukau dari route A-92. Cuaca mnedung dan hujan |
|
Persimpangan di La Roda dari route A-92. Cuaca mendung dan hujan |
Lebih kurang 12:30 tengahari, setelah tiba di Sevilla, kami ke La Encarnación Square dulu di mana terletaknya dua kedai makan halal iaitu Doner Kebab dan Restoran Jaipur (masakan India) untuk makan tengahari.
|
Para peserta makan tengahari di Doner Kebab dan Restoran Jaipur di Plaza de la Encarnación |
|
Para peserta sedang menikmati makan tengahari di Doner Kebab dan Restoran Jaipur |
|
Para peserta sedang menikmati makan tengahari di Doner Kebab dan Restoran Jaipur |
|
Para peserta sedang menikmati makan tengahari di Doner Kebab dan Restoran Jaipur |
|
Para peserta makan tengahari di Doner Kebab dan Restoren Jaipur di Plaza de la Encarnación |
|
Para peserta makan tengahari di Doner Kebab dan Restoren Jaipur di Plaza de la Encarnación |
Metropol Parasol, La Encarnación Square, Seville
Metropol Parasol adalah struktur kayu yang terletak di La Encarnación Square, bandar lama Seville. Ia telah direka oleh arkitek Jerman bernama Jürgen Mayer dan siap pada April 2011. Ia mempunyai dimensi 150 X 70 meter (490 X 230 kaki) dan ketinggian lebih kurang 26 meter (85 kaki) dan menjadi struktur kayu terbesar di dunia. Bangunan ini juga dikenali sebagai Las Setas de la Encarnación (Cendawan Incarnación).
Struktur ini terdiri daripada enam payung berbentuk cendawan gergasi ("Las setas" dalam bahasa Sepanyol). Metropol Parasol mengandungi 4 teres atau aras. Teres bawah tanah (Aras -1) menempatkan Antiquarium, di mana kesan peninggalan Rom dan Moorish ditemui dipamerkan dalam muzium ini. Teres 1(Aras 0 / jalan) adalah Pasar Seni. Bumbung (Aras 1) adalah plaza awam terbuka, dinaungi oleh payung kayu di atas dan direka untuk acara-acara awam. Teres 2 dan 3 adalah dua peringkat teres panorama (termasuk restoran), yang menawarkan salah satu pemandangan terbaik dari pusat bandar.
|
Bahagian struktur P1 (kiri) dan P2 (kanan), Aras 0, Metropol Parasol, La Encarnación Square, Seville |
|
Bahagian struktur P2 (depan) dan P4, Aras 0, Metropol Parasol, La Encarnación Square, Seville |
|
Bahagian struktur P3 (kiri) dan P4 serta tangga utama ke Aras 1 (Plaza Mayor), Metropol Parasol, La Encarnación Square, Seville
|
|
Bahagian struktur P3 dan tangga utama ke Aras 1 (Plaza Mayor), Metropol Parasol, La Encarnación Square, Seville |
|
Bahagian struktur P3 dan tangga utama ke Aras 1 (Plaza Mayor), Metropol Parasol, La Encarnación Square, Seville |
|
Bahagian struktur P2, Metropol Parasol, La Encarnación Square, Seville |
|
Pelan Aras 1, Plaza Mayor, Metropol Parasol, La Encarnación Square, Seville |
|
Pelan bumbung Aras 2 dan laluan meninjau, Metropol Parasol, La Encarnación Square. Tidak berkesempatan naik ke atas. |
|
Bahagian struktur P3 (kiri), P5 dan P6, Plaza Mayor (Aras 1), Metropol Parasol, La Encarnación Square, Seville |
|
Bahagian struktur P4 (kiri), P3 (kanan) dan P5 (tengah), Plaza Mayor (Aras 1), Metropol Parasol, La Encarnación Square |
|
Pemandangan antara struktur P3 dan P4 di Aras 1, Plaza Mayor, Metropol Parasol, La Encarnación Square, Seville |
|
Bahagian struktur P4 (kiri), Plaza Mayor (Aras 1), Metropol Parasol, La Encarnación Square |
|
Bahagian struktur P5 (depan) dan P6, Plaza Mayor (Aras 1), Metropol Parasol, La Encarnación Square, Seville |
|
Bahagian struktur P5 (depan) dan P6, Plaza Mayor (Aras 1), Metropol Parasol, La Encarnación Square, Seville< |
|
Sebahagian peserta perempuan bergambar untuk kenangan di Metropol Parasol, La Encarnación Square, Seville |
|
Pemandangan Calle Larana dengan gereja 'Annunciation' dibina pada kurun ke-16 yang bersambung dengan fakulti seni Universiti Seville dari La Encarnación Square, Seville.
|
|
Pemandangan Calle Imagen dengan gereja San Pedro dibina pada kurun ke-14 dari La Encarnación Square, Seville |
Bersambungan ke Bahagian 2: Plaza de España (Spain Square)
Terima kasih kerana melayari blog ini.
Wassalam,
Fauzy
Dinukilankan pada 6 Januari 2017
Like This Blog:
Follow@Twitter:
⇦
Kembali ke Pendahuluan ⟺
Bersambung hari ke-6 ⇨
No comments:
Post a Comment